31

Drama Completed 119253

Sumayyah tercari cari tahu dimana dia berada sekarang. Tempat itu teramat asing baginya. Dia berada di sebuah bilik yang tatariasnya kelihatan mewah. Dia ke jendela. Cermin yang tegap itu menampakkan kereta sebesar semut.
" ada siapa siapa kat luar " dia mengetuk pintu namun tiada jawapan.
" tolong lepaskan saya.. tolong saya.. apa yang awak nak dari saya" ujarnya. Dia mencari telefonnya namun tidak berjumpa. Dia menangis dibucu katil.
" Ya Allah..Kau bantu lah aku Ya Allah" rayunya

"Takkan kau tak jumpa jejak dia langsung" marah Damian.
" sorry boss memang tak jumpa..last kami nampak dia dekat tadika tu.. lepas tu kami kena halau dengan polis kami dah tak jumpa dia" ujar pemuda itu
" idiot.. aku nak kau cari dia sampai dapat kalau tak nyawa kau yang melayang" marahnya. Pemuda pemuda itu beredar. Damian masih dalam amarahnya.
" Wohooo.. marah benar kau hari ni... apahal beb" soal Zaim yang datang dari luar menuju ke pejabatnya.
" takde apalah.. hah kau apahal" soal Damian.
" malam ni.. jom.. amoi ramai malam ni.. untung boleh pam tak untung cuci mata saja" Zaim uba mempengaruhi pemuda itu.
" aku malas la" balas Damian acuh tak acuh
" jom la.. lama dah tak lepak.. " ajak Zaim lagi.
" tengok la nanti.. apa apa aku call kau..." ujar pemuda itu.

Sumayyah masih dibilik itu. Dia menunaikan solat dan berdoa agar diberi bantuan dari Ilahi. Pintu biliknya dibuka. Seorang pemuda yang tidak dikenali masuk ke dalam biliknya bersama sebungkus makanan dan sebungkus teh o ais.
" makan.. " ujar pemuda itu
" awak..awak siapa..awak tolong lepaskan saya.. awak nak apa dari saya... " pintu itu ditutup dan dikunci kembali. Sumayyah menangis lagi. Seleranya mati. Dia berdiri dicermin. Diperhatikan jalan raya yang sibuk walaupun kelihatan seperti sebatang ranting yang dilimpahi cahaya kunang kunang. Pintunya dibuka lagi. Dia menoleh. Pemuda tadi masuk semula.
" kau makan cepat..boss aku nak aku bawa kau jumpa dia" ujar pemuda itu.
" siapa bos awak.. apa dia nak dari saya.. " soal Sumayyah lagi. Pemuda itu keluar semula lalu mengunci pintu itu kembali. Sumayyah berkeras tidak mahu makan. Dia membatu di katil.

Damian dan Zaim ke kelab yang dijanjikan. Riuh suasana membingitkan telinga. Kerumunan manusia pelbagai kaum dan jantina itu asyik dengan alunan muzik. Damian duduk di satu sudut. Mereka memesan minuman. Jiwanya terasa kosong. Tidak berminat untuk berlibur. Zaim seakan sebati dengan dunianya. Sesekali bermain mata dengan gadis gadis yang berada disitu.
" habuan la malam ni.. tak siakap..kerapu.. " ujar Zaim
" selera kau kampung sangat kan.. " balas Damian.
" alah kau pun.. apa kurangnya" Zaim tidak mahu mengalah.
" aku Salmon.. paus biru.. " seloroh Damian
" nah.. high taste.. mahal" mereka tertawa.
" boss..Mizi" ujar seorang pemuda.
" mana" soal Damian. Pemuda itu menunjukkan kelibat lelaki yang di beritahunya sebentar tadi.
" bawa dia keluar jumpa aku.. kat sini dia melingkup ya.. " Damian dan Zaim bangun dari duduknya. Zaim sempat mengenyitkan matanya kepada gadis gadis disitu.

Mizi terpinga pinga apabila beberapa orang Pemud menghampirinya dan membawanya keluar.
" uishhh apa ni" bentaknya. Badannya didorong keluar dan dibawa ke satu lorong. Disitu ada dua orang pemuda yang sedang menanti.
" bro.. " sapanya. Damian mematikan rokoknya dengan hujung kakinya.
" sihat bro... " pipi Mizi di tampar perlahan. Mizi menikus. Dia ketakutan
" duit aku mana.. kau janji nak settle bulan lepas.. ni dah dua bulan bro.. " ujar Damian
" bro.. aku minta maaf.. aku slack duit sikit" ujar Mizi.
" bro dah empat bulan bro.. satu sen pun kau tak settle lagi. kau ingat aku sedekah ke.. aku bisnes bro" ujar Damian.
" aku janji aku settle minggu ni.. " ujar Mizi ketakutan. Tidak semena perutnya ditumbuk pemuda itu. Mizi mengerang kesakitan.
" kau ingat aku bodoh.. kau berjoli sakan dengan awek kau.. duit aku tak boleh nak bayar.. bukan banyak oun bro dua puluh ribu je pun..." ukar Damian
" dia nak kawin baru ni.. tapi tak jadi sebab pengantin perempuan dah lari" ujar Zaim
" huiii.. walaweh... nak kawin.. awek lain bini lain.. boleh tahan buaya juga kau kan.. " perli Damian.
" tapi tak jadi dia dah lari" ujar Mizi lagi.
" macam mana tak lari.. hutang kau dia yang akan settlekan.. aku dapat dia.. aku buat jadi anak ayam aku.. cun juga betul tak" ujar Damian. Dia menoleh kearah Zaim yang tersenyum sinis.
" kalau macam tu.. aku settle kan untuk kau.. " ujar Mizi.
" apa.. kau nak settle.. " tawa dua pemuda itu.
" perempuan tu ada dengan aku" Damian dan Zaim terdiam.
" Su ada dengan kau" soal Zaim.
" Ya.. mana kau kenal dia" soal Mizi..
" errm dia isteri kawan aku" dalih Mizi. Dia tidak sedap hati. Sumayyah yang dicarinya selama ini berada didalam genggaman pemuda itu dan akn menjadi penebus hutang lelaki hidung belang itu.
" apa aku nak buat dengan perempuan tu" ujar Damian
" kan kau kata nak jadikan anak ayam kau" bakas Mizi tanpa berfikir panjang.
" kau ingat aku bapa ayam ke..lagipun cantik mana la betina kau" ujar Damian. Zaim menelan airliur kesat.
" kau berhutang kenapa pula orang lain kau nak cagarkan" soal Zaim
" aku cagarkan dia.. kau gunakan dia semahu kau.. tapi aku minta tempoh untuk bayaran balik" ujar Mizi kalut kalut. Damian diam.
" kau boleh percaya ke cakap badigol ni.. jangan jangan dia nak mainkan kau.. dia bagi perempuan tu lepas tu dia lesap.. duit kau pun tak dapat." nasihat Zaim. Dia tidak mahu Sumayyah jatuh ke tangan lelaki itu.
" aku janji aku bayar.. aku cagar dia untuk kau.. " ujar Mizi. Damian berfikiran
" aku nak tengok betina tu dulu" ujar Damian. Mizi tersenyum lega.
" aku tak percaya dia.. dia nak tipu kau bulat bulat wei, kau boleh percaya" bisik Zaim. Dia masih mencuba untuk menggagalkan hasrat pemuda itu.
" aku nak tengok dulu.. kalau salmon ke paus biru ke.. aku onz.. " balas Damian. Mereka menuni ke tempat yang dijanjikan

Sumayyah termangu dibilik itu. Makanan yang diberi oleh pemuda tadi tidak berusik. Dia masih dalam tangisnya yang teresak esak.
" Ya Allah bantulah aku Ya Allah.. " Dia ketakutan. Kedengaran pintu biliknya dibuka. Sumayyah duduk disatu sudut dalam keadaan menggigil. Pintu bilik dibuka.
" Hai Sumayyah" ujar pemuda itu.
" Mizi" Sumayyah berubah watak. Dia menerkam pemuda itu mahu di tampar pemuda itu namun tangannya dicengkam kuat.
" kau rindu aku" soal pemuda itu
" kau nak apa dari aku hah" soal Sumayyah
" apa aku nak dari kau... kau dah malukan aku.
kau lari dari majlis kita kau boleh tanya aku nak apa" ujar pemuda itu.
" lepas lah.. sakit.. " Dia meronta minta dilepaskan.
" aku akan lepaskan kau tapi pada tuan baru kau" tawa pemuda itu sinis. Sumayyah hairan. Dia tidak dapat menangkap maksud kata kata pemuda itu. Badan Sumayyah di dorong ke katil. Sumayyah bangun dan berdiri..sehaya itu dua pemuda masuk ke bilik itu. Sumayyah terkejut melihat dua pemuda yang amat dikenalinya berdiri dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience