Pintu bilik dibuka. Damian segera berbaring dan tiba tiba lemah.
" awak bangun..makan" Sumayyah masuk dengan dulang berisi nasi dan lauk. Damian tidak dapat bangun dengan sendiri. Sumayyah membantu pemuda itu bersandar dikatil. Hati pemuda itu seakan berbunga tatkala dilayan sebegitu.
" makan ya.. saya suapkan.. " diceduk nasi itu lalu disua kemulut pemuda itu. Damian hanya makan. Dia meneruskan drama lemahnya.
"awak bergaduh dengan siapa...kenapa tak nak buat report polis" soal Sumayyah.
" susah nanti kecoh..lagipun aku taknak mummy tahu.. nanti dia risau" ujar Damian.
" tapi ini kali kedua dah saya tengok awak macam ni.. lama lama boleh patah tulang" Sumayyah mula berleter. Damian hanya mendengar. Leteran gadis itu terasa seakan hiburan halwa telinganya.
" lain kali utamakan diri awak dulu sebelum orang lain" ujar Sumayyah.
"tapi kau keutamaan aku" ujar Damian. Sumayyah tersentak.
" maksud aku...kau hutang aku bil hospital." ujar Damian kalut kalut apabila dia sedar dia terlepas kata.
" saya akan bayar bil hospital tu walaupun anak saya dah tak ada dengan saya" ujar Sumayyah sugul.
" apa maksud kau.. bukan anak kau dekat kampung ke" soal Damian.
" awak dah habis makan.. saya pergi dapur dulu. awak rehat ya" ujar Sumayyah.
" nanti.. " lengan gadis itu dipegang lembut.
" kenapa dengan anak kau" soal Damian
" macam saya kata hari tu.. dia dekat kampung" dalih Sumayyah
" apa maksud kau dia takde dengan kau" soal Damian lagi.
" yelah sebab dia dekat kampung" Dalihnya lagi.
" aku tahu kau tipu...cakap...dah jadi dengan anak kau.. dia mana" soal Damian tegas. Tangan gadis itu ditarik agar dia mendekat. Talam yang dipegang gadis itu diletakkan diatas meja.
" aku tanya kau ni.. kau pekak ke " tengking Damian. Sumayyah tersentak.
" mana anak kau" badan Sumayyah terhinjut hinjut akibat terkejut mendengar suara pemuda itu umpama halilintar.
" anak Su ibu serahkan pada orang.. waktu Su balik kampung untuk berpantang" ujar Sumayyah gugup.
" apa.. ibu kau tu hilang akal ke" marah Damian mula membara.
" ibu tak percaya itu anak Su dengan arwah suami Su.. ibu fikir anak tu hasil dari rogol.. Su dirogol selepas suami su ceraikan Su" ceritanya.
Damian diam. Dadanya berombak menahan marah.
" ibu kecewa sebab orang yang rogol Su tu orang yang dia percaya.. orang yang dia nak jodohkan dengan Su.. " cerita Sumayyah lagi walaupun dalam gugup.
" Siapa mamat tu" namun tercalit cemburu dihati pemuda itu apabila gadis itu menyebut lelaki lain selain dirinyan dan arwah suaminya
" Zaim.. dia pernah nak di kawinkan dengan Su tapi su tolak.. sebab.. " Damian mengenggam jarinya kemas. Mahu saja ditumbuk muka pemuda itu apa bila namanya disebut gadis itu.
"sebab apa" soal Damian
" dia pernah rogol Su seminggu sebelum Su berkahwin...tapi Su tak batalkan perkahwinan Su.. Zaim kecewa sebab tu dia bodek ibu untuk dapatkan Su.. tapi lepas semua terbongkar dan su diceraikan dia rogol su sekali lagi hingga menyebabkan status anak su jadi tanda tanya. " Ceritanya
" setan kau Zaim" marahnya
"sebab tu Su minta tolong awak lepaskan su dari cengkaman Zaim" ujarnya. Damian terdiam.
" kenapa ibu kau serahkan anak kau dekat orang lain.. takkan sebab tu saja" soal Damian.
" sebab ibu nak kawin kan su dengan orang lain.. bukan Zaim" ujarnya
" siapa pula...banyak pula jantan kau ni" marahnya bercampur cemburu
" Mizi..lelaki yang cagar Su pada awak" ceritanya bersama linangan airmata
" setan...patut la dia beria nak cagar kau.. " marah pemuda itu.
" kenapa kau tak bagitahu aku awal awal" marahnya
" sebab Su rasa takde sebab untuk Su ceritakan kisah Su pada sesiapa" ujar Sumayyah. Disapu airmatanya yang mengalir. Damian mula rasa serba salah kerana telah melibatkan gadis itu didalam urusannya.
" Su hanya nak anak Su balik.. dia keutamaan Su sekarang" ujar Sumayyah.
" tapi kau keutamaan aku" ujar Damian lembut. Sumayyah memandang wajah pemuda itu. Dicari kebenaran disebalik mata itu. Damian menyapu airmata gadis itu lembut.
" kau hidup aku.. nyawa aku.. " ujar pemuda itu lembut. Dipeluk gadis itu erat. Diusap lembut kepala gadis itu. Sumayyah menangis teresak esak.
Damian memandu keretanya ke tempat yang diberitahu Zaim. Dia menanti pemuda itu sendirian.
" hello bro.. apa hal kau cari aku" soal Zaim
" aku nak kau lepaskan Sumayyah dekat aku" Zaim tersentak
" wooohool.. aku silap dengar ke" gurau Zaim
" aku nak dia jadi milik aku.. supaya senang aku nak jinakkan Mizi" dalih Damian
" sepuluh ribu on" ujar Zaim
" ok on.. " Damian menekan telefonnya lalu memasukkan sejumlah wang kedalam akaun Zaim.
" cantekkk... tapi aku tak dapat rasa dia" ujar Zaim
" setan kau sial.. kau dah rogol dia.. kau nak sekasa hidup dia lagi.. sial la kau" marahnya didalam hati. Zaim tersenyum melihat jumlah wnag yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
"urusan kita dah selesai.. so Sumayyah hak aku.. kau jangan ganggu dia" ujar Damian.
" tak semudah itu bro...aku beli dia pun belum rasa lagi.. rugi oo.. bagi la aku rasa sikit.. " ujar Zaim. Damian yang tiba tiba berang menggenggam kolar baju pemuda itu. Direnung pemuda itu tajam
" kau tak rasa itu kau punya hal.. sekarang aku tuan dia.. dia hak aku.. aku tak suka barang aku disentuh orang...kau fahamkan maksud aku" ujar Damian geram. Zaim terdiam. Damian berlalu dengan amarah.
" tak semudah itu bro" ujar Zaim perlahan. Diludah ke lantai sebelum dia beredar.
"Kau kata sebulan.. sekarang dah nak masuk tiga bulan...mana janji kau" soal Damian. Mizi menggigil ketakutan.
"Sorry Damian.. aku takde modal lagi buat masa ni.. " rayu pemuda itu.
"itu masalah kau.. janji tetap janji" ujar Damian
" bagi aku sikit masa lagi.. aku janji aku bayar" ujarnya. Damian menampar pipi pemuda itu berkali kali
" dua mimggu bro.. dua minggu.. kalau tak sampai kampung aku cari" ugut Damain. Mizi yang menikus terkulat kulat.
"you pergi mana tiga hari tak balik"marah Siew. Walaupun anaknya itu bersosial dan adakalanya sukar dikawal namun tidak pernah tidak dilporkan pergerakannya.
" ada kerja sikit la mummy...cari barang bengkel. " dalihnya
" cari barang bengkel pun tak boleh bagitahu dulu ke" marah wanita itu
" sorry mummy.. I lupa" dalihnya lagi
" lupa lupa.. " leter wanita itu semakin panjang. Damian menguap kerana bosan mendengar bebelan ibunya.
"mummy.. orang perempuan memang suka berleter ke.. mummy suka berleter.. Su... " dimatikan kata katanya. Dia tidak mahu wanita itu mengetahui isi hatinya.
" selain dari mummy siapa yang suka berleter dekat you.. cakap.. orang berleter sebab sayang.. kejap siapa perempuan yang berleter dekat anak mummy ni.. selain mummy siapa lagi" siew tersenyum
" mana ada...mummy saja yang berleter dekat I.. " Damian mengelak
" tadi you cakap..selain mummy ada orang lain lagi.. siapa dia.. siapa tu.. " Siew mengejar anak terunanya yang lari masuk ke bilik.
Share this novel