Sumayyah menangis dibucu katil. Dia malu diherdik dan dihina siang tadinya. Dia tidak tahu kepada siapa dia mahu meluahkan. Ibunya.. bukanlah seperti ibu ibu yang lain, andai diceritakan bukan kata kata yang baik dapat didengarinya, malah hinaan dan herdikan juga dihambur. Ayahnya, tidak mahu di ganggu kerana kesihatan ayahnya akhir akhir ini tidak begitu baik, tidak mahu ditambah duka dihati lelaki itu. Sufian tidak mahu diganggu kerana pemuda itu didalam mood peperiksaan.
" Ya Allah.. tolong aku Ya Allah" rintihnya. Pintu rumahnya diketuk. Sumayyah bingkas bangun.
" zaim.. buat apa datang sini.." soal Sumayyah gugup.
" boleh kita bercakap sekejap" pintanya
" nak cakap apa.. pasal apa" soal Sumayyah
" fasha" Sumayyah tersentak.
" kita cakap dekat luar.. Zaim tahu Su tak selesa. " ujar pemuda itu. Sumayyah keluar dan mereka duduk dilaman.
" oh ya.. ni Zaim belikan nasi goreng dengan teh ais.. Damian pesan suruh belikan... risau sangat dia dekat su" ujar pemuda itu. Sumayyah mengambil bungkusan itu lalu diletakkan ke tepi.
" ada apa tadi" soal Sumayyah
" Fasha... dia.. " sumayyah segera memotong kata kata pemuda itu.
" Zaim.. Su nak minta maaf.. lepas ni tak payah dah belikan sarapan untuk Su. " ujarnya
" kenapa pula" Zaim kehairanan
" sebab Su tak nak Fasha salah sangka" ujarnya.
" salah Sangka.. maksud Su" pemuda itu semakin tidak memahami maksud gadis tersebut.
" Su tak tahu yang korang dah bertunang dan nak nikah dah pun... jadi su rasa tak perlu la belikan sarapan untuk Su sebab su tak makan sarapan" jelas gadis itu.
" kenapa pula" soal pemuda itu lagi.
" sebab su tak makan sarapan lah. lagi pun hati Fasha kena dijaga juga" nasihat gadis itu. Zaim mengeluarkan telefonnya. Dia menunjukkan mesej Damian kepadanya.
" dah faham sekarang.. kau ingat aku nak habis kan duit aku untuk kau ke.. buang duit aku je.. " Sinis pemuda itu. Sumayyah tertunduk malu.
" aku dengan Fasha memang bertunang tapi kami dah putus tiga bulan lepas.. kalau diikutkan kami akan bernikah hujung tahun hadapan tapi tu lah.. dia curang" cerita pemuda itu. Sumayyah hanya mendengar.
" kau tahu dia pernah bercinta dengan Damian" soal pemuda itu lagi
" tak" balas gadis itu pendek
" dorang pernah bercinta.. dan Fasha pernah mengandungkan anak Damian.. Damian ada melamar Fasha tapi Fasha nak putuskan hubungan mereka dengan alasan Damian tidak bersungguh untuknya.. dan dia perangkap Har untuk nikah dengan dia.. Damian kecewa bila dapat tahu yang sebenarnya Fasha hanya gunakan dia. Dia hampir bunuh diri kerana dia betul betul sayangkan Fasha.. tapi lepas Har meninggal Fasha datang semula cari Damian. Tapi Damian reject.. " Sumayyah mengangguk faham.
" tapi apa kena mengena dengan Su" soal Sumayyah
" Dia dah kena reject dengan Damian dia datang dekat aku nak bersama semula dengan aku.. tapi aku tolak.. buat apa.. waktu aku sayang dia..dia tinggalkan aku sebab nak kejarkan Damian.. tapi bila kena reject datang cari aku balik.. " ujar pemuda itu kesal
" tapi Zaim baik lagi Damian...kalau orang lain.." Sumayyah sengaja tidak menghabiskan kata katanya.
" kami orang lelaki lain.. boleh terima hakikat bukan macam perempuan.. lagipun ki dah berkawan lama.. kami tahu Fasha hanya nak gunakan kami" jelas pemuda itu. Sumayyah terdiam
" kau makan lah nasi goreng ni.. nanti kang risau pula yang dekat beijing tu. " pinta pemuda itu.
" kejap lagi su makan" ujarnya
" alah kau makan sikit dulu pun takpe aku nak ambil gambar.. kau bacakan tadi.. dia nak tengok kau jamah nasi tu" ujar Zaim.
" hah... apa hal pula sampai nak kena report bagai.. pelik pelik betul" rungut Sumayyah.
" manalah aku tahu.. cepat la nanti dia bising" pinta pemuda itu. Sumayyah hanya mengikut. Di jamah nasi itu sedikit sebagai bukti.
" ok.. aku dah send dekat Damian" ujar pemuda itu.
" angah.. angah ok tak.. " soal Sufian. Sumayyah memegang kepalanya yang sakit. Kedengaran suaranya mengerang kecil menahan sakit.
" kepala angah sakit sangat.. aduiii" Dia memicit kepalanya
" bila angah sampai" soal Sumayyah.
" malam tadi.. Zaim call kata angah pengsan. Panas badan angah ni.. jom pergi klinik. " ajak pemuda itu. Sumayyah mengikut.
" Demam cik ni tinggi.. kami terpaksa menahan cik diwad untuk pemantuan" ujar Doktor tersebut. Sumayyah hanya menurut. Badannya tersangat lemah.
" angah nak apa apa tak..ucu pergi beli. " soal Sufian.
" tak pe.. ucu ambil baju angah cukup.. " ujarnya. Sufian meninggalkannya di wad. Sumayyah terlena. Dalam pada lenanya kedengaran suara sedang berbual.
" kak mas" panggil Sumayyah perlahan.
" su.. maaf dik.. akak tak sempat pergi rumah su.. nasib akak ada simpan nombor Sufian.. akak call dia suruh dia pergi tengok su" Suara gadis itu serak serak menahan tangis.
" tak pe kak.. Su ok.. tapi Su ada call akak ke.. " dia hairan. Dia tidak mengingati apa yang terjadi cuma satu hal yang dia ingat dia diserang Fasha di tadikanya.
" Su kenapa.. call akak sambil nangis.. akak risau.. tapi maaf akak tak sempat nak pergi sebab akak baru balik dari cameron..ni pun baru sampai terus datang sini.. su ada apa apa nak cerita dekat akak. " Soal gadis itu.
" kak mas" tangisnya berderai. Dipeluk gadis itu erat.
" Fasha.. dia dah fitnah Su.. dia datang tadika su.. " ceritanya. Dahi gadis itu kelihatan berkerut kerut tatkala mendengar cerita darinya
" dia tu perempuan jenis apa hah.. tak tahu malu betul.. Su pun kenapa lembut sangat.. kalau kak mas la.. dah smack down dah dia tu" geram gadis itu
" su tak sempat nak jelaskan apa apa.. bila dengar diputar cerita... lepas tu dia buka cerita tentang Su dengan Zaim...kisah sebenar bukan macam tu dia tahu tu.. tapi kenapa dia... " tangis gadis itu berderai.
" ok.. sekarang Su rehat.. nanti kita settel hal ni sama sama" pujuk gadis itu. Sumayyah mengangguk.
Damian tersentak apabila melihat foto yang dihantar seseorang yang tidak dikenali. Dicampak foto foto itu ke lantai. Hatinya membara. Foto yang melihatkan seorang gadis sedang berpelukan dilaman dan bercumbu menrentap ketenangan jiwanya. Apatah lagi foto mereka sedang bemesra diranjang. Swafoto gadis itu sedang memeluk seorang pemuda dengan erat.
" Ah Yen.. aku hantar foto ni kau tolong cari siapa dia.. tolong cari siapa punya nombor.. " pintanya.
" ok.. " balas Ah Yen ditalian
" mummy I nak kena balik Malaysia ada hal"ujarnya
" you memang.. hati tak tenang.. badan je dekat sini.. hati dan otak you dekat Malaysia" Seloroh Siew.
Share this novel