Seperti hari harinya yang lain.. Sumayyah di cemuh ditadika. Walaupun sakit namun digagahi juga. Damian seakan tidak berputus asa mahu menambat semula hati gadis itu. Dia tidak lagi menanti dirumah tapi kini menanti di perhentian bas. Sumayyah tidak mengendahkan pemuda itu tapi hatinya terhibur melihat usaha pemuda itu untuk menarik perhatiannya.
" Su... su... " rengek pemuda itu.
" Sumayyah" panggil pemuda itu. Sumayyah meneruskan perjalanannya ke tadika. Beg sandang gadis itu di tarik. Sumayyah hampir terjatuh mujur lengannya sempat dipegang pemuda itu.
" awak nak apa" marah Sumayyah.
" kau tak endah kan aku" ujarnya
" untuk apa.. " marah gadis itu lagi.
" kita berdamai.. " pemuda itu mengukir senyuman dibibir. Sumayyah tidak mengendahkan pemuda itu lalu dia masuk ke tadika seperti biasa. Cemuhan dan herdikan ibarat langau yang datang dan pergi.
" ish.. kebalnya kau perempuan" ujar Fasha yang memerhati gerak geri gadis itu ditadika.
" aku nak tahu apa hubungan kau dengan Sumayyah" soal Damian.
" kau siapa" soal pemuda itu lagi.
" perempuan dalam gambar ni.. aku punya hak aku.. kau dah salah orang nak kacau" ujar Damian.
" dia langgan aku" ujar pemuda itu
" kau patut lebih berhati hati menjawab bro" ujar Damian.
" apa pula.. kau yang patut kena jaga dia baik baik.. mantap weh" tawa dihujungnya terhenti apabila Damian menumbuk pipi pemuda itu. Darah terpercik diwajah pemuda itu.
" aku tanya kau lagi sekali lagi.. apa kau buat dekat dia.. dan macam mana kau boleh ada dengan dia" Damian mengelap samurainya. Silau pedang itu menyuluh mata pemuda itu. Kelihatan getar pada wajah yang berdarah itu.
" aku tanya jawab la" tengking Damian.
" kau kerja untuk siapa" soal Ah Yen yang dari tadi diam.
" aku kerja untuk diri sendiri lah.. " tawa pemuda itu lagi. Hujung samurai itu ditekan ke dada kiri pemuda yang duduk ditanah itu.
" aku tanya kau lagi sekali kau jawab betul betul kalau tak.. samurai ni masuk dalam dada kau. " ujar Damian. Samurai yang dari tadi berada di dada pemuda itu mula mengeluarkan cecair merah akibat ditekan kuat. Pemuda itu mengerang kesakitan.
" jadi aku harap ku berikan aku jawapan yang aku nak" ujar Damian.
"fasha.. fasha.. dia yang upah aku" jawab pemuda itu terketar ketar.
" sial... " Damian mengangkat samurainya tinggi
" Zaim.. zaim.. yang ambil gambar kami. " ujar pemuda itu lagi. Damian melepaskan samurainya tetapi tidak melepaskan amarahnya begitu sahaja. Dia angkat pemuda itu lalu ditumbuk dan diterajang pemuda itu sehingga lunyai. Pemuda itu berlumuran darah dan tidak sedar kan diri. Damian bangun lalu meninggalkan pemuda itu terkulai sendirian.
Sumayyah terkejut melihat rakaman cctv yang dihantar kakak iparnya. Selama dia tinggal disitu dia tidak mengetahui bahawa abangnya telah meletakkan cctv di garaj rumahnya. Sumayyah terdiam...tidak menyangka pemuda yang berbicara lembut dengannya ketika itu rupanya dalang kepada gambar ranjangya.
" terima kasih kak lia.. Su tak tahu nak cari macam mana untuk buktikan yang Su tak bersalah. Sekarang Su dah boleh resign dengan tenang.. su nak balik kampung jaga ibu. " ujarnya.
" terpulang lah dekat su.. ikut mana yang su rasa terbaik buat diri su.. oh ya.. arwah along dah jumpa keluarga Fateh.. kak lia baru dapat buka email along.. nanti kak lia send detailnya ya" Sumayyah terpana. Harapannya selama ini semakin tertunai. Dia membaca email yang dihantar oleh kakak iparnya. Disalin segala maklumat.
" Fateh.. kita akan bertemu juga akhirnya. Dia menelefon Sufian untuk membawanya ke alamat yang diberikan kakak iparnya. Sumayyah tidak sabar. Dadanya berdebar menanti reaksi anaknya. Namun lain yang dinanti lain yang tiba. Damian keluar dari keretanya dengan berlumuran darah lalu memeluk erat gadis itu.
" awak.. awak...kenapa ni" Sumayyah menepuk bahu pemuda itu berkali kali namun tidak diendahkan pemuda itu.
" awak... kenapa ni.. awak jangan buat saya risau" Nadanya cuak.
" bagi aku pinjam bahu kau.. aku perlukan kekuatan" ujarnya. Sumayyah terdiam. Dibiarkan pemuda itu begitu.
" angah.. Damian tu mafia ke.. takut ucu tengok" soal Sufian apabila melihat Damian berbaring disofa dengan berlumuran darah.
" tak lah.. dia bukan macam tu.. angah pun tak tahu kenapa.. hari tu pun macam ni.. tapi lagi teruk..bengkak habis muka dia" cerita Sumayyah sambil mengelap wajah pemuda itu yang dipercik darah.
" angah.. angah dengan dia ada apa apa ke" soal Sufian yang mula curiga dengan keakraban pasangan itu. Sumayyah menoleh dan dahinya sedikit berkerut
" kami kawan je.. kawan tapi mesra" tawa Sumayyah.
" angah ucu serius ni.. kalau korang ada apa apa hubungan istimewa ucu sanggup jadi wali.. ucu tak nak angah terjerumus dalam maksiat" tegur pemuda itu.
" betul kami hanya kawan.. dia orang yang banyak bantu angah dekat sini.. dia banyak tahu kisah angah.. lagi pun angah tak layak untuk berdamping dengan dia.. bukan sebab berbeza agama.. tapi berbeza taraf.. " Sumayyah memandang Damian sayu.
" walaupun aku buka hati aku untuk sayangkan kau.. jurang kita tetap jauh.. " bisik hatinya
" tapi angah suka dia" Sufian memberi soalan perangkap. Sumayyah tergamam. Sufian menanti jawapan dari gadis itu. Dia mahu meleraikan segala kekacauan yang melanda. Dia tidakahu melihat gadis itu berhambur duka.
" siapa yang tak suka dengan orang macam dia.. walaupun garang tapi dia kelakar.. dia tampak bengis tapi dia pelindung.. angah selsesa dengan dia.. " balas Sumayyah.
" jawapan penyelamat.. ucu tanya angah suka dia.. kalau dia muslim angah nak kawin dengan dia" soal Sufian lagi.
" suka tu adalah.. tapi kalau kawin.. angah tak pasti.. Abang Har masih dalam hati angah tapi dalam masa yang sama dia ni.. selalu buat angah risaukan dia.. buat angah nak tahu pasal dia.. contoh macam sekarang lah" Tanpa disedari ada senyuman terukir di bibir pemuda yang berbaring itu.
Sumayyah bergegas ke lapangan terbang kerana mendapat berita bahawa anaknya akan berhijrah ke luar negara dalam tempoh yang lama kerana ayah angkatnya menerima tawaran bekerja di Dubai. Airmatanya mengalir deras. Damian memandu dengan laju agar gadis itu sempat bertemu dengan anaknya disaat saat akhir
" awak cepat la.. nanti terlepas flight " suruhnya.
" sabar angah.. insyaAllah sempat. " Sufian menenangkan gadis itu. Damian risau. Mereka tiba dilapangan terbang lalu gadis itu menelefon pasangan itu. Sumayyah berharap agar dapat ditemukan dengan anaknya. Airmatanya diseka.
" Hello puan ada dekat mana..saya dah sampai airport.. " ujar sumayyah gugup. Sumayyah menanti penuh debaran apabila melihat sepasang suami isteri memimpin tangan seorang anak kecil.
" Fateh... " bisiknya. Airmatanya makin laju.
" Fateh ni umi sayang.. " dipeluk anak kecil itu tapi malangnya pelukannya ditolak anak kecil itu. Sumayyah menangis.. dia terkilan kerana anak yang dikandungnya tidak mengenalinya.
" insyaAllah kami balik malaysia kita jumpa lagi.. nanti saya update perkembangan fateh ya" ujar wanita itu. Sumayyah hanya mengangguk. Dia menatap sayu wajah anaknya buat pertama kalinya dan terakhir di bumi Malaysia
" selamat jalan sayang.. " ujar Sumayyah lalu dicium baju anaknya yang diberikan pasangan itu.
Share this novel
kisah Sumayyah ni setiap chapter mata asik bergenang ...pandai author menyrntuh hatiku...