28

Drama Completed 119253

Damian tidak keruan. Ada saja yang tidak kena. Leteran ibunya juga berlegar dimindanya. Semuanya kerana gadis bernama Sumayyah.
" Boss kami lunch dulu" ujar pekerjanya
"ok.. " dia masuk ke pejabatnya. Dia menghempas punggungnya ke kerusi. Dipegang kertas putih yang bertulis bil hospital gadis itu.
"aku akan pastikan setiap inci tubuh kau akan bernilai buat aku.. Sumayyah.. kau jangan ingat kau akan terlepas"gumamnya sendiri. Telefonnya berdering.
" hello.. hah ada apa" soalnya
" apa dekat mana" soalnya lagi.
" ok korang cari sampai dapat" balasnya. Dia tersenyum lebar.
"sumayyah.. aku akan koyak koyak kulit kau" ujarnya sambil tersenyum sinis. Lamunannya terhenti apabila ada kereta berhenti di bengkelnya. Dia mendapatkan pelanggan itu.
" wei Zaim.. lama tak nampak.. hidup lagi lu" ujarnya.
" aku sibuk sikit.. Wei tengokkan kereta aku.. ada bunyi la... " ujar pemuda itu.
" ok.. kau tunggu kejap.. " Damian masuk ke pejabatnya meletakan bil hospital yang dipegangnya lalu memeriksa kereta yang dibawa pemuda itu.

Sumayyah membaca Al quran sementara menunggu isyak. Dibaca sehelai demi sehelai. Jiwanya yang kosonb terasa tenang. Diperoleh kekuatan melalui bacaannya.
" Fateh.. sabar ya.. ibu akan cari Fateh sampai dapat" tiba tiba hatinya teringat akan satu satunya anaknya. Telefonnya berdetak. Mesej dari Sufian dibacanya.
JOM KELUAR MAKAN.. UCU PERGI AMBIL.
Sumayyah membalas mesej adiknya lalu bersiap setelah selesai menunaikan solat isyak. Selendangnya diselempang kebelakang. Dicapai domoetnya lalu dimasukkan ke dalam poket. Sufian yang sudah tiba menanti dihadapan pintu rumahnya menaiki motosikal.
" dari mana.. malam baru nak ajak makan" soal Sumayyah.
" Dari rumah member ada kerja sikit.. tapi malam ni ucu tumpang rumah angah boleh" pinta Sufian.
" yelah yelah.. nak makan dekat mana ni.. angah tak biasa area sini.. " ujarnya
" ikut je.. " motorsikal yang dipandu Sufian meluncur laju.

Tiba digerai ditepi jalan Sumayyah turun dan mendapatkan sebuah meja untuk mereka. Sufian duduk disebelahnya. Mereka berbual dan tertawa tanpa mempedulikan mereka menjadi perhatian pelanggan lain. Kemesraan mereka umpama pasangan bercinta.
" habis ayah tinggal dekat bilik tu sorang sorang la.. ibu ibu.. " ujarnya sedikit kecewa dengan sikap wanita yang melahirkannya.
" tapi hari kenduri tu.. memang kecoh gila.. memang seminggu orang kampung tak habis sembang pasal angah dengan Mizi" cerita Sufian.
" kesian ibu ayah.. mesti malukan" soal Sumayyah.
" biarlah..ibu yang cari penyakit...wah nasi goreng kampung.. nyam nyam" Seloroh Sufian apabila melihat pelayan membawa pesanan mereka. Sumayyah menyiku adiknya agar menjaga kelakuan. Sufian mencebik bibirnya.

Puan Fauziah gusar kerana tidak kelihatan suaminya disurau. Ditanya kepada kariah surau itu namun tiada siapa yang menemui suaminya. Dicari suaminya ditempat yang selalu dilawati suaminya hasilnya tetap hampa. Dalam perjalanan pulang di perasan akan susuk tubuh suaminya. Dia mendekati lelaki itu.
" Yah.. dari mana.. panas panas ni"soal Encik Zahari apabila melihat wajah yang dirinduinya.
" abang sibuk buat apa.. kenapa Yah dah tak boleh keluar nak beli lauk nak makan.. " marahnya
" owh.. Yah sihat? " soal Encik Zahari lembut.
" sihat lah yang ada atas jalan ni.. kenapa abang nak Yah mati ke.. maaf abang nyawa Yah panjang lagi" bongkaknya dihadapan suami diperhatikan oleh penduduk kampung yang sedang minum di gerai tersebut.
" Laillahaillah.. tak terlintas pun difikiran abang untik fikir macam tu.. " kesal terserlah diwajah tua itu.
" habis yang sibuk sibuk hal Yah dah kenapa.. abang tak perlu tahu hal dan urusan Yah.. abang takde kena mengena dengan hidupnya" jantung Encik Zahari seakan direntap.
" Yah.. benci sangat Yah dekat abang.. " soal Encik Zahari.
" memang aku benci kau.. sebab kau punca anak aku lari.. sebab kau punca aku dimalukan oleh orang kampung.. sebab kau anak anal aku dah tak hormat dan pedulikan aku" tengking wanita itu. Mahu sahaja airmata lelaki itu mengalir namun ditahan.
" Ya Allah.. Yah bawa mengucap Yah.. Yah balik lah.. jalan elok elok.. " pesan lelaki itu.
" aku tak perlukan nasihat kau.. jantan dayus macam kau ni tak payah nak nasihat kan aku.. kaki aku diri aku hidup aku.. aku tentukan.. kau buat lah hal kau.. tak payah sibuk sibuk hal aku" tengking Puan Fauziah.
" baik.. Yah balik lah" Encik Zahari berlalu pergi meninggalkan wanita itu ditengah mentari terik.
" puas hati aku" bisik hatinya. Terasa dia sudah menang. Bangganya apabila mata mata yang memandang pertelingkahan mereka hanya mengunci mulut.

" aku dengar Su lari dihari pernikahan dia" cerita Zaim
" Su nak kawin lagi.. " Fasha tersentak mendengar berita itu. Air yang disedutnya hampir tersembur keluar dari mulutnya namun ditahan dengan telapak tangannya.
" Mak Yah yang pilihkan dan paksa.. tapi Su lari pagi tu tanpa sorang pun tahu. " cerita Zaim lagi
" anak dia.. anak dia.. dia bawa sekali ke" soal Sumayyah
" tak.. anak dia mak Yah bagi dekat orang waktu dia dalam pantang" Jelas Zaim lagi
" perghh.. mak Yah tu memang gila kau rasa.. kejam betul.. tapi aku puas hati.. sekurang kurangnya dia mesti sedihkan" tawanya keluar dari bibirnya.
" dia meroyan kejap kalau tak silap aku.. tapu nasib baik abang dia cepat cepat ubatkan dia.. kalau tak tak tahu lah" cerita Zaim lagi.
" ish.. safwan tu kan.. dia selalu ganggu kerja aku.. well aku puas hati.. tak payah aku susah susah nak musnah hidup dia.. Mak Yah mak Yah" Fasha tersenyum sinis.
" dia dapat anak lelaki.. Fateh nama dia kalau tak silap aku" Zaim bercerita lagi. Dikongsi segala info yang didapati dari penduduk kampung.
" kau tahu dia lari ke mana" Soal Fasha
" mana lah aku tahu.. " ujar Zaim.
" kau carikan dia untuk aku" pinta Fasha
" amboi kau.. kau ingat aku takde kerja nak cari dia" ujar Zaim
" aku bayar lah...bukan suruh kau buat free" balas gadis itu. Zaim tersenyum lebar. dan mengangguk.

Sumayyah menanti bas untuk pulang. Hujan lebat membasahi bumi. Sesekali dia menyapu hujan yang mengenai bajunya.
" Su.. Sumayyah" dia menoleh tatkala namanya dipanggil
" Mizi" Sumayyah lari dari situ dab Mizi mengejar gadis itu. Sumayyah menahan sebuah teksi lalu masuk ke dalam perut kereta itu. Dadanya berombak akibat lariannya bercampur risau.
" ish... Mizi akan cari Su sampai dapat" ujar pemuda itu lalu pulang semula ke keretanya.
Sumayyah kalut kalut membuka pintu dan masuk. Dia bersandar dipintu yang sudah dikunci.
" macam mana boleh jumpa pula ni.. dia tahu tak aku kerja dekat situ.. kalau dia tahu macam mana.. mati aku.. ish.. apa aku nak buat ni" hatinya mengomel sendiri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience