Sumayyah membeli barangan bayi untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan. Satu persatu barang di beleknya. Rambang mata dibuatnya.
"baby nak yang ini" dia mengomel seorang diri.
" angah.. " Sumayyah menoleh.
" lambat la ucu ni.. angah dah naik kematu menunggu tau tak" rungutnya.
" sorry la.. bas lambat tadi.. dah beli apa dah" soal Sufian.
" ni.. mana cantik" soalnya. Di tunjukkan kain lampin bayi kepada pemuda itu.
" ini nampak boyish sikit.. tapi dua dua comel" nada manja terkeluar dari mulut pemuda itu. Sumayyah tertawa. Mereka berjalan disekitar pasaraya itu mencari dan melihat barangan bayi.
" ibu nekad nak angah kawin dengan Mizi" ujar Sumayyah.
" ibu ni lah.. bila nak habis sikap rambang mata dia tu" ujar Sufian.
" apa angah nak buat ucu" soal Sumayyah.
" apa kata angah lari masa nikah tu.. "cadang Sufian
" Ish kau ni.. cadangan.. nanti malu ayah.. apalah kau ni..bagilah cadangan yang rasionl sikit" ujarnya
" itu lah cara paling senang.. ayah tu ucu tahu dia mesti faham angah.. ibu tu kena ajar macam tu.. baru dia berakal" ujar pemuda itu. Sumayyah terdiam. Cadangan adiknya itu terlalu berat baginya.
Fasha sudah berjaya keluar dari kepompong dukanya. Dia meneruskan perniagaan butiknya. Butik yang semakin dikenali ramai itu mendapat tempahan yang begitu banyak dan adakalanya terpaksa ditolak kerana dia lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Dalam masa yang sama dia juga mengikuti perkembangan bekas madunya. Terasa dirinya terancam apabila berita kehamilan gadis itu sampai ke hawa telinganya. Dia tahu bayi dalam kandungan gadis itu anak kepada arwah suaminya. Dia mencari cara agar satu satunya pengubat jiwa gadis itu dihapuskan. Dia tidak mahu melihat gadis itu gembira. Baginya kebahagiaan gadis itu ancaman dan seolah olah dia sudah kalah dalam pertarungan itu.
" Zaim.. kau ada dekat mana.. aku nak jump kau" ujarnya.
Zaim menanti gadis itu ditempat yang dijanjikan. Angin sepoi sepoi bahasa ditaman itu menenangkan jiwanya. Dilihat jam ditangannya. Terasa lama dia menanti
" Ish mana perempuan ni"rungut hatinya.
"hoiii.. "sergah Fasha dari belakang. Pemuda itu terperanjat.
" ada apa kau nak jumpa aku ni" Zaim memulakan bicara.
"kau tahu Su mengandung" Soal gadis itu.
"hah ya ka... "raut wajah pemuda itu berubah. Hatinya berdebar.
"aku yakin itu anak Har"ujar gadis itu
"mana kau tahu" Soal Zaim
" kau tak perlu tahu mana aku tahu.. aku cuma nak.. dia tak akan rasa gembira walaupun sesaat" ujar gadis itu
" tak habis lagi ke dendam kau dekat dia.
move on la Sha.. dia tak buat report pasal kita dah kira selamat dah tau" nasiht Zaim
" aku... nak lupakan apa yang dah dia buat pada aku.. sorry Zaim.. tak semudah itu" balas gadis itu sinis.
" aku tak akan lupa dengan apa yang dia buat pada aku" ujar gadis itu lagi
" kau nak aku buat apa kali ni.. " soal Zaim
" aku nak kau hapuskan semua kegembiraan dia" ujar gadis itu. Zaim tersentak.
" kau nak aku bunuh anak tau ke" soal Zaim
" teroukang.. tapi aku tahu aku nak dia rasa apa yang aku rasa" ujar gadis itu
" kau dah melampau Fasha.. aku tak nak.. aku bukan pembunuh" Zaim mula cuak dengan tindakan tidak wajar gadis itu
" kau kena ingat kau yang rogol dia.. semua bukti ada pada aku.." ugut gadis itu
" kau..." Zaim geram. Dia telah terjerat ke dalam sangkar buaya.
"yah.. abang tak suka dengan apa yang Yah buat ni.. " ujar Encik Zahari
" abang.. Yah buat ni untuk kebaikan Angah.. " balas Puan Fauziah
" untuk kebaikan angah ke atau untuk kesenangan awak" balas Encik Zahari lagi
" abang.. abang ingat saya ni jahat sangat ke...nak jual anak ke.. saya cuma tak nak dihidup macam sebelum ni.. saya nak tengok dia sekurang kurang hidup lebih elok dari sebelum ni" jawab Puan Fauziah
" tapi biar lah dia tentukan.. dia tu dah jadi mak orang.. dia pun ada cara dia nak uruskan hidup dia dan anak dia.. awak jangan masuk campur urusan dia anak beranak" pesan lelaki tua itu lagi
" abang.. abang rasa anak tu anak siapa.. cucu kita tu siapa bapa dia" Encik Zahari tersentak
" Astaghfirullah.. apa awak ni Yah.. kenapa teruk sangat pemikiran awak ni" marah lelaki itu
" yelah.. tiba tiba dia mengandung.. lepas kena cerai..lepas kena rogol tiba tiba mengandung.. abang tak pelik ke" soal Puan Fauziah
" Yah.. awak ibi sepatutnya beri sokongan pada dia bukan persoal anak siapa.. dah awak yang kemaruk sangat nak bercucu.. dah dapat awak persoal pula.. ibu jenis apa awak ni.. " marah Encik Zahari sudah memuncak. Di tenung wajah isterinya tajam.
" memang saya nakkan cucu.. tapi saya nak juga tahu siapa bapa dia.. abang tak malu ke dapat cucu dari perogol tu" sinis Puan Fauziah
" Ya Allah..Yah... baik awak tutup mulut awak tu kalau tak ada apa apa nak dicakapkan.. awak patut risaukan tu ucu tu.. dia tu menikah pun belum lagi tapu dah usung anak dara orang.. saya takut dalam dok ungkit pasal angah yang jadi mangsa keadaan.. tiba anak awak jadi punca anak dara orang bunting" balas Encik Zahari
" anak saya saya didik dengan sempurna abang.. ucu tak akan buat benda bukan bukan" Nada wanita itu berubah.
" lelaki tetap lelaki Yah.. lelaki ni ibarat kucing..manja dihadapan tapi bila sampai masa lapar ikan bangkai pun dia terkam" nasihat Encik Zahari
"kiranya abang pun macam tu lah" Puan Fauziah tidak suka dengan kata kata suaminya
" abang pun lelaki Yah.. ada masanya rasa macam nak rasa ikan lain.. asyik ikan kering je.. nak rasa juga ikan segar" selorohnya lalu beredar.
" abang... abang jangan nak mengada ya.. saya tahu abang menggatal dengan perempuan lain dengan dia dengan abang saya kerjakan" tempik wanita itu. Gerammnya dilepaskan pada penyapu yang di ketuk ke dinding.
Sumayyah meneltiti buku buku perkembangan anak muridnya. Diperhati satu persatu permakahan yang diberi. Telefonnya berdetak. Mesej dari adik bongsunya dibaca. Dia tersenyum sendiri. Dalam asyik berbalas mesej.. perutnya berkeroncong kelaparan. Sumayyah ke dapur mencari apa apa saja yang boleh dimakan.
" lapar tomyam la pula" dia mengomel sendiri. Disarung tudung dan dicapai walletnya dan dia keluar berjalan kaki mencari kedai yang berkenan dihati untuk dinikmati makanannya. Usai dia membeli, plastik yang berisi bihun tomyam diambilnya. Dia berjalan semula untuk pulang. Tapi dipertengahan jalannya namanya dipanggil seseorang. Sumayyah menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah itu.
"Su.. " panggil susuk tubuh itu lagi. Bihun tomyam ditangannya terjatuh ke atas jalan tar itu. Sumayyah berlari untuk menyelamatkan diri. Susuk sebentar tadi masih mengejarnya. Sumayyah mengagahkan dirinya walaupun perutnya terasa sakit. Dalam keadaan gelap dan samar samar itu ditidak tahu kemana dia pergi. Bising bunyi kenderaan membingitkan telinganya.
" su..." panggil susuk tubuh itu lagi. Sumayyah hilang arah. Di berselindung disebalik pokok besar. Dia terduduk kerana perutnya teramat sakit. Agak lama dia disitu dan dia keluar dari persembunyiannya apabila susuk tubuh tadi sudah tidak kelihatan. Sumayyah gagah untuk bangun tapi dia tidak mampu untuk melangkah lagi kerana perutnya teramat sakit dan cecair merah mengalir dari celahan pahanya dan kelihatan jelas pada kainnya yang berona putih. Dia gagah berjalan ke tepi jalan. Dia menahan sebuah kereta dan meminta tolong untuk dihantarkan ke hospital.
" encik tolong hantarkan saya ke hospital" pintanya
" kenapa aku nak kena hantar kau pula" soal pemuda itu sinis.
" saya dah nak bersalin encik" ujarnya
" naik naik.. mari aunty hantarkan" ujar seorang wanita.
" mummy.. entah entah dia scammer mana tahu" ujar pemuda itu.
" you tak nampak ke.. dia dah nak bersalin ni.. cepat bawa dia ke hospital" ujar wanita itu yang duduk disebelahnya sambil mengusap perutnya yang mengeras.
Share this novel