15

Drama Completed 119253

Sumayyah termenung dikatilnya. Beberapa orang pegawai polis datang bertemunya.
" maaf takde apa yang nak dicakapkan" ujar Sumayyah. Pegawai itu tidak berganjak. Makin disoal makin Sumayyah berkeras
" aku kata aku tak nak aku tak nak lah.. tak faham ke" tengkingnya
" maaf tuan.. emosi pesakit tidak stabil.. harap tuan dapat beri kerjasama" ujar jururawat. Pegawai itu beredar. Sumayyah melitupi tubuhnya dengan selimut. Pandangannya di alihkan ke tingkap. Diseka airmatanya yang masih bersisa.
" dik.. you kenapa.. sakit apa" soal seorang wanita cina yang berbaring disebelahnya
" demam panas aunty.. " dalihnya
" sudah makan.. ni aunty ada bubur.. anak aunty belikan dekat gerai dekat bawah tadi.. makan lah" wanita itu meletakkan bekas berisi bubur itu diatas mejanya. Sumayyah hanya tersenyum.Tidak lama kemudian datang seorang pemuda menghampiri katil wanita itu.
" mummy" sapa pemuda itu. Sumayyah berbaring semula dan berpaling. Dia sempat melihat wajah pemuda itu sekilas. Sumayyah cuba memejamkan matanya namun telinganya dapat menangkap perbualan dua beranak itu. Sumayyah mengenggam selimutnya kemas apabila mendengar dirinya diherdik pemuda itu.
" shhh.. diam sikit cakap tu.. kesian dia.. " ujar wanita tua itu
" betul lah.. kalau tak buat salah takkan polis datang sini" ujar pemuda itu
" maaf..saya tak ada buat salah.. saya hanya mangsa keadaan.." ujar Sumayyah tanpa berpaling.
" eh boleh bercakap rupanya..ingatkan bisu"ujar pemuda itu lagi.
" apa masalah awak hah.. kenapa sibuk sibuk nak hakimi saya.. awak kenal saya ke.. takkan..jadi jangan sibuk hal saya" Sumayyah bangun dari baringnya
" wah.. banyak sombong la lu amoi.. " ujar pemuda itu
"shhh.... damian diam.. ini hospital bukan pasar" ujar wanita itu. Pemuda itu terdiam.
" aunty minta maaf ya.. anak aunty ni mulut dia takde insurans" seloroh wanita itu. Sumayyah kembali berbaring.

Sumayyah keluar berjalan disekitar hospital. Dia duduk dibangku berteduhkan pohon rendang. Fikirannya hanya mengingatkan talak yang diucapkan Azhar melalui telefon. Hatinya tiba tiba sebak. Airmatanya menitis satu persatu.
" cik Sumayyah.. cik ada pelawat.. " ujar seorang jururawat.
" siapa" soalnya. Abangnya muncul dari belakang jururawat tersebut.
" alonggg.. " tangisnya makin laju.
" angah.. along minta maaf.. along tak sangka jadi sampai macam ni.. " dipujuk adiknya yang sedang berduka.
" angah tak tahu macam mana nak berdepan dengan ibu.. angah kecewa sangat.. " ujar Sumayyah
" along dah bincang dengan ayah dan ibu.. kak Lia pun setuju.. angah buat sementara ni duduk dengan kami.. angah jaga Aiman. Along bayar bulan bulan" ujar pemuda itu
" terima kasih along.. angah tak tahu macam mana nak balas budi along dengan kak Lia" dipeluk abangnya erat. Sumayyah bergandingan dengan abangnya naik ke wadnya.
" Safwan.. abang sumayyah" sapa pemuda itu kepada wanita cina disebelahnya
" adik you dari semalam tak makan.. aunty kesian tengok dia" ujar wanita itu
" ya ka.. terima kasih aunty tolong tengok tengokkan adik saya" ujarnya.
" dia sudah boleh balik esok.. hah sumayyah.. esok you sudah boleh balik.. kesihatan kasi jaga hoh.. " pesan wanita itu. Sumayyah mengangguk.

Sumayyah berkemas untuk pulang. Safwan menguruskan bil di kaunter. Tidak sabar rasanya mahu keluar dari hospital.mahu dilihat dunia luar.
" dah nak balik hoh.. " sapa wanita cina itu
" ya aunty.. aunty jaga diri tau.. ada rezeki kita jumpa lagi ya" ujarnya.
" ok ok.. " balas wanita itu
" anak aunty tak sampai lagi ke.. " soalnya. Selalu anak wanita itu sampai ketika makan tengahari.
" dalam perjalanan katanya" ujar wanita itu
" owh.. ok lah aunty.. Su balik dulu ya" ujar Sumayyah. Dia beredar meninggalkan wanita itu keseorangan. Di hadapan lif dia bertembung dengan Damian. Pemuda itu memandangnya. Sumayyah tidak mengendahkan pemuda itu dan berlalu pergi. Lega rasanya apabila dapat melihat dunia luar. Dilemparkan pandangannya ke luar jendela.

Sumayyah mendapatkan anak saudaranya yang sedang berbaring di tilam.
"alah sayang angah ni.. rindunya dekat dia.. " dicium pipi mungil gebu itu berkali kali
" Su.. mari kak lia tunjukkan bilik." Sumayyah mengikuti kakak iparnya dari belakang. Dia tunjukkan sebuah bilik yang sederhana besar kepadanya.
" ni bilik Su... yang ni bilik kami" ujar gadis itu. Sumayyah mengangguk.
" Su rehatlah dulu.. kak Lia nak masak sekejap ya" Gadis itu meninggalkan Sumayyah sendirian. Dibelek telefonnya. Berpuluh panggilan tidak dijawab. Panggilan dari ibu dan ayahnya serta Sufian. Namun nama yang membuatkan matanya bergenang terpampang di skrin. CIK SUAMI. Sumayyah memeluk tubuhnya. Dia cuba untuk kuat.

Paginya kini dipenuhi dengan hilai tawa si manja.
" chubby angah dah bangun.. "ujar Sumayyah. Didukung anak kecil itu lalu diberikan susu. Sedang dia melayan kerenah anak kecil itu kedengaran loceng rumah itu berdering. Sumayyah membuka pintu rumahnya.
"angah" Puan Fauziah dan Encik Zahari berada di hadapan rumah itu.
" ibu.. ayah.. "dijemput pasangan itu masuk. Sumayyah berdiam diri. Dia tidak tahu mahu berbicara apa.
" Angah..ibu minta maaf.. ibu tahu ibu salah.. " ujar wanita itu. Sumayyah hanya berdiam diri.
" angah.. balik kampung ya.. duduk dengan ibu" pujuk Puan Fauziah
" bagi angah masa ibu.. angah nak cari kekuatan untuk diri angah" pintanya. Puan Fauziah diam. Dia tidak mahu terlalu memaksa.

Sumayyah termenung di meja. Air milo ditangannya di kacau perlahan.
" jauh termenung.. " soal Safwan
" along.. kak lia mana.. chubby mana" soal Sumayyah.
" kak lia ada dekat atas tengah tidurkan chubby.. angah..along ada perkara nak bincang. " Safwan duduk disebelah adiknya. Sumayyah menoleh. Ditatap wajah abangnya. Dia mahu mendengar tiap bait kata dari abangnya dengan jelas
" along akan berpindah ke melaka.. kak lia dapat tukar dekat sana..lagipun ayah kak lia tak sihat.." Safwan tidak dapat dapat meneruskan kata katanya. Hatinya berbelah bagi. Simpatinya pada adiknya berkolam dihati.
" takpa along.. along jangan risau angah faham.. angsh pelan pelan cari kerja dengan rumah sewa " ujar Sumayyah bagi menyedapkan hati abangnya.
" along minta maaf angah" Safwan sayu.
" ish.. takpelah along.. angah ok.. angah faham..kalau macam tu esok angah nak cari kerja boleh.. along tak kerja kan esok" soal Sumayyah
" tak along tak kerja.. angah nak kerja apa..dekat mana.. along bawa angah pergi" ujar Safwan. Sumayyah hanya tersenyum.

Safwan dan Sumayyah mencari jawatan kosing disekitar pekan. Ada yang berkenan dihatinya ada yang tidak. Sumayyah sebolehnya mahu mulakan kerja awal kerana tidak mahu menambah rasa serba salah dihati abangnya.
" Along... angah dah dapat kerja.. " Sumayyah teruja
" Alhamdulillah...Angah yakin angah boleh tinggal dekat sini sorang sorang." soal Safwan
" InsyaAllah.. Angah akan buat yang terbaik untuk kehidupan angah" Sumayyah tersenyum. Safwan masih ralat dan berat hati untuk membiarkan satu satunya adik perempuannya tinggal sendirian dikota yang sibuk itu.
" Kak lia risau la.. angah balik duduk dengan ibu ayah lah.. " cadang gadis itu
" tak kak lia.. Angah boleh hidup sendiri.. sampai bila angah nak harap ibu ayah kan" balasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience