10

Drama Completed 119253

" puan tiada apa apa masalah.. ubat yang saya berikan tu bertindak balas dengan baik.. mungkin dari pihak suami puan.. apa kata puan bawa suami puan untuk datang supaya saya boleh berikan supplement untuk dia" ujar doktor tersebut. Dia dan Fasha saling berpandangan. Sumayyah keluar dari klinik itu dengan hati yang lega.
" macam mana aku nak ajak dia.. dah banyak doktor kami jumpa tapi masih sama..aku tak rasa kali ni dia nak datang" luah Sumayyah
" kau cakap la baik baik dengan dia.. time nak tidur tu.. kau sembang dengan dia.. orang kata pillow talk ni berkesan" cadang Fasha. Sumayyah hanya membisu.

" Kenapa ni" Azhar risau melihat isterinya bermuram durja.
" baru balik dari klinik.." jawab Fasha
" su tak sihat ke.. demam.. sakit dekat mana" soal Azhar. Diperiksa badan isterinya.
" su ok.. tak sakit.. pun" jawab Sumayyah lembut. Tangan suaminya di genggam erat.
" abang..kali ni je.. su minta abang buat rawatan.. kalau kata tak berkesan juga su terima cadangan abang kita ambil anak angkat" jawabnya
" su.. abang bukan tak nak.. tapi dah banyak duit kita habis untuk ini.. abang tak nak kecewa lagi" ujar Azhar.
" tapi abang kita cuba kali ni.. klinik ni nampak macam ok.. sebab su dah cuba..su rasa ada perubahan.. " pujuknya.
" cuba lah dulu Har.. tak salah kalau cuba kan.. " sampuk Fasha. Azhar memandang gadis itu.Fasha seakan memujuk.
" masalahnya duit dah banyak habis.. tapi masih takde hasil" kecewanya jelas.
" kali ni je.. lepas ni kalau kata takde apa apa juga su ikut cakap abang" ujar Sumayyah. Azhar memeluk isterinya erat.
" sepatutnya aku bukan kau su.. " getus hati Fasha.

Fasha melepaskan geramnya pada bantal bantal yang tersusun rapi di katilnya.
" sial kau su.. kenapa semua yang aku nak jadi hak kau.. aku akan pastikan Har milik aku seorang.. dan jangan harap kau akan dapat lahirkan zuriat dari benih Har.. hanya aku.. hanya aku yang layak" marahnya.
" Sha.. sha.." puan Aini mengetuk pinti bilik anaknya kuat. Dia risau apabila mendengar anaknya bertempik didalam bilik.
" Sial kau sumayyah.. aku benci kau su.. aku nak kau matiiii" tempik gadis itu.
" sha... sha.. "tempik wanita itu. Akhirnya pintu itu dibuka. Puan Aini mendapatkan anaknya
" kenapa ni Sha.. apa yang berlaku.. cerita dekat mama" pujuk wanita itu.
" Su...Sha nak su hilang dari hidup Har.. Sha taknak berkongsi..Sha nak Har..hanya untuk Sha.. mama..tolong Sha ma.. Sha boleh jadi gila kalau macam ni" rayunya. Puan Aini memandang sayu anaknya. Dia tidak sanggup melihat anaknya hidup seperti ini

Azhar termenung ditingkap. Dia memikirkan harus bagaimana dia jelaskan tentang perkahwinannya dengan Fasha.
" Abang.. jauh termenung.. abang ada masalah ke?..cerita lah dekat su.. mana tahu kot kot su boleh tolong" Sumayyah berdiri disebelah suaminya. Lengan suaminya diusap lembut.
" abang cuma fikirkan kisah kita.. abang takut satu hari nanti abang akan hilang orang yang abang sayang" ujar Azhar.
" apa maksud abang" soal Sumayyah.
"abang takut akan hilang su.. " luah Azhar.
"kenapa abang cakap macam tu.. Su nak pergi mana.. kenapa pula Su nak tinggalkan abang...kan kita dah janji" ujar Sumayyah.
" mana lah tahu.. sebab abang rasa kita macam jauh sangat.. abang pun selalu mimpi yang su ada dekat satu tempat yang tinggi...walau sekuat mana abang daki untuk dekat dengan su.. abang tetap tak dapat pegang tangan su" ceritanya
" mimpikan mainan syaitan.. saja lah tu.. abang letih kerja.. insyaAllah takde apa apa.. Su sentiasa ada dengan abang" pujuknya. Azhar memeluk isterinya erat.

"maaf su.. akak dah tak boleh ambil Su mengajar lagi sebab anak saudara akak nak masuk mengajar.. maaf su maaf sangat sangat. " ujar pengetua tadika.
" tak pe kak.. Su faham..terima kasih bagi peluang dekat su mengajar dekat situ. " ujarnya. Talian dimatikan. Hatinya sedih. Kariernya sudah tamat disitu. Dia mahu berkongsi cerita namun tidak tahu dengan siapa. Azhar ke Negeri Sembilan untuk menghantar barang. Dia tidak mahu mengganggu suaminya. Dia buntu. Tangisannya membasahi pipi.

Azhar berhenti ditepi jalan bagi merehatkan diri untuk seketika setelah lama memandu. Dia menelefon Sumayyah bagi bertanya khabar.
" hello...abang.. " sahut sumayyah lembut ditalian. Azhar tersenyum sendiri.
" su buat apa.. "soal Azhar.
" tak buat apa.. abang ada dekat mana ni.. dah sampai rasah ke" soal Sumayyah.
" belum.. baru nak masuk seremban.. su tak sihat ke.. suara lain je abang dengar" soalnya. Hatinya mula risau
" Su ok..abang jangan risau ya.. abang jaga diri"pinta Sumayyah. Azhar terdiam. Hatinya mula tidak sedap. Dia meneruskan perjalanan. Dia mahu selesaikan kerjanya dengan kadar segera. Tiba di Rasah..kerja tergendala kerana hari sudah malam. Dia bermalam di dalam lori. Malas dia mencari hotel budget untuk bermalam. Dia cuba menelefon Sumayyah namun tidak berangkat. Hatinya makin tidak keruan. Telefonnya berdering tapi kali ini dari orang yang tidak dikenali.
"abang Har..angah demam panas.. ucu ada dekat klinik ni..teman angah" ujar Sufian ditalian
" Allahurabbi.. patut la tadi waktu abang call suara dia lain sangat.. ucu tolong teman angah malam ni.. esok abang habis kerja abang terus balik" ujar Azhar. Matanya tidak dapat dilelapkan.

Azhar selesai menghantar barang dan menuju pulang dengan segera. Risaunya masih berbaki. Bibirnya tidak berhenti menitip doa buat isterinya. Lega baginya apabila pintu sempadan negeri sudah kelihatan.
" Har.. mama ni.. Har balik rumah mama kejap.. mama ada perkara nak bincang" Kata kata Puan Aini membuatkan Azhar terpaksa membatalkan niatnya untuk bertemu Sumayyah. Azhar pulang ke rumah mertuanya. Fasha dan kedua mertuanya sedang menanti diruang tamu.
" Har papa nak tahu..sampai bila kamu nak sorok perkahwinan kamu dengan Fasha.. " soal Encik Fuad. Azhar terdiam
" papa bukan apa.. papa nak tahu apa tindakan Har sebagai suami untuk pertahankan isteri Har" soal lelaki itu lagi
" Har minta tempoh yang sesuai untuk beritahu Su tentang hal ni.. hari ni dia demam.. Har minta diri.. Har nak balik jenguk dia" ujar Azhar.
" Bie nanti dulu.. " panggil Fasha. Azhar berhenti melangkah.
" bie baca ni" sekeping kertas diberikan Fasha kepada Azhar. Azhar meneliti laporan perubatan tersebut.
" Su takkan buat macam ni...dia pun beriya nakkan anak" Azhar tidak percaya dengan laporan tersebut
" Mula Sha ingat itu supplement biasa untuk kesuburan..tapi Sha rasa pelik tengok ubat tu lebih kurang sama dengan pil perancang yang Sha makan. Sha ambil sample dan minta kawan Sha check.. betul pil tu pil perancang.. " ujar Fasha. Azhar keluar dari rumah itu dan terus pulang bertemu Sumayyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience