Sumayyah resah. Dia dilarang oleh siew dari melawat Damian. Dia tidak tahu akan perkembangan pemuda itu. Hatinya tidak keruan. Dia mula merindui lelaki bengis itu. Ditatap sapu tangan milik pemuda itu yang diberi kepadanya pada hari terakhir mereka bertemu. Ketika itu hujan membasahi bumi dan dia kebasahan ketika mahu masuk ke kereta ketika mahu ke pasaraya. Pemuda itu menghulurkan sapu tangannya agar gadis itu mengelap wajahnya yang kebasahan. Dan itulah layanan permaisuri terakhir yang diberikan pemuda itu kepadanya sebelum segalanya berubah sepenuhnya. Digenggam sapu tangan itu kemas. Airmatanya menitis satu persatu.
" Doakan yang terbaik untuk dia" nasihat Encik Zahari.
" semua ni salah angah ayah.. kalau angah tak tipu perasaan angah semua ni takkan jadi macam ni" tangis gadis itu berderai.
" sabar.. insyaAllah.. kalau betul dia jodoh angah.. takkan ke mana..cuma lepas ni angah kena berterus terang dengan dia...jujur dengan dia.. " nasihat lelaki itu.
" angah rindu dia ayah" luah gadis itu.
" Sabar ya.. bagi semua ni reda dulu" nasihat lelaki itu.
" angah.. polis dah dapat Fasha.. " ujar Sufian apabila berita penahanan gadis itu disebarkan melalui media massa.
" hampir setahun..mana dia menyorok.. " soal Encik Zahari.
" tahan dekat rumah dia katanya" cerita Sufian lagi.
" ermmm.. tu la..buat apa apa tak fikir dulu" sampuk Encik Zahari. Sumayyah menarik nafas lega.. akhirnya pelaku telah ditangkap. Dia cuma berharap agar gadis itu mendapat hukuman yang setimpal.
Homestay yang diusahakannya semakin mendapat sambutan. Gibran banyak membantunya dalam projek itu. Dari sebiiji rumah kini dia sudah mempunyai beberapa buah biji homestay. Sumayyah bangga dengan kerja kerasnya.
" terima kasih Gib.. sebab banyak tolong Su.. " ujarnya pada pemuda itu
" perkara kecil je.. Gib suka tengok Su sekarang..." Sumayyah menoleh. Dipegang tudungnya yang ditiup angin pantai.
" kenapa..sebelum ni Su macam mana dimata Gib" soal Sumayyah.
"Su walaupun tertawa tapi masih tampak duka" ujar Gibran
" ye ke... " gadis itu melepaskan keluhan berat. Dilepaskan pandangannya ke pantai.
" Su.. " panggil pemuda itu. Sumayyah menoleh
" Gib ada benda nak cakap.. Gib harap Su tak terkejut ya" ujar pemuda itu
" apa dia.. macam sensasi sangat ni" seloroh gadis itu.
" Gib nak hantar rombongan merisik Su.. boleh" Sumayyah kaget.
" untuk apa" soal Sumayyah
" merisik Su.. Gib dah lama simpan perasaan..Gib rasa dah sampai masanya untuk Gib luahkan.. " ujar pemuda itu
" tapi Su tak bersedia lagi untuk cari pengganti Abang Har" ujarnya. Dia benar benar terkejut akan tindakan pemuda itu.
" belum bersedia atau sudah punya pengganti" duga pemuda itu.
" maksud Gib.. " Soal Sumayyah.
" Gib tahu Su ada hati dekat Damian.. " Sumayyah terdiam. Kali ini dia tidak dapat lari lagi dari realiti. Dia akui hatinya sudah dimiliki namun masih belum meluahkan. Dia tidak punya peluang untuk membetulkan segalanya. Damian enggan bertemunya. Dia sudah cuba untuk meraih hati dan perhatian pemuda itu namun gagal. Kehadirannya seakan tidak diundang.
" maaf Gib.. Su tak boleh tipu diri dan hati Su lagi.. memang Su sayang Damian.. " jujurnya.
" tapi Gib tahu yang Damian cuba mengelak dari jumpa Su kan.. hujung minggu ni family Gib akan datang merisik.. Gib dah bincang dengan pakcik.." Sumayyah tersentak.
" kenapa ayah tak bincang dulu dengan angah" marah Sumayyah.
" dorang baru nak merisik angah.. kalau angah tak boleh terima.. kita pulangkan balik" ujar Encik Zahari
" ayah.. ayah tak malu ke nak buat macam tu.. dari awal sepatutnya tak payah terima" marah gadis itu
" kenapa tak bincang dulu dengan angah" marahnya lagi
" cantik suara kau angah.. nak bincang dengan angah buat apa.. nak bagi jawapan bangang lagi.. kenapa dah lupa dah pada hantu si Har tu" marah Sufian
" kau diam ucu... ayah.. ayah tahu kan angah suka dekat siapa.. kenapa ayah pandai pandai terima" nadanya sedikit kendur
" angah suka siapa.. Damian.. huh.. dah terlambat lah angah.. Dia dah jauh hati faham tak.. dia jumpa angah pun taknak.. jangan berangan lah yang dia akan tengok angah balik.. angah.. dah setahun kot.. entah entah dia pun dah ada awek lain... terima je lah si Gibran tu" sinis Sufian
" kau jangan masuk campur Ucu" marah Sumayyah
" ayah tahu angah suka Damian.. tapi macam ucu cakap la.. dia mungkin dah tawar hati.. dua tahun dia tunggu angah tapi apa angah buat.. layan dia endah tak endah.. orang lelaki pun punya perasaan angah.. dorang bukannya patung.. ayah tak rasa angah dapat tambat hati dia kembali.. ayah terima pun sebab ayah fikirkan angah.. sampai bila angah nak sendiri... " ujar Encik Zahari.
" tapi ayah.. " Sumayyah mati kata
" merisik bukannya bererti angah milik dia yang sah.. dalam tempoh merisik ni angah fikir masak masak.. kalau angah memang tak boleh terima dia.. kita pulangkan balik.. lagipun ayah dah bagitahu dia yang angah sukakan Damian" jelas Encik Zahari.
"esok angah nak ke bandar" pinta Sumayyah.
" nak buat apa" soal Encik Zahari.
" angah nak tamatkan semuanya.. kalau betul dia tak ada hati dekat angah.. angah akan lupakan dia dan terima Gibran seperti ayah mahukan.. " ujarnya lalu beredar masuk kebiliknya.
" ah kau sentap.. baru angah tahu bagaimana sakitnya hati bila cinta kena tolak.. time orang nak jual mahal.. sekarang hambikk" sinis Sufian
"ucu sudah.. biarkan dia.. hidup dia.. hak dia...kita cuma boleh aturkan saja.. keputusan biar dia yang buat. " Nasihat Encik Zahari.
Sumayyah ke bengkel untuk bertemu dengan Damian namun hampa. Pemuda itu keluar daerah.
" dia nak rehat kot.. lepas dia keluar wad.. dia kerja siang sampai malam.. dia pun tak berapa sihat dua tiga hari ni.. tu yang dia pergi bercuti" cerita Jad.
" tahu dia ke mana" soal Sumayyah
" bukit fraser katanya.. dia nak pergi dekat tempat yang orang tak dapat cari dia.. " ujar pemuda itu lagi.
" thanks Jad" sumayyah buru buru pergi meninggalkan bengkel itu. Dia segera ke terminal untuk membeli tiket mahu ke Bukit Fraser. Dia harus bertemu dengan pemuda itu.
"hello.. awak.. datang ambil saya" ujar Sumayyah ditalian
"ambil kau dekat mana.. apa pasal aku pula nak kena ambil kau.. cari orang lain" ujarnya Damian
" saya dekat balai polis bukit fraser.. saya kena ragut tadi.. sakit. " rengek Sumayyah
" awak tak boleh datang jumpa saya tak pelah.. saya minta maaf ganggu awak" ujar Sumayyah dengan harapan pemuda itu bersimpati.
" kau bagi telefon kau dekat polis tu" pinta pemuda itu. Sumayyah akur.
" Encik.. tolong hantar perempuan tu dekat terminal..encik tolong belikan dia tiket untuk pulang ke bandar.. nanti saya bayarkan semula" ujarnya. Sumayyah tersentak dengan tindakan pemuda itu.
Share this novel