Sumayyah dan Sufian menangis teresak esak apabila melihat satu satunya insan yang melahirkan mereka dalam gerigi besi itu. Keadaannya tidak terurus. Kusut masai. Patah katanya tidak difahami. Apatah lagi wanita itu tidak mengenali mereka.
" macam mana ibu boleh jadi macam ni ayah" soal Sumayyah.
" ayah tak tahu.. tapi semua bermula lepas kita semua tinggalkan rumah tu.. ibu asyik termenung dan bercakap sendiri. Cik Milah ada menjenguk ibu tapi dia bertindak kasar.. ayah melawat dia pun terima nasib sama...lama lama jiran jiran bagitahu selalu nampak ibu termenung dekat tangga dan tanya kan dekat orang kampung mana anak anak dia.. Ayah dan cik Milah melawat lagi tapi ibu dah tak kenal kami" cerita Encik Zahari. Sumayyah tidak menahan sebaknya lalu mendekati pintu besi itu.
" Doktor kata dia ada gangguan mental dan berhalusinasi.. sebab tu terpaksa masukkan ibu dekat sini sebab ibu boleh bertindak agresif. " cerita lelaki itu lagi.
" ibu.. Angah dengan Ucu datang ni.. " panggil Sumayyah. Diseka airmatanya.
" hah.. angah.. ucu.. " wanita itu menghampirinya. Ditatap wajah sumayyah.
" kau kenal anak aku sumayyah.. angah.. dia tu anak derhaka tau.. aku nak bagi dia nikah dengan orang kaya tapi dia taknak.. dia nak juga kawin dengan driver lori tu.. last last takde anak.. " tawa wanita itu.
" kau tahu kenapa dia takde anak.. sebab aku jumpa bomoh.. ikat rahim dia supaya tak boleh beranak" tawa wanita itu lagi.
" tapikan.. aku bersalah dengan dia.. aku berdosa dengan dia.. dia anak baik.. dia sayang aku.. aku buatlah apa pun dekat dia..dia tetap datang jenguk aku.. tapi kali ni dia hilang terus.. sebab aku jual anak dia" tangis wanita itu berderai
" kalau kau jumpa dia.. kau bagitahu aku minta maaf aku betul betul minta maaf" Sumayyah semakin sebak.
" ibu.. angah ni.. angah datang jumpa ibu" ujar gadis itu
" kalau kau jumpa dia.. kau suruh dia pulang.
aku rindu dia.. kalau dia tak pulang semua orang taknak balik.. semua orang benci aku.. along pun dah lama tak balik.. along.. alongg.. balik la long.. ibu rindu cucu ibu.. ibu janji takkan buli angah.. ucu balik la nak.. " tangis wanita itu bergema didalam bilik besi itu.
" ibu.. ni angah.. ni ucu.. ibu tolong la ingat kami.. kami perlukan ibu.. ibu.. " rayu Sumayyah.
" ibu ucu ni.. ibu.. sedar lah ibu.. ibuuuu" rayu Sufian. Kedengaran wanita itu mendendangkan lagu dodoi yang sentiasa dinyanyikan setiap kali mereka bertiga mahu tidur.
" aku dapat tahu dah siapa mamat ni" ujar Ah Yen
" dia ni gigolo yang top dekat sini" profil pemuda itu di perhati Damian.
" Sumayyah ada dekat melaka baru baru ni.. tapi tak tahu dengan siapa dan buat apa" ujar Ah Yen. Fail yang diberikan Ah Yen dihempas ke meja. Damian bangun dari duduknya.
" sial betul la.. dia nak main main dengan aku rupanya" ujar Damian. Marahnyaasih belum terpadam malah makin membara.
" tak mungkin Sumayyaj buat macam tu.. aku tengok dia baik je" nasihat Ah Yen
" silap kita tengok orang macam tu.. Fasha.. awal tu dia nampak baik last last apa dia buat.. Sumayyah pun mungkin akan buat benda yang sama sebab dorang bersahabat baik" ujar Damian.
" kau dah call dia.. minta dia jelaskan " soal Ah Yen.
" dah.. aku dah call.. tapi off.. dia pergi melaka untuk apa... nak bersama Zaim dengan Mizi.. " ditumbuk dinding kuat bagi meredakan geramnya
" dorang ada dekat melaka ke.. " soal Ah Yen
" Zaim ya.. aku call dia tadi dia ada dekat melaka.. Mizi aku tak tahu tapi Fasha cakap dia ada dekat melaka" ujar Damian.
kau jangan bertindak melulu.. biar dia explain dulu. " nasihat pemuda itu
" aku...bertindak melulu.. aku sabar dengan keinginan aku.. aku buang kisah silam dia.
aku terima dia seadanya dia.. tapi apa dia buat dekat aku.. aku tak pernah anggap dia perempuan murahan.. nilai sepuluh ribu tu tak de nilainya pada aku.. sebab dia istimewa buat aku.. itu je cara untuk aku buat dia kekal dengan aku.
aku tak nak hilang dia.. aku sayang dia.. " luah pemuda itu. Tangisannya mengalir ke pipi.
" aku tahu.. tapi kau pun patut beri peluang untuk dia jelaskan.. " nasihat Ah yen.
" Yen.. gambar tu dalam bilik dia.. aku tahu lah sebab aku pernah tidur dekat rumah dia. " balas Damian. Ah Yen terdiam.
Sumayyah mula bekerja selepas seminggu bercuti. Dia dipulaukan waris waris dan dua rakan sekerjanya. Dia sedih kerana tidak diberi peluang untuk menerangkan apa yang terjadi. Dan sekarang andainya dia mahu menjelaskan perkara sebenar sudah tiada guna.. tiada yang akan mengerti dan faham apatah lagi menerima penjelasannya. Aibnya sudah dicanang. Fitnah sudah menguasai kewarasan. Sumayyah tersentak apabila beberapa keping kertas di campak ke mejanya
" Eja.. kenapa ni" soal Sumayyah
" kau tak perlu nak berbasi basi.. aku tak sangka kau perempuan jijik" marah gadis itu. Sumayyah hairan. Dia mengutip kertas yang bertaburan lalu dilihatnya. Alangkah terkejutnya dia apabila foto dia dan seorang lelaki dikatil miliknya. Dan pemuda itu tidak dikenalinya.
" Su tak tahu siapa punya kerja.. tapi sumpah Su tak buat macam ni" jelasnya.
" dah la.. kami malu tau ada rakan kerja macam kau.. " marah Eja. Sumayyah terdiam.
" patut la kau mewah sangat.. ada orang pick up.. hantar sarapan.. rupanya kena bela.. jantan yang pic up kau tu.. pelanggan kau ke.. " soal Eja
" eja.. su tak buat semua tu.. su bukan macam yang Eja fikirkan. " Tangis gadis itu berderai.
" habis.. siapa.. setiap hari bertukar jantan amik kau.. tu apek yang kata nak kawin dengan kau tu.. dia ke yang bela kau" soal Eja lagi
" Eja.. dia bukan macam awak sangka" marah Sumayyah.
"kak Mas.. Su tak kuat" ujarnya. Dia adu dukanya pada gadis itu. Telefonnya basah dek airmata.
" Ya Allah Su.. sabar ya.. Su jangan bertindak diluar batasan ya.. Ingat Allah.. Allah uji kita sebab Allah sayang..." pujuk gadis itu.
" Ya kak.. terima kasih sebab sudi dengar cerita Su" ucapnya. Talian dimatikan. Sedang dia bersiap untuk memasak untuk berbuka puasa locengnya berbunyi. Damian yang berdiri dihadapan pintu rumahnya masuk meluru ke dalam rumahnya lalu mengunci pintu dan menghampiri gadis itu yang kelihatan kehairanan.
" Damian.. kenapa ni...awak sakit ke" soalnya apabila melihat wajah pemuda itu merah.
" awak mabuk ke" soal gadis itu apabila pemuda itu berdiri rapat dengannya dan berbau arak yang kuat dari tubuh itu. Sumayyah cuba melepaskan diri tapi pemuda itu menghimpitnya rapat.
" awak.. awak kenapa ni.. kita bincang elok elok...kalau pasal hutang tu.. saya minta tempoh.. kan kita dah janji bayar ansuran. " Sumayyah cuba menolak tubuh lelaki itu. Tetapi lelaki itu mengucupnya dengan rakus. Sumayyah menggigit bibir pemuda itu kuat.
" arghhhh... sial kau" marah Damian.
" awak tu dah kenapa..kena rasuk syaitan ke" marah Sumayyah.
" ya.. kau yang buat kau jadi macam ni" ujar Damian bengis.
" saya buat apa.. " soal Sumayyah. Di tolak tubuh pemuda itu kuat namun tidak berganjak. Tudung yang disarung gadis itu direntap kuat.
" awak..kenapa ni.. " soal Sumayyah gugup
" kalau ada masalah kita bincang kejap lagi..saya nak buka puasa" rayunya apabila kedengaran azan maghrib berkumandang.
" aku peduli apa kau puasa ke tak" Damian makin liar. Sumayyah menampar pipi pemuda itu kuat. Damian terdiam. Direnung gadis itu tajam. Dipikul gadis itu lalu masuk kebilik gadis itu. Dilihat gambar yang di terimanya.
" sah..ini bilik kau" marah Damian
" memanglah ni bilik saya.. takkan bilik orang lain pula. " ujar Sumayyah. Dia semakin tidak memahami pemuda itu. Dia mahu beredar untuk berbuka puasa namun rambutnya ditarik pemuda itu dan mendorongnya ke katil kuat.
" ni.. gambar ni.. kau kan.. dalam bilik ni kan" soal Damian. Sumayyah tergamam
" mana awak dapat gambar ni" soal Sumayyah
" jadi betullah" Damian semakin hilang akal. Dia merentap pakaian Sumayyah kuat hingga menampakkan sebahagian tubuh gadis itu.
Sumayyah mula mengalirkan airmata.
" awak tolong jangan buat macam ni..tolong saya rayu.. " rayu sumayyah
" kenapa.. kau sedap layan jantan lain boleh.. aku yang beli kau dari Mizi dengan Zaim tak pernah sentuh kau pun.. Hutang.. aku nak sekarang.. " Damian bertindak kasar. Sumayyah menampar pipi pemuda itu namun tidak diendahkan pemuda itu. Digigit bahu pemuda itu yang memelukanya kemas.
"Argghhh.. sial kau sumayyah. " Ditampar Sumayyah kuat. Tangis Sumayyah mengalir laju. Tangan gadis itu dipegang keatas kemas. Damian mahu mencium gadis itu lagi namun dibalas gigitan oleh Sumayyah.
" Demi Allah saya tak buat semua tu" ujar Sumayyah sebak.
" kalau betul awk anggap saya murahan.. awak halal kan saya.. saya takkan tuntut apa pun dari awak.. saya cuma nak awak tahu demi Allah saya tak buat.. Saya di aniaya.. " jelas Sumayyah. Damian terdiam. Ditenung wajah gadis itu. Dari getaran mata itu dia mencari cari kebenaran.
Share this novel