" abang tak sangka Su sanggup tipu abang.. kita berhabis beribu semata mata nak dapatkan zuriat.. abang terima cemuhan ibu Su sebab abang ingat Su memang jujur dan nak kan anak sama macam abang.. tapi rupanya.. Su tipu abang. " tengking Azhar. Sumayyah yang terbaring sebentar tadi bangun dari katilnya terkejut apabila melihat Azhar pulang dalam amarah
" apa maksud abang..Su tak faham" soal Sumayyah
" Su ambil pil perancangkan" tekan Azhar. Sumayyah tersentak. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan Azhar
" bila Su ambil perancang.." soal Sumayyah
" ni.. ni apa.. " laporan kimia dan kesihatan nya dilempar ke arahnya. Sumayyah mengutip helaian itu. Dia menggigil melihat kenyataan itu.
" abang.. Su tak pernah ambil perancang.. Su ambil supplement kesuburan.. " Sumayyah mempertahankan dirinya
" habis takkan laporan tu menipu" tengking Azhar.
" angah.. abang Har.. apa bising bising ni" soal Sufian yang terjags dari tidurnya
" ucu tanya lah angah.. apa yang dia dah buat" ujar Azhar lalu keluar dari rumah itu.
" abang.. abang.. dengar dulu apa yang su nak jelaskan" rayuannya tidak diendahkan. Sumayyah terduduk dipintu sambil menangisi pemergian suaminya
" angah.. sabar ya.. aduhhh apa yang jadi ni" Sufian mengomel sendiri.
Sumayyah menggagahkan dirinya untuk mencari tahu tentang ubat yang diberikan kepadanya. Sufian menemaninya kerana Fasha tidak dapat dihubungi.
"kalau ikut priskripsi.. ubat ni memang supplement untuk kesuburan tapi yang didalam ni.. pil perancang.. tak mungkin ubat ni salah letak.. lagipun kalau diikutkan laporan kesihatan yang sebelumnya takde pula menunjukkan yang puan mengambil perancang.. tapi rekod darah hari ni...darah puan mengandungi bahan yang ada dalam pil perancang.. " Sumayyah kaget. Sepertinya ada seseorang yang menukar ubatnya. Tapi siapa.
"sampai hati ibu.. sanggup ibu buat macam ni dekat angah" ujar Sumayyah.
" apa ibu buat.. " soal Puan Fauziah
" ibu tukar ubat hormon angahkan" soal Sumayyah tegas.
" huh.. ibu.. tukar.. " sinis Puan Fauziah
" angah ambil ubat hormon sebelum ni elok saja.. tapi ibu tukar ubat angah dengan pil perancangkan.. sampai hati ibu" marahnya
" oh.. bagus la.. angah tak ada zuriat dengan Azhar.. angah minta cerai kawin dengan Zaim buat anak ramai ramai dengan dia.. apa susah.. ibu pun tak nak ada keturunan dari Azhar.." ujar Puan Fauziah
" ibu.. kenapa ibu kejam dengan angah.. " soal Sumayyah lagi. Linangan airmatanya sudah tidak tertahan. Puan Fauziah diam membisu. Sumayyah tidak mahu melihat ibunya dengan perasaan benci lalu dia beredar meninggal wanita itu keseorangan dirumahnya.
Azhar masih dirumah mertuanya. Fasha melayaninya mesra. Azhar seakan lupa peristiwa semalam dan dia seakan lupa Sumayyah yang masih tidak sihat.
" Bie.. Bie berhenti kerja driver tu.. bie kerja dengan Sha...kita jaga butik sama sama.. "pujuk Fasha lagi.
" bagi Bie fikirkan dulu ya"balas Azhar. Buah yang dipotong gadis itu di masukkan kedalam mulutnya.
"amboi.. sweetnya pasangan ni.. sakit mata mama"sapa puan Aini apabila melihat kemesraan anak dan menantunya.
" ni mama dan papa dah tempah hotel dan tiket flight untuk korang honeymoon ke Bali" sampuk surat itu bertukar tangan.
" Bali mama.. thanks ma.. Bie.. Bali bie.. " Fasha memeluk erat pemuda itu. Azhar tidak punya reaksi.. hatinya tidak keruan.
Sumayyah menelefon suaminya namun tidak berjawab. Sudah tigs hari Azhar tidak pulang ke rumah. Dia mencari di pejabat dimana Azhar bekerja dan dikhabarkan Azhar bercuti seminggu. Sumayyah semakin tidak keruan. Dia mencari suaminya melata namun tidak berjumpa. Hanya linangan airmata yang menemani malam malam nya. Dia cuba untuk menghubungi Fasha namun Fasha berada di Bali dengan alasan urusan kerja. " Bie.. nanti kita datang sini lagi ya.. " pinta Fasha
" ok.. " balas Azhar lembut.
" bie.. kalau kata Su tak dapat bagi bie zuriat..Sha ada.. Sha sedia jadi ibu untuk anak anak kita.. "ujar Fasha. Azhar merenung anak mata gadis itu. Azhar cuba mencari kejujuran dan keikhlasan dalam mata bundar itu.
" kalau betul Sha sedia jadi ibu buat anak bie.. stop ambil perancang.. boleh.. " ujar Azhar
" sha dah lama stop.. sebab Sha dah sedia untuk jadi seorang ibu" ujar Fasha teruja. Azhar menarik Fasha kedalam dakapannya.Dibelai rambut gadis itu. Malam mereka berlalu dengan keasyikan yang romantis.
Azhar terjaga. Cahaya mentari menyuluh tepat ke matanya. Dia cuba untuk bangun namun gagal. Dilihat Fasha berada didadanya dan hanya ditutupi selimut tanpa sehelai pakaian. Azhar membiarkan keadaan itu seketika. Di capai telefonnya yang dimatikan sejak beberapa hari lalu. Bepuluh mesej dari Sumayyah dan berpuluh panggilan dari gadis itu diterimanya. Marahnya kembali berbekam dihati.
" maaf Su.. kau bukan lagi gadis yang layak untuk jadi ibu kepada anak anak aku" bisik hatinya. Dimatikan semula telefonnya lalu disambung lenanya semula.
Sumayyah semakin tidak terurus. Dia termenung dijendela menanti kepulangan suaminya yang tercinta.
"Assalamualaikum" Sumayyah bingkas ke pintu. Akhirnya penantiannya berpenghujung. Azhar pulang ke rumah
" abang.. abang pergi mana.. Su risau kan abang.. abang nak makan.. Su siapkan ya" ujarnya. Azhar diam membisu. Dia duduk disofa tanpa sepatah kata.
" abang.. Su minta maaf.. Su tak tahu siapa yang yang khianati su.. Su dah periksa ubat tu dekat klinik dan klinik kata itu bukan ubat yang betul.. ubat tu telah ditukar.. " belum sempat Sumayyah menghabiskan kata katanya Azhar bangun dari duduknya.
" abang ada isteri lain selain su" Sumayyah tersentak.
" abang tak main main kan.. abang guraukan dengan Su.." Sumayyah menggigil. Sepertinya satu tamparan hebat sedang menerjah pipinya
" abang tak tipu.. dah tujuh bulan abang bernikah.. hari ni abang baru pulang dari Bali.. bulan madu disana" ujar Azhar.Sumayyah menyeka air matanya. Dikesat basah diwajahnya. Dikumpul kekuatan buatnya untuk terus berhadapan dengan realiti.
" siapa madu Su.. kenapa abang tak kenalkan dengan Su awal awal" balas Sumayyah lembut. Azhar terkejut dengan reaksi isterinya. Disangkan gadis itu akan menghamburnya dengan cacian namun lain pula jadinya
" Fasha.. abang dah bernikah dengan Fasha" Sumayyah yang tersentak mengundur sedikit kebelakang. Kakinya seolah tidak berpijak pada bumi yang nyata. Hatinya berkecai seakan tidak bisa bercantum kembali. Kain batik yang disarungnya digenggam kemas apabila melihat sahabatnya itu yang kini menjadi madunya berada dihadapan pintu rumahnya.
" Su.. maafkan aku" ujar Fasha. Dia cuba untuk memeluk sahabatnya itu namun sahabatnya cuba menjauh. Fasha diam.
" kenapa tak bagitahu awal awal.. kalau Su tahu Su dah raikan dah.. "Sumayyah cuba untuk mengukir senyuman manis bagi menyembunyikan duka.
"tahniah sha.. bermadu kita ya" Sumayyah memeluk erat sahabatnya.
" korang dah makan.. jap Su siapkan makan" Sumayyah menuju ke dapur. Dia tidak keruan. apa yang harus dilakukannya. Airmatanya menderu laju.
Share this novel