" Mizi ada terserempak dengan Su tadi tapi tak sempat Mizi nak jumpa dia..dia lari" cerita pemuda itu ditalian
" Sumayyah tu memang licik.. Mizi cari dia dekat dekat situ.. mungkin dia kerja dekat situ.. kalau Mizi jumpa Mizi jangan jumpa dia tapi Mizi bagi tahu mak Yah" ajar wanita itu
" tahu lah mak Yah nak ajar dia macam mana" pesan wanita itu.
" baik Mak Yah" Mizi mematikan talian. Perhatiannya di alih kearah gadis yang sedang bermain golf.Jus oren disisinya disedut perlahan.
" Lidya..."panggilnya. Gadis itu menghampirinya.
"sayang bila datang.. lama I tunggu tau" rengek gadis itu.
" baru je.. I ada kerja sikit tadi..miss you sayang" leher gadis itu dikucup lembut. Gadis itu merengek manja.
" dah habis main ke.. " soalnya.
" dah.. kenapa" soal gadis itu manja
" jom balik.. I letih la...nak rest.. " tangannya melurut lengan gadis itu lembut. Matanya dikeyitkan. Gadis itu tersenyum dan mereka bergandingan beredar meninggalkan krlab golf itu.
Sumayyah mengambil langkah berjaga jaga. Dia risau jika dia bertembung dengan pemuda itu lagi. Setiap langkahnya terasa diperhatikan. Dia masuk ke pasaraya dengan debaran.
" Ya Allah permudahkanlah segala urusan aku hari ini" doanya agar peroleh kekuatan. Dia membelek belek barang yang mahu dibelinya. Tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia tersentak. Dia menoleh
" kak Mas" panggilnya. Mereka berpelukan melepaskan kerinduan.
" dah habis beli.. jom kak mas belanja minum" ajak gadis itu. Sumayyah mengikut. Mereka singgah sebuah cafe.
" Su kerja dekat mana sekarang" Soal gadis itu
" tadika juga tapi tadika intelek" Mas hanya mengangguk.
" akak.. Su minta maaf tau sebab berhenti mengejut. Su terpaksa.. " pintanya
" ishhh tak apalah.. kak Mas faham.. habis Su sekarang macam mana.. eh baby mana" Soal gadis itu. Sumayyah terdiam.
" Su... kenapa ni.. akak ada tersalah cakap ke" soal gadis itu
" tak..aka takde tersalah cakap.. baby Su takde dengan Su" nadanya sugul
" oh... anak duduk dekat kampung" teka gadis itu. Sumayyah menggeleng
" habis tu.. " gadis itu kurang senang dengan reaksi Sumayyah.
" ibu beri anak Su dekat orang" Mas terperanjat mendengar kebenaran itu.
" Allahuakhbar... Su.. biar betul" Dia mahukan kepastian agar dia tidak silap dengar.
" betul.. lagi seminggu Su nak habis pantang.. ibu serahkan Fateh dekat orang lain" manik manik jernih mula mengalir membasahi pipi. Mas melepaskan keluhan berat.
" Ya Allah Su.. ibu Su tu dah nyanyuk ke apa" nada Mas sedikit tinggi. Sumayyah diam
" kuatnya Su.. kalau akak.. tak tahu lah apa nak jadi.. anak tu Su" ujar gadis itu kerana tidak percaya perbuatan puan Fauziah terhadap gadis dihadapannya sejauh itu.
" InsyaAlalh kak.. Su akan kuatkan diri Su.. Su nak cari balik anak Su" ujarnya. Mas bangun dari duduknya lalu duduk disebelah gadis itu. Diberikan pelukan hangat kepada gadis itu tanda sokongannya atas tindakan gadis itu dan dia mahu gadis itu terus kekal positif.
" Dah tak nak nangis nangis lagi.. oh ya.. ada sorang mamat cina ni.. apatah nama dia.. kak mas dah lupa dah.. dia ada datang cari Su dua kali.. lepas kak mas kata Su dah resign terus tak nampak batang hidung dia" ujar gadis itu. Kali ini giliran Sumayyah pula tersentak. Dia lupa akan kewujudan manusia yang bernama Damian. Dia tahu dia harus langsaikan hutangnya namun dia gagal menghubungi pemuda itu kerana nombornya sudah ditukar. Dia tidak mahu ibunya menganggunya.
"Siapa dia tu" soal Mas
" kawan Su..dia tolong Su waktu su nak bersalin hari tu" dalihnya. Dia tidak mahu disalah anggap.
" hai Su" Sumayyah dan Mas memandang gadis di yang berdiri dihadapannya.
" fasha " Sumayyah tidak selesa dengan kehadiran gadis itu yang tanp segan silu duduk dimeja mereka.
" ingat lagi kau dekat aku ya.. kau apa cerita..sihat" soal Fasha. Sumayyah mengenggam jari mas erat. Gadis itu merasakan genggaman itu memandang Sumayyah yang kelihatan berubah raut wajahnya apabila berhadapan dengan gadis yang kelihatan daring itu.
" maaf awak siapa ya" Mas cuba membantu
" oh ya.. maaf... saya Fasha.. rakan sekolah Su.. satu satunya sahabat baik su dan satu satunya madu Su" Fasha menghulurkan tangan untuk berjabat.
" maaf saya tak berjabat tangan dengan perampas dan perosak rumah tangga orang" sinis Mas
" ouchh.. agak kasar tapi tak apa saya dah move on.. suami kami dah meninggal dan kami dah ada hidup masing masingkan.. tak gitu Su" matanya memandang Sumayyah tepat. Sumayyah menggigil menahan geram.
" Su.. bukan kata nak beli alat tulis budak budak tadi" ajak Mas. Dia mahu melarikan gadis itu agar dia tenang.
" hah... ha ah.. jom kak mas" ujaf Sumayyah dalam keadaan sedar dan tidak.
" ok lah Su... kita jumpa lagi ya.. maduku sahabatku" Fasha bangun dari duduknya lalu beredar. Sumayyah memandang gadis itu geram yang membuku.
" geramnya kak mas tengok dia" ujar gadis itu sambil melirik tajam ke arah Fasha yang keluar dari kafe tersebut. Sumayyah hanya tersenyum.
Hujan lebat beserta guruh mengejutkan Sumayyah yang kertiduran. Di lihat jam ditangan. Sudah pukul tiga pagi. Sumayyah ke dapur untuk mengambil segelas air bagi membasahi tekaknya yang kering. Pinti rumahnya di ketuk. Sumayyah cuak.
"Siapa yang datang pepagi buta ni" bisik hatinya. Dia menghampiri pintunya. Dibuka pintu kayu itu.. alangkah terkejutnya dia apabila melihat Azhar yang basah kuyup dan lumpur melitupi separuh badannya berjalan menghampirinya
" Su.. abang minta maaf Su.. abang minta maaf" ujar pemuda itu. Sumayyah kaku. Langkahnya seakan terkunci
" abang... " panggilnya
" su abang minta maaf... abang rindu su.. abang sayang su" ujar pemuda itu.
" abang... " panggil Sumayyah lagi
" abang bawa anak kita" dihulur bayi yang dipegangnya ke arah Sumayyah. Sumayyah mahu mengambil bayi itu namun di rentap pemuda itu semula
" kenapa su bagi anak kita dekat orang.. kenapa su buang semua kenangan kita.. " marah pemuda itu lalu cuba diterkam Sumayyah dimana kaki nya telah dikunci.
" abangggg" tempik Sumayyah. Dia terjaga dari lenanya. Peluhnya membasahi tubuhnya. Sumayyah memeriksa badannya. Dia masih diatas katil dan dibiliknya. Sumayyah menarik nafas lega. Dia bangun mandi lalu menunaikan solat Subuh sebelum bersiap ke tempat kerja.
"teacher... andi kencing dalam seluar" tempik seorang anak muridnya. Sumayyah segera mendapatkan anak kecil itu lalu dibawa ke tandas.
" andi kenapa nak kencing tak bagi tahu cikgu" soal Sumayyah lembut.
" andi tak tahan dah nak shishi.. " balas anak kecil itu. Selesai di uruskan anak kecil itu dia masuk kelas tapi matanya tertangkap sebuah kereta yang agak mencurigakan dimana pemandu dan penumpang disebelahnya sedang memerhati kearah dalam kelas. Sumayyah takut diapa apakan anak muridnya memandangkan kes penculikan kanak kanak makin berleluasa.
" Eja.. kereta tu Su tengok dari tadi perhatikan dalam kelas.. nak call polis tak" Soal Sumayyah.
" tak pe Su Eja call.. " ujar gadis itu. Tidak lama kemudian sebuah kereta polis peronda menghampirinya kereta itu dan kereta itu berlalu pergi. Sumayyah lega.
Share this novel