57

Drama Completed 119253

" awak... cakap la something" pujuk Damian apabila gadis itu tenang menjamah kerang kerang itu.
" makan.. makan..dah nak habis dah kerang ni" surih gadis itu. Damian akur dan tidak berani membantah. Wajah gadis itu terlalu tenang. Sukar baginya untuk membaca apa yang tersirat.
" eh betina.. kau boleh tak jangan menyampuk.. sebab kau dia nak tinggal kan aku..kau memang gampang kan.. jalang" marah Fasha.
" Kau kalau nak buat kecoh dekat sini baik kau blah" marah Damian. Sumayyah memgelap tangan dan mulutnya dengan tisu lalu bersandar pada kerusinya. Dia tersenyum sendiri. Damian mula tidak senang duduk.
" awak.. jom balik" ajak pemuda itu. Damian bangun lalu membayar hidangan mereka.
" perempuan sundal macam kau memang tak kan pernah malu dengan perbuatan kau kan.. Semua jantan kau nak sental.. kau memang tak de perasaan simpati ke.. kau aniaya aku.. kau rampas suami aku sampai aku kena cerai.. sekarang aku pregnantkan anak Damian.. kau tak kesian ke dekat anak aku" tempik gadis itu. Damian bergegas ke mejanya apabila melihat gadis gadis itu bertelingkah.
" stop it Fasha.. awak jom balik. " Damian menarik tangan Sumayyah dan gadis itu hanya mengikut. Fasha makin berang. Direntap tudung gadis itu dan menyebabkan gadis itu jatuh ke tanah.
" perempuan tak tahu malu" Sumayyah bangkit dari tanah dan menyapu pasir yang melekat ditubuhnya
" kau dah melampau Fasha.. " marah Damian.
" I dah melampau.
habis perempuan ni tak melampau.. dia rampas you dari I.. hari tu dia menjalang dengan Zaim.. lepas tu rampas suami I sekarang.. you pula" pipi gadis itu ditampar. Fasha terdiam. Damian terkejut dengan tindakan Sumayyah yang kelihatan tenang sebentar tadi kini seakan naga yang mahu mengeluarkan api.
" kau dah habis dah buka aib aku.. dah habis kau jaja cerita aku.. ok sekarang kau dengar ni.. Hal kau dengan Zaim.. kau yang rancang kan sebab kau cemburu Har kawin dengan aku.. aku pregnant kau tahu tu tapi kau tukar ubat aku sampai aku gugur sebab apa.. sebab kau dah mengandungkan anak Damian.. kau nak perangkap Har supaya kawin dengan kau.. tapi sayang Har tolak dan kau gugurkan kandungan kau then kau accident dan alasan tu Har dipaksa kawin dengan kau.. kau kena cerai disebabkan perbuatan kau.. dan bukan sebab aku.. Dalam pada kau ister Har.. kita masih bermadu kau boleh keluar dengan jantan lain dan tidur sebilik dengan jantan lain.. kau ingat Har tak tahu.. Har cerita dekat aku.. tapi aku pujuk dia agar tidak menceraikan kau.. bagi kau peluang untuk berubah.. tapi kau.. sedap pula fitnah aku.. sekarang kau kata aku rampas Damian.. huh.. kau buat telenovela ke.. Kau pregnant..bukan kau dah buang rahim kau sebab accident.. macam mana kau boleh mengandung sedangkan kau tiada apa yang aku ada.. dan kau tanya mana lebihnya aku dari kau.. aku boleh bagi Damian zuriat bukan macam kau.. mandul seumurnya" Dada Sumayyah berombak dek amarahnya yang terluah. Damian tercengang. Belum pernah dia melihat gadis itu seberani itu.
" kau.. sayang dia tipu.. dia reka semua tu.. I tak tahu apa apa.. ni I pregnant anak kita" Rayu Fasha.
" sudah la Sha.. move on la.. aku dah taknak kau" ujar Damian dan menepis tangan gadis itu. Sumayyah mahu beredar namun lagi sekali gadis itu di tangkap Fasha yang mahu melepaskan amarah. Sumayyah melawan dengan segala kudratnya lalu Fasha terjelepok ke tanah.
" Sial kau Su..sayang.. kotor" rengek Fasha.
" hah kotor.. ala kesian... " Dituang sisa minumannya ke atas kepala gadis itu dan dituang kulit kerang keribaan gadis itu. Fasha menjerit geram
" kau cuci pakai klorox ya supaya bukan takat baju kau je bersih tapi otak dan hati kau juga" ujar Sumayyah lalu beredar. Damian yang terkulat kulat kerana terkejut dengan tindakan Sumayyah mengikut gadis itu cepat cepat.

Sumayyah diam. Dia hanya memandang pemandangan diluar jendela. Damian yang memandu tidak berani untuk bersuara. Sesekali kelihatan gadis itu menyeka airmatanya.
" Saya tak nak balik lagi.. " ujar Sumayyah. Suaranya serak serak menahan esakan.
" ok.. awak nak pergi mana.. saya bawakan" soal Damian lembut.
" mana mana je.. saya nak tenangkan fikiran" ujar Sumayyah. Dia masih termangu. Damian hanya mampu berdiam. Dibiarkan amarah gadis itu reda sendiri.
" awak nak air" soal Damian setelah mereka sampai ke destinasi yang dituju. Sumayyah menggeleng. Damian duduk disebelah gadis itu. Angin pantai sepoi sepoi bahasa meniup tudung gadis itu lembut. Sumayyah memandang tanah. Titis airmatanya berderai ke tanah.
" saya minta maaf " Pinta Damian. Sumayyah masih diam. Damian ralat. Gadis itu diam seribu bahasa. Hanya kedengaran bunyi sayup tangisannya yang bersisa. Damian bangun dan berdiri dihadapan gadis itu. Sumayyah mendongak. Tidak semena mena dipeluk pinggang pemuda itu erat. Tangisnya makin laju.
" Saya minta maaf.. " pinta Damian.
" kenapa susah sangat saya nak bahagia.. kenapa dunia terlalu kejam dengan saya" luahnya.
" saya minta maaf" pinta pemuda itu.
" saya patut pertahankan awak tadi" ujar Damian.
" terima kasih" ujar gadis itu
" untuk apa" soal Damian keliru
" sebab ada dengan saya tadi.. kalau tak saya tak tahu apa jadi.. saya pun tak tahu syaitan apa yang dah rasuk saya sampai saya buka aib dia.. saya sama macam dia" tangis gadis itu teresak esak. Damian menyeka airmata gadis itu. Diukir senyuman dibaris bibirnya untuk gadis itu. Sumayyah hanya menatap sepi lalu di diletakkan kepalanya pada pinggang pemuda itu.
" saya tahu awak terlalu memendam.. jadi tak salah kalau awak luahkan pada tempat yang betul dan sasaran yang betul. " ujar pemuda itu lagi. Sumayyah mendongak lagi. Di tatap wajah pemuda itu. Damian mengangkat keningnya hairan melihat raut muka cembrut gadis itu. Damian mencium dahi gadis itu lalu memeluk gadis itu erat. Sumayyah terkesima. Dirasakan beban berat yang ditanggungnya tadi hilang bersama deruan ombak.
" saya akan sentiasa ada dengan awak.. " ujar Damian. Sumayyah tiba tiba merasakan seakan renjatan elektrik dengan penggunaan ganti nama yang digunakan Damian. Tubuh pemuda itu di tolak hingga tersungkur ke belakang.
" kenapa ni " soal Damian
" saya awak.. eewwww...mana pergi kau aku" seloroh Sumayyah
" kenapa.. tak boleh" soal Damian.
" bukan tak boleh tapi entah la...saya lagi suka kau aku..baru kena dengan stail.. " ditumbuk bahu pemuda itu berkali kali.
" kena biasakan lah" ujar Damian
" untuk apa.. tak nak lah.. kau aku ada gaya sikit.. hiyaaaaa.... " ditepuk lengan pemuda itu.
" sebab aku sayang kau.. aku nak kau jadi bidadari aku" Sumayyah mati kata tatkala sebentuk cincin dikeluarkan dari poket pemuda itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience