9

Drama Completed 119253

Sumayyah menyiapkan sarapan bagi menyambut kepulangan suaminya. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan cinta hatinya.
" angah...apa yang jadi semalam..kenapa tiba tiba minta ucu temankan pula.." soal Sufian yang baru bangun dari tidurnya. Dengan wajah yang serabai di capai karipap lalu dimasukkan kedalam mulutnya.
" entah la..dua tiga hari ni angah rasa macam ada benda yang tak kena..rasa seram sejuk..macam sedang diperhatikan" cerita Sumayyah
" perasaan jelah tu.. rindu sangat dekat suami sampai terfikir yang bukan bukan.." ujar pemuda itu
" iya ke.." Sumayyah seakan tidak pasti dengan perasaan dan nalurinya. Dia benar benar tidak selesa.
" ucu balik dulu la..semalam datang kalut kalut tak sempat bawa baju" ujar Sufian. Dicapai beberapa biji karipap lalu beredar.
" tak nak makan bihun goreng ni dulu ke" tempik Sumayyah
" tak nak..nak balik sambung tidur" tempik Sufian di muka pintu. Sumayyah bersiap dan berhias cantik lalu menanti kepulangan suaminya diruang tamu.
" Assalamualaikum" Sumayyah mendapatkan pemuda itu. Di salam tangan suaminya lalu dipeluk suaminya erat.
" rindu abang" ujarnya
" abang pun.." dahi isterinya dikucup lembut.
" abang nak mandi dulu ke nak sarapan dulu" soal Sumayyah.
" abang nak mandi dulu..lepas tu abang nak rehat sekejap..letih..lepas bangun baru abang nak makan" balas Azhar.Tuala di capainya lalu masuk ke bilik air. Sumayyah menutup semula hidangan diatas meja. Dia masuk ke bilik lalu mengeluarkan pakaian untuk suaminya. Dia menanti dibucu katil. Tidak lama kemudian Azhar muncul dan masuk ke dalam bilik. Disarung baju yang telah disediakan isterinya
" mari Su lap rambut abang.." pintanya. Tuala itu bertukar tangan. Rambut pemuda itu di lap lembut agar tidak menyakiti.
" macam mana kerja abang...ok" soal Sumayyah
" macam biasa la Su..hari hari mengadap jalan..nak pula sekarang musim cuti sekolah..jalan jem.." keluh Azhar.
" tak palah..abangkan cari rezeki.. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan abang" doanya buat suami tidak pernah lekang.
" terima kasih Su." ujar Azhar. Sumayyah memeluk tubub suaminya dari belakang..mahu dilepaskan rindu yang menggunung.
"su abang nak rehat" Azhar menolak lengan gadis itu yang melingkari tubuhnya lalu naik ke katil untuk berbaring. Sumayyah tersentap.
" abang letih agaknya" bisik hatinya. Sumayyah beredar meninggalkan Azhar yang ketiduran.

Puan Fauziah duduk dianjung merenung jauh. Fikirannya tertumpu pada anak gadisnya seorang. Dia tetap mahukan Zaim menjadi pendamping anaknya.
"sudah sudah la simpan hasrat nak bermenantukan si Zaim tu...angah dah bahagia dengan hidup dia.." Encik Zahari cuba membela nasib anak gadisnya.
" bahagia apa bang kalau macam tu..abang tak sedih tengok kehidupan dia..jadi hamba mertua..hari tu jaga mak mertua dia yang sakit..dah mati kawan tu jaga ayah mertua pula..adik beradik ipar sekor pun tak boleh pakai..bila dah mati bapa tu harta pula di kejar dorang..last last anak kita duduk dekat pondok buruk tu..yang lain berebut harta bertimbun.." Luah Puan Fauziah. Sumayyah diawal perkahwinan berkorban menjaga ibu mertuanya yang tenat..Azhar punya adik beradik yang ramai tapi semuanya sudah berhijrah mengikut keluargs masing masing. Memandangkan Azhar anak yang bongsu dan tinggal dikampung,tanggungjawab digalas sepenuhnya Azhar dan Sumayyah. Setelah kematian ibu mertuanya ayah mertuanya pula sakit dan terlantar dikatil akibat strok. Sumayyah dan Azhar masih lagi menggalas tanggungjawab namun setelah mertuanya meninggal harta dibahagikan secara tidak adil..Hanya rumah pusaka dan motor serta tanah sekangkng kera di belakang rumah diberikan kepada Azhar. Sumayyah membantah tindakan Azhar yang mahu mendapatkan hak secara adil. Sumayyah tidak mahu dilabelkan sebagai penjilat harta.
" dah itu yang dorang nak bagi..dari tak bagi langsung lagi teruk.." balas Encik Zahari.Dia turut berduka dengan nasib anaknya namun dia tahu anaknya bahagia. kebahgiaan anaknya lebih penting dari segalanya.
"Assalamualaikum" Puan Fauziah dan Encik Zahari menjengah. Zaim datang kerumah dengan membawa buah tangan.
"ada apahal kamu datang Zaim.. kalau pasal Su.. pak cik tak suka.. kamu jangan jadi orang ketiga dalam rumah tangga dia. "amaran dari lelaki itu sebelum beredar dan meninggalkan perkarangan rumahnya. Puan Fauziah dan Zaim terdiam.

Zari.. aku tengok si Yah tu baik benar dia dengan si Zaim tu.. ada apa apa ke"soal seorang lelaki tua.
" aku pun tak tahu lah nak kata apa.. Yah tu berkenan sangat dengan si Zaim tu nak buat menantu.. aku pin tak tahu nak cakap apa.. Zaim pula kerap sangat bertandang" luah Encik Zahari.
" hari tu aku nampak Yah keluar dari embak bong.. urusan apa dia dekat situ" cerita lelaki tua itu.
"embak bong?? bila.. dia sorang ke?? " soal Encik Zahari. Dia tersentak apabila mendengar isterinya ke rumah bidan kampung itu. Wanita dari seberang itu terkenal dengan ilmu perbidanan.
" sorang je.. aku terserempak dua hari lepas.. katanya ambil ubat. " ujar lelaki itu
" untuk lia kot.. dia kan baru bersalin" balas Zahari. Dia cuba bersangka baik.

Azhar terjaga dari lenanya. Dia mencari isterinya. Rumah kosong tiada penghuni lain selainnya.
" Su.. Su.. " panggilnya. Namun tiada jawapan. Dia mencari diluar..kelibat isterinya tidak kelihatan. Azhar cuak. Dia menghidupkan enjin motosikalnya.Tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang
" Su...su pergi mana.. puas abang cari.." ujar Azhar. Sumayyah mengangkat baldi yang berisi ikan lalu di tunjukkan kepada suaminya. Dilap peluhnya yang berderai dengan tudung yang disarungnya
" kenapa tak ajak abang.. " Azhar lega melihat isterinya berdiri dihadapannya.
" Abang tidur lena sangat.. su taknak ganggu.. " balas Sumayyah.
" banyaknya ikan.. Su pancing semua ni" soal Azhar.
" ye lah.. jangan pandang su sebelah mata ya... nak masak apa ikan ni.. " soal sumayyah.
" keli ni bakar je lah.. semilang tu buat gulai.. sedapnya" Azhar mengesat airliurnya yang meleleh.
" tak senonoh lah abang ni" Sumayyah tertawa kecil lalu masuk kedalam rumah. Azhar membuka pintu rumahnya apabila kedengaran seseorang memberi salam. Dia tersentak melihat Fasha berada dihadapan rumahnya.
" Su ada" soal Fasha lalu masuk ke dalam rumah.
" Sha buat apa dekat sini.. kan bie kata jangan terlalu menonjol" bisik Azhar
" Sha ada kerja sikit dengan Su." Dilurut jarinya lembut keleher pemuda itu. Azhar melirik tajam.
" Sha.. dah sampai.. " Sumayyah yang datang dari dapur berjalan mendapatkan sahabatnya.
" dah kata nak pergi tengahari.. ni tengahari lah ni.. kau tak siap lagi.. " Soal Fasha
" kejap aku tengah masak.. lepas makan tengahari kita pergi.. boleh? " soal Sumayyah.
" ok.. kau masak apa" dia bergandingan dengan Sumayyah menuju ke dapur. Azhar tidak selesa dengan situasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience