4

Drama Completed 119253

Kata kata Zaim bermain dibenaknya. Azhar tidak dapat memberi tumpuan pada kerjanya. Apatah lagi sejak akhir akhir ini ibu mertuanya kerap datang kerumahnya menceritakan perihal pemuda itu. Haris, yang juga anak didik isterinya amat rapat dengan gadis itu. Nama anak kecil itu juga sering bermain dibibir gadis itu.
" Zaim tu.. setia orangnya.. dah empat tahun bercerai.. masih tak kawin kawin.. kerja pun bukan biasa biasa.. hebat kerjanya.. tapi tu lah.. ada yang tolak tuah" perli wanita separuh abad itu
"Yah.. jaga tutur kata tu.. kecik hati anak menantu" tegur lelaki berusia itu
" betul apa saya cakap.. Angah ni tolak tuah.. kalau dia kawin dengan si Zaim tu.. senang dah hidup dia..tapi tak..pilih juga drebar lori tu.. sekarang tengok la apa jadi" perli wanita itu lagi.
" ibu.. kenapa ibu benci sangat dekat Har" soal Azhar lembut
" aku bukan benci.. tapi aku tak suka.. sebab kau.. anak aku hidup macam pengemis kamu tahu tak.. sembilan bulan aku kendong dalam perut.. aku jaga dia tatang dia bila dah besar dia kawin dengan orang macam kamu.. " sinis wanita itu lagi. Azhar terdiam
" ibu.. kenapa cakap macam tu.. ibu boleh jamin ke kalau Angah kawin dengan Zaim angah boleh bahagia" nada Sumayyah tinggi seoktaf
" aku yakin dan pasti dia boleh beri kehidupan yang lebih baik dari apa yang kamu dapat sekarang Angah" wanita itu mula menyinga apabila anaknya menentang kata katanya
" kalau dia betul betul boleh beri kebahagiaan pada pasangan dia.. kenapa dia bercerai.. kenapa Haris tu perlu berbin kan Abdullah bukannya Zaim.. " balas Sumayyah. Geramnya sudah tidak dpaat ditahan lagi.
" sebab perempuan tu mata duitan.. kaki enjoy.. memang patut pun kena cerai.. Haris tu kalau betul dia baik kenapa dia tak ambil bela.. kenapa tinggal dekat Zaim.. sebab malu kalau orang tahu dia ada anak luar nikah.. takut jantan tak mahu dah dekat dia.. tapi si Zaim bela elok je budak tu" jawab wanita itu. Suasana tegang menyelubungi rumah usang itu.
" ibu kalau pasal si Zaim tu semua elok.. kalau dia baik sangat takkan sampai boleh terlanjur.. " Suamyyah sudah membuak buak amarahnya
" sudah.. Awak Fauziah.. datang sini semata mata nak sakitkan hati anak menantu baik balik"marah lelaki tua itu
" Encik Zahari.. saya cakap benda betul.. " belum sempat wanita itu menghabiskn kata katanya Azhar mencelah
" ibu ayah.. Har minta maaf andai kata kata Har agak kurang sopan.. Har harap ibu tak datang rumah Har untuk menghina dan mengherdik Su.. tapi kalau niat ibu datang semata mata untuk itu.. datang hanya nak sakitkan hati Su.. Har terpaksa berkeras.. Har tak izinkan ibu jejakkan kaki ibu ke rumah ni lagi" Sumayyah serta ibu dan bapa mertuanya tersentak
" Har perlu jaga perasaan Su.. dia tanggungjawab Har.. " ujar Azhar lagi
" abang tengok tu.. biadap ke tak biadap cakap macam ni" Puan Fauziah mula menyinga.
" betul apa Har cakap tu.. kalau abang pun abang buat macam tu.. " Encik Zahari menyebelahi menantunya. Sumayyah masih tertunduk menahan marah.

Sumayyah terkejut apabila disergah dari belakang. Fasha tiba tiba muncul dari belakangnya ditepuknya berkali kali.
"kau kan.. nasib aku yang masuk. kalau penyamun ke perompak ke.. macam mana. " tegur gadis itu
" siapa nak merompak rumah aku ni.. apa yang ada dalam rumah ni" seloroh Sumayyah. Dia membalikkan ikan goreng yang berada didalam kuali.
" tapi kau ada apa yang lelaki nakkan.. zaman sekarang ni.. buaya darat lagi banyak dari buaya air.. harimau jadian lagi banyak dari harimau dihutan.. " nasihatnya. Sumayyah menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"sengeh pula kau ye" dicapai kacang panjang yang dipotong sahabatnya lalu dimasukkan kedalam mulutnya.
"apa hal kau datang ni" soal Sumayyah
"aku dah tak boleh datang ke" soal Fasha kembali.
" takde lah.. kau tu.. mana nak datang kalau aku tak call" ujar Sumayyah.
" saja ja.. aku datang nak tengok kau.. Har call aku dua hari lepas.. katanya kau gaduh dengan inu kau.. betul ke" soal Fasha
" biasalah hal anak beranak" balas Sumayyah mahu menutup luka dihati
" biasa apanya.. Sumayyah yang aku kenal bukan kaki gaduh.. lagipun Har kata kau asyik termenung je akhir lahir ni.. dia risau.. dia minta aku tengok tengokkan kau.. " ujar Fasha. Kacang panjang iti di makan satu persatu. Sumayyah menepuk tangan sahabatnya tanda suruh berhenti
" apa yang nak dirisaukan... aku ok lah" dalih Sumayyah.
" dia risau lah tu.. dah nama laki kau kan.. lagipun aku tengok kau makin susut badan.. ok apanya" Fasha membelek tubuh gadis itu. Sumayyah tertawa.:geli hati melihat reaksi sahabatnya
" aku cakap benda betul..kau tengok diri kau.. macam mayat hidup..kuris sangat.. ibu kau tu melampau sangat.. cakap macam takde agama"geram gsdis itu
" dia ibu aku.. yang melahirkan aku.. "kata katanya dipintas Fasha
" ibu pun.. kau robot ke..takde perasaan" luah Fasha lagi.
" apa yang aku boleh buat sabar je..ibu aku syurga buat aku"ujar Sumayyah. Wajahnya sayu
" kau kan... ishhh geram aku" dicapai kacang panjang lalu digigit kemas.Di lepaskan geram pada kacang panjang itu.

Azhar merebahkan badannya ke sofa. Sumayyah menghampirinya dengan membawa segelas air. Azhar mengukir senyuman.
" maaf..su tak dengar bunyi motor.. Ralik bersembang dengan Fasha... "jelas Sumayyah.
" takpe.. Su masak apa hari ni.. lapar la" rengek Azhar.
" masak lemak udang dengan kacang panjang.. " terang gadis itu
" dah siap masak.. abang lapar.. " Azhar mengurut perutnya yang sudah berkeroncong.
" abang mandi dulu.. kita makan sama sama.. Fasha tengah hidang nasi dekat dapur. " Azhar akur. Dia bangun lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
" Hai Har.. "sapa Fasha.
" Fasha baru sampai ke" soal Azhar
" dah lama dah.. nak balik dah pun" ujar Fasha
"eh kita makan nasi sekali la.. tunggu Har mandi dulu" ujar Sumayyah yang datang dari ruang tamu. Azhar masuk kebilik air. Fasha meneruskan kerjanya. Mereka seakan ralat. Sumayyah membantu sahabatnya menghidang lauk yang sudah dimasak.
" abang nak nasi lagi" soal Sumayyah.
" nak la.. lauk kegemaran kot" Azhar menyua pinggan ke arah Sumayyah. Fasha lebih pantas meletakkan nasi ke dalam pinggan lelaki itu. Sumayyah membiarkan sahaja. Kerana keakraban mereka Fasha seperti keluarga sendiri namun masih berbatas. Dia tidak pernah berfikir sebarang kemungkinan.

Fasha duduk diruang tamu. Azhar meneman isterinya membasuh pinggan.
" abang nak ke penang petang ni.. ada kargo nak dihantar.. su nak ikut.. " pelawanya
" tak pelah abang pergi je lah.. su ada urusan esok" ujar Sumayyah
" esok sabtu kan.. takkan kerja juga" rungut Azhar
" kan dah nak habis tahun.. tadika nak ambil pelajar baru pula.. banyak benda nak kena buat" jelasnya
"ala..baru nak ajak makan angin" rajuk Azhar.
" makan angin.. tak nak lah.. nanti kembung perut Su.. " seloroh Sumayyah
" amboi.. "Azhar memeluk isterinya dari belakang. Lalu dikucup leher isterinya. Sumayyah merengek geli. Aksi mereka di perhati Fasha yang berdiri di pintu dapur. Hati gadis itu seakan membara apabila melihat aksi mesra pasangan itu.
" Su.. aku balik dulu" pasangan itu tersentak. Raut wajah Fasha tampak tidak selesa.
" kau nak balik dah ke.. wei petang ni Har nak ke Penang... kau balik la lewat.. boleh teman aku sembang" pinta Sumayyah.
" Har nak ke penang.. Fasha pun nak ke penang petang ni" ujar Fasha
" ye ke.. Har nak hantar kontena dekat seberang prai.. Fasha nak ke mana" soal Azhar
" Batu Feringgi.. nak amik stok barang kedai" ujar gadis itu. Fasha seorang pengusaha butik kosmetik dan busana kerap ke luar daerah bagi mengambil stok. Maka tidak hairanlah jika dia akan sehaluan dengan Azhar.
" ala.. Su ada kerja pula.. kalau tak kan best boleh ikut" rungut Sumayyah.
" kita pergi lain kali ya.. " pujuk Azhar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience