63

Drama Completed 119253

Damian membuat kerjanya. Dibaiki kereta yang mengalami kerosakan enjin. Sumayyah sendirian dipejabat pemuda itu. Dia hanya memerhati pemuda itu dari jauh.
" pasal apa dengan dia tu.. angin barat datang ke apa" Sumayyah mengomel sendiri.
" Su.. " sergah Jad di muka pintu.
" jad... jad sihat" soal Sumayyah. Dia tampak ceria kerana ada tema untuk berbicara.
" sihat.. lama tak nampak Su.. korang gaduh yee" usik pemuda itu.
" tak lah...kami ok je" dalih Sumayyah.
" ye ke...habis tu yang dia berubah jadi singa kelaparan tu pasal apa.. takkan pasal Fasha gedik tu " Sumayyah menoleh.
" Fasha.. dia ada jumpa Damian ke" soal Sumayyah ingin tahu. Hatinya tidak tenteram.
" ada... kerap sangat... boss sampai mengamuk hari tu.. takut kami.. " cerita pemuda itu. Sumayyah mengalihkan pandangannya ke arah pemuda cina itu. Dia terbongkok bongkok membaiki kereta. Mata mereka bertentang apabila pemuda itu menoleh kearahnya. Sumayyah memberi perhatian kepada Jad. Didengari setiap patah kata dari pemuda itu. Damian menghampiri mereka
" kau dah takde kerja ke.." soal Damian tegas.
" sorry boss" Pemuda itu berlalu pergi.
"awak jangan marah dia.. saya yang panggil dia" ujar Sumayyah. Damian diam. Dia duduk disofa. Dilepaskan keluhan berat dan menatap syiling putih itu.
" awak ada masalah ke" soal Sumayyah. Damian menggeleng.
" awak ada masalah dengan Fasha.. Dia datang cari awak ke" soal Sumayyah lagi
" apa yang kau sibukkan sangat.. " telah pemuda itu. Sumayyah diam. Dia tersentak dengan kata kata pemuda itu.
" kau ada nak ke mana mana tak aku bawakan.. " soal Damian.
" saya nak balik bilik.. letih" ujar Sumayyah.

Dalam kereta mereka hanya diam. Kedengaran suara radio sedang rancak berbicara. Sumayyah tidak berani untuk memandang wajah pemuda itu. Raut wajahnya agak menggerunkan.
" aku nak ke pasaraya sekejap.. nak beli barang...." ujar Damian.
" ha ok ok" Sumayyah gugup. Suasana kembali bisu. Kereta itu memasuki kawasan parkir dibasement. Sumayyah mempercepatkan langkahnya agar tidak ditinggal pemuda itu. Dia hanya mengekori pemuda itu..tiada apa yang mahu dibelinya.
" sayang" langkah mereka terhenti. Fasha memeluk erat lengan pemuda itu. Sumayyah hanya memerhati.
" kau nak apa.. kau tak faham ke atau kau tuli.. " bisik Damian geram.
" kau lepaskan tangan aku sekarang" ujarnya. Dilepaskan genggaman tangan gadis itu.
" sayang.. you dah janjikan nak keluar dengan Sha hari ni.. kenapa Sha call tak angkat" rengek gadis itu
" bila aku kata aku nak keluar dengan kau hari ni" marah Damian.
" semalam" balas gadis itu segera.
"erm....Awak dah habis beli ke.. saya nak balik bilik.. nak rehat" ujar Sumayyah. Damian menoleh.
" aku nak bayar kejap kau tunggu dekat parking" suruh pemuda itu. Sumayyah akur. Dia turun ke parkir dan menuju ke kereta. Dia bertembung dengan Gibran ketika hendak ke kereta.
" Su nak ke mana" soal Gibran.
" nak balik bilik" ujar Sumayyah gugup. Dia takut akan bertembung dengan Damian. Pemuda yang baran itu mungkin akan bertindak diluar kawalan.
" Datang dengan siapa.. kenapa tak call Gib" ujar pemuda itu.
" Su datang dengan Damian.. ayah minta dia temankan" jelas Sumayyah.
" oh macam tu.. so esok.. Gib ambil Su kita settle hal homestay ok" ajak pemuda itu.
" tak payah.. aku bawakan dia.. " sampuk Damian yang berdiri dibelakang Sumayyah.
" Damian..." sapa Gibran. Damian merenung pemuda itu tajam.
" jom.. aku hantar kau balik" ditarik lengan gadis itu kasar.
" kau dah sakit kan dia bro" Gibran menahan pemuda itu. Damian merenung tajam.
" kau pe hal.. kau ke tepi.. aku nak hantar dia balik" pinta Damian
" tak pe aku hantar Su balik..kau tu.. sedang tunggu kau" di tunjuk Fasha yang sedang berdiri dikeretanya.
" ish la perempuan ni" Dia melepaskan tangannya lalu mendapatkan Fasha dan menarik gadis itu ke satu sudut.
" kau nak apa lagi.. kau tak faham ke.. antara aku dan kau dah tamat" marah Damian
" no.. Sha kata sha tak nak Sha tak nak.. you hanya untuk Sha sayang" rayu gadis itu.
" kau dah gila Fasha.. " marah Damian lagi. Sumayyah dan Gibran hanya memerhati.
" ya memang aku gila.. kau yang buat aku gila.. kau mainkan perasaan aku.. kau tipu aku" ujar gadis itu
" kau tak payah nak play victim dekat sini.. mulai hari ni kau jangan ganggu aku lagi" ujar Damian tegas
" ni semua sebab betina tu kan" tengking Fasha
" dia ada nama..nama dia Sumayyah.. betina tu kau.. " ujar Damian. Sumayyah mengagahkan dirinya untuk bertemu Damian.
" awak.. awak settle la dulu dengan dia.. Saya balik dengan Gibran. " ujar Sumayyah
" tak perlu.. antara aku dengan dia dah tak de apa apa urusan" ujar Damian
" eh perempuan.. ku dengar sini ya.. kalau aku tak dapat Damian.. kau jangan ingat kau dah menang dan senang dapat miliki dia" ugut gadis itu.
" and you boy.. kau tak kan senang senang boleh bahagia tanpa aku" amaran keras dari gadis itu. Dia kelihatan kusut masai.
" apa kau nak buat hah.. " soal Damian geram
" aku beri kau amaran.. kau sentuh dia.. aku bunuh kau" ugut Damian. Dia menarik tangan Sumayyah lalu berjalan menuju ke keretanya. Gibran kaku. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Fasha semakin hilang akal. Dia memandu keretanya laju lalu melanggar Damian yang berada ditepi jalan. Pemuda itu rebah berlumuran darah. Sumayyah kaget apabila melihat pemuda itu rebah dan tidak bermaya. Fasha memandu keretanya laju keluat dari parkir.
" puas hati aku" tawanya sendiri.

Sumayyah mundar mandir. Terasa lama pemuda itu didalam. Di satu sudut kelihatan Siew sedang menangis sambil ditenangkan ahli keluarga yang lain.
" angah.. macam mana boleh jadi macam ni" soal Sufian yang baru tiba.
" dia bergaduh dengan Fasha.. tiba Fasha langgar dia.. " jelas Sumayyah pendek.
" si gila tu nak apa lagi la" Sufian melepaskan amarahnya pada dinding.
" InsyaAllah abang Damian ok" pujuk Sufian apabila melihat gadis itu tidak keruan.
" ucu.. angah takut... " luahnya
" InsyaAllah...semuanya ok.. Abang Damian akan ok" pujuknya lagi. Siew bangun dari duduknya. Kelihatan wanita itu mengangguk angguk tanda faham dan terduduk untuk seketika. Sumayyah ingin tahu tapi dalam masa yang sama dia rasa bersalah. Tidak lama kemudian Damian ditolak keluar. Dia masih terbaring kaku.
" Awak.. awak.. bangun awak" ujar Sumayyah sambil mengekori pemuda itu.
" Sumayyah stop.. aunty minta sangat dekat Su.. berhenti mainkan perasaan Damian.. kalau Su memang tak ada hati pada Damian.. Su jauhkan diri Su dari dia.. Aunty tak nak tengok anak aunty kecewa lagi.. disakiti lagi.. dia dah lakukan macam macam untuk Su tapi Su langsung tak pandang dia.. aunty minta maaf sebab terpaksa cakap macam ni.. sebab dia satu satu anak anak aunty yang tinggal..tolong.. tolong jauhkan diri Su dari dia.. jangan ganggu dia lagi. " Ujar Siew tatkala gadis itu mahu mengikut pemuda itu masuk ke wad. Sumayyah kaku. Langkahnya mati. Dia hanya mampu melihat tubuh yang terbaring kaku itu hilang dibawa jururawat ke wad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience