"morning Bie.." sapa Fasha.Azhar yang masih mamai membalas dengan senyuman. Fasha berbaring ke atas dada pemuda yang mamai itu. Tangan pemuda itu melingkari tubuh gadis yang hanya berbalut selimut.
" pukul berapa sekarang" soal Azhar.
" 9.30 kenapa" soal Fasha lembut
" saja.." tangannya galak menjalar ketubuh lampai itu.
" bie..geli la.." rengek gadis itu manja. Azhar tidak mengendahkan rengekan gadis itu malah dia makin galak dan semakin teransang dengan rengek manja gadis itu.
" semalam dah dapat tak puas ke" soal Fasha
" malam ni bie dah nak balik rumah su..lambat pula la nak dapat.." ujar Azhar.
" bie ni kan..monster.." pagi mereka di awali dengan desahan yang mengasyikkan.
Sumayyah menjengah laman rumahnya. Pokok bunganya di belek satu persatu. Tenang hatinya melihat bunga bunganya sudah kembang mekar. Bau bunga yang pelbagai menerjah hidungnya
" hidup subur ya..indahkan bumi Allah" ujar Sumayyah sendirian.
" Su.." gadis itu menoleh apabila namanya di panggil.
" Zaim.." Sumayyah membaiki tudungnya yang herot.
" ada apa datang rumah su pagi pagi ni." soalnya. Dia berdiri dihadapan pagar rumahnya. Dia menjarakkan dirinya agar tidak timbul fitnah.
" jom Zaim belanja sarapan" pelawa pemuda itu.
" maaf Su puasa hari ni" alasan yang kukuh baginya untuk menjauhkan diri dari pemuda itu
" oh..Su tengah buat apa" soal pemuda itu lagi
" tengok pokok..Zaim...Su rasa lebih baik Zaim pergi..tak manis orang pandang..nanti apa pula orang kampung kata" pintanya
" baik lah..Zaim pergi dulu ya.." pemuda itu masuk ke dalam keretanya lalu beredar. Sumayyah menarik nafas lega.
"hello abang" Sumayyah menjawab panggilan dari suaminya
" su dah makan.." soal Azhar
" Su puasa hari ni..." balas gadis itu
" la ya ka..Su jaga diri tau..InsyaAllah esok pagi abang sampai" ujar Azhar. Sumayyah tersenyim girang.
" memang kena report dekat Su hari hari ke macam mana" Soal Fasha. Dia cemburu dengan madunya yang selalu diberi perhatian oleh suaminya.
" ya..kalau tak dia banyak soal nanti.." ujar Azhar yang baru sahaja selesai makan. Fasha memeluk erat lengan pemuda tersebut. Dibelai jari jemari pemuda itu
" bie..berhenti je lah jadi driver..bie kerja dengan papa tak pon kerja dengan Sha..kalau macam ni..asyik jumpa curi curi lepas tu lama sangat nak jumpa" cadang gadis itu. Azhar termangu.
Sumayyah ke rumah ibunya setelah mendapat keizinan suaminya. Dia mendukung bayi lelaki itu dan menatap sayu. Dibelai rambut anak kecil itu.
"comelnya anak sedara angah ni.." pipi gebu kecil itu dipicit picitnya.
" anak long anak angah juga" sapa abangnya.
" terima kasih long..kak lia bila habis pantang.."soal Sumayyah
" ada lagi 20hari..kenapa" soal abangnya
" nanti angah dah tak boleh jumpa dia lah"ujar Sumayyah.
"apa pula tak boleh..ibu yang mengasuh dia..angah datang je lah rumah ibu.." abangnya memahami isi hati adiknya.Dia turut bersimpati dengan nasib adiknya tapi apakan daya ibu mereka seorang yang sukar ditegur.
"laki kamu mana angah.."soal wanita tua itu
"dia ada dekar Johor..hantar kargo..malam ni dia bertolak balik" balas Sumayyah.Matanya tidak berhenti menatap wajah anak kecil itu.
" yelah tu..orang lelaki sekarang ni bukan boleh percaya sangat..aku tengok kamu ni angah..sedih tau..ibu mana nak tengok anak dia hidup macam ni.." Puan Fauziah memulakan leterannya.
" kamu tak teringin ke nak hidup macam orang lain angah..ada kehidupan yang sempurna." ujar wanita itu
" bagi angah apa yang angah ada sekarang dah sempurna ibu..angah bersyukur sangat sangat.." ujar Sumayyah.Nadanya bergetar.
"sempurna apanya..anak pun takde..rumah pun bocor sana bocor sini...motor tu dah boleh masuk besi buruk dah aku tengok" herdik wanita itu
" ibu..sudah la..biar la angah datang sini dengan selesa..angah nak main dengan anak along.." sampuk abangnya.
" kalau ada anak sendiri kan senang..tak kalut dengan anak orang" air mata Sumayyah menitis. Ditahan agar tidak laju.
" angah jom kita makan ais kacang..lama dah kita tak lepak sekali" ajak adik lelakinya.
" selagi angah duduk sini selagi inu tak habis membebel..boleh menanah telinga ooii" seloroh anak muda.
" Sufian..kamu jangan nak menyampuk ya..kamu tu pun sama je..dah habis spm pun kerja pun takde..harap ayah kau je..mati la aku besarkan anak anak macam ni..baik aku bela lembu dapat juga untung" bebel wanita itu mencuit hati mereka.
" along..jomm.." ajak Sumayyah.Mereka bertiga hilang dibawa kereta yang dipandu abangnya. Sumayyah lega.
"angah..along harap angah jangan ambil hati dengan kata kata ibu ya" pujuk pemuda itu.
" ibu tu dia menapouse..sebab tu mood swing" sampuk Sufian..adik bungsunya.
" ish kau ni pian tak baik tau" tegur Sumayyah sambil tersenyum.
"tak..ucu geram dengan perangai ibu..ibu dah melampau..sekarang dia bersekongkol dengan Zaim pula.." mereka berpandangan sesama sendiri. sumayyah tidak menyangka ibunya boleh bertindak sejauh itu.
" along pun tak tahu apa yang merasuk fikiran ibu pun along tak tahu..ibu tu nampak je suka dekat kak lin tapi belakang kak lin apa yang dia tak bising dekat along..cuma tak seteruk leteran dia dekat angah" Sumayyah menyedut minuman yang berada dihadapannya. Sedih apabila difikirkan kelakuan ibunya.
Fasha dan Azhar sedang menikmati fasa bahagia rumahtangga mereka yang baru dibina. Mereka menjelajah johor bahru itu tanpa perlu risau akan bertemu dengan sesiapa. Mereka berjalan bergandingan dan bermesra.
" Bie..kalau kita balik esok tak boleh ke..Sha tak puas manja dengan Bie.." pujuk Fasha
" tak boleh..Bie dah janji dengan Su.." ujar Azhar. Pinggang gadis itu dirangkul mesra. Fasha kecewa.
" tapi sebelum balik rumah su..Bie bagi reward Sha dulu boleh" ujar gadis itu.
" dah tentu...kucing mana tak tolak ikan" seloroh Azhar.
Lori yang dipandu Azhar memasuki sempadan negeri. Dia yang ditemani Fasha disebelah tidak terasa sunyi seperti sebelumnya. Sumayyah..seakan hilang dari ingatannya. Dia semakin asyik dengan layanan manja gadis disebelahnya.
" Abang dah sampai mana" soal Sumayyah ditalian.
" dah masuk sempadan negeri.." jawab Azhar acuh tidak acuh kerana menahan godaan manja gadis yang duduk diribaannya.
" owh..dah dekat dah..Su rindu abang.." luah Sumayyah..Dia tidak pernah berjauhan dari suaminya begitu lama. Rindunya seakan menggunung.
" abang pun" nada Azhar bergetar apabila lehernya dikucup mesra oleh gadis itu.
" abang..abang ok.." soal Sumayyah.
" abang ok..cuma abang nak terkencing" ujar Azhar.
" ish abang ni..pergi la kencing dulu..Su tunggu abang dekat rumah ya" ujar Sumayyah lalu dimatikan talian.
" nak terkencing" usik fasha
" sebab tak tahan kena goda..." setiap inci tubuh gadis itu mula diratah Azhar.
Sumayyah membaca Al quran. Hatinya terasa tidak enak. Terdengar suara bisikan ditelinganya. Dia ketakutan.
" abang cepat balik..Su takut..." rayunya. Jam sudah tiga pagi. Dia merasakan seperti ada sesuatu sedang memerhati.
" Ucu..datang rumah angah..teman angah malam ni.." pintanya
" dah pukul tiga pagi ni ngah..ngantuk lah" tolak Sufian
" takpelah kalau macam tu..angah pergi rumah ibu la..pintu jangan kunci..angah nak masuk senang" pinta Sumayyah
" angah kau jangan buat kerja gila..pukul tiga pagi nak jalan kaki sorang sorang..angah tunggu..ucu pergi" lega Sumayyah apabila adiknya setuju untuk menemaninya.
Share this novel