16

Drama Completed 119253

Hampir sebulan Sumayyah bekerja di tadika baru. Dia semakin seronok. Sedikit sebanyak dia dapat melupakan kisah hitam dalam hidupnya.
" Su kak Mas balik dulu ya.. su jangan lupa kunci kelas tau" ujar rakan sekerjanya.
" Ya kak Mas.. akak balik elok elok tau" ujarnya. Sumayyah sendirian di tadika. Dia mengemas buku buku dan alatan mengajar. Diamati setiap sudut kelas tersebut. Rindunya pada kelasnya yang dahulu menjengah. Dia sapu airmatanya lalu mengunci pintu utama kelasnya dan berjalan ke perhentian bas. Dia termenung sendirian. Tiba dirasakan kepalanya berpusing. Semuanya seakan berputar. Dunianya tiba tiba menjadi kelam.
" cik.. cik" kedengaran suara seseorang memanggil. Bahunya ditepuk perlahan. Sumayyah membuka matanya. Suasana terang. Kedengaran bunyi mesin yang bingit.
" cik. " Sumayyah menoleh
" macam mana saya boleh ada dekat sini" soalnya pada jururawat disebelahnya
" cik pengsan tadi.. cik ada rasa sakit dekat mana mana tak" soal jururawat tersebut. Sumayyah menggelengkan kepala.
"rasa loya atau muntah"soal jururawat itu lagi. Sumayyah menggelengkan kepalanya lagi.
" Hai cik sumayyah.. ada rasa sakit dekat mana mana tak.. loya.. pening atau nak muntah.. ada.. " Soal seorang doktor perempuan yang menghampirinya
" tak de.. " jawab Sumayyah. Dia masih bingung.
" boleh kami dapatkan sampel air kencing" pinta doktor itu. Sumayyah akur. Dia mengikut jururawat lalu mengambil sampel yang di pinta. Dia duduk dikatilnya. Lama ditunggu akhirnya doktor wanita itu kembali semula bersama sebuah fail ditangan.
" cik Sumayyah dah berkahwin" soal doktor itu.
" dah..kenapa doktor" soal Sumayyah cuak
" suami cik Sumayyah ada di mana ya.. dia dengan cik Sumayyah ke" soal doktor itu lagi.
" takde.. kami dah bercerai" Sumayyah tidak senang hati. Badannya sedikit menggigil.
" Cik Sumayyah positif hamil" Sumayyah terpana. Jantungnya berdegup kencang.. tubuhnya mula mengeluarkan peluh halus
" Cik Sumayyah mengandung" terasa seperti bula menimpa ribanya. Dadanya berombak. Jantungnya berdegup laju. Sumayyah tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat itu.
Sumayyah mengambil cuti sakit. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan insan baru yang wujud didalam rahimnya. Dia menangis sehariannya.

Azhar tidak seceria sebelumnya. Keterlanjuran kata katanya memakan diri. Talak yang diucap memberi seribu penyesalan. Dia rindu akan hilai tawa bekas isterinya. Layanan mesra tatkala dia pulang dari kerja. Dua bulan satu tempoh yang menyakitkan baginya. Dia cuba untuk mencari bekas isterinya memohon peluang kedua namun hampa. Gadis itu telah menukar nombor telefonnya serta telah berhijrah ke kota. Dia seakan hidup dalam mati seperti Zombie.Jasadnya disitu tetapi hati dan fikirannya hanya pada gadis bernama Sumayyah.
" papa beri kamu amaran Azhar.. jika kamu masih melayan Fasha seperti ini.. papa tak teragak agak untuk bertindak keras." peringatan lelaki tua itu buat menantunya. Semenjak kehilangan Sumayyah Azhar tidak mengendahkan Fasha.Tidurnya juga tidak sama. Dia pulang ke rumah pusakanya bagi mengubat kerinduan. Setiap sudut rumah itu terbayang akan perilaku gadis itu yang sentiasa mencuri tumpuannya. Hilai tawa dan gurau senda gadis itu menyesak dadanya. Azhar kelihatan tidak terurus. Wajahnya semakin melihatkan jambangnya yang sudah lama tidak dicukur. Dibiarkan tumbuh diwajahnya kerana selalunya gadis yang dirinduinya itu yang merapikan untuknya.
" Su.. su dekat mana.. abang rindu su" ujarnya. Bantal yang selalu digunakan gadis itu basah dek airmatanya.
"abang minta maaf su.. abang tahu abang salah.. abang minta maaf... Su... abang rindu Su" bicaranya sendiri.

Keadaan Azhar menjadi bualn orang kampung. Encik Azahari turut bersimpati. Dia melawat bekas menantunya dirumah usang itu. Rumah yang sudah ditumbuhi lalang dan semak samun itu kelihatan menakutkan namun digagahinya juga.
" Har.. ayah datang ni" Dia melangkah dengan berhati hati. Takut takut jika pemuda itu bertindak diluar jangkaan. Dia menjengah disetiap sudut ruang tamu dan dapur namun tidak ke temu. Di tolak daun pintu bilik itu kerana kedengaran esakn tangisan dari dalam bilik itu.
" Ya Allah,Har..." Encik zahari tersentak. Bau bilik itu teramat busuk. Di buka tingkap bilik yang entah sudah lama mana tidak dibukanya. Bekas makanan yang sudah basi bersusun diatas lantai. Bau yang membuatkan hidung Encik Zahari mual.
" Yah datang rumah Har sekarang. "pinta Encik Zahari. Puan Fauziah bersiap lalu ke rumah bekas menantunya. Dia tersentak melihat keadaan rumah dan bekas menantunya itu.
" Har kenapa sampai macam ni sekali keadaan kamu nak.. " Airmata sayu menitis dipipi Puan Fauziah. Penyesalannya mula menebal dihati.
" kamu tengok apa yang jadi dengan perbuatan kamu Yah.. kamu dah rosakkan hati orang yang tak bersalah Yah" ujar Encik Zahari lalu membawa pemuda itu ke bilik air untuk dimandikan. Puan Fauziah mengemas rumah itu agar bersih dan kemas. Dibuka semua tingkap agar peroleh udara baru

Azhar duduk disofa termangu tanpa kata. Puan Fauziah sibuk didapur memasak. Encik Azhar dan Sufian merapikan bahagian luar rumah agar bersih. Telefon Azhar berdering namun tidak diendahkannya kerana panggilan dari Fasha, baginya gadis itu punca segalanya. Marahnya pada gadis itu belum reda. Dikhianati sahabatnya sendiri dan dipalsukan kehamilannya hanya kerana mahu menakluki cintanya dan akhirnya gadis yang banyak berkorban hati dan perasaannya pergi meninggalkannya dan tak pernah menolehnya lagi.
" Hello.. Dia ada dekat sini.. apa kata datang sini dan kita bincang" ujar Encik Zahari dan talian telefon Azhar dimatikan
" Har taknak jumpa dia ayah" ujar Azhar
" Har.. Har tak boleh macam ni.. Har kena tunaikan tanggungjawab Har sebagai suami. Dia isteri Har yang sah" Nasihat Encik Zahari
" isteri Har Su..insan paling Har sayang..Su.. " ujar pemuda itu
"tapi Har itu cerita lama.. sekarang Har ada Fasha.. Har kena bangkit dari mimpi Har.. " ujar Encik Zahari
" macam mana Har nak bangun dari mimpi jika realitinya menyakitkan. Har lebih rela bermimpi jika mimpi itu mengembirakan Har. Jika mimpi itu membahagiakan Har.. Har sanggup hidup dalam mimpi" ujar pemuda itu lagi
" abang Har kena terima kenyataan..abang kena belajar hadap realiti walaupun sakit sebab apa yang jadi ni pun berpunca dari abang juga.. kalau abang tak kawin dengan Fasha, angah takkan pergi dari sini.. " Marah Sufian.
" ucu apa ni.. " sapa Puan Fauziah yang datang ke ruang tamu dengan semangkuk bubur.
" Har makan bubur ni.. Har kena makan.. baru ada tenaga. "ujar Puan Fauziah
" ibu.. kenapa ibu benci Har.. kenapa ibu nak pisahkan Har dengan Su" soal Azhar dalam tangisan. Puan Fauziah terdiam
" abang...perkara ni terjadi bukan salah ibu sorang salah abang juga.. abang yang ceraikan angah ketika angah call minta tolong selamatkan dia dari Zaim..abang suami tak berhati perut.. abang dah curang dengan dia.. dah tu madukan dia.. abang ceraikan dia macma tu je saat dia bertarung nak selamatkan maruah dan rumahtangga abang.. manusia apa abang ni" marah Sufian lagi
" ucu.. pergi balik.. ayah kata balik"tengking Encik zahari
" ibu tahu ibu salah.. ibu nak tebus salah ibu pada Har.. ibu minta maaf nak" pinta Puan Fauziah
" ibu.. tak semua ni salah ibu.. Dia kena terima hakikat yang dia pun bersalah dengan angah.. bukan semua kesalahan tu diletakkan pada ibu sorang... tu bini dia tu.. pun sekor lagi tak guna" pipi Sufian perit ditampar ayahnya
" ayah kata balik" tengking Encik Zahari. Sufian bentak. Dia keluar dari rumah itu lalu menghidupkan motor dan beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience