Azhar seperti biasa. Melilau seluruh daerah bagi menghantar pesanan yang sudah tersenarai. Dia berhenti disebuah pondok bagi melepaskan lelah dan mengisi perutnya yang sudah berkeroncong. Seperti hari hari sebelumnya, dia akan menelefin wanita yang dicintainya sekadar melepaskan rindu.
" Rindu Su" ujarnya. terukir senyuman dibibirnya. Suara isterinya di talian seakan menguat semangatnya untuk terus bekerja.
" abang balik lambat hari ni.. banyak barang nak kena hantar.. Su makan dulu ya" suruhnya
" abang jaga diri.. bawa lori tu hati hati ya.. kalau ada apa apa call su cepat cepat. " pinta gadis itu.
" baik sayang ku" usik Azhar. Talian di matikan. Dia berkemas setelah bekalnya sudah habis di makannya. Dia menyambung perjalanannya. Dalam perjalanannya di melihat sebuah kereta berhenti di tepi jalan.Seorang gadis kelihatan mundar mandir. Dia memberhentikan lori dihadapan kereta itu lalu menghampiri gadis itu.
" Fasha.. kenapa.. kereta rosak ke" soalnya
" Har.. nasib jumpa Har dekat sini.. ha ah.. kereta buat hal.. tiba tiba mati" cerita gadis itu
" minyak ada" soal Azhar
" baru je isi tadi.." Cerita gadis itu.
" jap Har tolong tengokkan.. kalau tak nak hidup juga Har call towing" ujarnya. Dia memeriksa enjin kereta gadis itu. Semuanya dalam keadaan baik baik saja namun enjin masih tidak berjaya dihidupkan. Azhar menemani gadis itu hingga trak tunda tiba.
" maaf la Fasha dah kacau kerja Har.. " ucap gadis itu.
" eh tak pe.. lagipun bahaya perempuan dok dekat jalan sunyi macam ni sorang sorang.." Azhar mengalihkan pandangan matanya apabila mata mereka bertentang. Mereka diam. Suasana canggung. Akhirnya trak tunda tiba. Kereta gadis itu ditunda hingga ke bengkel.
" jom Har tumpangkan Fasha hingga ke bengkel" pelawanya
" takpe Fasha call grab" tolak gadis itu lembut
" bahaya tunggu dekat sini sorang sorang.. Har hantar sampai bengkel...Fasha amik grab dekat sana...selamat sikit" ujarnya.
" tapi naik lori la" ujar Azhar lagi. Fasha hanya mengangguk tanda setuju. Lori yang dipandu Azhar tiba dibengkel. Azhar meninggalkan Fasha disitu lalu meneruskan perjalanannya.
Sumayyah bingkas berlari ke pintu bagi menyambut kepulangan suami tercinta. Salam disambut dan dikucup lembut gadis itu. Dahinya dikucup lembut pemuda itu dan mereka berpelukan mesra untuk seketika bagi melepaskan rindu.
" tadi abang jumpa Fasha... kereta dia rosak dekat highway.." ceritanya
" Allahurabbi... habis tu abang tolong tak dia" soal Sumayyah lalu duduk disebelah suaminya.
" tak abang tinggal je dia" usiknya
" la kenapa abang tak tolong dia.. kesian dia.. " sumayyah kalut lalu mencapai telefonnya.
" nak call siapa" soal Azhar
" Fasha la.. sampai hati abang tinggal dia.. kalau apa apa jadi dekat dia macam mana" soal Sumayyah.. risaunya akan sahabatnya membuatkannya tidak keruan.
" abang tolong la dia..mati la abnag kalau abang tak tolong dia.. " Azhar tertawa puas apabila melihat isterinya tidak keruan. Sumayyah melongo. Dia masih tidak dapat menangkap kata kata suaminya.
" hello... Su.. apa hal call " Soal Fasha ditalian.
" Sha.. sorry tadi Har kata dia ada jumpa kau dekat tepi jalan tapi dia tak tolong " sedihnya
"eh apa pula tak tolong.. dia panggilkan towing tadi.. lepas tu tumpangkan aku sampai bengkel.. kau cakap dekat dia aku ucap terima kasih tau" ujar gadis itu. Sumayyah memandang suaminya yang cuba melarikan diri. Sumayyah berlari mendapatkan suaminya yang sudah hilang masuk ke dalam bilik. Tawa mereka memecah sunyi rumah itu.
Sumayyah pulang ker rumah ibunya kerana abangnya mengadakan kenduri kesyukuran bagi menyambut bakal lahirnya anak sulung yang merangkap cucu pertama keluarga mereka. Sumayyah masih sibuk didapur. Azhar membantu iparnya serta beberapa orang kampung memasang khemah. Suasana riuh kedengaran disetiap sudut rumah itu. Sumayyah hanya mampu tersenyum. Tidak tahu apa yang mahu dicelahnya.
" Su.. kamu takkan takde isi lagi.. kamu kawin dulu dari abang kamu kan" soal seorang wanita yang berusia separuh abad itu.
" belum rezeki lagi makcik.. " sumayyah tersenyum kelat. hatinya seakan dicarik carik.
" kamu tak pergi periksa ke.. mana tahu salah sorang yang ada masalah" sampuk seorang lagi wanita
" dah.. Alhamdulillah kami takde masalah.. dua dua subur..tapi masih belum rezeki.." balas Sumayyah yang masih cuba berlapik.
" habis tu tak cuba cara moden..kita kalau lama sangat berdua nanti jemu.. ada anak ni pengikat kasih sayang" ujar wanita itu
" makcik ada anak bercerai juga..tak kekal pun.. macam kena sumpah pula.. anak pun bercerai.. ada anak juga.. dengar cerita cucu pula bercerai.. pun ada anak juga.. ada anak ke takde anak ke bukan penentu usia sesuatu hubungan.. dah bukan rezeki dia nak buat macam mana.. yang makcik sibuk nak ambil kerja Tuhan dah kenapa.. " sampuk Fasha yang datang entah dari mana. Sakit hatinya apabila melihat sahabatnya seakan tidak dapat menahan kedukaan. Sumayyah menguis nguis tangan sahabatnya agar tidak berkata biadap dengan tetangganya.
" makcik tu...esok malaikat maut nak jemput.. dah cukup amalan.. " soal Fasha lagi. Semua terdiam.
" apa kau ni.. jom masuk jom masuk" Sumayyah menarik lengan sahabatnya lalu beredar meninggalkan ruang dapur
" geram aku... tak kawin salah dah kawin takde anak salah.. mati tak nak.. menyibuk betul hal orang" rungut Fasha.Sumayyah tersenyum sendiri. Agak lucu riak sahabatnya.
" terima kasih sebab kau sudi back up aku" ujarnya
" kau kan kawan aku.. makcik makcik tu parasit je" seloroh Fasha. Tawa mereka berderai.
" ibu malu tau.. nak pula tadi si Fasha tu.. bukan main lancang mulut dia... ibu macam nak sumbat je lada dalam mulut dia" luah wanita itu. Sumayyah dan Azhar terdiam. Mereka saling bertatapan. Sumayyah menggenggam erat jari jemari suaminya.
" ibu.. angah minta maaf.. ibu harap ibu tak panjangkan hal ni.. " pintanya
" aku bukan nak panjangkan tapi korang dah tiga tahun kawin.. kau belum ada tanda lagi ke.. " jelingan tajam ibunya dapat ditangkapnya. Sumayyah menggeleng.
" korang ni nak tunggu apa lagi.. takkan tak puas lagi bermanja.. aku malu bila orang kampung bertanya tentang korang.. along kau pun dah nak jadi ayah.. korang takkan tak teringin" marah wanita separuh abad itu
" kami dah usaha ibu.. tapi belum ada rezeki lagi" balas Azhar lembut walaupub hatinya sedih.
" usaha... usaha... apa usaha yang korang buat" tengking wanita itu
" ivf kan ada kenapa tak cuba" tengkingnya lagi
" kos dia mahal ibu.. mana kami mampu" jawab Sumayyah lembut
" mana nak mampunya kalau keje hanya cukup lepas tekak" hampir terbuntang wanita
" rumah tu pun harap ehsan mertua kamu.. motor buruk tu juga la kenderaan yang ada.. dah reput dah aku tengok.. sikit hari reban motor tu.. " dada wanita itu berombak menahan marah
" sampai hati ibu cakap macam tu dekat angah" nada Sumayyah bergetar menahan duka. Azhar memujuk isterinya agar tidak terbawa dengan perasaan.
" apa salah ke aku cakap.. semua yang kau ada tu semua pemberian orang... sampai bila nak hidup atas ehsan orang" tengking wanita itu. Matanya hampir terkeluar dek menahan marah.
" apa kamu ni Yah.. tak boleh ke nak jaga hati anak menantu.. dah belum rezeki dorang nk buat macam mana.. tak perlu lah ungkit semuanya" sapa ayahnya yang datang dari ruang tamu.
" saya bukan mengungkit.. tapi kalau dia terima pinangan anak si Leha tu.. dah selamat dah pun hidup dia.. ni hah tengok.. hidup macam pengemis.. jangan kata nak hidup mewah macam orang lain.. emas sorat pun takde kat badan.. " marah wanita itu lagi
" ibu... sampai hati ibu.. angah bahagia dengan abang Azhar ibu.. cukup la kehidupan kami macam ni.. Angah taknak apa apa.. " ujar Sumyyah beserta tangisan.
" bahagia.. tak payah tipu aku lah angah.. perempuan mana boleh hidup macam kamu.. tapi sebab kamu ni dah dibodohkan laki kamu sebab tu ikut je cakap dia.. macam lembu cucuk hidung" kata kata wanita itu semakin tidak dapat dikawal
" astaghfirullah.. bawa mengucap Yah.. kamu dah lupa ke semua ni Allah dah tentukan.. mana tahu sekarang hidup dorang macam ni.. akan datang Allah nak bagi yang lebih baik.." ujar lelaki itu
" ibu.. Har minta maaf sebab tak dapat beri kemewahan pada Su.. tapi Har janji akan bahagiakan Su sampai akhir hayat Har" janji pemuda itu membuatkan terukir senyuman dibibir Sumayyah. Wanita tua itu menjuihkan bibirnya.
Share this novel