"abang.. abang..sabar abang.. biar su jelaskan.. " Sumayyah bangun mendapatkan suaminya yang kelihatan berang.
" betul tak apa aku cakap ni Zaim" ujar Azhar geram.
" Har.. aku tak boleh kawal perasaan aku waktu tu.. aku betul betul kecewa..aku tak boleh nak fikir waras" Azhar melepaskan tumbukan pada pipi dan perut pemuda itu hingga pemuda itu rebah ke tanah.
" Zaim..betul ke apa yang mak Yah dengar ni" Soal Puan Fauziah.
" Zaim minta maaf mak Yah.. " pinta pemuda itu.
" yang kau rogol tu bini aku Zaim..lepas tu kau tunjuk konon kau suci.. "marah Azhar. Dilepaskan tumbukannya bertubi tubi kepada pemuda itu.
" abang...abang..sudah abang.. sabar abang..."Sumayyah memaut erat lengan suaminya.
" mak yah tak sangka kamu sanggup buat macam tu.. Zaim.. manusia jenis apa kamu ni "marah wanita itu
" zaim sayangkan Su mak Yah.. Zaim ingat dia akan batalkan pernikahan tu tapi tak" luahnya
" setan kau.. " Tangannya dipegang Sumayyah
" abang jangan abang...tolong" rayu Sumayyah. Azhar bangun. Dilepaskan amarahnya pada angin lalu
" ibu.. selama ni ibu hina Har.. ibu kutuk Har.
ibu perlecehkan Har.. tapi akhirnya.. ni.. malaun ni yang rosakkan anak ibu.. Har hanya jadi penyelamat je.. puas hati ibu kan" jar Azhar dengan deraian air mata. Sumayyahahu memeluk tubuh itu tapi terasa seakan kotor dirinya. Di biarkan lelaki itu berlalu menghilang begitu sahaja. Zaim cuba untuk bersandar. Sumayyah kehilangan kata kata. Tangisannya masih berbaki
" mak Yah tak sangka kamu buat macam ni dekat mak Yah.. Zaim..mak Yah dah tak nak tengok dah muka kamu.. kamu berambus Zaim" ujar Puan Fauziah.
" tapi mak Yah jangan lupa.. mak Yah dah bomohkan dorang ni.. mak Yah gunakan sihir pemisah untuk dorang ni kan.. mak Yah santau anak sendiri.. ikat rahim dia tapi tak berkesan akhirnya mak Yah sihirkan dorang supaya dorang berpisahkan.. Mak Yah lagi jahat dari Zaim" Sumayyah rebah ke bumi. Kata kata Zaim membuat dia tergamam.
" ibu.. betul ke ibu.. betul ibu buat semua tu" soal Sumayyah.
" angah.. ibu minta maaf angah.. ibu tak sangka Zaim syaitan bertopengkan manusia.. kalau ibu tahu dia macam tu.. ibu tak akan buat benda benda ni semua.. ibu minta maaf angah.. "kali ini giliran Puan Fauziah pula meminta maaf dari anaknya. Sumayyah bangun lalu masuk ke dalam rumahnya. Ditutup pintu rumahnya lalu dia ke bilik air. Dia duduk dibawah pancuran air dan menangisi nasibnya.
Azhar tidak tahu ke mana hendak pergi. Dia tidak menyangka Fasha sanggup bertindak sebegitu. Dia rasa bersalah apabila mempercayai sepenuhnya kata kata gadis itu. Dia telah menggadaikan kepercayaannya kepada isterinya yang tidak bersalah. Azhar menangis sepuas puasnya. Telefonnya berdering. Fasha menelefonnya namun tidak diendahkan. Telefonnya berdering lagi. kali ini dari ayah mertuanya
" Har datang rumah ayah sekarang"pinta lelaki itu. Azhar menghidupkan enjin keretanya lalu menuju ke rumah mertuanya. Encik Zahar dan Puan Fauziah menantinya diruang tamu. Azhar duduk disofa. Lemah kakinya untuk melangkah lagi.
"Har.. ibu minta maaf...ibu bersalah dengan Har.. ibu termakan kata kata Zaim sampai ibu sanggup sihirkan anak sendiri" Azhar tergamam. Dia memandang kearah ibu mertuanya. Dia cuba memahami maksud kata kata wanita itu.
" ibu santau angah..ibu ikat rahim dia supaya dia tak boleh mengandung dengan harapan korang bercerai.. tapi ibu silap.. santau tu tak berkesan dan ibu guna sihir pemisah untuk pisah kan korang.. sebab tu korang asyik bergaduh akhir akhir ni.. maafkan ibu Har" Azhar meraup wajahnya kesal. Tidak tertanggung derita isterinya sebenarnya. Isterinya adalah mangsa keadaan.
" kenapa ibu.. kenapa.. teruk sangat ke Har di mata ibu sampai ibu sanggup buat Har dan Su macam ni.. apa salah kami.. kami hanya nak hidup bahagia ja ibu.. tak boleh ke" soal Azhar teresak esak.
" ibu minta maaf.. ibu tahu ibu salah" rayu wanita itu.
"ayah pun minta maaf..sebab ayah gagal jadi ketua keluarga yang baik.. ayah minta maaf Har.. angah dia mangsa keadaan.. dia tak bersalah.. dia sayangkan Har.. " ujar lelaki itu. Azhar masih dalam esakannya.
"ibu ayah.. Har dah tak boleh nak hadap semua ni.. Har tak sekuat Sumayyah..." telefonnya berdering. Diangkat panggilan dari Sumayyah.
"hello abang.. " kedengaran suara lemah gadis itu.
" su.. bersaksikan ibu dan ayah su.. Sumayyah binti Zahari aku ceraikan kau dengan talak satu" kedengaran suara tangis gadis itu meminta tolong lalu dimatikan taliannya.
" Ya Allah.. Har" ucap Puan Fauziah penuh kesal.
" ibu..ayah..abang Har... angah.. angah.. " Sufian kelam kabut.
" kenapa dengan angah.. "soal Encik Zahari.
" Zaim....angah.. " belum sempat sufian menghabiskan kata katanya..Encik Zahari dan Azhar berlari keluar lalu dipandu kereta itu laju. Azhar mendapatkan Sumayyah yang berada didalam bilik air dalam keadaan separuh bogel. Encik Zahari terkejut. Sumayyah lemah dibawakan ke hospital. Azhar cuak. Keterlanjuran kata katanya membuatkan dia menyesali dan tidak dapat ditarik semula. Sumayyah dimasukkan ke bilik kecemasan. Puan Fauziah tiba dihospital bersama Sufian.
" abang.. angah.. kenapa dengan angah" soal Puan Fauziah.
" tak tahu.. dia lemah sangat.. "ujar Encik Zahari
" ucu tadi dia call ucu dia kata apa" soal Azhar risau.
" dikata tolong.. dia.. dia ada sebut Zaim jangan.. Zaim jangan.. lepas tu angah diam" Azhar tidak dapat menahan amarahnya. Jarinya digenggam kemas. Azhar mahu beredar namun langkahnya terhenti apabila doktor yang memeriksa isterinya keluar dari bilik rawatan.
" Puan Sumayyah dalam keadaan lemah.. boleh saya tahu apa yang berlaku.. sebab mengikut pada kesan luka di kemaluannya agak teruk.. "soal Doktor.
" maksud doktor" soal Encik Zahari
" berkemungkinan dia dirogol" mereka tersentak.
" macam mana keadaan anak saya" soal Encik Zahari lagi
" dia masih lagi lemah.. oh ya diminta agar tidak diganggu..dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa termasuk ibu dan ayah serta bekas suami dia" Azhar tersentak. Dia lupa Sumayyah sudah dijatuhkan talak olehnya
" dan di beritahu jangan buat laporan polis dia tidak mahu memanjangkan kes" ujar doktor itu sebelum berlalu pergi. Puan Fauziah meraung menyesali perbuatannya. Azhar terduduk dilantai.
" Su maafkan abang. "bisik hatinya
Fasha menelefon suaminya namun tidak berjawab.Risau mula menyebar dihatinya. Di dail nombor madunya juga tidak berjawab. Dia mundar mandir. Duduknya tak senang. Telefonnya berdering.
" hah Zaim apa hal call aku" soal Fasha
" Sha tolong aku.. " Zaim cemas
" tolong apa.. "soal Fasha
"su.. su masuk hospital" ujar Zaim
" masuk hospital.. kenapa.. apa kau buat sampai dia masuk hospital" soal Fasha
" aku rogol dia" ujar Zaim. Gadis itu tersentak
" kerja gila apa kau buat ni.. aku suruh kau buat sampai dorang bercerai bukan suruh kau rogol dia" ujar Fasha
" dorang dah bercerai la..aku geram sebab mak dia hina aku.. laki kau pukul aku.. aku nak balas dendam mana aku tahu laki kau dah jatuh kan talak" ujar Zaim
" kau kena tolong aku.. kalau aku ke dalam dengan kau sekali aku angkut" Fasha mula cemas. Dia tidak boleh berfikir dengan waras.
" ok ok.. kau blah dulu dari kampung tu. kau pergi la mana mana dulu nanti apa apa aku bagitahu" ujar Fasha
" ok.. kau ingat.. aku ke dalam kau pun akan ke dalam" ugut Zaim.
Share this novel