Damian membuka bengkel seperti biasa. Hari ini terasa bersemangat mungkin kerana mesej dari Sumayyah yang diterimanya pagi tadi.
MORNING..SIHAT KE HARI NI.. LUKA DAH OK.. JAGA DIRI..TAK NAK GADUH GADUH LAGI YA
Dibaca mesej itu berulang kali. Dia tetap tersenyum sendiri.
" boss kereta ni dah siap.. double check" tempik pekerjanya. Damian masih dalam lamunan. Wajah gadis itu bermain difikirannya
" boss.. boss" panggil pekerjanya.
" uishh siot la lu.. apa hal" dia yang tersentak dari lamunan bingkas bangun dari duduknya. Dia mengekori pekerja bagi memeriksa kereta yang telah disiapkan untuk kali kedua. Sebuah kereta masuk ke bengkelnya.
" boss owner kereta tu nak jumpa boss" Damian menuju kearah kereta yang baru masuk ke dalam bengkel.
" hai Damian" sapa gadis itu. Damian kaku
" Fasha.. " Nama itu berat untuk dia menyebutnya.
" kereta Sha rosak.. tiba tiba tak nak hidup.. " ujar Fasha manja. Damian malas melayan karenah gadis itu meminta pekerjanya memeriksa bagi pihaknya. Dia masuk ke pejabat. Gadis itu mengekorinya.
" Damian.." panggil Fasha. Damian diam. Dia mengemas pejabatnya yang berselerak.
" sayang.. " dipeluk pemuda itu dari belakang.
" lepaskan aku Sha.. aku tengah kerja" suruh Damian namun tidak diendahkan gadis itu. Tangan gadis itu direntapnya kuat.
" Sayang...sayang marah lagi ke dekat Sha.." soal gadis itu.
" buat apa aku nak marah kau.. apa hubungan aku dengan kau untuk aku marah kau" ujae Damian
" sayang Sha tahu sayang kecewa dengan Sha.. tapi itu keputusan family Sha.. dorang yang nak kawin kan Sha dengan Azhar tu.. " ujar gadis itu lagi.
" Sayang... Sha rindu sayang.. " rengek gadis itu lalu menghimpit tubuh pemuda itu. Mata mereka bertentangan.
" kau rindu aku...pergi mampos.. ada aku kisah" ujar Damian lalu mendorong gadis itu ke tepi.
" anak kita dah mati.. " ujar Fasha. Langkah Damian terhenti
" anak.. bila kita ada anak.. bila kau mengandung.. " soal Damian.
" kita hidup dah macam suami isteri Damian.. free sex.. no protection.. dah tentu la Sha mengandung.. Sha dah beritahu Zaim suruh sampai kan berita tu.. sebab waktu tu Sha ada dekat luar negara.. Zaim tak bagitahu ke" soal Fasha.
" tak ada pun" ujar Damian.
" Sha pregnant lima minggu.. tapi sayang Sha accident then anak tu tak dapat diselamatkan. Kakinya terasa lembit dan tidak mampu berdiri.
" sayang.. " tempik Fasha.
" kenapa baru sekarang kau nak beritahu aku.. " soal Damian.
" sebab Sha dipaksa kawin dengan Azhar.. tapi sayang hidup Sha tak seindah uanf disangkakan..Sha ditipu suami Sha.. rupanya Sha bermadu.. isteri pertama Azhar kejam dengan Sha.. akhirnya dorang bercerai dan sha diceraikan sebelum suami Sha meninggal." cerits gadis itu. Damian terdiam. Fasha merapat tubuh sasa itu. Dilurut dada bidang itu. Damian tidak tahu untuk berkata apa. Berita itu agak mengejutkannya.
" sayang.. kita start semula hubungan kita. " pujuk gadis itu. Fasha masih menggoda pemuda itu.
" sorry Sha.. aku tak boleh.. " badan gadis itu didorong ke tepi
" tapi kenapa.. sekarang takde siapa dah nak ganggu kita.. mama dan papa Sha pun dah takkan halang hubungan kita... Damian.. Sha rindu.. Sha sayang Damian" rayu gadis itu.
" kau tinggalkan aku sebab jantan lain then kau datang kau kata kau mengandungkan anak aku.. Sorry Fasha.. bukan untuk kali ini.. aku cukup menderita lepas ku tinggalkan aku.. sekarang kau nak raih kembali.. sorry.. aku dah muak " dengan tiba tiba dia berubah sikap.
" sayang.. Sha tak pernah tinggalkan sayang.. Sha terpaksa" rayu gadis itu
" sorry Sha aku nak kena pergi" Damian keluar lalu memandu keretanya tanpa tujuan.
Sumayyah menanti waris waris hadir untuk mengambil anak anak mereka. Sumayyah memeriksa bacaam anak anak kecil itu sambil memerhati anak anak yang lain sedang bermain.
" teacher abang teacher datang" tempik Fiya. Sumayyah bangun dari duduknya.
" eh cepatnya kata lusa nak datang" seloroh Sumayyah. Disangka Safwan yang datang tetapi yang terpacak dipagar adalah Singa jantan.. Damian berdiri dipagar tadika.
" ada apa awak datang sini" soal Sumayyah
" panas ni.. tak boleh masuk ke" soal Damian. Sumayyah membuka pintu pagar.Damian masuk ke dalam. Anak anak kecil berlari ke sana ke mari
" ada apa datang sini.. nak daftar anak ke" usik Sumayyah.
" aku rehat.. tak tahu nak pergi mana.. so aku datang nak amik kau" ujar Damian. Matanya tertumpu pada anak kecil bernama iskandar yang duduk diribaan Sumayyah.
" la saya boleh balik sendiri" balas Sumayyah pendek.
" aku dah sampai..kau nak halau aku ke" soalmya tapi matanya tetap pada anak kecil itu. Sepertinya mahu dialihkan anak kecil itu.
" bukan macam tu.. saya tak nak susahkan awak" ujar Sumayyah. Iskandar berpaling lalu merangkul leher gadis itu.
" sayang teacher mengantuk ke" Anak kecil itu kelihatan mamai. Sumayyah menepuk anak kecil itu. Damian tidak senang duduk.
" mari aku tidurkan" Dia mendukung anak kecil itu lalu dibaringkan diribaanya. Ditepuk ank itu perlahan hingga matanya terlelap.
" tidur pun kau.. jangan harap lepas ni kau boleh bermanja dengan teacher kau" marahnya didalam hati. Sumayya meneruskan kerjanya. Ada saja anak anak kecil melekat diribaan gadis itu dan didakap gadis itu. Damian juga mahukan begitu namun tidak mahu diluahkan kerana takut disalah tafsir. Sumayyah mendukung Iskandar yang masih tertidur lalu dibawa ke pintu.
" dia tidur.. letih sangat ni" anak kecil itu bertukar dakapan. Damian segara bangun apabila melihat gadis itu berbual mesra bersama waris lelaki. Damian berdehem. Sumayyah menoleh memberi isyarat agar dia berhenti berbuat demikian.
" cikgu baru ke" soal lelaki itu
" oh saya Damian.. bakal suami teacher Sumayyah." Sumayyah malu dibohongi begitu
" oh ya ka.. tahniah teacher" lelaki itu beredar.
" apa awak ni.. nak menipu pun agak agak la" marah Sumayyah
" teacher nak kawin dengan abang ni ke" suasana kecoh apabila Fiya memulakan gosip.
" teacher nak kawin..teacher nak kawin" sorak mereka.
" shhhh diam.. bukan.. abang ni gurau je.. "ujar Sumayyah
" apa abang ni tipu..tak baik tau" marah Fiya
" korang suka tak kalau cikgu kawin dengan abang" soal Damian..
" suka" tempik para pelajar
" kalau teacher kawin teacher tak boleh mengejar dekat sini dah" Sumayyah cuba mengumpan
" tak nak" tempik mereka lagi
" kalau cikgu kawin.. cikgu mengajar lagi boleh jumpa korang lagi" seloroh Damian
" boleh" tempik mereka
" abang ni jahat..nanti dia pukul teacher macam mana" soal Sumayyah
" tak boleh" tempik mereka
" abang sayang teacher.. abang jaga teacher.. ni abang datang nak ambil teacher.. boleh abang kawin dengan cikgu" soal Damian tidak mahu mengalah
" boleh boleh... teacher baik..cantik.. abang handsome.. baik.. boleh boleh.. " balas Fiya
" abang boleh kawin dengan cikgu la" soal Damian.
" bolehhh" sorak mereka.
" teacher nak kawin... teacher nak kawin.. " Sumayyah malu lalu menunduk ke meja. Damian mengusap kepala gadis itu lembut.
Share this novel