Sumayyah tersentak mendengar berita yang disampaikan oleh abangnya. Telefon ditangannya terlepas dari genggamannya. Tangisnya berderai.
"abang... Su hamilkan anak kita"ujarnya dalam tangisan. Azhar ditemui terapung dilombong berhampiran rumahnya. Azhar yang tidak pandai berenang lemas setelah terjun ke dalam lombong itu. Sumayyah sudah tiada daya. Diharapkan bina semula hidup baru bersama pemuda itu hancur. Suasana sunyi tadika itu dipenuhi dengan suara esakan Sumayyah. Sumayyah berjalan tanpa arah. Dia tidak tahu kemana tujuannya. Tudung dijadikan pengelap airmatanya yang mengalir. Sumayyah berjalan hingga ke sebuah tasik. Dia duduk disitu. Pandangannya dilempar jauh. Kenangannya bersama Azhar bermain difikirannya.
" abang.. kenapa awal sangat abang pergi.. Su baru nak kongsi berits gembira. Penantian kita selama ni dah dimakbulkan Allah.. abang.. jangan tinggalkan Su.. Su perlukan abang.. baby pun perlukan abang.. " ujarnya. Tangisannya mula membasahi pipi. Air yang tenang itu kelihatan seakan jalan yang lapang. Dipertengahan jalan itu kelihatan Azhar sedang melambai lambai.. memanggilnya. Sumayyah tersenyum. Dia bangun lalu melangkah ke hadapan. Dia mahu mendapatkan suaminya.
"abang tunggu Su.. su datang" ujarnya. Selangkah demi selangkah jalannya tiba tiba bahunya ditarik dari belakang.
" lepas la.. saya nak pergi dekat suami saya" rontanya.
" kau gila ke apa.. mana ada orang dekat tengah tasik tu.. " marah seorang pemuda
" tu suami saya.. abang tunggu su...abang.. kejap su pergi dekat abang.. lepas la... abanggg" Sumayyah meronta
" kau nak mati ke.. mana ada orang dalam tasik tu" marah pemuda itu
" abang... jangan tinggal su abang.. isshhh lepas la.... " dia merentap tangannya dari genggaman pemuda itu
" abang tunggu su.. ishhh lepas la.. sakit la... abang... tunggu su" tempiknya bersama linangan airmata
" kau kalau nak bunuh diri pun jangan dekat sini.." marah pemuda itu
" siapa nak bunuh diri.. aku nak pergi dekat suami aku" tiba tiba pipinya perit. Matanya berpinar dan kelam. Sumayyah rebah.
Bunyi mesin membingitkan telinganya. Kedengaran suara orang tengah berbual. Sumayyah terjaga. Matanya silau kerana cahaya lampu memanah matanya. Dia menoleh. Ibu dan ayahnya berdiri dihujung katilnya. Kelihatan seorang pemuda beredar setelah mengucapkan terima kasih. Dia memerhati lelaki itu. Wajahnya tidak kelihatan.
" angah..."Puan Fauziah menghampiri anaknya. Disapu airmatanya. Diusap pipi gadis itu lembut. Suamyyah diam. Tiada apa yang mahu diperkatakan. Kecewanya terhadap perbuatan ibunya belum habis.
" angah nak apa apa tak.. ibu ambilkan" soal Puan Fauziah. Encik Zahari hanya memerhati dari hujung katil. Anaknya kelihatan lesu, lemah tidak bermaya.
" angah nak air" soal Puan Fauziah. Sumayyah menggelengkan kepala. Dia kembali berbaring. Ditarik selimut lalu dipejam kan mata.
" Yah.. biar dia berehat.. dia letih.. biar dia tenang dulu" ujar Encik Zahari.
Fasha menangisi pemergian suaminya. Dia melepaskan dukanya dengan menghempas barang didalam biliknya. Dia meraung semahunya. Puan Aini dan Encik Fauzi buntu. Sedih melihat anaknya seakan kerasukan.
" Sha...sabar sayang.. " pujuk Puan Aini
" kalau papa tak desak dia ceraikan Sha semua ni takkan terjadi" tengkingnya
" papa buat semua ni demi kebaikan Sha.. " ujar Encik Fauzi
" kebaikan Sha.. papa buat lawak apa ni.. Sha baru nak gembira dengan Har...papa dah buat hal" tengking gadis itu lagi.
" papa tak nak tengok anak papa diperhambakan.. Sha terlalu istimewa untuk diperlakukan seperti itu" ujar Encik Fauzi lagi
" Istimewa.. apa istimewanya Sha.. Sha tak boleh mengandung papa...Siapa yang nak kan Sha. Papa fikir tengok.. Sha akan macam ni.. menjanda sampai tua"Tengkingnya
" mama tak kisah sayang.. asalkan Sha ada dengan mama.. mama akan jaga Sha sampai mama mati" pujuk Puan Aini
" Sha nak ada kehidupan seperti orang lain ma.. Sha tak nak mengalah dengan Su.. Sha tak nak tengok dia bahagia sebab dia punca semua ni..Dia curi kebahagiaan Sha" jerit Fasha seakan hilang akal. Puan Aini memeluk erat anaknya.
Sumayyah termenung dikatilnya. Kelihatan isteri isteri lain ditemani suami ketika sedang terlantar. Tetapi tidak dia. Hatinya hiba. Diusap perutnya semakin menampakkan tanda.
" Sumayyah.. " panggil seorang wanita
" kak mas.. " dengan tidak semena mena air matanya mengalir
" Ya Allah...adik akak ni kenapa.. Su.. kenapa ni dik" Wanita itu turut mengalirkan airmata.
" kak Mas... apa yang harus su lakukan... Har... Har dah takde kak" luahnya. Rakan sekerjanya itu tempat dikongsi segala dukanya. Tiada rahsia antara mereka.
" Apa...dia pergi mana.. dia tahu tak Su pregnant" soal gadis itu
" Har dah meninggal kak" ceritanya
"Innalillah.. bila." gadis itu terkejut. Ditenangkan Sumayyah yang sedang menangis
" dah seminggu kak.. dia terjun lombong." tangis Sumayyah masih panjang
" Sabar dik.. Su kena kuat.. kena kuat sebab baby ni.. " nasihat gadis itu.
" tapi kak ayah dia dah tak ada" ujar Sumayyah
" walaupun ayah dia tak ada.. Su kan ada.. insyaAllah Su akan jadi seorang ibu yang kuat.. dan orang disekeliling Su akan sayang baby ni nanti.. percaya cakap akak.. kadang kenapa Allah tak beri kita apa yang kita nak.. kenapa Allah uji kita sebab Allah nak naikkan darjat kita.. Allah nak beri yang lebih baik untuk Su.. Su hanya perlu yakin dan redha" nasihatnya
" tapi Su tak kuat kak.. Su tak kuat nak hadap semua ni sorang sorang" ujarnya.
" akak ada.. akak takkan biarkan Su keseorangan." janji gadis itu sedikit sebanyak menaikkan semangat Sumayyah.
Puan Fauziah menyapu laman. Matanya melirik kearah suaminya yang sedang meraup buluh buluh untuk dijadikan pasak.
" abang.. yah risau la tengok keadaan angah.. abang pujuk la dia balik duduk dengan kita" rayu Puan Fauziah
" abang dah pujuk.. dah puas pujuk.. dah berbuih mulut ni.. tapi dia tetap dengan keputusan dia.. bagi lah dia masa.. awak ingat senang ke dia nak lupakan semua ni.. awak ingat dia tak sedih ke.. " ujar Encik Zahari
" apa apa dia akan bagitahu along atau ucu.. awakkan tahu dorang tiga beradik tu rapat..awak jangan lah risau" ujar Encik Zahari.
" saya bukan apa.. saya risau kan dia.. ni pula mengandung...suami pun dah mati...abang rasa senang ke nak hidup dekat bandar tu dengan keadaan macam tu" marah Puan Fauziah.
" awak tu ibu dia.. doakan saja yang baik baik.. doa ibukan takde hijab dengan Allah.. "ujar Encik Zahari.
" saya bukan apa bang.. Mizi anak Som tu.. dah lama menduda semenjak isteri dia meninggal.. Som ada tanya saya semalam.. dia nak pinang angah...apa pendapat abang"soal Puan Fauziah
" Ya Allah awak ni Yah.. tak habis habis nak kenan kan angah tu dengan anak orang kampung ni.. Tu Zaim tu yang awak berkenan sangat tu.. tengok apa jadi.. biar lah dia atur kehidupan dia.. dia pun ada hak..hidup dia..kita mak bapa ni cuma pantau saja" ujar Encik Zahari
" sebab anak kita la kita kena atur bang.. tengok pilihan dia.. apa jadi.. saya tak nak tengok dia kecewa lagi.. tu anak dalam perut tu.. anak siapa.. kita tak tahu.. saya tak nak cucu dari benih perogol tu" nada Puan Fauziah tinggi seoktaf.
" Eh itu kan calon pilihan awak.. nasib Allah tu tunjuk siapa si Zaim tu.. kalau tak...lagipun awak la yang mula kan semua kekacauan ni.. " Encik Zahari sudah tidak mahu menanggung beban diatas kesilapan isterinya
" Mizi tu kerja bagus dekat bandar tu.. terjamin hidup angah nanti" pujuk Puan Fauziah
" kemewahan pangkat bukan jaminan kebahagiaan.. awak tu ibu saja.. bukan penentu kebahagiaan dia..awak hanya penggalak untuk dia terus bahagia.. jaminan dan penentu hanya Allah.. awak kena ingat tu Yah.. " Nada Encik Zahari keras
" alah kalau angah senang awak pun tumpang senang juga" sinisnya
" Saya tak nak apa apa dari anak anak.. cukup dorang bahagia.. gembira itu sudah cukup bagi saya.. kalau sebab nak tumpang senang..saya nasihatkan awak supaya berhenti Yah.. biarkan angah tentu hidup dia sendiri" pesan lelaki itu
" tapi bang... " Kata kata puan Fauziah mati disitu apabila suaminya menoleh tajam kearahnya
" saya kata berhenti awak berhenti... jangan ganggu hidup angah.. saya bagi awak amaran bukan pesan" Lelaki itu beredar meninggalkan isterinya yang berdiri dibawah pohon ceri.
Share this novel