Damian terjaga dari lenanya. Hingar bunyi jururawat sedang menjalankan tugasnya menganggu telinganya. Sumayyah sudah bangun dan duduk dikatilnya. Damian mencuci muka lalu memimpin gadis itu ke bilik air.
" Encik Damian.. Puan Sumayyah dah boleh pulang hari ni.. keadaan dia stabil..baby pun juandis dah kurang.. jadi encik boleh selesaikan bil dikaunter selepas saya siapkan discharge note" ujar seorang doktor. Damian mengangguk tanda faham. Sumayyah berjalan ke katilnya. Damian menatap wajah si kecil itu sebentar sebelum pulang mengambil mummynya.
" awak terima kasih sebab dah bantu saya" ujar Sumayyah.
" aku buat sebab mummy aku.. bukan sebab kau.. aku dah la tak kenal kau.. " ujar pemuda itu keras.
" apa pun terima kasih sebab sudi tolong saya" ujar Sumayyah lagi
" aku tak tahu la apa masalah kau.. apa yang kau dah buat.. polis cari kau sampai dekat hospital lepas tu kau cuba nak bunuh diri.. ni.. bersalin pula.. apa la bala aku kenal kau" Sumayyah terasa dengan kata kata pemuda itu namun dia hairan bunuh diri? bila? bagaimana pemuda itu boleh tahu
" bila saya nak bunuh diri" Sumayyah beranikan diri bertanya
" kau lupa dekat tasik malam tu.. abang.. tunggu su..abang" diajuk perbuatannya ketika itu. Sumayyah terdiam.
" kau lupa ke.. apa pun masalah kau..jangan lah bertindak bodoh.. apatah lagi kalau melibatkan aku" ujar pemuda itu
" siapa suruh kau selamatkan aku.. sepatutnya kau biarkan saja aku mati lemas dalam tasik tu" marah Sumayyah
" aku tak nak nanti digelar orang tak berhati perut.. tak berperikemanusiaan.. aku tak dungu macam kau" balas pemuda itu keras.
" patutnya kau biarkan aku lemas hari tu.. takde lah semua ni berlaku.. semua ni punca dari kau" tengking Sumayyah
" eh aku pula.. kau ni kena periksa mental la aku rasa... gila" sinis pemuda itu
" ye.. memang aku gila...aku jadi gila sebab kau tarik aku dari lemas.. kau tahu sebab kau aku kena hadap kehidupan aku yang seperti dalam sangkar" marah Sumayyah. Airmatanya mengalir.
" nangis nangis nangi.. itu je modal kau.. "perli pemuda itu.
" kau berambus.. aku tak nak tengok muka kau" tengkingnya. Damian beredar sebelum Sumayyah bertindak liar.
" you dah hilang akal ke cakap dekat dia macam tu.. diakan sakit.. dah lah suami dia dah meninggal.. you ni.. cuba ada rasa simpati jangan sedap mulut saja nak cakap" Marah Siew. Damian diam. Kereta yang dipandunya dikawal sebaiknya walaupun bahunya ditampar berkali kali mummynya.
" mummy.. dia orang luar.. I anak you.. kenapa you layan di lebih dari I.. " ujar Damian
" sebab you tu perangai macam setan.. tak kesian dekat dia.. you lupa kakak you..apa yang kakak you rasa sama macam Sumayyah.. you ingat mental health ni perkara main main ke.. ni pula dia dalam pantang.. kalau dia ok dia takkan ada niat nak bunuh diri" marah wanita itu.
" ok mummy.. sorry" ujar Damian.
" bukan dengan mummy tapi dengan Sumayyah" ujarnya. Badannya didorong masuk ke bilik gadis itu. Damian mengeluh berat. Daun pintu ditolak. Gadis itu tiada disitu..anaknya juga. Siew dan Damian cuak. Dia cuba mencari disetiap sudut bilik namun tiada. Mereka mencari disekitar tingkat itu namun tiada.
Sumayyah buntu. Bil hospital itu tidak bisa dibayarnya. Bil yang mencecah lima bulan gajinya itu menggusarkan hatinya. Dia tidak tahu mahu meminta pertolongan siapa. Apatah lagi ibunya kerap dikatakan tidak punya wang meniti dibibir. Mahu diminta tolong abangnya..dia juga cukup cukup makan apafah lagi adiknya baru sahaja mula belajar.
" apasal la apek ni masukkan aku kat hospital swasta.. mana aku nak cari duit ni" gusarnya.
" dekat sini kau rupanya" Damian dapat menemui dengan gadis itu
" kau buat apa dekat sini. nak terjun.. nak bunuh diri.. " tempelak pemuda itu. Sumayyah diam. Bil hospital itu dipegangnya kemas
" hoi..kau dengar tak.. cepat.. mummy dah tunggu kau tu.. dia suruh aku hantar kau balik" ujar pemuda itu.
" hoi kau pekak ke" soal pemuda itu
" bak sini kertas tu.. apa yang tuli kau ni" marah pemuda itu. Kertas ditangan Sumayyah dirampas. Dia baca bil itu.
" Saya tak mampu banyak tu" ujar Sumayyah sebak.
" jadi" soal Damian tegas
" saya tak tahu nak cari kat mana duit sebanyak tu" ujarnya.
"ah kau fikir la sendiri" ujar pemuda itu dan mahu beredar. Langkahnya terhenti apabila bajunya ditarik gadis itu.
" kau apahal" marah pemuda itu
" awak tolong saya.. saya janji saya bayar awak balik.. " rayunya
" apasal aku pula nak kena bayar.. " ujar pemuda itu
" saya dah tak tahu nak minta tolong siapa.. awak tolong saya" rayunya lagi.
" kau.." kata katanya tidak dapat dihabiskan apabila kedengaran suara rengekan anak kecil itu akibat panas.
" hello mummy.. dah jumpa.. ok I turun dengan dia" ujar pemuda itu ditalian.
" jom turun...mummy risau" pintanya
" tapi bil tu" soal Sumayyah.
" kenapa.. kau nak terjun jika aku tak bayar.. " Damian memprovok gadis itu.
" kalau itu penamat semuanya.. saya akan buat" Sumayyah menghampiri penghadang koridor itu. Damian diam. Tidak diendahkan akan gadis itu. Sumayyah memanjat penghadang itu. Dia tidak teragak agak mahu menamatkan kisahnya bersama anaknya. Sedang dia cuba untuk terjun badannya disambar oleh pemuda itu. Mereka terjatuh. Kedengaran suara bayinya menangis akibat terkejut kerana terhantuk kepalanya ke lantai
" kau dah gila ke" marah pemuda itu
" ya aku gila.. aku dah tak nak hidup lagi"tempik Sumayyah. Suasana kecoh. Siew berlari mendapatkan Sumayyah dan anaknya. Beberapa orang jururawat turut membantu.
" Su.. dengar cakap aunty.. kita balik bilik dulu ya.. bagi aunty anak tu" pinta wanita itu.
" aunty.. Su dah tak nak hidup macam ni lagi" tangisnya berderai.
" kenapa semua orang kejam dengan Su" luahnya. Siew memeluk Sumayyah erat.
Sumayyah termenung di katil. Anaknya yang menangis mahukan susu tidak diendahkan.
" nurse tolong berika dia susu boleh.. biar aunty cakap dengan dia" pinta Siew. Jururawat itu membawa anaknya keluar. Siew menghampiri gadis itu.
" Su.. kenapa ni.. cerita dekat aunty.. " pujuk wanita itu namun tangisan Sumayyah makin menjadi jadi .
"apa yang you cakap dekat dia sampai dia jadi macam ni" soal wanita itu kepada anaknya yang berdiri seperti patung.
" tak ada apa apa" dalih pemuda itu.
" you tipu you tipu" ditampar bahu pemuda itu berkali kali. Siew melepaskan geram pada anaknya.
" aunty dia tak salah.. Su yang dah tak nak hidup lagi.. " ujar Sumayyah. Diseka airmatanya
" Su.. " dirapati gadis itu. Dipeluknya erat.
" jangan fikir macam tu.. aunty ada.. itu budak biol tu ada.. kami sedia bantu Su" ujar wanita.
" Su dah tak larat nak hidup macam ni.. anak su semua orang pertikai taraf dia" Sumayyah mula bercerita. Siew mendengar dengan teliti. Dia tidak mahu hilang walau satu patah perkataan. Duka gadis itu bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
" Su.. aunty nak Su tahu.. apa saja masalah Su.. Su boleh jumpa aunty.. aunty sentiasa ada untuk Su.. " ujar wanita itu. Sumayyah memandang pemuda itu. Mata mereka bertentang. Damian tidak menyangka gadis dihadapannya punya jalan hidup yang sukar.
" itu boy Su jangan risau.. dia buat hal dengan Su.. Su bagitahu aunty.. aunty rotan sama dia" seloroh wanita itu.
Share this novel