Sumayyah seakan hilang kewarasan. Dia berjalan disekitar kampung mencari anaknya dengan berkaki ayam. Dipisat matanya menahan air mata. Sudah seminggu Sumayyah begitu. Encik Zahari mengambilnya dipertengahan jalan lalu dibawa pulang. Gadis itu keluar lagi dan dibawa pulang lelaki itu.
" Puas hati awak Yah.. angah tu dah meroyan saya tengok" tengking Encik Zahari
" esok embah Bong datang.. dia tolong ubatkan. Nanti baik lah dia tu.. " ujar Puan Fauziah.
" senangnya awak kata.. dia hampir hampir nak terjun lombong...dia hampir hampir nak cederakan diri dia.. awak ibu dia takde rasa simpati atau bersalah ke pada dia" marah Encik Zahari.
" ish abang ni.. dah pergi sana.. bising lahai.. " tempelak wanita itu. Encik Zahari semakin hilang sabar.
" saya nak awak selesaikan perkara ni. saya tak nak tengok anak saya macam tu..saya nak cucu saya semula" marah lelaki itu. puan Fauziah mengambil bantal yang mengalas kepalanya lalu menekup telinganya.
"Fateh... fateh dekat mana nak.. umi dah cari tapi tak jumpa.. fateh anak umi" rengeknya ditepi jendela. Matanya sembam akibat tangisan. Mukanya sedikit cengkung kerana tidak makan berhari hari. Seleranya hilang saat hilang satu satunya permata hatinya.
" abang.. tolong cari Fateh untuk Su.. anak kita hilang.. ibu bagi orang.. abang tolong Su abang" tangisannya mengalir lagi. Sufian yang baru tiba mendapatkan kakaknya yanf berada dijendela.
"angah.. " Sumayyah menoleh.. tangis mereka bertemu tatkala berpelukan.
" ucu tolong cari Fateh untuk angah.. tolong.." rayu Sumayyah.
" angah.. angah kena kuat.. angah tak boleh lemah macam ni.. kalau angah macam ni macam mana kita nak cari Fateh" pujuk Sufian. Rambut kakaknya yang kusut masai itu dirapikan. Dibaiki baju gadis itu yang senget benget.
"makan ya.. " di sua nasi yang masih hangat itu ke pada gadis itu. Sumayyah menolak dengan baik..
" ucu suapkan ya" pujuk Sufian lagi.
" angah takde selera" ujar Sumayyah lemah.
" angah makan.. ada tenaga.. ucu janji akan cari Fateh.. " pemuda itu tidak mahu kakaknya terus hanyut dalam duka begitu lama. Dia mahu kembalikan gadis yang ceria dan periang itu kerana seakan lama dia menghilang.
" ucu janji.. " soal Sumayyah. Sufian mengangguk. Pinggan yang berisi nasi dan ikan bakar itu diambil Sumayyah. Dijamah hidangan itu walaupun tekaknya terasa tawar. Sufian simpati akan nasib kakaknya yang begitu berat badai melanda.
Sumayyah semakin peroleh kekuatan. Dia sudah habis berpantang namun dia masih ligat mencari jejak anaknya. Tidak pernah berhenti dia memikirkan cara untuk mendapatkan semula permata hatinya. Walaupun hampa dan kecewa yang hadir dia tetap terus mencari.
" esok orang nak pasang khemah.. ni barang barang semua ni masukkan ke dalam bilik kamu angah" barang hantaran yang sudah siap digubah itu di pandangnya tanpa rasa gembira. Lusa dia akan bernikah dengan insan bernama Tarmizi, jejaka pilihan ibunya. Sumayyah tidak mengendahkan arahan ibunya. Dia membiarkan hantaran perkahwinannya diatas lantai. Dia masuk ke biliknya lalu dikunci. Dia mengurungkan dirinya didalam itu.Pintu biliknya diketuk.
"angah, kak lia ni.. boleh kak lia masuk"pinta gadis itu.Sumayyah bangun dan membuka pintu. Gadis itu terus memeluk erat adik iparnya. Ditenangkan gadis yang masih dalam duka.
"angah.. kak lia minta maaf.. kak lia takde masa angah perlukan kak lia.. kak lia minta maaf sangat" pinta gadis itu.
" tak pe kak.. angah faham.. terima kasih sebab ada dengan angah hari ni" ujar Sumayyah.
" Angah.. boleh kita bincang.." Safwan dan Sufian masuk ke dalam bilik gadis itu lalu dikunci dari dalam. Sumayyah hairan dengan kelakuan adik dan abangnya.
" apa...macam ada hal penting je" soal Sumayyah.
Damian menjengah rumah gadis itu. Masih bergelap. Tadika yang di ajarnya juga tiada. Gadis itu masih bercuti. Damin buntu.
" mana kau lari perempuan.. kau tipu aku hidup hidup.. binawe" stereng keretanya diketuk berkali kali. Damian singgah ke sebuah restoran bertemu dengan rakan rakannya. Dia minum hingga mabuk. Marahnya kerana ditipu gadis bernama Sumayyah.
" aku nak korang cari perempuan ni sampai dapat.. bawa dia jumpa aku" gambar gadis itu ditunjukkan kepada rakan rakannya.
" melayu lagi.. kau ni..hari tu melayu ni melayu.. kena kencing dengan amoi melayu saja.. " ujar rakannya
" itu lain...ini lain.. ini bisnes punya cerita. " marah Damian. Tin arak itu digenggam kemas.
"hah..ini semua salah you.. kalau you tak cakap perkara yang sakitkan hati dia takkan dia lari punya" marah Siew.
" mummy.. biarlah dia nak buat apa pun.. mummy apa yang susah hati sangat" ujar Damian
" you tak dengar ke apa yang dia cerita.. baby tu. kecil lagi.. kakak you.. lepas kena tinggal dengan suami dia.. sebiji macam dia.. last apa jadi.. " Siew mengingat semula kejadian yang menimpa anak gadisnya yang ditipu suami apabila perniagaan bakerinya dipindah nama kepada suami dan akhirnya suaminya menceraikannya tatkala dia mengandung anak yang sulung. Akibat tertekan dan malu apatah lagi dibelenggu hutan bekas suami, gadis itu nekad untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menggantung diri. Siew kesal kerana dia tidak ada bersama anaknya disaat saat gadis itu memerlukan sokongan moral.
"mummy takut dia bertindak seperti itu" ujar Siew kesal
" biar lah dia nak buat apa pun.. bukannya siapa siapa dengan kita. " ujar Damian
" cakap dengan you memang sakit hati tau.. mummy nak kamu cari dia.. mummy cuma nak tahu dia sihat atau tak" ujar Siew
" kalau dia sihat kenapa kalau dia mati kenapa" soal Damian
" kalau dia sihat ok lah tapi kalah dia mati.. lu mati juga" ujar wanita itu. Damian tersentak
" dengar tak..cari dia sampai dapat" tempik wanita tua itu.
" ya mummy" Damian diam. Hatinya makin geram apabila mummynya sudah melebihkan gadis itu berbanding dirinya
Suasana kecoh diperkarangan rumah Puan Fauziah. Para hadirin mula memenuhi ruang rumah. Bau masakan dari bentara kenduri mula memenuhi udara.
" untung la kau Yah dapat bermenantukan si Mizi tu.. senang la Su lepas ni. " ujar Seorang wanita. Puan Fauziah tersenyum. Dia ke ruang tamu di mana pelamin untuk persandingan anak gadisnya berdiri indah.
" Su mana Mak Yah.. " tanya seorang anak muda
" ada lah dalam bilik dia.. pergi lah" suruhnya
" takde pun.. saya dari bilik dia lah tadi ni" ujar gadis itu
" pengantin lelaki dah sampai.. kadi pun dah sampai" ujar seorang lelaki. Puan Fauziah menjemput mereka naik dan duduk di meja akad.
" kejap saya panggil pengantin perempuan" ujar Puan Fauziah lalu masuk ke bilik gadis itu. Alangkah terkejutnya dia melihat bilik itu kosong dan anak gadisnya hilang tanpa jejak.
" Angah... along.. ucu.. " tempik puan Fauziah. Suasana kecoh. Safwan dan sufian masuk ke bilik Sumayyah dan Lia tiba tidak lama kemudian.
" angah mana.. angah mana" tengking Puan Fauziah.
" Along hantar angah dekat terminal pagi tadi.. angah dah naik bas sekarang" ujar Sufian jujur.
" along..along tahu tak apa yang along buat ni" marah wanita itu.
" tahu.. along selamatkan adik along dari terus di sakiti.. " ujar pemuda itu tegas.
" siapa yang nak sakit kan dia.. kejap lagi dia nak nikah dah dengan Mizi.. dia dah boleh hidup senang" tengking wanita itu
" senang ibu kata.. dengan semua yang dah ibu buat pada angah...ibu rasa angah boleh lupakan macam tu je ke.. ibu rasa dia boleh terima semua ni.. " balas Safwan. Kali ini dia benar benar bertegas.
" Wan.. Su ke mana.. dia pergi ke mana" Soal Mizi.
" maaf aku tak boleh beritahu.. maaf Mizi aku tak benar kan kau kacau dia.. anggap lah korang takde jodoh" ujar Safwan.
" Mizi aku ikhlas nak kawin dengan dia.. aku jujur sayangkan dia" Safwan memandang pemuda itu tepat
" maaf Mizi.. aku tak benarkan..aku tak nak adik aku terseksa lagi" ujar Safwan
" tapi kenapa.. aku memang suka dia aku akan jaga dia" pujuk Mizi
" kau pasti... atau kau buat buat lupa" ujar Safwan. Mizi terdiam. Pipi Safwan ditampar ibunya.
" along...along dah melampau.. " marah Puan Fauziah.
" along yang melampau atau ibu yang melampau.. ibu paksa angah kawin dengan Mizi sedangkan itu bukan kehendak dia.. ibu pisahkan angah dengan anak dia.. ibu tak rasa ibu melampau.. ya ibu bukan melampau tapi ibu zalim" tengking Safwan.
" kurang ajar" mahu saja di lemoang muka anak terunanya itu Encik Zahari muncul
" abang yang benarkan angah lari.. abang yang uruskan semuanya.. abang dah tak nak tengok angah menangis.. abang nak Sumayyah anak abang yang dulu.. bukan yang sekarang.. hidup penuh duka" ujar Encik Zahari
" abang tahu kan hari ni nikah dia.. " tengking Puan Fauziah
" ya.. sebab itu abang minta along larikan angah.. ucu yang uruskan tiket semua.. cukup cukup lah Yah.. awak dah seksa hidup dia.. awak dah dera perasaan dia.. biarkan dia bahagia dengan cara dia.. " ujar Encik Zahari.
" hei tua kutuk tak sedar diri.. kau ingat sini.. hidup kau sekarang atas kekayaan aku.. kalau nak harap engkau.. tak hidup aku dan anak anak.. kau jangan nak ajar aku macam mana nak atur hidup anak sebab hidup kau pun aku aturkan" sinis wanita itu.
" baik kalau Yah dah cakap macam tu.. abang akan keluar.. Yah hidup lah dengan cara Yah.. " encik Zahari beredar dan meninggalkan rumah yang penuh duka itu.
"ayahhh" panggil Sufian namun tidak diendahkan lelaki itu. Puan Fauziah terduduk dikatil melepaskan geram dan amarahnya
Share this novel
wahhh isteri dr neraka kak Fauziah ni