Sumayyah menggosok perutnya. Terasa pergerakan bayi didalamnya. Tatkala bayi itu bergerak gerak didalam perutnya sehaya itu juga airmatanya mengalir.
" sayang.. umi akan jaga sayang.. umi ada sayang je.. sayang lah harta paling berharga yang ani tinggalkan untuk umi" ujarnya. Diseka airmatanya. Telefonnya berdering. Ibunya ditalian. Sumayyah menjawab dengan tenang walaupun hatinya seakan tidak selesa. Dia sudah tahu apa yang mahu diutarakan wanita itu
" insyaAllah ibu... Angah tak janji.. sebab tadika ada buat majlis" alasannya.
" angah balik la.. ucu dah nak masuk u dah.. ibu buat kenduri kecil kecil je.. angah balik ya" pujuk wanita itu. Sumayyah mematikan telefonnya. Dia duduk dimejanya dan termenung sendirian.
" Su.. kenapa ni.. jangan termenung sangat tak elok untuk baby" ujar gadis itu
" tak ada apa apa lah kak Mas.. Su letih je.. mengah.. perut pun dah makin nampak.. buas juga dia" diusap perutnya lembut.
" macam ni lah kita orang perempuan.. untung tau dapat rasa moment ni.. macam kak mas sembilan tahun kawin baru dapat..walaupun sorang Alhamdulillah...ada yang pejuang garis dua.. lagi sedih kan.. " ujar wanita itu. Sumayyah mengangguk.
" Su jadi ke balik kampung" soal Wanita itu lagi
" entah la kak Mas...Su jadi serba salah.. nak balik atau tak"ceritanya
" dah kenapa pula" wanita itu cuba mengorek cerita agar gadis itu tidak terlalu berfikir.
" tak balik kang kenduri adik balik kang mesti pasal jodoh.. ibu Su nak kenal kan su dengan anak kawan dia..Su tak terfikir nak cari pengganti Har lagi kak.. Su nak besar kan baby ni dulu" ceritanya
" su balik sembang elok elok dengan parent Su.. InsyaAllah dorang faham" pujuk wanita itu
" tapi kak.. ibu Su tu jenis diktator...dia kata dia nak dia buat.. kena ikut.. ayah Su pun kadang layan kan je ibu sebab malas nak gaduh." ceritanya
" ermmm... kak mas nak cakap lebih lebih kang.. itu family Su.. yang hadap Su.. tapi yang akak boleh nasihatkan Su balik la.. itu kan kenduri adik su.. kalau ibu Su masih berkeras dan tiada jalan penyelesaian.. kita fikir cara lain.. akak ada dengan Su." wanita itu memberi kata semangat buatnya
" tapi kak mas.. majlis hujung minggu ni" Sumayyah seakan ralat untuk tidak menyertai majlis tersebut.
" eh tak pe.. ada lagikan yang join majlis tu.. Sufi.. Ain.. Lisya.. dorang tu boleh tolong akak.. kalau tak dorang bukan tahu buat apa pun.. tau anyam ketupat pasal orang adalah.. " seloroh wanita itu. Mereka tertawa. Sumayyah sedikit lega.
Suasana perkarangan rumah Encik Zahari riuh dengan kehadiran orang kampung. Pasangan itu berbelanja besar bagi kenduri anak bongsu mereka. Sumayyah termengah mengah membantu kaum Hawa didapur. Jalannya semakin perlahan memandangkan usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.
" dah tahu ke lelaki ke perempuan" soal wanita separuh abad itu
" lelaki makcik.. " balas Sumayyah.
" akhirnya mengandung juga kamu ya Su.. " kata kata wanita itu seakan memberi dua maksud padanya. Syukur atau perli. Sumayyah hanya tersenyum
" dah tu macam mana kamu nak urus nanti.. dengan anak lagi.. anak tu.. anak siapa " soalan itu merentap jiwanya. Dia teringat akan Fasha.. andai disaat ini gadis itu pasti akan menempelak semua persoalan provokasi itu.
" anak siapa pun apa masalahnya.. Su dan bayi ni tak bersalah.. yang bersalah mulut mulut tempayan.. mulut mulut puaka yang minta dicili.. banyak pula cili hari ni.. macam ada lebih je.. acik nak saya cili kan" Sumayyah menoleh. Dia tersenyum apabila melihat kakak iparnya berada didapur dan mempertahankan dirinya. Cili yang digenggam gadis itu di tunjukkan pada kaum kaum penyibuk itu. Suasana diam.
" kak lia.. kalau ibu dengar mesti ibu marah" bisik Sumayyah
" alah ibu nak marah akak sekejap je.. lagipun biarlah.. dorang ni kena ajar macam tu.. bukan boleh diam je... " mereka tertawa kecil.
Selesai majlis, tetamu beransur pulang. Sumayyah duduk biliknya. Kakinya terasa sengal sengal. Di urutnya perlahan.
" su boleh ibu masuk" suara Puan Fauziah kedengaran di muka pintu biliknya
" masuk lah" ujarnya. Pintu bilik itu dibuka. Puan Fauziah menghampirinya.
" Su.. ibu nak kenalkan Su dengan Mizi.. anak Mak Som" ujar wanita itu. Sumayyah menarik nafas dalam dalam
" Su tak berminat" jawabnya tegas
" Su kenal je dia dulu.. bukan ibu suruh kawin terus.. kenal kenal.. kalau Su kata ok.. ibu on.. Su tak nak ibu tak paksa" ujarnya.
" tapi ibu" Sumayyah kematian kata. Disarung tudung oleh ibunya dan didorong tubuhnya keluar. Diruang tamu seorang pemuda dan ibunya menanti. Sumayyah duduk disebelah ayahnya. Pemuda itu memandangnya tanpa berkelip. Sumayyah tidak senang dengan situasi itu. Dia merangkul erat lengan ayahnya
" Su memang rapat dengan ayahnya" ujar Puan Fauziah berbasi basi.
" Su kerja apa sekarang" Soal Mak Som
" cikgu tadika Mak Som" jawab Sumayyah tanpa melihat wajah wanita itu
" oo.. dah berapa bulan..dah tahu jantina" soal wanita itu lagi
" dah lapan.. anak lelaki" jawab Sumayyah. Dirasakan pandangan lelaki itu terhadapnya. Dia tidak senang duduk.
" boleh saya nak minta nombor Su.. " pemuda itu dengan beraninya bersuara.
" nak buat apa" soal Sumayyah
" nak kenal Su dengan lebih dekat" balas pemuda itu
" pasal nak kenal saya pula.. saya tak nak kenal awak dan tak nak tahu siapa awak.. " Sumayyah menjerit kecil apabila lengannya dicubit ayahnya
" maaf la.. dia angin tak berapa elok.. maklum la orang mengandungkan" Seloroh Puan Fauziah.
" tak pe makcik" jawab pemuda itu. Sumayyah tidak senang duduk.
" nanti makcik bagi nombor Su dekat Mizi ya" Sumayyah tersentak. Dia menoleh kearah ibunya
" terima kasih makcik" senyum terukir dibibirnya.
" su mengantuk.. Su nak tidur.. Ucu.. ucu" panggilnya. Sufian datang mendapatkan kakaknya.
" tolong angah.. angah nak masuk bilik" Disua tangannya agar pemuda itu membantunya bangun dari duduknya. Mereka beriringan menuju ke bilik.
" angah.. angah nak ke kawin dengan mamat tu.. ucu tengok macam kerek je" ujar Sufian
" ish tak baik lah cakap macam tu.. entah lah ucu..angah nak cakap pun tak tahu.. ucu bukan tak tahu perangai ibu tu" ujarnya. Mereka terdiam.
Telefon Sumayyah berdetak. Ada mesej dari seseorang.
"SALAM CANTIK.. MAAF KALAU MIZI MENGGANGGU"
Dibiarkan mesej itu tanpa balasan
" dah tahu kacau aku..mesej lagi buat apa.. gila" rungutnya didalam hati. Dia bersiap untuk pulang. Bagasinya dimasukkan ke dalam bonet kereta Safwan.
" kami gerak dulu ibu.. ayah" ujar Safwan. Sumayyah menyantuni kedua orang tuanya.
" angah jangan lupa pesan ibu.. kenal kenal dengan Mizi tu ya" Sumayyah tersenyum kelat.
" ucu dah sampai kampus call angah.. nanti angah pergi jenguk ok" ujarnya. Sufian memeluk erat kakaknya. Kereta yang dipandu Safwan keluar dari laman rumah Encik Zahari.
Share this novel