Sumayyah terjaga dari lenanya. Pancaran mentari terik menyusup dicelahan papan. Sumyyah termangu di katil. Segalanya berat baginya apatah lagi langkahnya. Dipisat pisat matanya. Dia berbaring semula lalu merenung atap zink yang sudah bertukar warna itu.
" dari berkilat sampai berkarat.. masih berbakti kau ya zink.. aku.. langsung takde guna.. sana campak sini campak" dia mengomel sendiri. Sumayyah bangkit kembali lalu ke bilik air. Dijirus air kolah itu ketubuhnya. Terasa segar. Selesai merapikan diri dibuka tingkap satu persatu. Cahaya pagi mengenai wajahnya. Dia tersenyum. Terasa segar. Dia ke dapur lalu membancuh secawan kopi segera yang dihantar ayahnya malam tadi. Ditarik kerusi mengadap tingkap yang membentangkan pemandangan indah kehijauan bukit bukau. Kedua kakinya diletakkan diatas kerusi lalu dipeluk erat.
" dunia Sumayyah" ujarnya sendiri lalu tertawa kecil. Dihirup kopi itu perlahan. Nikmat terasa.
" haaaaaiiiipppp.. Damian" Sumayyah teringat akan pemuda itu. Di ingati kembali peristiwa semalam.
" huuppp.. " ditutup mulutnya dengan telapak tangannya.
" mulut ni mulut ni.. lancang sangat.. " Ditampar bibirnya berkali kali apabila mengingati semula kelakuannya semalam.
" mati aku kalau singa tu marah... yang kau pergi ajak dia kawin tu buat apa Sumayyah oiii" sesalnya. Ditarik rambutnya sendiri lalu dilepaskan apabila perit terasa.
" fon.. fon.. man telefon" dia bingkas bangun dan mencari telefonnya. Puas dia mencari namun tidak berjumpa.
" alamak dekat rumah ibu...aduhh.. " digigit bibirnya mencari jalan agar tidak bertemu dengan wanita itu. Dia mundar mandir.
" ah.. tawakkal je lah" disarung tudungnya lalu ke pintu. Dia cuba untuk membukanya namun tidak berjaya. Dia cuba merentap pintu itu masih tidak terbuka. Pintu itu dikunci dari luar. Dia ke pintu dapur namun hampa..Pintu dapur juga dikunci dari luar. Tingkapnya dipasang jeriji besi menyukarkan untuknya lari. Sumayyah termenung lagi. Kali ini dia kehabisan airmata. Dia tahu bahawa itu adalah perbuatan ibunya. Sumayyah seakan pasrah. Dia menikmati kopinya kembali.
" angah.. angah" kedengaran suara Sufian diluar. sumayyah menyahut. Sufian menghampiri tingkap dimana kakaknya berada.
" ni ibu suruh ucu hantar nasi" bungkusan nasi itu dihulurkan dicelahan jeriji besi itu.
" ibu kunci pintu ye" soal Sumayyah lalu membuka bungkusan itu. Perutnya terasa kosong kerana seja semalam dia tidak menjamah apa apa walau pun sebutir nasi.
" ha ah...ibu kunci.. takut angah lari" cerita pemuda itu. Sumayyah tersenyum sinis.
" ibu tak habis habis kan...selagi angah tak ikut cakap dia selagi tu lah dia paranoid." luahnya. Dijamah nasi itu perlahan walaupun tekaknya terasa tawar dipaksa juga nasi itu masuk ke dalam mulutnya. Dia tidak mahu dilihat terkesan dengan apa yang jadi.
" kalau along ada.. mesti dia tolong angah" Sufian sebak
" apa ucu ni.. along dah tenang dah.. tak payah ungkit lagi.. lagipun angah redha.. angah terima apa je keputusan ibu.. angah dah penat ucu.. " jawabnya tenang.
" angah.. " Sufian mengalirkan air mata.
" la ucu ni kenapa nangis yang nak kawin angah bukan ucu" tawanya dibuat buat.
" angah ucu minta maaf.. ucu tak dapat tolong angah kali ni" pinta pemuda itu.
" ish takpe angah ok.. sekurang kurangnya angah ada suamikan" dia mengukir senyuman bagi menutup duka dihati.
" tapi dia tu setan.. tak layak jadi suami angah" marah Sufian
" apa cakap macam tu.. ucu ingat angah ni baik sangat ke.. orang mac angah ni siapa yang nak.
mujur ada Mizi tu kalau tak membujang sampai ke tua" seloroh gadis itu. Kekuatan yang dibuat buat gadis mengguris hati pemuda itu.
" biar la membujang dari kawin dengan orang macam tu" balas Sufian
" angah tak nak membujang sampai tua.. nanti ucu pun akan kawin..ayah dah ada kehidupan dia sendiri dah sekarang.. ibu dengan kehidupan ibu.. ucu pun akan ada pasangan.. angah tak nak duduk sorang sorang" tawanya lagi.
" ucu nak jaga angah.. ucu rela tak kawin janji dapat jaga angah" ujar pemuda itu
" kalau macam tu call la Aisyah minta putus.. berani" dia menguji adiknya. Sufian diam
" ucu.. angah tahu ucu sayang dekat angah.. tapi tak perlu korbankan kebahagiaan ucu demi angah.. hidup angah dah perit.. jangan tbah lagi duka dihati angah.. angah nak tengok ucu bahagia dengan pasangan ucu.. angah akan sokong apa saja yang ucu buat selagi tak salah disisi agama" dia tersenyum. Di usap pipi adik nya lembut.
"angah... "sebak hatinya
Damian tidak senang duduk sejak dia pulang dari kampung itu. Fikirannya melayang. Hanya difikirkan akan gadis itu. Pejabatnya jadikan tempat melepaskan kekusutan. Dia cuba menelefon gadis itu namun tidak berjawab. Dia mula risau.
" Sumayyah..apa khabar kau.. " gumamnya sendiri. Rambutnya dikacau kacau hingga serabai.
" boss awat yang teruk sangat ni" soal pekerjanya
" jad.. aku nak tanya kau.. melayu kalau nak kawin memang family yang aturkan ke" soal Damian. Dahi pemuda itu berkerut. Tidak pernah bossnya bertanyakan hal hal kaum dengannya atau sesiapa saja.
" dak aih.. pilih sendiri pun boleh.. keluarga pilih pun boleh.. awat boss..cinta tak direstui ke" usik pemuda itu.
" aku ada kawan.. dia kena paksa kawin dengan mak dia.. pasangan dia pun perangai macam hanat.. aku tak tahu nak tolong dia macam mana" luah Damian.
" lain macam kisah ni.. siapa yang kena paksa.. kawan bos yang mana...Sumayyah ke" Damian terkejut apabila tekaan pemuda itu tepat
" mana kau tahu " soalnya
" dak la.. kawan bos yang melayu berapa kerat ja.. selalunya kalau kena kawin paksa ni mesti perempuan.. lelaki ni jarang nak kena kawin paksa sebab perempuan dia perlukan keluarga untuk nikah.. macam lelaki goncang tangan kadi settle...awat bos dia kena paksa kawin ke.. siapa jantan tu...teruk sangat ke.. " Soal pemuda itu lagi
" ha ah.. Sumayyah.. mak dia nak kawinkan dia dengan Mizi playboy tu" pemuda itu tersentak. Walaupun dia tidak mengenali pemuda itu namun dia tahu sedikit sebanyak tentang pemuda itu. Mizi terkenal dikalangan gadis gadis dan dia juga buaya darat yang mencari mangsa yang berkedudukan tinggi. Seleranya bukan biasa biasa.. gadis yang sederhana hanya dijadikan penyedap diwaktu malam. Yang kaya pun disapunya apatah lagi yang tiada apa apa. Cuma yang kaya disimpan untuk kepentingannya. Manakala yang tiada apa apa ditinggalkan seperti anjing kurap.
" takkan kot.. gila la boss kalau Su tu kawin dengan dia.. habis habis... " pemuda itu turut khuatir.
" tu la pasal.. aku nak tolong pun tak tahu" Damian pening sendiri.
" biaq saya je lah jadi suami dia.. bila dia nak kawin.. saya nak pi masuk minang.. Sumayyah..comel juga dia tu." pemuda itu berseloroh. Damian memandang tepat kearah pemuda itu.
" apa.. betoi apa.. kalau susah sangat biaq saya jadi pendamping dia" habis saja kata kata pemuda itu sebuah buku terbang ke muka pintu. Pemuda iti mengelak dan tertawa.
" boss kalau dah suka apa lagi masuk la minang.. sat lagi kena sambaq mampoih.. yang nak sambaq pula tu buaya.. ermmm habis... " seloroh pemuda itu lalu lari bertempiaran kerana takut dikerjakan Damian.
" tapi boss kena masuk islam dulu.. kasi sunat sedaih...baru clear" tempik pemuda itu dari jauh namun didengari Damian.
Share this novel