58

Drama Completed 119253

Damian kecewa lamarannya ditolak Sumayyah. Sukar baginya untuk memecahkan tembok uang menutup hati gadis itu.
" maaf.. saya tak boleh terima" ujar Sumayyah
" kenapa.. sebab aku cina.. atau sebab aku bukan islam" Dikeluarkan kad perakuan islamnya dan ditunjukkan kepada gadis itu. Sumayyah tersentak
" bila awak convert.. tahniah...alhamdulillah" ujar gadis itu. Senyuman manis terukir dibibirnya
" jadi kau terima lah lamaran aku" soal Damian
" maaf.. saya tak boleh... belum terfikir untuk cari penganti Azhar. Walaupun pengakhiran kami menyedihkan tapi memori kami masih indah.. lagipun saya taknak awak convert semata mata untuk berkahwin dengan saya.. saya tak nak agama saya dipertaruhkan. " ujar Sumayyah
" aku masih belajar dan aku perlukan kau untuk aku belajar islam.. " ujar Damian
" saya hanya boleh jadi pendorong bukan guru untuk awak.. awak kena cari orang yang lebih arif tentang ni.. saya hanya boleh berkongsi basic saja. " ujar Sumayyah.
" habis hubungan kita.. takkan tak ada perubahan" soal Damian
" hubungan kita?.. kenapa dengan hubungan kita" soal Sumayyah
" sampai bila kita nak macam ni.. sampai bila kau nak main tarik tali dengan aku.. sampai bila kau nak hidup dalam kenangan lapok kau.. " nadanya tinggi seoktaf
"kita.. kita hanya kawan.. saya anggap awak hanya kawan tak lebih dari itu.. saya tak pernah main tarik tali.. saya tak pernah beri awak harapan.. saya tak pernah kata saya nak ada hubungan yang istimewa dengan awak sebab apa..ya saya masih hidup dalam kenangan lapok saya.. kenangan yang tak mudah saya lupakan.
makin saya ingin lupakan semakin kuat rasa yang datang.. dan saya rasa saya bukan yang terbaik buat awak" ujar Sumayyah. Di tepis perlahan genggaman tangan pemuda itu.
" kalau bagi awak saya main kan perasaan awak saya minta maaf.. dan lepas ni saya akan lebih berhati hati" ujar Sumayyah.
" bukan kau tak boleh lupakan tapi kau taknak lupakan sebab kau paranoid dengan hidup kau" marah Damian tatkala gadis itu mahu melangkah pergi.
" ya saya paranoid.. saya tak mahu lupakan sebab apa.. sebab saya dikelilingi dengan manusia yang saya sendiri tak tahu sekejam mana hati mereka.. sehina mana saya akan diperlakukan.. kenangan tu yang akan jadi pengajaran buat saya. " ujar Sumayyah dalam perih suara kedengaran dek kerana angin mula bertiup kencang. Sumayyah meninggalkan Damian sendirian dipantai. Kata kata gadis itu pada malam itu masih terngiang ngiang dibenaknya.
" you apa pasal.. mati bini " soal Siew apabila melihat anaknya sejak akhir akhir ini tidak bersemangat dan tidak keruan.
" mummy.. I dah convert islam.. " ujar Damian
" bagus la.. tapi you convert demi agama atau demi cinta suci" nada Siew manja. Ajukannya direnung tajam pemuda itu.
" I dah lama nak convert sejak abang convert.. cuma baru sekarang I rasa I dah ready.. " ujarnya
" good.. kalau itu keputusan you.. mummy ok saja.. tapi kena ingat tukar agama bukan macam tukar baju tukar awek.. you dah nekad you mesti mau betul betul buat... ok...mummy support you" ditepuk bahu anak lelakinya lembut sebelum melangkah keluar dari bilik pemuda itu.
" eh tapi hah.. mummy beli bak kuh teh woo.. mummy makan sorang la hoh.. " uji Siew
" mummy.. " marah Damian. Siew tertawa.
" anita... you dah ada geng.. Damian dah masuk islam.. so kena kemas kemas.. Esok saya mahu beli peralatan dapur yang baru.. Damian dan you boleh guna hoh.. " cerita wanita itu kepada pembantu rumah Indonesia mereka. Damian tersenyum namun hatinya masih berduka.

"Su.. kami minta maaf.. takkan sebab kami su nak berhenti" pujuk Eja. Sumayyah yang mengemas barang barangnya untuk dimasukkan ke dalam kotak berhenti seketika.
" bukan sebab korang lah.. su nak jaga ibu.. Su nak balik kampung.. ibu lebih perlukan Su" ujarnya
" su kami minta maaf" ujar Dian.
" Korang takde buat salah apa apa pun dengan Su.. su yang patut minta maaf sebab su korang terima malu" ujarnya. Kebaikan hati Sumayya menyentuh hati dua orang gadis itu. Mereka berpelukan seketika. Sumayyah membawa kotak yang berisi barangnya pulang ke rumah. Hari terakhir dia bertugas di tadika itu membuatkan hatinya sedih apatah lagi mahu meninggalkan anak anak kecil yang sudah hampir dua tahun mereka bersama.
" Kau kena kuat Su.. kau boleh buat.. demi ibu" ujarnya. Sufian datang untuk membantu.
" betul ke angah nak balik esok ni.. tak rushing sangat ke" soal Sufian
" iye.. tak rushing la.. angah tak sabar nak jaga ibu" ujarnya
" iye ke.. ke ada sebab lain ni" Sufian cuba serkap jarang.
" sebab apa.. mana ada.. ni nak tolong ke tak nak ni.. " marah Sumayyah.
" ye lah ye lah" Sufian membantu gadis itu mengemas.

" hah.. rindunya kampung" ujar Sumayyah tatkala mentari pagi menjengah ke wajahnya. Dihirup udara segar sedalam dalamnya. Rindunya pada pemandangan hijau kelapa sawit dan gunung ganang terlerai. Dihirup kopi dijendela. Entah kenapa setiap sisipan kopi memberi rasa yang lain. Mungkinkah suasana atau hatinya kini sudah tenang. Sumayyah berjalam ke pintu apabila kedengaran seseorang memberi salam.
" ayah.. " Sumayyah menyentuni lelaki itu.
" kenapa tak balik rumah ibu" soal Encik Zahari
" saja...angah nak tengok rumah ni dulu.. kejap lagi baru nak pergi rumah ibu. " balasnya.
" jangan terlalu lama hidup dalam kenangan. nanti merana badan" nasihat lelaki itu.
" kalau hidup dalam kenangan tu yang buatkan angah bahagia apa salahnya ayah.. angah dah puas menangis dalam realiti.. dalam kenangan saja yang angah boleh gembira" ujar sumayyah gugup. Airmatanya yang ditahan menitis satu persatu apabila dipeluk erat oleh lelaki itu.
" ayah tahu angah derita.. ayah tahu angah sedih.. tapi angah kena ingat ujian Allah untuk kita bukan sebab Allah nak kita jadi lemah.. tapi Allah nak kita jadi kuat..walaupun kita lemah lemah di mata Nya tapi kita tampak kuat dimata manusia.. kalau angah terus macam ni.. angah seakan tidak redha" ujar lelaki itu.
" angah dah cuba tapi tak boleh.. angah rindu Har ayah.. rindu sangat.. angah rindu fateh.. " tangis gadis itu makin laju.
" istigfar banyak banyak angah.. Ayah tahu angah kuat.. angah kena lawan.. angah boleh buat.. hidup terlalu lama dalam kenangan bahaya angah" nasihat lelaki itu lagi.
" ayahhhhhh" rayunya. Dua beranak itu saling berdakapan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience