Chapter 18

Fanfiction Series 5338

Tak lama itu, Anastasia buat keputusan untuk melawat abangnya yang sekarang ini berada di perpustakaan peribadinya.

Terlihat Louis sedang duduk di sofa, sebuah buku ditangan, matanya khusyuk membaca tulisan dibuku tersebut. Bibirnya terukir senyuman. Biasan cahaya matahari yang terkena sedikit wajahnya memberikan putera itu rupa yang lebih indah dari sebelum ini.

Anastasia menghayati selama yang mungkin permandangan dihadapannya itu sebelum menyedarkan dirinya. "Abang?" Tegur Anastasia.

"Oh!" Louis tersentak. "Anne? Apa yang buatkan adinda datang ke sini?" Soalnya.

Anastasia duduk berhadapan dengan abangnya. "Abang, Anne nak tanya..." Dia teragak-agak.

"Teruskan..."

"...boleh tak abang jadi pasangan menari Anne masa tarian pertama nanti?"

Louis mengambil masa untuk berfikir sebelum menjawab. "Tak."

"Eh, tapi kenapa?"

"Kalau sampai tanya abang, mesti Asher tolak juga, bukan?"

Anastasia mengangguk.

Louis tersenyum sedikit, dia tahu sangat apa yang sedang terjadi. "Ayahanda yang sepatutnya kamu tanya, mesti ayahanda akan menghargainya."

"Tapi..."

"Abang pula akan menari ditarian kedua kamu, kalau itu yang kamu nak."

Anastasia berdiam diri seketika sebelum mengeluh dan mengangguk.

"Itu sahaja ke sebab adinda datang ke sini berjumpa dengan abang?"

"Tak juga, tapi Anne rasa nak luangkan masa bersama abang petang ini, boleh tak?"

"Mestilah, Anne kan adik abang."

***

Langit biru yang dipenuhi dengan awan putih melayang malas sambil ditiup angin yang perlahan. Ianya masih lagi pagi dan keluarga diraja Eurasia sedang minum teh bersama sebelum kembali membuat hal masing-masing.

"Papa."

Charles memandang Anastasia dari sisi matanya.

"Hari jadi kami akan tiba dan debut kami pun sama..."

Asher memutarkan mata, 'topik ini lagi.'

"...jadi Anne terfikir siapa yang perlu iringi Anne masa tarian pertama nanti. Oleh disebabkan ianya hari yang bermakna, Anne nak diiringi oleh orang yang selalu ada dengan Anne..." Kata Anastasia, mengerling Felix.

'Ya, betul itu, puteri!' Felix bersorak sendiri.

"...jadi tidakkah Felix pilihan yang bagus?"

'Apa??!!' Felix terdiam, terkejut dan terpaku.

Louis sedaya upaya menahan senyumannya, dia sepatutnya menjangkakan perkara ini.

"Apa pendapat papa?"

Clink...

Charles meletakkan cawannya. "Felix. Ianya bukan pilihan yang teruk."

"Betulkan?"

Terdengar bunyi Louis tertawa kecil disamping mereka.

"Buat saja apa yang kamu mahukan." Balas Charles tanpa memperdulikan anak sulungnya itu.

"Wow. Anne sebenarnya ada tanya Felix semalam dan Felix cakap yang dia akan setuju kalau tiada lagi pasangan yang sesuai." Kata Asher, sengaja.

"Tu-tuan putera..." Felix berkata. "Yang mulia, patik minta maaf tapi patik..."

"Ianya bagus. Felix ada menyebut tentang debut kamu beberapa hari lepas juga. Katanya, itu adalah hari penting untuk seorang perempuan, jadi pasangannya perlulah dipilih dengan teliti." Kata Charles, langsung tidak memberikan perhatian untuk mendengar kata-kata Felix. "Jadi Felix mesti gembira mendengarnya."

"Tuanku..." Felix mula pucat.

"Tapi kenapa dengan rupa itu? Kau tak nampak gembira..." Charles memberi renungan tajam kearah pengawal diraja itu.

"Sudah tentu patik akan menganggapnya sesuatu yang perlu dibanggakan pada generasi akan datang, tak, tak, tuanku! Itu bukan maksud patik!" Felix tergagap bercakap dengan Charles yang sedang mengerutkan kening sambil menghirup air tehnya.

Sementara Anastasia termenung bingung, memikirkan kembali kata-kata Lucas sebelum ini dan berasa teruja manakala kembarnya hanya diam sahaja.

Louis kemudian bertanya, "Asher, siapa yang kamu akan pergi nanti?"

Asher mengangkat bahu dan membalas, "Adik tak fikir lagi siapa."

"Well...abang nak cadangkan Cik Carla Yeager. Dia baik orangnya, kalau dia hantar surat nanti, letakkanlah dalam senarai pilihan kamu."

Asher merenung sendiri memikirkan cadangan abangnya.

***

"Berlatih menari dengan aku!" Kata Anastasia dihadapan lucas yang sedang berbaring sambil mengunyah buah epal.

"Tak nak."

"Aku rasa aku mungkin menari dengan ayahanda masa debut nanti tapi kami ada perbezaan tinggi yang banyak, tengok..." Anastasia cuba untuk menunjukkan ketinggian Charles menggunakan tangannya. "Aku akan pakai kasut tinggi dan apa jadi kalau aku terpijak kaki papa?"

"Jadi, maksudnya kau minta aku bertukar jadi dewasa semata-mata nak berlatih dengan kau?"

"Yep, bukan ke kau hampir sama tinggi dengan ayahanda masa itu? Kalau pun tak, kau boleh je buat diri kau setinggi itu, betul tak?"

"Kenapa pula aku..."

"Dear Lucas, manusia paling kuat diseluruh dunia dan lelaki ketiga tercantik serta terkacak disemua alam, boleh tak? Hmmmm?" Anastasia bertanya dalam suara yang manis sambil mengedip-ngedipkan matanya.

Lucas hampir saja setuju sehingga dia terdengar ayat 'lelaki ketiga tercantik' dan mengerutkan keningnya, serius. "Tunggu, kenapa aku ketiga?"

"Sebab abang pertama dan Asher kedua." Anastasia membalas seolah-olah ianya jelas.

"..." Lucas terdiam seketika. "Aku sibuk. Menari dengan ini."

"Gah! Apa benda ini!" Muncul sesuatu kertas yang menyerupai tubuh manusia berwarna putih tanpa wajah dihadapan Anasatasia. "Kau cuma berbaring disitu sepanjang masa? Apa yang sibuknya?"

"Aku sibuk bernafas."

Puteri itu mengeluh sambil cuba mengambil tangan benda itu. "Aku patutnya pergi berlatih dengan abang sahaja lagipun abang sudah sama tinggi dengan papa." Dia cuba bergerak untuk menari bersama dengan benda itu. "Bagilah benda ini ada rupa sikit...ahh!" Akhirnya Anastasia terjatuh akibat terpijak kaki benda itu.

"Seronok jatuh dilantai." Lucas ketawa sahaja tanpa berbuat apa-apa.

"Apa sebenarnya benda ini?! Ia lemah, langsung tak boleh tahan aku kalau jatuh! Tengok, lembik, pelik pula itu, macam hantu!" Anastasia merungut didalam kemarahan, panik dan malu.

"Kasarnya, kau lukakan perasaan dia."

"Huh? Bukan ke ini cuma patung? Dia boleh faham apa aku cakap?" Anastasia mula rasa bersalah.

"Mestilah tak."

Anastasia ingin sahaja memukul Lucas sementara lelaki itu hanya ketawa sahaja.

"Boleh tak kau buatkan benda ini macam orang sebenar?" Kata puteri itu apabila dia kembali menari.

"Ada tak apa-apa yang aku tak boleh lakukan?" Soal Lucas, agak menyampah. Sudah jelas dialah yang paling berkuasa disitu.

"Jadi buatkan aku satu. Kalau boleh buatkannya patung yang handsome."

"Hurmm." Lucas berfikir sebentar sebelum memetik jarinya.

Secara tiba-tiba patung putih tadi bertukar menjadi seorang lelaki.

"Eh, abang?!"

"Ya, kenapa? Kau kata tadi kau nak menari dengan abang kau."

"Wah! Terima kasih, Lucas." Anastasia dengan gembiranya mendongak melihat wajah patung abangnya yang turut tersenyum memandangnya.

.

.

.

"Ah, aku penat." Anastasia duduk diatas lantai. "Ini mengingatkan aku, Ezekiel dah balik." Dia berbaring pula.

"Ezekiel Lopez?"

"Sudah enam tahun lebih berlalu, aku tertanya-tanya macam mana dia sekarang?"

"Hmm, kau berminat dengan budak itu ke?"

"Kenapa? Kau cemburu?" Usik Anastasia, mengerling Lucas.

"Kalau kau nak tahu sangat, apa kata kau jumpa dia sendiri?"

Anastasia terbangun. "Huh?"

"Kau patut cakap awal-awal lagi." Lucas tersenyum. "Ianya tak ada masalah untuk aku."

Snap!

.

Whoooooosh

.

"Aku pun tengah bosan, jadi semoga bergembira disana, kawanku..."

Sedar-sedar sahaja Anastasia sedang terjatuh dari langit.

.

Berbalik kepada Lucas, dia masih lagi berbaring bersama bantal di kepalanya sehinggalah seorang mengetuk pintu dan membukanya. Dia segera duduk.

Louis masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah bekas makanan ditangannya. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan. "Eh, dimana Anne? Lydia kata dia disini." Soalnya.

"Di suatu tempat."

"Oh, okay." louis kemudian duduk dihadapan Lucas yang pipinya memerah sedikit tanpa mereka sedari. "Nak sikit?" Louis bertanya apabila dia telah membuka bekas makanan itu.

Lucas menjenguk sedikit isi bekas tersebut. "itu, itu popcorn ke?"

Louis mengangguk dan melihat sahaja Lucas yang sedang mengunyah bertih jagung itu. Tak lama itu dia mula hilang didalam fikirannya. 'Hurmm, berdasarkan buku yang aku tulis masa aku kecil dulu, Juliana akan muncul masa pesta debut nanti. Dia sepatutnya mula tinggal di istana Amethyst tahun lepas sebab ayahanda dah umumkan yang dia adalah puteri namun dia sekarang berada di Lopez Dukedom atas urusan kerja..kedua walaupun dia lagi tua tapi dia adalah orang keempat dalam mewarisi takhta selepas Anastasia. Oh, bercakap pasal buku, aku ada tulis kisah kehidupan aku yang dulu. Ada dua minggu je lagi aku nak kahwin dan aku mati. Tak guna betul kereta biru itu. Kalau aku jumpa...haih, sekurang-kurangnya bagilah aku nikah dulu, kan elok itu. Apa jadi dengan Nael, ya? Mesti dia sedih kan...'

"Apa yang buatkan awak fikirkan dengan mendalam, Louis?" Soal Lucas apabila melihat putera itu mengeluh sendiri.

"Huh?" Louis sedikit terkejut dengan jarak yang dekat antara dia dan mage dihadapannya tapi kemudian dia tersenyum sambil matanya memandang tepat kearah Lucas. "Lucas, semestinya."

"Uh, oh." Lucas segera berundur kebelakang dan mengalihkan pandangannya.

'Perlu ke aku usik lagi? Nampak menarik.' Fikir Louis. "Lucas..." Panggilnya. "Awak nak tahu tak apa yang saya fikirkan tadi?" nada suaranya kedengaran lembut dan menenangkan.

"Kenapa pula perlu aku tahu?"

Louis mengambil tangan lucas dan mengucup belakang tangannya. "Sebab Lucas, awak terlalu menarik untuk tidak difikirkan." Dia segera melepaskan tangan Lucas apabila melihatnya cuba untuk berundur kebelakang dan sedaya upaya untuk tidak memandangnya. "Lucas, awak tak perlu cuba lari, saya tak akan buat apa-apa lagi."

"..."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1355
6.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience