17

Drama Completed 119253

Fasha melihat suaminya yang termangu seperti orang bodoh. Dia merapati lelaki itu dengan hati yang risau. Risau akan pemuda itu bertindak diluar batasan. Semakin ingin didekati pemuda itu semakin dia dijauhi dirinya.
" saya rasa Tuan Fauzi kena bawa Azhar ni mendapatkan rawatan.. saya takut kesihatan dan mentalnya terjejas" nasihat Encik Zahari.
" untuk apa kami habiskan duit untuk orang tak guna macam ni.. " Encik Zahari dan puan Fauziah tersentak mendengarkan kata kata lelaki itu
" tapi dia menantu tuan.. suami kepada anak tuan" ujar Encik Zahari
" saya datang sini sebab saya nak dia ceraikan Fasha" Encik Zahari memandang gadis itu dan berpaling semula kearah lelaki dihadapannya.
" tapi tuan.. diperlukan sokongan dari isteri dia untuk terus hidup. " pujuk Encik Zahari.
" isteri.. dia tak pernah anggap Fasha isteri dia.. mungkin jasadnya saja pada anak saya tapi hati dia" ujar lelaki itu. Keadaan tegang apatah lagi tiada bantahan dari gadis itu. Fasha seakan merelakan dirinya dijadikan bahan bualan. Seakannya itu juga kehendaknya.
" dalam keadaan macam ni Fasha sepatutnya galas tanggungjawab sebagai isteri.. sekarang Fasha saja isteri dia.. tambat hati dia.. pulih dan jernih kan hubungan bukan buat keputusan macam ni" ujar Encik Zahari. Nadanya keras dan tegas
" saya kawin kan anak saya dengan dia bukan nak dijadikan hamba tapi permaisuri..kalau dah nak dijadikan hamba maaf saya tak boleh terima" ujar lelaki itu
" kalau dah tahu anak Tuan akan disakiti kenapa suruh dorang menikah.. yang jadi mangsa sekarang anak saya.. sebab perbuatan anak Tuan lah dorang ni berpisah" marah Encik Zahari mula tersebar.
" sebab dorang dah terlanjur.. takkan saya nak biarkan saja" Encik Zahari tersentak. Dia tidak menyangka bahawa hidup anaknya benar benar sengsara.
" lagipun jangan nak salahkan Fasha saja.. isteri awak tu.. bukan petualang semuanya.. "perli lelaki itu. Puan Fauziah tidak senang duduk.
" ya salah isteri saya sekurang kurangnya dorang masih lagi boleh bersama.. tapi bila Fasha hadir dalam kehidupan mereka.. anak saya selalu disakiti.. Fasha curi semua hak anak saya" Marah Encik Zahari
" pakcik.. Sha tak minta banyak hanya nak berkongsi tapi sumayyah yang tak berlaku adil." gadis itu cuba meletakkan salahnya kepada bekas madunya.
" siapa yang tak adil.. Sumayyah.. kau jangan nak buruk burukkan dia.. kau dan aku yang sakiti dia.. masa aku lebih banyak dengan kau berbanding dia.. apatah lagi kau tipu kau kata kau mengandung sedangkan kau..." kata kata Azhar tidak dapat dihabiskan.
" apa kau apa Azhar.. jangan nak fitnah Fasha pula.. dia sedang hamilkan anak kamu..kamu boleh tuduh dia macam tu" Marah Encik Fauzi.
" Fasha disahkan mandul.. dia tidak boleh mengandung..betul kan Fasha" ujar Azhar. Gadis itu tersentak. Badannya mengigil. Rahsianya sudah terbongkar.
"kamu jangan nak fitnah Fasha pula Azhar.. papa takkan benarkan dia diperbodohkan" ujar Encik Fauzi. Fasha diam. Jarinya digenggam erat.
" Sha.. bagitahu mama.. betul ke ni" soal Puan Aini.
" aku jumpa laporan perubatan kau.. doktor sahkan kau tak boleh mengandung sebab kau dah buang rahim kau akibat pendarahan waktu kau cuba gugurkan kandungan kau.. betul kan" ujar Azhar lagi.
" Sha cakap dekat mama Sha.. betul ke ni.. betul ke apa yang Har cakap tu" tengking Puan Aini.
" ma.. pa.. Sha minta maaf.. " tangis gadis itu mula berderai.
" Fasha.. apa yang kamu buat ni.. siapa yang mengandungkan kamu.. Azhar" tengking Encik Fauzi.
" bukan.. Har..Sha perangkap dia untuk tidur dengan Sha sebab waktu tu Sha dah mengandung lima minggu tapi tak sempat Sha nak ajak Har nikah Su lebih awal pregnant.. Sha terpaksa halang Su dari pada tahu yang dia hamil...jadi su tukar semua supplement dia..Su tak tahu dia keguguran.. Sha bagitahu yang dia period biasa sebab ubat hormon padahal ubat yang dia makan ubat untuk gugurkan kandungan. Bila Su gugur Sha pun makan ubat yang sama tapi janin Sha kuat.. Sha takde cara lain lepas Har tolak untuk bernikah dengan Sha.. Sha minum sampai mabuk.. Sha ambil ubat untuk gugurkan janin dan Sha keguguran dan kemalangan" mereka tersentak.
" su pregnant...kenapa aku tak tahu" soal Azhar.
" dia pregnant dua minggu. Dia pergi test dekat klinik kawan Sha.. Sha minta dia swipe result. Jadi Su tak tahu dia mengandung. " Fasha teresak esak.
" kau manusia kejam Fasha.. apa salah Su sampai kau buat dia macam tu.. " marah Puan Fauziah
" Dia rampas Har dari Sha.. " tengking gadis itu.
" aku dengan kau tak pernah bercinta pun.. " marah Azhar.
" siapa bapa anak tu" Soal Encik Fauzi. Fasha diam
" Fasha Adriana binti Fauzi aku ceraikan kau dengan talak satu" semua tersentak dengan lafaz tersebut. Azhar bangun lalu masuk ke biliknya dan di kunci dari dalam. Fasha menangis teresak esak. Encik Fauzi bersandar dikerusi dan melepaskan keluhan berat. Suasana sunyi hanya kedengaran tangisan dan esakan dari Fasha.

"Along.. angah mengandung" adu Sumayyah ditalian.
" apa.. angah.. angah jangan main main" soal Safwan tidak percaya.
" ya.. angah mengandung dah sembilan minggu dah nak masuk sepuluh" ujar Sumayyah
" Allahurabbi... maaf along tanya.. anak siapa" soal Safwan
" angah bukan nak perangkap atau nak paksa suruh bertanggungjawab.. tapi angah pasti ini anak Har.. " ujar Sumayyah. Dia pasti bayi yang dikandungkannya itu anak lelaki itu
" mana angah tahu" soal safwan
" kami baru bercerai dua bulan.. kandungan angah dah sembilan bulan.. bermaksud angah diceraikan dalam usia kandungan angah seminggu.. dan tarikh tu juga angah..Zaim... " dadanya tiba tiba sesak apabila mengingatkan peristiwa itu.
" ok tak pa...along faham. " angah memang pasti kandungan angah sembilan minggu" soal Safwan
" ya.. doktor dah sahkan.. ni dah nak masuk sepuluh minggu" ujarnya. Diseka airmatanya. Sayang yang ditunjukkan abangnya membuatkan dia terharu.
" angah kena bagitahu Har.. dia patut tahu.. kalau diikutkan idah angah panjang.. angah boleh balik semula dengan dia kalau angah nak.. " cadang Safwan
" tapi Fasha.. " soal Sumayyah
" angah boleh terima Azhar semula ke.. " soal pemuda itu pula. Dia agak berhati hati. Dia tidak mahu adiknya dikecewakan lagi
" anak ni perlukan ayah untuk hidup" kedengaran esakan ditalian.
" ermm.. angah.. angah jangan buat apa apa lagi ya.. hari sabtu ni along pergi dekat angah dengan kak lia.. kita bincang.. lepas tu baru kita bagitahu ibu ayah ya" ujar Safwan. Dia takut akan reaksi ibunya setelah apa yang dilakukan ibunya terhadap adiknya

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-12-18 07:48:59 

nanti sambung lagi ya...kisah Sumayyah...tq

husmafiq enterprise
2022-12-18 07:47:34 

apalah nak jadi..ada ke patut sihirkan anak sendiri.


NovelPlus Premium

The best ads free experience