"ibu... jom makan" ajak Sumayyah. Disorong kerusi roda wanita itu ke dapur. Sejak akhir akhir ini Puan Fauziah lebih banyak berdiam. Ingatannya sudah semakin memudar. Dia sudah tidak mengingati dan mengenali orang disekelilingnya. Dia seakan bayi yang baru lahir. Sumayyah menyuap nasi ke mulut wanita itu.
"kau tak makan" soal wanita tua itu.
"ibu makan dulu ya.. nanti angah makan" balasnya lembut. Wanita itu menatap anak gadisnya dengan pandangan kosong. Sumayyah hanya mampu mengukir senyuman.
" budak lelaki tu mana"soal Puan Fauziah
"ucu dah balik kampus dia ibu" ujar Sumayyah lembut. Sejak pertelingkahan itu, hubungan Sumayyah dan Sufian dingin. Hampir tiga bulan Sufian tidak menghubunginya. Apa apa berita tentang pemuda itu diterimanya melalui ayahnya. Rajuk benar anak teruna itu. Sumayyah ke ruang tamu apabila mendengar seseorang memberi salam.
" Gib.. bila sampai...masuk la.. " pelawanya
" sampai semalam.. tapi malam dah tu yang datang sini pagi ni"ujar pemuda itu. Sumayyah mengangguk.
" duduk lah dulu.. Su uruskan ibu dulu.. lepas tu kita sembang ya" ujar Sumayyah.
" makcik buat apa" soal Gibran
" ibu tengah makan" balas gadis itu lembut.
" Gib nak jumpa makcik " pinta pemuda itu
" dia dekat dapur" ujar Sumayyah. Pemuda itu mengikuti Sumayyah ke dapur untuk bertemu dengan wanita itu.
" makcik sihat" soal Gibran. Wanita itu memandang pemuda itu dengan pandangan kosong. Dia cuba mengingati siapa namun ingatannya lemah.
" Saya Gibran.. kawan Su.. " ujar Gibran. Puan Fauziah mengangguk.
" ibu nak masuk bilik" ujar wanita itu.
" ibu tak nak makan lagi ke.. ni sikit je lagi" pujuk sumayyah. Wanita itu menggeleng. Sumayyah mendorong wanita itu ke bilik.
" ibu rehat ya.. angah nak bincang pasal homestay tu dengan Gibran kejap ya" ujar Sumayyah lalu meninggalkan wanita itu sendirian.
" maaf Gib... ibu lately ni tak berapa nak sihat.. dia lebih suka menyendiri" ujar Sumayyah.
" tak pe...Gib faham.. oh ya.. Gib datang ni nak ajak Su jumpa tukang yang nak perbaik rumah tu.. cuma Gib nak tanya.. Su nak renovate semua atau sebahgian" Soal Gibran
" kalau nak renovate semua Su takde modal banyak.. " ujar Sumayyah.
" ok kalau macam tu.. kita buat loan.. dengan bank tapi sebelum tu kena daftar dulu la homestay tu.." ujar pemuda itu.
" angah nak pergi berapa hari.. " soal Encik Zahari.
" tiga hari ayah.. nak uruskan pasal homestay tu.. angah tak tahu sangat.. nak cari barang lagi.. lagipun nak tengok rumah sewa kak lia.. dia minta tolong tengokkan keadaan rumah tu katanya penyewa tu dah pending sewa lama dah" ujar Sumayyah.
" habis tu.. angah tidur mana" soalnya lagi
" hotel la.. nak tidur mana lagi.. rumah tu pun dah ada penyewa.. " ujar Sumayyah
" call ucu minta dia temankan.. ayah risau kamu sorang sorang" ulas lelaki itu. Dia kurang senang dengan pergaulan anak gadisnya bersama pemuda itu. Baginya pemuda itu sukar ditafsir perilakunya. Namun dia tidak membantah andai itu pilihan hati anaknya.
" insyaAllah ayah.. nanti angah call dia" ujar Sumayyah.
" nanti apa.. call la sekarang. esok angah dah nak pergi" tegas Encik Zahari. Sumayyah menelefon adiknya.
" hurmm ada apa" soal Sufian kelat.
" esok angah nak pergi bandar.. nak urus hal homestay tu.. ucu free tak.. teman angah" pintanya
"sapa lagi pergi " soal pemuda itu.
" Gib.. " Sufian terdiam
" ucu.. boleh tak.. ayah suruh temankan.. " ujar Sumayyah.
" sebab ayah yang suruh..kalau ayah tak suruh.. tak payah teman lah..macam tu" marah Sufian
" bukan macam tu.. angah memang nak ajak ucu.. tapi angah takut ucu sibuk" ujar Sumayyah
" ah alasan.. tengok la macam mana.. " ujar Sufian.
"err..ermmmm.. ucu" panggil Sumayyah lembut.
" apa dia... "rengus suara pemuda itu kedengaran.
" ada jumpa Damian" soal Sumayyah ingin tahu.
" takde.. kenapa.. " soal Sufian kembali
" saja tanya" dalih Sumayyah. Dia ingin tahu keberadaan pemuda itu namun hatinya menolak untuk terus berhubung dengannya.
" tak payah lah amik tahu hal orang.. biar lah dia nak jadi apa pun.. angah sibuk kenapa.. tak payah nak amik tahu hal dia.. biarkan dia.. nak ada perempuan lain ke.. nak kawin ke.. itu hal dia.. angah tak payah ambil tahu.. " ujar Sufian lalu dimatikan telefonnya.
" aku tak habis cakap lagi.. ishhh budak ni" rungut Sumayyah.
" ucu kata apa" Soal Encik Zahari.
" dia kata ok" ujar Sumayyah lesu
" bukan pasal Damian" Sumayyah tersentak
" kenapa dengan Damian" soal Sumayyah.
" bukan kamu tanya angah pasal dia" soal Encik Zahari.
" ada.. tapi.. " Sumayyah tidak tahu bagaimana mahu dimulakan bicaranya
" angah tanya hati angah.. siapa Damian tu bagi angah.. tapi ayah rasa bukan hanya kawan.. angah fikirlah baik baik.. untuk hidup angah.. bukan untuk orang lain" ujar Encik Zahari
" ayah macam suka je kat apek tu" Sumayyah main tarik tali
"siapa pun pilihan angah ayah ikutkan aje.. tapi kalau di minta pendapat ayah.. Ayah lebih suka Damian dari Gibran.. bukan sebab apa yang dia ada tapi kelakuan dan perangai dia.. ayah suka.. dia lebih beradap dan ayah tahu dia dapat jaga angah dengan baik.. " ujar lelaki itu
" Gibran.. angah tengok ok je.. " ujad Sumayyah.
" dia ok.. tapi dari mata seorang lelaki dan seorang ayah.. dia belum matang untuk menjadi seorang suami.. dan dibelum cukup matang untuk galas tanggungjawab yang berat.. memang dia ada semuanya...dia orang berada.. tapi angah kena ingat harta tak boleh menjamin kebahagiaan... jangan cari yang sempurna tapi cari lah yang pendamping tatkala susah dan senang.." nasihat lelaki itu
" ayah.. tolong bagi angah masa.. angah perlukan ruang dan waktu untuk angah berfikir" ujarnya.
Sumayyah masuk ke bilik penginapannya. Direbahkan badannya diatas katil.
" huh.. laparnya.. lambat lagi ke si ucu ni nak sampai" bisik hatinya. Dicapai telefonnya lalu ditelefon pemuda itu.
" ucu dekat mana.. angah dah lapar ni" ujarnya.
" nak sampai dah.. angah tunggu dekat lobi" pinta Sufian. Sumayyah bangun dan membaiki tudung dan bajunya lalu keluar dari bilik tersebut bersama beg sandangnya. Dia menanti dilobi. Alangkah terkejutnya dia melihat yang menjemputnya bukanlah Sufian tapi Damian.
" awak buat apa dekat sini" soal Sumayyah.
" Sufian ada kerja sikit..projek akhir tahun.. dia minta aku temankan kau" ujar Damian. Nadanya tegas. Matanya sukar diramal kerana dilindungi kaca mata hitam.
" tak pe lah.. saya order grab je lah" ujar Sumayyah.
" jangan nak mengada.. ayah kau dah amanah kan aku untuk jaga kau" ujar Damian. Dia terkedu.
"Bila pula ayah contact apek ni" bisik hatinya
" kau nak pergi ke tak nak.. " marah Damian. Sumayyah mengikuti pemuda itu terburu buru. Damian memandu keretanya ke sebuah cafe berhampiran bengkelnya.
" kita makan dekat sini sebab kejap lagi aku ada hal dekat bengkel" ujarnya
" kalau macam tu.. takpe saya boleh pergi sendiri..awak balik la bengkel ya" pinta gadis itu. Dia serba salah kerana telah menyusahkan pemuda itu.
" kau jangan banyak soal.. jom.. " Damian keluar dari keretanya. Sumayyah hanya mengikut. Mereka memesan makanan. Mereka diam tanpa bicara.
" awak sihat" soal Sumayyah memulakan bicara.
" kau nampak aku sakit ke.. " soal Damian.
" tak.. sihat sihat.. nampak sihat" Sumayyah ralat. Damian masih diam
" Saya minta maaf pas hari tu" ujarnya. Damian masih diam.
" saya tak patut cakap macam tu dekat awak" ujarnya. Damian masih membisu. Sumayyah gelisah. Dia tidak tahu apa yang harus dibicarakan lagi. Pemuda itu kelihatan dingin. Lebih banyak berdiam dan membelek telefonnya.
Share this novel