53

Drama Completed 119253

Damian duduk di hujung katil. Di sarung bajunya yang sudah dibuang sebentar tadi. Damian menyesali dengan perbuatannya yang hampir meragut maruah gadis itu. Diraup wajahnya kesal. Sumayyah menutup tubuhnya yang separuh terdedah itu dengan selimut.
" awak..saya tak tahu macam mana awak boleh dapat gambar tu..tapi sumpah saya tak tahu.. " rayu gadis itu lagi.
" kau menghilang seminggu.. kau ke mana" soal Damian.
" Saya ke melaka" ujar Sumayyah. Damian mahu menoleh
" jangan jangan toleh.. aurat saya masih terbuka" ujarnya. Damian bangun lalu membuka almari gadis itu. Diambil sepasang baju tidur dan sehelai selendang lalu di campakkan keatas katil dan beredar dari bilik itu. Sumayyah bangun lalu memakai pakaian itu dan bergegas ke dapur untuk berbuka puasa. Damian hanya memerhati dari ruang tamu. Sumayyah kembali ke ruang tamu dan berdiri hampir dengan Damian.
" kau pergi melaka buat apa" soal Damian tegas.
" jumpa kak lia dengan chubby" jelas gadis itu.
" siapa tu" balas Damian
" kak ipar saya... chubby tu anak saudara saya.. anak arwah along" jelasnya gugup.
" bukan kau jumpa Zaim dan Mizi" kali ini dia bengis.
" buat apa saya nak jumpa dia" nada Sumayyah meninggi. Dibalas renungan tajam gadis itu.
" mana aku tahu.. kot kau rindu pada dia" sinis pemuda itu.
" ishh.. karut betul buat apa saya nak jumpa orang yang dah rosakkan saya" nada Sumayyah tinggi seoktaf.
" siapa yang rosakkan kau..Zaim.. Mizi.. realitinya sebenarnya kau sukakan.. " sinis pemuda itu.
" awak kalau tak tahu cerita awak jangan main tuduh" Sumayyah tidak dapat menahan amarahnya lagi.
" bukan aku tak tahu cerita.. aku cuma tak percayakan kau.. apa yang kau cakap semua tipu.. kau dah bodohkan aku dengan naif kau" mereka bertegang urat.
" itu terpulang..bagi saya apa yang saya buat tak seperti apa yang awak fikirkan.. " tegas Sumayyah.
" Fasha dah ceritakan semua kisah kau dekat aku.. " Damian tidak mahu mengalah.
" Fasha.. ooo.. buah hati awak tu.. terpulang awak nak percaya atau tidak tapi saya dah penat dengan semua ni.. saya dah malas nak serabutkan kepala saya.. dia..saya tak tahu apa masalah dia dengan saya.. dia yang rampas suami saya..dia tahu Zaim yang rogol saya tapi dia malukan saya ditadika kata saya rampas suami dia.. saya layan Zaim.. dia hina saya dia malukan saya depan waris waris dan cikgu cikgu lain.. dia hantar gambar tu dekat tadika.. apa motif dia.. " tengking Sumayyah. Linangan airmatanya makin laju.
" awak kalau percaya kan dia.. sila pergi dekat dia.. tak perlu datang jumpa saya... lagipun dia dan awak..hubungan dah lebih dari kekasih" luahnya. Dadanya berombak dek kerana geram.
" bila dia buat macam tu dekat kau" soal Damian.
" waktu awak ke beijing.. awak pun satu yang suruh Zaim hantarkan makanan untuk saya buat apa.. saya tak kan mati kalau tak makan sehari" kini gilirannya pula untuk marah.
" awak tahu Zaim pernah cuba rogol saya dalam rumah ni" Tangisannya masih berbaki.
" apa.. bila" soal Damian terkejut.
" awak nak percaya ke cakap saya" marah gadis itu. Damian yang berdiri kini terduduk.
" awak balik la.. saya letih.. " Sumayyah menyeka airmatanya. Damian memandang gadis itu. Timbul simpati dan serba salah dalam dirinya
" saya kira awak boleh saya bergantung harap.. rupanya awak sama dengan dorang.. " Esakan gadis itu masih kedengaran.
" aku minta maaf" Pinta Damian.
" kenapa kau tak beritahu aku.. kenapa kau nak diamkan semua ni" soal Damian
" saya tak nak keruh kan keadaan.. dan saya rasa saya akan selamat bila bersama awak.. tapi.." Damian menghampiri gadis itu
" aku minta maaf.. aku tak dapat berfikir dengan waras bila kau tiba tiba hilang tanpa berita.. apatah lagi cerita dari fasha yang aku dengar.. aku sakit hati." ujarnya
" saya rasa awak tak perlu rasa sakit hati atau terbeban dengan semua kisah saya.. saya boleh handle sendiri.. awak balik la.. " suruh gadis itu
" aku sayang kau lebih dari segala yang aku ada.. aku takut aku akan hilang kau" ujar pemuda itu
" sayang.. macam ni awak kata sayang.. sudah lah.. saya tak perlukan sayang awak.. sayang yang penuh pura pura" bicara gadis itu tegas.
" aku minta maaf... aku tahu aku salah.. " rayu pemuda itu.
" dah lah awak balik la.. saya nak solat.. awak balik" didorong tubuh pemuda itu agar keluar dari rumahnya tetapi pemuda itu membalas dengan pelukan erat.
" maafkan aku.. tolong jangan tinggalkan aku.. aku betul betul sayang kau" rayu pemuda itu
" dah lah Damian.. perempuan jijik macam saya ni takde tempat dihati sesiapapun.. tolong lepaskan saya" pinta gadis itu. Namun tidak diendahkan pemuda itu.
" lepas la..pergi balik saya nak solat.. nak rehat" pintanya. Damian kaku.
" kalau betul awak sayang saya awak sepatutnya dengar penjelasan saya dulu.. bukan terus menghukum saya.. " ujar gadis itu. Damian mengangguk
" lepaskan saya..saya nak solat.. awak pergi balik.. saya tak rasa kita akan berdamai kalau terus macam ni" pujuknya. Rangkulan pemuda itu dilepaskan. Sumayyah terus mengambil wudhu dan menunaikan solat tanpa memandang pemuda itu walau sekilas.

Sumayyah bersiap siap untuk ke tadika. Dia tergamam apabila melihat Damian sedang menantinya dihadapan pagar.
" awak nak apa pagi pagi ni" soal Sumayyah
" aku nak hantar kau pergi kerja lah" ujar pemuda itu.
" tak perlu.. saya pergi sendiri.. " sumayyah teruskan langkahnya menuju ke perhentian bas. Damian mengikutnya dari belakang.
" awak ni nak ke mana pula" soal Sumayyah.
" aku nak hantar kau pergi kerja lah" ujar pemuda itu.
" saya kata tak perlu.. nanti lagi teruk saya dihina" ujarnya. Damian diam. Bas yang dinanti telah tiba. Damian mengikut gadis itu masuk kedalam perut bas tersebut. Bas yang sesak memaksa mereka berasak asak hingga berlaga bahu. Damian berdiri dibelakang gadis itu. Sumayyah kaku. Kedudukan mereka yang terlalu rapat membuatkan telinganya menangkap bunyi nafas pemuda itu. Bas yang seakan berjalan dia atas periuk api itu membuatkan tubuh gadis itu meliang liuk. Damian memeluk pinggang gadis itu kemas agar tidak jatuh. Ada beberapa penumpang memandangnya hairan.
" isteri saya" ujar Damian. Sumayyah hanya tersenyum agar tindakan Damian tidak dicemuh. Destinasi telah tiba. Damian mengekori gadis itu dari belakang. Suamayyah tidak mengendahkan pemuda itu lalu masuk ke tadika. Damian kecewa kerana tiada reaksi dari gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience