48

Drama Completed 119253

"setan betul jantan ni... aku call tak angkat.. kau dah kenapa.. " Fasha mundar mandir dibutiknya. Marahnya pada Damian membara. Hampir seminggu dia tidak dapat menghubungi pemuda itu.
" Zaim...aku nak jumpa kau" ajaknya dalam talian
" aku sibuk ni.. kau nak apa" kedengaran suara puda itu termengah mengah
" kau sibuk buat apa.. sibuk pam perempuan.. aku tak kira aku nak jumpa kau dalam setengah jam dari sekarang.. dekat cafe" ujarnya.
" ye lah.. " talian dimatikan. Fasha bersiap untuk keluar.
" nak ke mana tu.. dah malam ni.. " Tanya Puan Aini.
" sha nak keluar dengan Zaim kejap ma.. " ujarnya. Belum sempat wanita itu menghalang, gadis itu lebih pantas beredar. Dia memandu ke tempat yang dijanjikan. Dalam perjalanan dia terserempak dengan satu satunya musuh yang paling dibencinya...SUMAYYAH. Gadis itu kelihatan amat ceria bersama Sufian.
" kau jangan ingat kau boleh happy sampai akhirnya Sumayyah" gumamnya sendiri

Sumayyah dan Sufian mencari buah tangan untuk diberikan kepada kakak iparnya serta anak saudaranya. Mereka berjalan disekitar pusat penjaja.
" chubby boleh kot main ni.. " Sumayyah mencuba permainan kanak kanak yang dipegangnya. Sufian hanya tertawa melihat keletah gadis itu. Didalam bakul yang dipenggannya sudah dipenuhi mainan kanak kanak. Mereka beredar setelah membuat bayaran dan menuju ke sebuah cafe bagi mengalas perut.

" kau tahu Damian pergi mana" soalnya pada pemuda yang sedang menghirup minuman.
" Dia pergi Beijing.. kenapa" soal Zaim
" aku call dia tak jawab.. mesej tak balas" adunya
" Dia dekat beijing.. lusa dia balik.. aku ingat apa la yang penting sangat. itu je.. " seloroh Zaim
" kau tahu tak dia couple dengan siapa sekarang.. sebab aku nak get back dia reject wehh" cerita gadis itu. Mata Zaim menangkap sepasang anak muda masuk kedalam kafe tersebut.
" Tu..madu kau" Ditunjukkan pasangan itu kepada Fasha. Gadis itu menoleh.
" iti sekor lagi.. aku tengok happy sangat dia.. " ujar Fasha. Bertbah sakit hatinya apabila melihat gadis itu masih boleh tertawa riang.
" kalau kau nak tahu Damian bela dia" Fasha tersentak. Dia menoleh memandang Zaim dengan mata yang hampir terkeluar.
" apa.. dia.. dia tu.. perempuan kampung tu" geramnya makin membara.
" ha ah.. Damian bela dia sebab Mizi cagar dia untuk tolak hutang" Senyum Zaim sinis
" mula aku beli dia entah pasal apa aku pin tak tahu si Damian beli dia dari aku.. sepuluh ribu pula tu" Sinis pemuda itu lagi.
" sepuluh ribu.. bekas kena tebuk banyak kali tu.. ish... Damian ni buta ke apa.. " Geram gadis itu
" ku rasa lah kan dia suka dekat Su lh.. sebab cara dia take care tu.. lain.. tak macam dia dengan kau dulu" jelas pemuda itu.
" tak kan kot.. kenapa lah perempuan ni suka caras hak aku.. sial betul" rungut gadis itu. Renungannya tajam ke arah pasangan itu.
" so..kalau kau tanya kenapa susah sangat kau nak dapat dia balik.. jawapan dia.. tu.. tu.. " nibirnya dimuncungkan ke arah gadis yang sedang tertawa itu. Fasha bertambah geram.

"Mummy kita lambat lagi ke nak balik" gusar hati Damian tidak keruan.
" you tak senang duduk kenapa.. baik tak payah ikut. " rungut Siew
" Mummy bengkel banyak kerja woo.. " alasan pemuda tu mendapat senyuman sinis dari wanita itu
" you ingat mummy tak tahu.. bukn you risau kan bengkel.. you risaukan sumayyah kan" Siew meneka tepat sehingga pemuda itu termalu. Damian menantikan perkembangan dari Malaysia. Tidak tenang rasanya jika tiada berita. Sihat kah dia.. sedih kah dia.. terasa lama dia tidak bertemu sedangkan baru beberapa hari menapak di Beijing.

Sumayyah tiba lewat ke tadika. Dian dan Eja berdiri dihadapan pintu kelas. Wajah mereka seakan tidak seronok.
" dah pasal apa muka macam ayam berak kapur ni" soal Sumayyah lalu meletakkan kasutnya di rak.
" tadi ada orang cari Su" Ujar Dian
" siapa.. lelaki ke perempuan" soalnya
" lelaki.. dia bagi ni dekat su" sebuah bungkusan diberikan kepadanya. Sumayyah menerima bungkusan itu. Lalu beredar.
" siapa bagi" soal Eja.
" owh waris dari sekolah lama.. " bungkusan dari Zaim itu diletak ke tepi.
" untung la orang ada peminat.. kami ni dah empat tahun dah mengajar harap anak murid je bagi" seloroh Dian.
" di kawan su la.. kawan sekampung.. nah ambil la kalau nak" bungkusan itu diserahkan kembali kepada Dian. Gadis itu seronok.
" apahal pula tiba tiba bagi breakfast.. " Sumayyah curiga. Dia harus lebih berhati hati dengan insan bernama Zaim. Sumayyah menyambut kedatangan anak didiknya dengan mesra. Dia tidak menyedari pergerakannya sedang diperhati.

Hampir seminggu dia menerima bungkusan dari Zaim dan semuanya diberikan kepada dua gadis itu. Tidak berani dijamahnya.
" Su ada orang nak jumpa" Sumayyah menoleh lalu bangun menuju ke pintu utama. Keadaan riuh kerana waris sedang mengambil anak anak pulang.
" ya ada apa yang boleh.... Sha" Sumayyah terkejut. Pipinya ditampar dengan tiba tiba.
" kau... janda tak sedar diri.. dulu kau rampas suami aku.. sekarang tunang aku pun kau nak kebas.. " tengking Fasha
" sha.. apa ni.. Su tak faham.. tunang...Siapa" soal Sumayyah memegang pipinya yang perit
" Zaim.. kau tahu kan aku bertunang dengan Zaim.. kau lagi nak menggatal dengan dia.. laki aku kau kebas sampai kau bercerai.. sekarang.. apa yang kau nak dengan aku sebenarnya.. " tengking gadis itu lagi
" su tak tahu pun... " Kata katanya dipintas
" sampai hati kau Su.. kita kawan dari sekolah lagi... wedding aku kau orang paling penting bagi aku.. tapi kau khianati aku.. kau rampas Azhar dari aku.. aku terima mungkin jodoh aku dengan dia pendek tapi sekarang Zaim.. kau pun tak rampas" Fasha mula mengalirkan air mata. Banyak mata memerhati. Sumayyah mula berasa malu dengan tindakan gadis itu.
" su tak faham" soal Sumayyah lagi
" Zaim ada hantar sarapan dekat kau kan.. hari hari.. ku tahu kami nak nikah hujung bulan ni.. selalu dia belikan kau sarapan sekarang dia beli dekat kau.. apa maknanya tu.. aku tak sangka kau boleh buat aku macam ni.. aku ingat kau dah berubah lepas Azhar meninggal.. tapi.. kau makin teruk.. tak puas dengan lelaki" Fasha masih dalam tangisan.
" owh sarapan tu la.. " sampuk Eja
" su..bukan su kata tu bekas waris su dulu.. kawan sekampung" Soal Dian
" ha ah.. dia bekas waris su... " Sumayyah mahu menjelaskan tapi kata kata di pintas
" ya dia bekas waris kau tapi tak bermakna kau boleh rampas dia dari aku.. kisah keterlanjuran korang aku tutup mata ja..tapi tak sangka.. aku mohon Su.. jangan kacau kebahagiaan aku su.. " Fasha menyeka airmatanya.
" Sha.. bukan macam tu.. " ujar Sumayyah.
" Su.. su pernah terlanjur dengan tunang cik ni" Soal Eja kaget
" bukan..bukan.. bukan macam tu.. Sha tolong cerita hal sebenar.." Sumayyah merayu.
" betul kan kau dah terlanjur dengan Zaim dua kali sampai kau ada anak dengan dia.. tapi Azhar dapat tahu kau curang dia ceraikan kau.. dia menyesal sebab percaya semua fitnah kau pada aku..dia malu dengan tindakan dia dia bunuh diri...kau kau.. masih boleh berseronok" Ujar gadis itu. Sumayyah terdiam. Segala fitnah yang menimpa bertalu talu.
" maaf cikgu.. sorry.. betina.. kau tak layak jadi cikgu..perempuan kotor.. " Sumayyah mula dia cemuh. Tatkala dia dicemuh di hina.. Fasha menyelinap bagi menyelamatkan diri. Dia memandu keretanya beredar dari tadika itu.
" padan muka kau Su.. puas hati aku" dia tersenyum sinis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience