Damian memandu keretanya laju. Marahnya pada pemuda itu dan Sumayyah masih membara.
" Sudahhhhh.... " tempik Sumayyah. Mereka yang bergelut sebentar tadi berhenti. Sufian hanya menjadi pemerhati permainan cinta tiga segi.
" korang dah kenapa.. Damian awak kenapa.. suka suka hati nak tumbuk orang" marah Sumayyah
" kau tu kenapa.. dari tadi kau langsung tak endahkan aku.. kau asyik dengan mamat ni" luahnya
" awak tahukan kami tengah bincang pasal rumah ni" marah Sumayyah
" aku tahu.. tapi kau kena ingat kau milik aku" tengking Damian. Sumayyah menampar pipi Damian kuat.
" saya tak pernah jadi milik sesiapa dan sesiapa pun tak berhak menentukan untuk siapa saya dimiliki... diri saya...hak saya.. " marah Sumayyah.
" awak...dengan saya tak lebih dari seorang kawan.. dan takkan lebih dari itu" ujar Sumayyah dan beredar. Gibran mengikuti gadis itu dari belakang. Bahu Damian ditepuk perlahan..
" sorry bro.. kau dah lepaskan dia untuk aku" bisik Gibran.
"siaalllllllllll" tempik Damian didalam kereta. Dadanya berombak melepas amarah. Damian pulang ke rumahnya dalam keadaan terburu buru. Dia tidak mahu melepaskan amarahnya pada tempat yang salah.
"Angah ni lah.. kesian kawan tu.. kan dah merajuk.. " tegur Sufian
" apa pula angah.. dia tu melebih lebih...Gibran tak buat apa apa pun.. dia pergi tumbuk buat apa" marah Sumayyah.
" angah tu.. tak endahkan dia.. mau tak terasa kawan tu" ujar Sufian.
" dah lah... apa yang korang gaduhkan ni" Soal Encik Zahari yang duduk ditangga bersama anak anaknya.
" angah ni.. Dia punya pasal tengok balik dah abang Damian.. kami baru plan nak pergi pesta malam ni.. spoil betul" rungut Sufian
" pesta yang kau pentingkan dari angah" tegur Sumayyah
" yelah.. angah tu apa yang bestnya.. bebel je kuat" rungut Sufian lagi. Sumayyah mencubit paha adiknya..geram
" ish korang ni.. dah la.. ibu baru tidur tu.. ni angah.. kamu dengan Gibran tu...ada pape ke" soal Encik Zahari
" kami kawan je...kenapa ayah" Sumayyah menatap wajah tua itu. Dia amati tiap patah kata yang ditutur lelaki itu.
" ayah tak rasa Gibran anggap angah kawan.. lagipun ayah nampak cara dia pandang angah... dia pun ada hasrat.." pesan lelaki itu. Sumayyah gelisah. Apakah dirinya sedang dipercaturkan.
" ucu pun rasa macam tu.. tapi kan angah.. ucu lebih suka abang Damian.. dia tu nampak garang..samseng tapi dalam hati ada taman tu" sampuk Sufian.
" ah kau.. takde takdenya dalam hati ada taman.. " marah Sumayyah bergurau.
" la.. dah ada orang suka apa salahnha.. sampai bila angah nak sendiri.. angah tak teringin ke nak ada teman hidup.. tak nak hidup macam orang lain.. ada suami.. ada keluarga sendiri.. " ujar Sufian. Encik Zahari hanya mengangguk. Dia juga bersetuju dengan kata kata pemuda itu.
" angah dah pernah rasa ada teman hidup.. dah pernah rasa ada nyawa lain dalam rahim ni.. angah pun pernah rasa bahagia.. walaupun sekejap tapi tetap indah.. sekarang angah dah tak perlukan semua tu.. angah hanya nak tumpu pada ibu... itu lebih penting" ujar Sumayyah.
" angah...itu kenangan angah..realiti lain..angah tak sunyi ke" soal Sufian lagi
" tak.. nak sunyi buat apa.. walaupun kenangan.. tetap menyinari hidup angah.. takkan angah luoa kenangan tu" ujar Sumayyah. Dia tersenyum kelat.
" tapi sampai bila.. suatu hari ayah dan ibu akan dijemput Tuhan.. ucu dah tentu ada pasangan dia.. angah.. takkan nak terus macam ni.. masih hidup dalam bayang bayang" ujar Encik Zahari yang hanya berdiam dari tadi.
" angah boleh urus hidup angah sendiri ayah.. hati angah.. hanya ada Abang Har...kami dah janji takkan berpisah apatah lagi menduakan" nada Sumayyah bergetar.
" ayah tak suruh angah lupakan dia.. tapi angah juga perlukan teman" ujar lelaki itu tenang. Dia cuba berbicara sebaik mungkin agar tidak mengguris hati gadis itu.
" takkan ada siapa yang boleh menggantikan abang Har ayah" ujar Sumayyah tegas. Airmatanya mula menitis.
" angah.. angah faham tak maksud ayah.. kami tak suruh angah lupa kan abang har.. dan kami tak minta angah gantikan dia dengan orang lain.. memang takkan ada sesiapa dapat menggantikan dia.. tapi dalam masa yang sama angah kena move on.. jangan bagi alasan ibu untuk angah terus hanyut dalam bayang bayang.. " nada Sufian sedikit meninggi.
" ucu.. ucu tak tahu apa apa baik ucu diam" marah Sumayyah.
" apa yang ucu tak tahu.. angah sekarang ni dah ada dua lelaki yang ikhlas nak kan angah.. terima aje lah.. jangan main kan perasaan orang dan jangan beri harapan.. angah pun bina hidup baru.. berhenti paranoid angah.. " ujar Sufian tegas. Encik Zahari hanya menjadi pemerhati. Tidak mahu menyampuk akan pertelingkahan itu.
" kalau dah kata angah terima salah sorang dari dorang tak ke sama angah gantikan dorang dengan abang har.. lagipun angah tak pernah berjanji nak terima dorang.. angah tak pernah luah kan apa apa dekat dorang... dorang yang syok sendiri.. bukan salah angah.. " tengking Sumayyah.
" iya angah tak luah kan.. tapi perbuatan angah.. kelakuan angah seolah bagi harapan dekat dorang terutama abang Damian.. kalau angah boleh hidup sendiri.. kenapa apa apa hal cari dia.. settle la sendiri.. jangan layan dia.. jangan buat perkara yang beri dia harapan" tengking Sufian
" ucu.. angah tak pernah pun layan dia macam tu... lagi pun angah dah janji dengan abang Har apa pun jadi angah takkan duakan dia" marah Sumayyah meluap.
" angah.. angah dah lupa ke.. janji angah dengan abang Har tu dah dikhianati.. dia dah dua kan angah.. dia tidur dengan kawan baik angah.. dia madukan angah kawin dengan kawan baik angah.. dia ceraikan angah sebab dengar fitnah kawan baik angah.. tengok lah angah.. sekarang.. apa yang angah dapat.. hidup dalam bayang bayang orang yang dah mati.. orang yang dah rosakkan kebahagiaan angah.. angah tunggu apa.. tunggu orang yang dah mati tu datang melutut dekat angah balik.. macam tu.. sudah lah angah.. jangan jadi munafik gunakan ibu sebagai alasan.. padahal angah yang tak nak move on.. angah yang nak siksa diri" pipi Sufian ditampar kuat. Sufian merenung Sumayyah tepat.
" asal.. marah.. tak betul apa ucu cakap.. angah... berhenti lah hidup dalam bayang bayang.. dia pun khianati angah.. " ujar Sufian
" aku kata baik diamkan tadi.. kau jangan nak melampau ucu" tengking Sufian
" sudah korang berdua sudahhh" tengikng Encik Zahari.
" angah..ayah minta maaf..kali ni ayah setuju dengan kata kata ucu.. bina hidup baru angah.. har tu kisah lama.. angah teruskan kehidupan dengan kisah baru.. ayah nak tengok angah gembira dan bahagia.. ayah tak selamanya ada dengan angah" ujar Encik Zahari lembut
" ayah dah tak sayang angah ke" soal Sumayyah
" ucu kata angah bodoh angah marah.. sebab orang sayang angah lah kami minta angah move on.. bina hidup baru.. cari kehidupan angah.. kebahagiaan angah.. bukan hidup dalam memori lama.. " ujar Sufian.
" betul cakap ucu.. ayah sayangkan angah.. sayang sangat sangat... ayah nak tengok anak ayah bahagia sebelum ayah tutup mata... " ujar Encik Zahari lalu bangun meninggalkan gadis itu.
" kau kan angah nama je dah tua.. tapi bodoh lagi.. angah ingat ayah tak susah hati ke tengok angah macam ni.. jangan penting kan diri sendiri la" marah Sufian yang juga bangun meninggalkan gadis itu sendirian bersama baki tangisannya
Share this novel