6

Drama Completed 119253

Sumayyah menanti kepulangan suaminya dengan penuh risau. Panggilan tidak dijawab. Mesej tidak dibalas. Azhar tidak pernah begini sebelumnya.Telefon ditangannya diketuk ketuk. Duduknya tidak tetap.
" Assalamualaikum.." kedengaran suara Azhar dimuka pintu. Sumayyah berlari anak mendapatkan suaminya.
" Ya Allah abang..risau su" sambil di sambut tangan suaminya lalu dikucup lembut.
" maaf tepon abang habis bateri..abang lupa bawa power bank" dirangkul lembut pinggang isterinya dan mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
" Fasha macam mana abang..dia dah sedar" soal Sumayyah.
"dah..keluarga dia ada dengan dia" dijamah nasi dengan penuh selera. Sumayyah hanya memerhati. Raut letih jelas terpancar di wajah pemuda itu.
" abang tadi ibu datang" cerita Sumayyah.Dia tidak mahu ada apa apa rahsia diantara mereka
" ibu datang marah Su lagi ke..ke pasal anak" teka Azhar
" ibu saja datang..di nak berikan ni" Di sua sebekas dodol dan kerepek pisang yang dibawa oleh ibunya. Azhar hanya mengangguk.Dia tidak berminat untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut lagi.
" tapi ibu datang dengan Zaim" Sumayyah gugup. Suapan Azhar terhenti.
" kenapa ibu datang dengan Zaim..ayah mana" soal Azhar
" ayah tak sihat..ibu pergi pekan..terserempak dengan Zaim..jadi Zaim tumpangkan ibu balik..ibu terus singgah hantar barang ni.." jelas Sumayyah.Selera Azhar tiba tiba mati.Dia menuju ke sinki lalu mencuci tangan.Nasi yang tidak dihabiskan Azhar di pandang Sumayyah sayu.
" abang..abang..." panggil Sumayyah namun tidak diendahkan Azhar. Sumayyah mendapatkan suaminya yang berada dibilik.
" abang..Su minta maaf..tapi Zaim tak masuk rumah..dia tunggu dalam kereta.Ibu je masuk" jelas Sumayyah.
" mula mula tunggu dalam kereta..lama lama masuk dalam rumah lepas tu apa dalam bilik" tengking Azhar. Sumayyah tersentak.
" abang sampai hati abang tuduh Su macam tu..Dia datang dengan ibu..bukannya Su yang ajak.." airmatanya mula membasahi pipi.
" ibu tu panjang je akal nak pisahkan kita..si Zaim tu dari dulu memang kemaruk nak kan su..ibu pun dah lama idam bermenantukan si Zaim tu..apa tak betul abang cakap" marah Azhar lagi
" tapi su ada abang..abang suami su..tiada siapa dapat halang atau pisahkan kita sebab sayang Su hanya untuk abang.." ujar Sumayyah.Sedih hatinya apabila kata kata itu terhambur dari mulut suaminya sendiri.
" maafkan abang Su..abang tak sepatutnya cakap dekat su macam tu.." disapu airmata gadis itu.Dipeluk gadis itu erat.Sumayyah teresak esak.

Sumayyah berjalan pulang dari tadika.Terik mentari memanah wajahnya.
" Cikgu Su.." panggil seorang anak kecil.Sebuah kereta berhenti disebelahnya.
" haris..haris nak ke mana ni" soal Sumayyah.
" nak pergi mall dengan papa.." balas anak kecil itu
" su nak balik ke..saya hantarkan" pelawa Zaim
" takpe Su balik sendiri..dah dekat dah pun" tolak Sumayyah lembut.Dia tidak mahu menjadi buah mulut orang kampung apatah lagi sampai ke telinga suaminya.
" jom la saya hantarkan..haris pun ada.." pelawa Zaim lagi
" cikgu naik la..haris hantar cikgu balik" ajak anak kecil itu
" takpe haris..cikgu balik sendiri..lagipun cikgu nak singgah kedai tu..nak beli barang..." dalih Sumayyah. Dia tidak mahu mengecilkan hati anak didiknya.
" takpelah kalau macam tu..kami pergi dulu ya." kereta itu beredar meninggalkan Sumayyah ditepi jalan. Sumayyah meneruskan perjalanannya.Tiba di rumah dilihat motor suaminya dirumah.
" Assalamualaikum..abang..." langkahnya terhenti apabila melihat ibunya berada didalam rumahnya
" ibu..bila ibu sampai..abang..abang kenapa.." dia mendapatkan suaminya yang kelihatan pucat.
" Ya Allah..panasnya..abang demam ni..jom Su bawakan ke klinik" Dia cuba memapah suaminya namun gagal kerana pertolongannya ditolak lelaki itu.
" tengok..kalau dah jadi macam ni..tak ke kamu menyusahkan anak aku" sinis Puan Fauziah.
" ibu..Har tak sihat ibu..ibu boleh tak ada rasa perikemanusiaan.." ujar Sumayyah.
" aku nak kau ceraikan Sumayyah...Zaim dah setuju nak nikah dengan Su lepas habis edah.." Sumayyah tersentak. Azhat melepaskan rangkulan tangan isterinya. Dia gagahkan dirinya untuk bangun. Dia melangkah ke pintu dengan lemah.
" ibu..sebelum Har hilang rasa hormat Har dekat ibu..baik ibu balik.." ujar Azhar.Puan Fauziah mencapai tas tangannya lalu menuju ke pintu.
" aku minta secara baik kau tak nak..aku akan dapatkan secara halus janji apa yang aku nak aku dapat..ingat tu" amaran itu dibisikkan ditelinga Azhar. Azhar menahan geram.Jari jemarinya digenggam kemas. Puan Fauziah beredar meninggalkan rumah usang itu. Azhar cuba untuk melangkah namun rebah ke lantai.
" abanggggg" tempik Sumayyah.

Fasha kalut lalu mendapatkan sahabatnya yang sedang menangis didepan bilik rawatan.
" macam mana boleh jadi" soal Fasha
" ibu aku datang...dia minta Har ceraikan aku.." Fasha tersentak.
" ibu kau tu dah gila ke apa" marah gadis itu
" aku tak tahu apa yang dah racun fikiran ibu aku tu..Har halau ibu aku lepas tu dia terus pengsan" tangis Sumayyah masih belum reda. Fasha memeluk erat sahabatnya.
"Doktor..macam mana dengan suami saya.." soal Sumayyah kalut kalut.
" Encik Azhar mengalami demam biasa..cuma suhu badannya agak tinggi dan menyebabkan hidrasi..mungkin disebabkan tekanan kerja atau masalah peribadi..tapi puan jangan risau tiada apa yang serius..cuma encik Azhar akan ditahan di wad untuk beberapa hari bagi pemantauan." Sumayyah lega dengan penerangan doktor tersebut.

Di lap tubuh kaku itu dengan tuala lembap.manik manik jernih yang membasahi dahi pemuda itu dilap lembut. Tangis Sumayyah masih berbaki.Fasha masuk ke bilik itu dengan beberapa bungkusan plastik.
" kau makan lah dulu..dari tadi kau tak makan apa apa..nanti perut kau sakit" pujuk Fasha. Sumayyah menggeleng lemah.Matanya masih menatap suaminya yang berada di perbaringan.
" nah kau makan la sikit.." bubur yang dibelinya dihulurkan kepada Sumayyah namun tidak bersambut.
" aku isteri yang jahat ke.." soal Sumayyah
"kenapa kau cakap macam tu" soal Fasha semula
" ye lah..disebabkan aku..suami aku sekarang terlantar dekat sini" airmatanya diseka kasar.
" ini bukan salah kau..dh dia nak sakit nak buat macam mana..ibu kau tu..manusia ke apa..takde hati perut langsung" Fasha mengomel geram. Sumayyah masih dalam tangisan.
" salah ke kalau takde anak..satu dosa ke kalau takde zuriat" soal Sumayyah lagi
" ish kau ni..dah lah..jangan fikirkan sangat pasal kemaruk ibu kau tu..nanti kang kau pula yang pengsan dekat sini..jenuh aku nak kena jaga dua dua" seloroh Fasha. Sumayyah tersenyum lemah.

Mentari pagi menjengah di jendela. Peritnya menyambar wajah gadis bertudung itu.Sumayyah terjaga dari lenanya.Di kesat matanya yang baru melihat dunia hari itu. Fasha masih berbaring di sofa. Azhar masih didalam lenanya. Sumayyah bangun dan membawa mangkuk berisi air dan tuala ke tandas. Di cuci wajahnya.
" kau kena kuat Su..kau kena pertahankan rumahtangga kau" diberi semangat pada dirinya sendiri. Dia keluar dengan membawa mangkuk yang telah di tukar airnya.Dilap seluruh tubih suaminya lembut.
" dah pukul berapa ni..." Fasha yang baru terjaga dari lenanya melihat jam tangannya
" aku dah lewat ni..." dia kalut kalut untuk beredar.
" Su aku pergi butik dulu..hari ni ada fitting baju pengantin..tengahari nanti aku datang..apa apa call aku" ujar Fasha lalu keluar meninggalkan bilik itu.
" abang..bangun..Su minta maaf..Su tahu Su salah..Su punca semua ni terjadi" ujarnya.Tangisnya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience