33

Drama Completed 119253

Damian tidak senang duduk. Sepertinya ada sesuatu diantara Zaim dan Mizi dengan gadis itu kerana gadis itu memberi reaksi ketakutan dan ketidak selesaannya terhadap dua pemuda itu amat ketara. Dia berdiri pintu. Asap rokok dihembus ke udara. Kepalanya ditampar dari belakang.
" sakit la mummy" ujar Damian sambil menggosok kepalanya.
" dari tadi mummy panggil tak menyahut..berangan apa" balas wanita itu.
" takde apa lah.. saja.. " ujar pemuda itu.
" ada berita pasal Sumayyah" soal Siew.
" kenapa sibuk sangat pasal dia meh" soal Damian kembali.
" saja lah.. risau.. lagipun rindu dekat baby" ujar wanita itu.
" dah jumpa" Ujar Damian slumber. Bahunya ditepuk berkali kali oleh wanita itu
" you kan..dah jumpa dia tak bagitahu ya.. bawa mummy jumpa dia" pinta wanita itu
" nantilah mummy..hari ni malas nak keluar.. cuti.. mau rehat leh"balas Damian
" I said now" ujar Siew tegas. Tidak sabar rasanya untuk bertemu gadis itu. Damian melangkah malas menuju ke biliknya.

Sumayyah bersiap untuk pulang. Dia memeriksa pintu sam tingkap sebelum meninggalkan kelasnya namun langkahnya terhenti apanila melihat Damian sedang menanti diluar keretanya.
" awak buat apa dekat sini.. " Soal Sumayyah gugup.
" aku ukur jalan" jawab pemuda tu acuh tak acuh. Sumayyah mengangguk dan meneruskan perjalanan. Langkahnya terhenti apabila belakang tudungnya ditarik.
" ish apa ni tarik tarik tudung orang" rungut gadis genit itu.
" aku dah lama terpacak dekat sini.. kau boleh blah macam tu je" marah pemuda itu. Sumayyah hairan.
" awak kata ukur jalan.. awak tengah kerja kan" soal Sumayyah.
" aku mekanik.. buat apa aku nak ukur jalan.. " balas pemuda itu. Kaca matanya diturunkan sedikit agar dapat dipandang wajah gadis itu dengan jelas.
" comel" bisik hatinya apabila melihat gelagat gadis itu sedang meniup awning tudungnya yang tidak terbentuk elok.
" masuk.. aku hantar kau balik" ujar pemuda itu
" eh tak pa tak pa.. saya balik sendiri.. " tolaknya elok.
" kau jangan macam macam ok.. masuk" pinta pemuda itu tegas. Sumayyah akur lalu membuka pintu kereta pemuda itu tetapi ditahan Damian.
" mummy aku ada dekat dalam...kau jangan sesekali buka mulut macam mana aku jumpa kau.. kalau tak.. nahas kau aku kerjakan" ugut pemuda itu. Sumayyah mengangguk tanda faham. Dia duduk ditempat duduk belakang.
" hello Sumayyah" sapa Siew. Di tepuk paha gadis itu lembut.
" Su pergi mana.. aunty risau tau.. su sihat" soal Siew tanpa memberi peluang dijawab soalannya.
" su sihat aunty.. .telefon su rosak hari tu.. jadi su tukar nombor baru. " balasnya lembut. Mereka bersembang tanpa menyedari bahawa Damian sedang menatapnya melalui cermin. Kereta yang dipandu Damian tidak terasa perjalanannya kerana dia dan wanita tua itu asyik bersembang.
" hoi.. tak nak turun ke.. nak duduk dalam kereta sampai malam ke" ujar pemuda itu. Badannya terginjat ginjat kerana bahunya ditampar ibunya.
" you.. mulut nak kena cili.. mulut takde insurans" marah wanita itu. Sumayyah tertawa kecil melihat gelagat dua beranak itu. Walaupun pemuda itu kelihatan kasar dan bengis namun apabila berhadapan ibunya dia menjadi seekor tikus yang ketakutan.
" kau ketawa apa... " marah pemuda itu
" adoi mummy sakit" pahanya yang dicubit ibunya digosok lembut. Damian keluar dari keretanya mengalah.
" Aunty.. jemput masuk rumah Su" pelawanya.
" hah ya ya.. cantik laman Su.. rajin menanam" soal Siew
" hari cuti.. takde apa nak buat..boleh la" balas Sumayyah. Siew meneliti pokok pokok renek yang ditanam Sumayyah. Berbunga lebat ada yang menandakan akan cantik berkembang mekar dan ada yang berbuah lebat.
" aunty....masuk lah " pelawanya. Sehaya itu sebuah kereta berhenti dihadapan rumahnya. Zaim keluar dari keretanya kehairanan melihat Damian dan ibunya berada disitu.
" kau buat apa dekat sini" soal Zaim
" mummy aku ajak.. " balas Damian.
" macam mana kau boleh kenal Su" Zaim masih menyoal.
" Dorang pernah masuk wad sekali...dia banyak tolong mummy aku.. dah tadi terserempak dekat bus stop.. jadi kami hantar dia balik" ceritanya. Matanya memandang gadis itu yang sudah berubah sikap. Dari tenang sebentar tadi hingga gelisah tidak keruan. Damian dan zaim membontoti Siew masuk kedalam rumah itu.
" cantik rumah su" puji Siew.
" terima kasih" balas Sumayyah gugup.
" eh Zaim...buat apa dekat sini " Soal Siew apabila melihar pemuda itu masuk ke dalam rumah bergandingan dengan anaknya
" hai aunty.. saya dengan Su satu kampung... saya kawan arwah suami Su.. saja datang melawat dia.. dengar kata tak sihat baru ni" balas Zaim yang dudul disofa tanpa dipelawa. Sumayyah tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia berdiri disitu kaku. Damian perasan akan perilaku gadis itu.
" Su... su kenapa.. su ok" soal Siew
" hah..ok ok.. Su ok.. kejap ya.. su buatkan air" Sumayyah ke dapur untuk membuat minuman.
" Mummy..I nak ke toilet.. " Damian bangun lalu menuju ke dapur. Kedengaran Zaim dan Siew sedang rancak bersembang. Tatkala dia tiba didapur kedengaran suara tangisan halus. Ditolehnya ke satu sudut Sumayyah didalam tangisan yang sedang ditahan. Dia menghampiri gadis itu.
" kau kenapa" soalnya perlahan. Sumayyah tidak semena mena melutut dihadapannya
" awak tolong bebaskan saya dari Zaim awak..
tolong saya kali ni.. saya merayu dekat awak" rayunya. Damian kehairanan
" kenapa aku nak kena tolong kau..." soal Damian.
" saya akan ceritakan nanti tapi tolong saya.. tolong bebaskan saya dari dia.. saya akan ikut cakap awak.. awak nak saya buat apa.. awak nak makan.. saya masakkan" Sumayyah bangun lalu menuju ke peti ais dan mengeluarkan bahan untuk dimasak. Damian menahannya kelakuannya.
" urusan kau dan Zaim.. bukan urusan aku" ujar Damian dan dia masuk semula ke ruang tamu. Tangis Sumayyah masih berlarutan.
" mummy jom balik.. I ada kerja" ajak Damian.
" baru je sampai. " rungut wanita itu.
" lain kali la datang.. I ada kerja dengan client.. " ujarnya lagi.
" Su.. aunty nak balik ni" tempik Siew. Sumayyah membasuh mukanya agar tidak kelihatan kesan tangisannya lalu menuju ke ruang tamu.
" aunty nak balik dah.. Su baru nak buatkan air. " ujarnya. Terukir senyuman dibibirnya.
" baru tadi dia merayu minta tolong.. boleh senyim pula.. psycho.." bisik hati Damian.
" Damian tiba ada urusan.. so aunty kena ikut dia la.. nanti aunty datang lagi ya.. " ujar wanita itu lalu melangkah keluar. Zaim masih disitu. Sumayyah masih menggigil apatah lagi mata Zaim melirik galak ke tubuhnya. Zaim menghampirinya dan mencium tudungnya.
" arghhh... rindu aku pada kau tak pernah hilang Su. " jarinya melirik kebahu gadis itu. Airmatanya mengalir semula.
" tak rugi aku bayar kau..dari ibu kau yang letak hantaran macam nak jual kau kan.. last last kau milik aku juga" tawa Zaim.
" sorry aku tertinggal kunci. " Damian muncul secara tiba tiba mengambil kunci diatas meja.
" kau buat apa lagi.. jom la" ajaknya
" aku..aku nak dapat bayaran balik la" bahu Sumayyah dirangkul erat.
" bayaran balik?? owh.. awal lagi.. jom ikut aku.. ada jerung masuk pukat" ujar Damian. Suamyyah mengesat airmatanya kasar.
" Kau ni.. kacau la... Su..nanti aku datang lagi ya.. tapi aku harap kau lebih bersedia ya" pipi gadis itu dikuis lembut. Zaim menuju ke pintu dan sehaya itu Sumayyah rebah terduduk ke lantai. Damian perasan itu lalu berpaling meninggalkan gadis itu sendiri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience