" terima kasih sebab bayarkan bil saya.. saya janji saya akan bayar balik.. " ujar Sumayyah.
" aku tolong sebab mummy" ujar Damian tanpa memandang wajah gadis itu yang duduk di tempat duduk belakang. Dia menatap wajah anak kecil yang di panggunya. Dia tersenyum sendiri apabila anak kecil itu bergerak gerak akibat silau mentari.
" mana mummy ni.. dia beli barang ke jual barang" rungutnya
" saya keluar panggil kan ya" pelawanya
" kau duduk diam diam.. nanti marah pula singa tua tu.. " tidak lama kemudian wanita itu keluar dari kedai itu dengan beberapa beg plastik ditangan.
" ingat mummy dah tidur dekat dalam" usik pemuda itu
" diam la you.. bak sini cucu mummy" diambil anak kecil itu lalu dipanggunya.
Tiba dirumahnya Sumayyah turun dan membuka pintu pagar.
" aunty.. masuk dulu.. rumah su kecil saja" pelawanya. Wanita itu turun dari kereta itu dan masuk bersama gadis itu. Siew menoleh apabila merasakan anaknya tidak mengekorinya. Dia menoleh lalu melambai lambaikan tangannya bagi memanggil anaknya masuk ke dalam rumah. Damian akur.. itu ibunya satu Satunya permaisuri hatinya. Dia meneliti tatarias rumah gadis itu. Simple. Damian duduk disofa.
" Su tak perlu susah susah.. aunty tak nak minum.. aunty nak tengok rumah Su saja.. nanti senang aunty nak datang jenguk Su" ujar wanita itu. Sumayyah duduk disofa.
" Su ok ke tinggal sorang sorang ni.. Su berpantang dirumah aunty saja lah. maid aunty dari indonesia.. dia boleh bantu Su " pelawa wanita itu.
" tak apa lah aunty.. Su boleh urus sendiri. terima kasih sebab dah banyak bantu su.. " ucapnya yang berakhir dengan pelukan erat.
"aunty balik dulu ya.. apa apa call Damian ya" pinta wanita itu lalu melangkah keluar dari rumah itu.
" kau jangan buat kerja gila.. aku perhatikan gerak geri kau.. kau berhutang dengan aku" bisik pemuda itu. Hati Sumayyah gugup. Gerun dengan kata kata pemuda itu.
Sumayyah terjaga dari lenanya. Pintu rumahnya diketuk. Sumayyah bangun lalu membuka pintu.
"ibu.. " Sumayyah tersentak melihat kehadiran wanita itu dirumahnya.
" ibu buat apa dekat sini malam malam macam ni" soal Sumayyah. Dia bertambah hairan apabila melihat Mizi turut hadir bersama ibunya.
" kemas barang angah.. ikut ibu balik.. pantang dekat sana" ujar Puan Fauziah. Sumayyah diam dan berkeras tidak mahu mengikut ibunya
" Su.. ikut kami balik ya.. Su sorang sorang dekat sini.. kami risau." Pujuk pemuda itu.
" Su ok.. Su boleh jaga diri Su sendiri.. Ibu balik ya" pintanya namun Puan Fauziah tetap berkeras mahu gadis itu mengikutnya. Sumayyah mengemas barang barangnya. Dia akur dengan permintaan dari ibunya. Mizi mengambil bagasi gadis itu lalu dimasukkan ke dalam bonet. Sumayyah mendukung bayinya lalu masuk ke dalam perut kereta sebelum kereta itu beredar.
Rumah gadis itu gelap dan sunyi.Tiada tanda rumah itu berpenghuni. Damian menelefon gadis itu namun tidak dapat dihubungi.
"mana pula perempuan ni pergi" bisik hatinya. Dia memandu keretanya untuk pulang semula. Bekal yang dibawanya di pandang sekilas.
" berani kau lari dari aku ya perempuan.. kau tunggu aku akan cari kau sampai ke lubang cacing" bisik hatinya.
" hoiii.. cepatnya" Soal Siew apabila melihat kelibat anaknya. Bekal yang dipesan dibuka.
" Aik tak makan.. you tak kasi dia ke.. " soal Siew
" dia tak de.. rumah dia gelap je" balas pemuda itu berbasi basi.
" you tak masuk rumah dia tengok.. " soal Siew lagi. Dia tidak puas hati dengan tindakan anaknya.
" dah ketuk tapi tak buka.. macam mana nak masuk" balas Damian acuh tak acuh.
" dah call dia" soal wanita itu lagi
" dah tapi off" balas Damian. Remote tv ditekan tekannya.
" ke mana budak ni pergi " hati wanita itu gusar. Risau akan berlaku sesuatu perkara buruk berlaku kepada dua beranak itu.
" dia ok lah tu..entah entah boyfriend dia ambil tak" ujar pemuda itu. Tidak semena mena kepala sakit akibat terkena senduk yang dibaling ibunya tepat mengenai kepalanya.
" mulut you tu... haiyooo... jangan biadap sangat ya" marah wanita itu.
" anak orang dia sayang anak sendiri dia sakitkan" dia berbisik bisik.
" Damian mummy dengar tu" tempik wanita itu dari dapur. Damian diam.
Sumayyah berada di kampung. Rindu suasana itu. Ayahnya sedang sibuk menebas rumput yang semakin meninggi ditepi jalan. Ibunya hilang entah kemana. Sudah sebulan pantangnya dia sudah peroleh kekuatan untuk bergerak. Dia duduk di muka pintu. Tilam anaknya ditarik agar dekat dengannya. Anak kecil itu bergerak gerak tatkala angin sepoi sepoi mengenai wajahnya.
" Angah.. buat apa dekat pintu tu.. tak elok orang dalam pantang duduk depan pintu.. nanti masuk angin" tempik Encik Zahari.
" Angah bosan. Angah nak tengok dunia luar" balasnya lembut. Sehaya itu Encik Zahari menghampirinya. Dia duduk di anak tangga. Jari kecil cucunya dimain. Dia tersenyum sendiri.
" ayah.. ibu pergi mana" soal Sumayyah
" entah.. katanya nak jumpa kawan.. kawan mana satu ayah tak tahu sebab ibu kamu tu banyak sangat kawannya" balas lelaki itu. Sumayyah diam. Pandangannya dilepaskan ke langit biru. Gambaran hijau pohon pohon sawit dan bukit bukit menenangkan jiwanya.
" Angah habis pantang ni angah sambung kerja tadika balik la" soal Encik Zahari.
" ha ah.. kenapa ayah" soal Sumayyah
" ibu kamu dia dah dapatkan tarikh untuk majlis kamu dengan Mizi.. " Sumayyah tersentak. Dia tidak tahu akan hal itu.
" bila masa angah kata angah nk kawin dengan dia.. yang ibu dah kenapa ayah.. Angah tak terfikir untuk kawin.. Fateh ni kecil lagi" Ujar Sumayyah.
" ayah tak tahu nak buat apa dah dengan ibu kamu tu Angah.. ayah pun pening dengan perangai dia. Ibu kamu tu buat keputusan apa pun tak bagitahu ayah.. ayah ni dah dibelakangkan dah"luah lelaki itu.
" ayah.. tolong angah.. angah tak nak kawin dengan Mizi tu" rayunya. Lelaki itu diam. Kedengaran sebuah kereta memasuki laman rumah mereka. Puan Fauziah keluar dari kereta itu dan disusuli sepasang suami isteri. Sumayyah menginjak ke dalam. Fateh, anaknya dipanggu di pelukannya.
" Ni anak kak Yah..lagi seminggu nak habis pantang.. ni anak dia.. Fateh.. " anak kecil itu diambil wanita itu lalu diberikan kepada pasangan itu. Sumayyah hanya diam. Bayi yang baru lahir tiada siapa yang tidak suka.. Sumayyah membiarkan anak kecil itu didodoi pasangan itu.
" Angah kamu masuk bilik. Asyik duduk je nanti jatuh peranakan tu" Sumayyah bangun lalu masuk ke biliknya. Suasana riuh tadi bertukar sunyi. Kelihatan Puan Fauziah berjalan lenggang menuju ke dapur. Sumayyah bangun untuk mengambil anaknya kerana susu didadanya sudah meleleh.
"ayah...Fateh mana.. kenapa ayah menangis ni" soal Sumayyah. Encik Zahari mengesat airmatanya. Direnung anak gadisnya dalam dalam.
" Fateh mana ayah" soal Sumayyah
" angah..maafkan ayah.., " ujar Encik Zahari beserta tangisan.
" ayah kenapa ni.. fateh mana.. angah nak bagi susu ni.. aduh sakit" terasa sakit dadanya akibat susu yang semakin banyak.
" Fateh... " Encik Zahari tidak mampu berkata kata lagi.
" Ayah Fateh mana" Sumayyah sudah tidak sedap hati. Dadanya berdebar.
" ibu.. Fateh mana" soal Sumayyah lagi
" ibu bagi dekat pasangan tadi" jawab Puan Fauziah tenang
" apa.. ibu itu anak angah ibu... kenapa ibu bagi orang...angah nak anak angah ibu... tolong ambil balik" pintanya. Tangisannya mula memecah sunyi. Sumayyah terduduk di lantai sambil ditenangkan Encik Zahari.
" kenapa ibu buat angah macam ni... fateh anak angah.. apa hak ibu untuk buat macam ni.. pulangkan anak angah balik.. angah nak anak angah.. angah nak Fateh... " tempik gadis itu.
" kau tanya apa hak aku.. aku ni ibu kau.. aku malu satu kampung mengata pasal kau dan anak kau.. mana aku nak letak muka.. " balas Puan Fauziah
" angah nak anak angah balik.. ibu tolong la ibu.. angah nak anak angah balik.. argghhh" Di pegang dadanya yang terasa perit. Dadany basah dek lelehan susu.
" ibu tolong ibu.. ambil Fateh balik.. dia nak susu.." rayu Sumayyah
" ah takde takde... dia tu penghalang kau dari berkawin dengan Mizi" ujar wanita itu
" ibu.. angah tak nak kawin dengan sesiapa pun.. termasuk mizi.. angah nak hidup dengan Fateh saja.. ibu tolong kembalikan Fateh pada angah semula" rayuannya tidak diendahkan wanita itu. Tangisan sumayyah jelas kedengaran.
"aku taknak budak tu dalam rumah aku kamu faham tak Sumayyah.. habis saja pantang kamu.. kamu akan bernikah dengan Mizi.. muktamad" tegas wanita itu.
"Angah taknak.. kalau ibu taknak Fateh ada dekat sini angah boleh pergi.. ibu tak payah nak susah hati.. angah tahu urus kehidupan angah" bentak gadis itu.
" aku ajak kamu balik sebab kamu akan nikah dengan Mizi minggu depan.. kamu buat la anak dengan dia...berapa banyak pun kau tak kisah" ujar Puan Fauziah
" awak dah melampau Yah.. tak de hati perut" arah Encik Zahari
"abang jangan masuk campur.. abang tu pun hidup atas kesenangan keluarga saya jadi abang diam" Encik Zahari tersentak. Sumayyah sudah kehilangan kata kata.
Share this novel
apalah ayah Sumayyah ni dayus la...sakit hati...