42

Drama Completed 119253

Jenazah Safwan selamat dikebumikan. Damian yang turut membantu proses pengebumian kelihatan berlemuih kerana tanah yang sedikit berlumpur kerana hujan membasahi bumi. Ketika semua orang pulang Sumayyah masih dipusara itu. Tangisnya masih berderai.
" along.. cepatnya along pergi.. angah tak puas bermanja dengan along.. " luahnya. Diusap tanah yang menutupi jasad didalamnya.
" along.. angah tak tahu nak hadap ibu macam mana kalau along takde.. " adunya. Hujan rintik mula menjadi gerimis lebat seakan mengetahui kedukaan hatinya. Sumayyah mendongak apabila terasa seakan dipayungi. Damian yang berdiri dibelakangnya memegang payung agar gadis itu tidak kebasahan.

" elok la sangat tu.. balik bawa berita sedih tapi dia berseronok dengan apek tu dalam bilik" marah Puan Fauziah.
" awak jangan main tuduh...kita tunggu dia balik.. kita dengar penjelasan dia.. " balas Encik Zahari.
" awak...kalau anak awak ada saja betulnya." marah Puan Fauziah.
" saya cakap benda betul.. kita tak tahu apa yang berlaku.. jangan disebabkan pandangan mata kita fitnah orang pula.. " tegur Encik Zahari
" awak ingat saya ni rabun ke.. mata saya masih elok lagi.. boleh tengok dengan jelas lagi. tak rabun tak buta lagi. " Puan Fauziah tiba tiba menyinga.
"pandangan mata tak semestinya betul Yah.. kerana mata boleh jadi macam macam.. kerana matalah mulut akan memfitnah" ujar Encik Zahari lagi.
" mata saya tak pernah salah.. macam awak dengan janda Milah tu.. ke hulur kehilir berdua.. tak malu dek orang.. " Puan Fauziah mula melenting.
" apa salah kami berdua.. kami dah bernikah pun.. halal untuk kami" ujar Encik Zahari
" jadi betul la awak dah kawin dengan dia" tengking Puan Fauziah
" awak kata mata awak tak pernah salahkan.. apa yang awak tengok tu betullah.. tapi tak tahu pula kalau telinga awak yang salah" perli Encik Zahari.
" jadi betul la...saya tak pernah izinkan awak untuk bernikah lain" tengking Puan Fauziah.
" dan saya tak perlukan izin dari seorang isteri yang Nusyuz untuk bernikah lagi" suasana tegang itu diperhati Sumayyah yang baru saja naik ke rumah.
" ayah..betul ke apa yang angah dengar.. " soal Sumayyah.
" angah.. ayah minta maaf.. tapi ayah juga manusia.. dan ayah lelaki.. dan ayah mampu" luah lelaki tua itu.
" bukan itu masalahnya ayah.. ayah dah lupa ke.. apa jadi dengan rumahtangga angah.. sebab orang ketiga habis semua.. " luah gadis itu dengan tangisan yang bersambung. Matanya sudah bengkak kerana tangisan. Damian berdiri dimuka pintu. Dia tidak tahu apa yang terjadi.
" ayah minta maaf angah.. ayah silap.. tapi semua ni takkan jadi kalau ibu kamu hormat ayah" ujar Encik Zahari.
" kau nak salah kan aku disebabkan nafsu syaitan kau.. " marah Puan Fauziah.
" saya kawin dengan Jamilah bukan sebab nafsu...kami kawin sebab nak elak fitnah" Encik Zahari membetulkan kata kata isterinya.
" bab kawin ikut agama lah.. tapi tanggungjawab semua kelaut" marah wanita itu sudah tidak terkawal.
" tanggungjawab.. apa tanggungjawab saya yang saya abaikan.. saya beri semuanya dekat awak dan anak anak.. walaupun awak canang saya tumpang kekayaan awak.. saya usaha sendiri untuk perut anak isteri saya.. susah macam mana sekali pun saya usahakan tak pernah saya pinjam dari keluarga awak.. " luah lelaki tua itu.
"tapi apa awak buat.. makin berusia awak makin tamak.. awak makin bongkak dan sombong sampai awak menidakkan bahawa saya ni suami awak" Nada lelaki tua itu tinggi.
" ini.. ini semua peninggalan keluarga aku.. kalau ikut kau mampu ke.." perli Puan Fauziah
" dari awal saya kata lebih baik kita ada rumah sendiri.. tapi awak tetap nak tinggal dengan keluarga awak.. alasan nak jaga mak denga abah..tapi sebenarnya awak yang tak boleh hidup susah" adu Encik Zahari
" aku memang tak nak hidup susah.. dan aku menyesal berlaki kan orang macam kau" tengking Puan Fauziah.
" baik klau macam tu.. Fauziah binti Deraman.. aku Zahari bin Yahya dengan waras ceraikan kau dengan talak satu" Puan Fauziah terdiam
" ayah.. apa ayah buat ni.. " marah Sumayyah.
" maaf angah.. ayah dah tak tahan dengan perangai ibu kamu" luah Encik Zahari
" tak tahan dengan perangai ibu sebab dah ada isteri baru.. ayah.. ayah buat angah teringat apa yang berlaku pada diri angah.. angah hormat ayah.. tapi ayah buat sesuatu yang buat angah hilang hormat dengan ayah" luah Sumayyah
" angah.. tak baik cakap macam tu" sufian menenangkan kakaknya yang sudah hilang kawalan.Tutur katanya makin lancang.
" ayah minta maaf.. " ujar lelaki tua itu.
" angah tak perlukan kemaafan ayah lepas semua ni terjadi.. keluarga kita dah musnah ayah.. " Sumayyah mengesat airmatanya kasar.
" ini semua sebab kau anak tak guna" Puan Fauziah tiba tiba menyerang Sumayyah yang berdiri hampir dengannya. Sumayyah dikeronyok seperti kucing kurap. Dia terjelepok ke lantai.
" sebab kau ayah kau cerai kan aku.. sebab kau aku menjanda.. anak tak guna" rambut Sumayyah sudah tidak bertutup lagi. Bajunya sudah koyak sana sini. Mereka dileraikan oleh Encik Zahari dan Sufian.
" kalau aku tahu aku bunuh je kau masa kecik dulu.. anak tak guna" Sumayyah tidak mampu melawan saat mendengar kata kata ibunya. Sumayyah dipapah Damian yang membantu.
" kalau macam tu kenapa ibu tak bunuh je angah ibu.. kenapa.. dari ibu seksa hidup angah baik angah mati" pipinya ditampar wanita itu.
" biadap kau kan.. aku bagi kau peluang untuk hidup pun Alhamdulillah Sumayyah.. kalau tak dah lama kau duduk dalam tanah tu" tengking Puan Fauziah.
" Yah.. apa awak ni.. ni anak awak tau" marah Encik Zahari.
" kau diam tua kutuk.. kau dengar sini angah.. aku malu bila orang kampung mengata pasal kau lari hari nikah kau.. ni.. kau pun bersubahatkan ucu.. kali ni takkan ada siapa nak tolong kau dah sebab along kesayangan kau dah bersemadi aman dalam sana.. aku nak sebelum orang mengata pula pasal kau dengan apek ni tadi.. aku nak kau nikah dengan Mizi hujung minggu ni. " ujar Puan Fauziah. Terbeliak mata Sumayyah.
" apa kami buat ibu.. angah cuma jahit baju dia je.. ni.. ni ibu tengok ni" dia menarik bahu Damian dan menunjukkan jahitannya.
" Yah..awak jangan melampau Yah" marah Encik Zahari.
" Dia anak aku.. aku ada hak untuk hidup dia.. kau kena ikut cakap aku jangan sampai aku buat sesuatu yang buat aku betul betul rasa menyesal beranakkan kau" tengking Puan Fauziah lalu beredar meninggalkan mereka yang berada diruang tamu. Sumayyah terjelepok ke lantai menangisi nasibnya. Damian tercengang dengan apa yang terjadi.

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-12-25 23:35:49 

mak Sumayyah je lah kawin Ngan Mizi tu

husmafiq enterprise
2022-12-25 23:34:46 

harap puan Fauziah berjodoh dengan Mizi nak lelaki kaya kan nanti boleh la di jual MCM Sumayyah ..

husmafiq enterprise
2022-12-25 23:32:59 

teruknyaaaaaaaa....perangai ibu Sumayyah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience