5

Drama Completed 119253

Sumayyah sibuk dengan aktivitinya sehinggakan telefonnya berdering tidak diendahkannya. Azhar risau. Telefon masih digenggamannya. Hatinya tidak keruan. Seakan mahu pulang namun kerjanya belum selesai.
"apasal muka macam getah sekerap" sapa Fasha. Azhar menoleh. Dicapai tin minuman yang dihulur gadis itu.
" Har risau.. Su tak angkat call. Dah penat Har call tapi tak jawab. "cerita pemuda itu
" dia sibuk kot.. kan dah nak habis tahun" pujuk gadis itu
" sibuk macam mana pun dia tetap akan jawab call Har"risaunya semakin tidak dapat dibendung. Fasha menoleh memandang pemuda itu
" Har sayang dia.. " soal Fasha tiba tiba. Azhar kaget. Dia menoleh. Mata mereka bertemu
" dah tentu lah..Sumayyah isteri Har..apa punya soalan la" Azhar tersenyum sinis.
"habis Fasha" soal gadis itu lagi. Azhar tergamam. Dia merenung mata gadis itu. Anak mata yang hitam itu bergetar. Ada linangan jernih dipinggirnya
"maksud Fasha"Azhar kurang faham. Dia tidak dapat meneka tatapan itu
" siapa Fasha bagi Har" tegas gadis itu
"kita kawan..Fasha best friend Su.. "dilemparkan pandangan ke laut dalam.
" apa.. Fasha ingat Har sayang Fasha.. suka Fasha.. "nada gadis itu berubah. Ada sedikit getar.
" Har tak pernah kata Har suka dan sayangkan Fasha.. sayang Har hanya untuk Su.. dia cinta hati Har selamanya" ujar Azhar
"habis malam tu.. apa.. " ujar Fasha. Azhar terdiam
" Har belai Fasha.. Har goda Fasha..Har ragut maruah Fasha.. " tangis gadis itu berderai
"maaf Fasha.. Har tak berniat nak rosakkan Fasha.. Har tengah serabut waktu tu.. Har minta maaf.. bagi Har tiada siapa dapat gantikan Sumayyah. "ujar Azhar dengan kesal. Dia menyesal kerana meniduri sahabat baik isterinya ketika kepalanya serabut dan tertekan dengan desakan dan hinaan ibu mertuanya. Dia bertemu dengan Fasha tanpa sengaja. Diluahkan segalanya pada gadis itu. Tapi apa yang merasuknya sehingga di termakan ajakan gadis itu untuk bermalam di hotel bersamanya.
"Har hanya anggap Fasha one night stand..sampai hati Har.. Fasha ikhlas sayangkan Har.. " luah gadis itu. Airmatanya laju membasahi pipi.
"maaf Fasha.. Har tahu Har bersalah" pinta pemuda itu
"Har.. tolong.. jangsn tinggalkan Fasha.. Fasha sayangkan Har dari sekolah lagi.. Fasha cintakan Har sorang je.. Fasha sanggup tolak semua lelaki hanya kerana Har.. "rayu Fasha.
"maaf Har tak boleh...Har sayang Sumayyah sorang.. dia isteri yang terbaik yang Allah hantar untuk Har. "jelas Azhar.
"Fasha tak minta untuk Har ceraikan Su.. Fasha sanggup berkongsi kasih..Fasha tak akan tuntut apa apa dari Har dan Su.. cukup Har beri sedikit sayang dan cinta Har untuk Fasha"rayunya
" maaf Fasha.. Har tak boleh.. Har sayang Su.. apa yang jadi malam tu hanya satu kesilapan"ujarnya.Dia menatap wajah gadis itu yang dibasahi airmata.
" Har tahu Fasha akan dapat jumpa lelaki yang sempurna buat Fasha" Dia mengusap air mata gadis itu.
" fasha nak Har.. hanya Har yang dapat bahagiakan Fasha" rayu gadis itu. Azhar terdiam. Jari Azhar digenggam erat gadis itu.

"Allahurabbi macam mana boleh tak perasan abang call" Sumayyah terkejut melihat panggilan tidak berjawab dari suaminya. Dia cuba menelefon suaminya namun tidak berjawab. Dia melihat jam di dinding.
" dah pukul sepuluh rupanya.. dah tidur agaknya" bebelnya sendiri.
" dari pukul tiga tadi dia call.. apa lah kau ni su.. merajuk dah suami kau.. "telefonnya yang diletakkan dalam mod senyap itu di tukar nadanya. Dia mengemas kerjanya yang berselerak di ruang tamu. Telefonnya berdetik. Mesej dari suaminya dibaca.

MAAF SU ABANG TERTIDUR.. ABANG CALL TAK JAWAB.. SU DAH LUPA ABANG?

Su tersenyum. Dia mendail nombor suaminya
" maaf abang.. telefon silent mode tadi.. sebab ada meeting.. su lupa nak aktifkan balik nada.. abang dah makan"soal Sumayyah. Ada keluhan kecil dihujung talian
" tak lalu nak makan rindu Su.. risaukan su.. abang call dari tengahari..Su tak jawab.. " rajuk pemuda itu masih berbaki.
" maaf abang.. su janji tak buat lagi.. abang makan la nanti sakit perut tu susah.. Su dah lah jauh dengan abang..kalau jadi apa apa macam mana.. "ujar Sumayyah.. risaunya pula membuak.
" abang dah makan la.. Su tu jangan berjaga lewat malam sangat.. nanti sakit pula.. " ujar Azhar. Sumayyah memetikan talian. Dia berkemas lalu masuk ke biliknya. Dipeluk bantal suaminya untuk melepaskan rindu. Sumayyah terlelap dengan rindu yang menggunung

Azhar terjaga dari lena. Dia yang tidur didalam lori bangun dari perbaringan. Di pisat pisat matanya. Keluhan berat dilepaskan. Foto Sumyyah yang tergantung dicermin ditatapnya
"morning sayang.. " dikucup foto itu berkali kali. Dia melihat telefonnya. Ada panggilan tidak berjawab dari nombor yang tidak dikenali
" hello.. ini dari mana ya" soalnya dihujung talian
" saya ada terima call dari nombor ni.. hospital.. " Azhar tersentak. Dia segera ke hospital. Dia menghampiri tubuh yang terbaring lesu dikatil.
" encik ni siapa dengan pesakit. "soal jururawat
"saya kawan dia.. saya terima panggilan dari hospital semalam.. apa yang berlaku nurse" soal Azhar cuak
" Cik Fasha terlibat dengan kemalangan.. tiada kecederaan parah cuma dia memandu dalam pengaruh akohol yang tinggi" ujar jururawat itu. Azhar tersentak. Dia merapati gadis itu. Wajah gadis itu bengkak dan lebam dibeberapa tempat.
" Apa Fasha buat ni" bisik Azhar perlahan. Digenggam jari gadis itu lembut.
"Har" panggil Fasha
" Fasha.. " Azhar merapati wajahnya ke wajah Fasha. Di perhati wajah yang cedera itu sayu
" Har...jangan tinggalkan Fasha.. tolong.. Fasha rayu pada Har.. " rayu gadis itu
" kita berhenti cakap pasal ni ok.. sekarang Fasha kena rehat.. " ujarnya. Ditarik selimut agar menutupi dada gadis itu. Dia menelefon seseorang.
" su.. Fasha kemalangan" ujar Azhar
" hah.. bila.. macam mana boleh kemalangan" soal Sumayyah terkejut
" dia terbabas.. sekarang ada dekat hospital.. Abang dapat call dari hospital.. nombor abang paling akhir yang dia call.. " ujar Azhar
" Fasha call abang buat apa" soal Sumayyah. Entah kenapa kali ini dia rasa tidak selesa dengan pernyataan suaminya. Sedangkan sebelum ini andai ada apa apa Fasha juga akan menelefon suaminya..
" oh.. dia tanya abang dekat mana.. dia nak ajak keluar makan.. abang ada call su nak minta izin tapi su tak jawab.. jadi abang tak keluar la dengan dia.. tiba hospital call kata dia kemalangan" jelas Azhar. Sumayyah lega setelah mendengar penjelasan itu.
"habis.. Fasha macam mana"nadanya risau
" ada ni dekat wad.. baru sedar.. takde apa yang serius.. luka luka dengan kaki terkehel je" ujar Azhar.
" ooo.. abang dah call keluarga Fasha" soal Sumayyah
" dah.. dorang dalam perjalanan.. dorang minta abang temankan Fasha sampai dorang sampai" cerita pemuda itu
" owh... takpe lah.. abang tunggu sampai keluarga Fasha sampai ya.. kesian pula dia.. takut nanti jadi apa apa pula susah" ujar Sumayyah
" tapi lambat la abang bertolak balik.. abang ingat nak balik pagi ni.. cepat sikit sampai" Azhar agak kecewa.
" Su ada je tunggu abang dekat rumah.. abang jangan kalut..Su tunggu abang balik ya.. apa apa abang call Su ya"pujuk Sumayyah. Keluh kecil kedengaran di hujung talian sebelum talian ditamatkan.

Azhar duduk disisi Fasha yang sedang berbaring menatapnya. Setiap sisi lelaki itu ditatapnya.
"Har.. pergi lah balik.. Fasha ok dekat sini" ujar gadis itu lemah.
" takpe Har tunggu sampai keluarga Fasha sampai" balas Azhar tanpa memandang gadis itu.
" Fasha taknak susah kan Har.. lagipun Har nampak sangat tak senang hati dekat sini" balas gadis itu
" Su suruh Har tunggu dekat sini.. Har ikut arahan dia" balas Azhar. Dia menatap telefonnya.
" patut la Har sayang Su sangatkan.. Dia memang baik.. " puji gadis itu
" ya dia memang baik.. sebab tu Har rasa bersalah dengan dia.. Har dah curang dengan dia.. Har tak tahu apa yang Har fikir sampai Har boleh tidur dengan Fasha..Har minta maaf" ujar Azhar
" apa... " tempik seorang wanita seoaruh abad dihadapan pintu bilik Fasha
" mama.. papa" Fasha gelabah. Apatah lagi Azhar yang terkejut dengan kehadiran pasangan itu.
" Fasha.. betul ke apa yang papa dengan mama dengar tadi.. korang.. " suara garau lelaki tua itu memecah sunyi.
" uncle..auntie.. saya minta maaf.. saya bersalah" ujar Azhar.
" Fasha.. " tengking lelaki itu. Fasha tersentak
" maaf pa.. ma.. tapi itu satu kesilapan.. " ujar Fasha.
" korang dah terlanjur itu satu kesilapan.. kamu suami Sumayyah kan.. kamu tak fikir isteri kamu ke.. Fasha.. suami sahabat baik kamu ni" marah wanita itu.
" maaf mama..Fasha tahu Fasha salah tapi Fasha tak boleh tipu perasaan Fasha.. Fasha sayang kan Azhar.. " Azhar tersentak dengan kata kata Fasha.
" papa tak kira.. kita perlu settle kan hal ni.. korang dah terlanjur.. bukan perkara main main.. " jerkah lelaki itu.
" maaf uncle saya tahu saya salah tapi saya tak ada perasaan pada Fasha.. saya masih sayangkan rumahtangga saya" ujar Azhar
" kalau kamu sayangkan rumah tangga kamu takkan kamu boleh tidur dengan anak aku.. " marah lelaki itu semakin membuak buak
" kamu dah tidur dengan dia.. kamu nak lepas tangan.. " ujar wanita itu pula
" papa..mama.. Fasha yang bersalah..Fasha yang ajak dia ke hotel... " ujar Fasha tidak mahu mengeruhkan keadaan.
" habis tu.. kamu nak biarkan je jantan ni lepas.. maruah kamu letak mana Fasha" tengking wanita itu
" Saya tak akan duakan Sumayyah.. " tegas Azhar
" tapi kamu sudah pun duakan dia.. " tengking wanita tua itu.
" uncle tak suruh kamu ceraikan Sumayyah.. uncle cuma mahu kamu bertanggungjawab dengan apa yang kamu dah lakukan pada Fasha.. dia sudah kamu tebuk takkan ada mana mana lelaki yang mahukan dia lagi" ujar lelaki itu. Azhar terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience