Chapter 81

Fanfiction Series 5338

Louis mengangkat tangan dan dengan sekali gerakan...

KLAK!

...pintu balkoni tertutup dengan sendirinya.

Bahunya tersentak. Senyuman dibibir Joshua segera memudar. "What the... How rude." Gumamnya. "Hei! Buka!" Sekali lagi dia mengetuk pintu cermin bilik putera itu namun tiada balasan. "Tch, sekarang bila aku fikirkan balik, kenapa aku pergi ke sini? Well, apa-apa sajalah." Dia mengetuk lagi tetapi kali ini lebih kuat.

Swish..

"Ah... akhirnya." Ujar Joshua apabila pintu balkoni dihadapannya terbuka semula. Kemudian, dia mengambil langkah untuk memasuki bilik itu.

"Tunggu."

Namun suara seseorang menghentikan pergerakannya.

"Kalau tak silap aku kita pernah berjumpa, bukan?"

Joshua melihat yang Louis telah pun bangkit dari katil dan sedang berjalan ke arahnya sambil menyilangkan lengan. "Sudah tentulah." Dia membalas selamba dengan senyuman yang seperti sedang mengejek putera tersebut.

Kening Louis berkerut sedikit. "Apa kau buat disini?" Soalnya.

Joshua tidak memberikan balasan dan hanya melemparkan pandangan yang licik kepada Putera Eurasia itu. Lalu, secara tiba-tiba dia menghilang menjadi asap-asap kelabu kehitaman dan... "Kenapa salah ke?"

Louis memejamkan matanya sebentar sebelum berpaling ke belakang. "Kau katakan hari itu yang nama kau Joshua, bukan?"

"Ah, jadi kau masih ingat." Balas Joshua, mengundur setapak dan untuk seketika dia terlihat mata lelaki itu bersinar kebiruan sebelum ianya hilang.

Louis tersenyum kecil. "Jadi, apa yang buatkan Putera Adoria datang ke sini?"

Joshua terkedu tetapi selepas itu dia tertawa dan cuba menahannya. "Oh, my. Sudah tentulah kau tahu aura pengguna magik gelap."

"Putera Joshua Delaney. Biar aku tanya sekali lagi. Apa kau buat disini?" Tiada lagi senyuman yang berada dibibirnya dan yang tinggal hanya wajah tanpa ekspresi.

"Louis de Reinhold, aku tertanya-tanya. Adakah dikau pernah merasa penat dengan rupa kau sendiri...?"

"Tidak."

"Benarkah?" Joshua hampir tergelak dengan jawapan putera itu. "Hmm, kebanyakan orang yang memiliki wajah yang rupawan akan lelah dengan pujian yang diberikan. Jadi jikalau begitu, bolehkah aku mengambil dan menjadikan dikau koleksi patung peribadi aku?" Selepas melihat tiada tanda-tanda perubahan reaksi dari Louis, dia menyambung lagi. "Patung yang aku boleh pandang setiap hari dan setiap masa. Yang boleh aku gunakan pada bila-bila masa sahaja bagaikan patung boneka dengan tali dibadannya. Apa pendapat kau?"

"Jadi kau mesti meminati patung, bukan?" Dengan senyuman yang dingin, Louis bertanya tenang.

"Ya, sehingga dia tidak sedar siapa dirinya lagi dan, ugh...!" Seluruh badan Joshua tersentak dan tanpa kerelaan, kedua kakinya melangkah dengan sendiri keluar dari bilik tersebut ke ruang balkoni. "Tu, tung, tunggu. Ugh..." Dia mengerang kesakitan apabila perutnya melanggar tiang penghadang dan dia mula berasa panik selepas separuh badannya sudah berada diluar tiang penghadang itu. Air liurnya ditelan. Jarak diantara tingkat ini ke tanah mampu membuatkan dia tercedera atau mungkin lebih teruk lagi. Dia cuba untuk menyekat magik yang digunakan oleh putera itu namun ianya langsung tidak berhasil.

"You should bite your tongue when you had the a chance, Prince Joshua. Tidakkah kau dapat baca ekspresi rupa aku tadi? Kau nampak macam orang bodoh." Serentak itu, Louis menghayunkan sedikit tangannya.

Pada masa yang sama, Joshua merasakan dirinya bagaikan ditolak dan matanya cuma mampu merenung tidak percaya ke tanah yang semakin mendekati atau sebaliknya. Matanya ditutup rapat. Sehingga sekarang, dia langsung tidak boleh mengawal pergerakan badannya sendiri. Detak jantungnya semakin lama semakin pantas serta dia mula berfikir untuk menggunakan magik yang boleh memakan seluruh tenaganya ketika ini. Mungkin...

"Eh?" Joshua tertanya tatkala merasakan tiada sudah angin yang dirasakan sebentar tadi. Sepi. Hanya itu yang dia dapat huraikan. Lalu dia pun membuka matanya dan tanah yang berlainan dengan yang dilihatnya tadi direnungnya buat seketika sebelum...

Buk!

"Ah..." Dia mengerang lagi selepas badannya dijatuhkan ke atas tanah. Sekarang barulah dia boleh menggerakkan badannya sendiri. "What the...berani sung..." Joshua terdiam apabila kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan, dia hanya terlihat pokok-pokok yang tinggi dan menghijau sahaja. "Wait...ini dimana?"

Sementara itu dibilik peribadi Putera Mahkota Eurasia, Louis cuma diam berdiri disitu. Tidak lama itu, mulutnya mengeluarkan keluhan kecil. "Aku akan terbunuh dia kalau aku tak terfikir yang dia adalah seorang putera. Hmm, mungkin aku patut minum untuk menenangkan diri aku serta...lelaki itu datang ke sini mesti ada sesuatu yang mahu dilakukannya, jadi rasanya aku patut..."

*

*

*

*

*

Seperti yang dijangkakan oleh Louis, hari keempat perang diantara orang Teskia dan tentera Dukedom Lopez telah pun berakhir disebabkan Teskia mengambil keputusan untuk mengundur diri.

Duke Robert dan anaknya Ethan telah pulang dengan selamat bersama dengan tentera-tentera mereka. Orang yang terselamat dari medan perang disambut gembira oleh keluarga mereka dengan rasa syukur namun yang terkorban pula dikuburkan dikawasan khas untuk orang berjuang demi empayar ini.

Dan pada waktu ini, seorang lelaki yang mempunyai rambut merah dengan sedikit warna putih sedang membeliakkan matanya kepada seorang wanita.

Hujung bibir Larissa terangkat sedikit selepas melihat reaksi seorang Duke terdahulu itu.

"Apa maksud kamu?"

"Aku cuma katakan perkara yang benar. Itulah mengapa kau patut ikut sahaja kata-katanya dahulu."

Giginya diketap. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menampar pipi wanita itu ketika ini. Namun tangan pun sukar digerakkan inikan pula kakinya.

Senyuman Larissa semakin melebar. "Rasanya aku perlu pergi sekarang. Jadi, selamat tinggal Darius Fortin." Sejurus dia mengucapkan ayat itu, dia terus berlalu pergi.

Darius menghela nafas tidak percaya. "Lelaki itu...Hubert, menyumpah aku?!" Tarikan nafasnya mula menjadi tidak terkawal. "Viscount yang hanya tahu bercakap yang bukan-bukan itu? Apa yang dia mahukan sebenarnya?!" Rasa geram timbul didalam jiwanya.

Manakala Larissa pada waktu ini menundukkan sedikit kepalanya dihadapan Ghislain sebagai tanda hormat.

Sejujurnya dia tidak faham mengapa Hubert mengarahkan dirinya untuk memberitahu Darius penyebab sakitnya sekarang. Bukannya ia boleh mengubah apa-apapun tetapi akhirnya dia cuma menghiraukan sahaja hal itu. Tidak perlulah dia kusutkan mindanya dengan perkara yang tidak penting.

"Ianya hari yang indah, bukankah begitu?" Larissa menyoal sendiri sambil matanya memandang langit yang cerah lalu dia pun terus berjalan pergi dari istana milik keluarga Fortin itu.

.

.

.

°°°•°°°

.

.

.

"

"Apa? Apa yang baru kamu katakan tadi?" Dengan riak rupa yang sedikit terkejut, Robert Lopez menyoal.

"Darius Fortin akan mati tidak lama lagi." Hubert membalas tanpa rasa bersalah dalam dirinya. "Aku cuma mahu memberitahu engkau disebabkan dia adalah rakan kau..." Terdapat sedikit perasaan tidak pasti semasa dia berkata itu.

Buat seketika Robert terkedu tetapi selepas itu dia bertanya lagi, "...apa yang baru kamu..."

"Kamu mahu buatkan aku mengulangnya untuk ketiga kali ke?"

Robert menghela nafas lelah bercampur bingung. "...aku tak tahu apa yang perlu aku tanya, tapi... Apa yang buatkan kau katakan hal itu?" Batang hidungnya diurut perlahan.

"Aku menghantar sumpahan melalui Countess Larissa. Sumpahan yang boleh menyebabkan kematiannya."

Robert terdiam. Dia tidak seberapa pasti dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu dan mungkin saja ayat itu lambat diproses oleh otaknya namun entah mengapa, dirinya merasakan yang suhu didalam bilik kerja itu semakin menurun dan suasana disitu menjadi semakin tenang dan senyap.

"Untuk...untuk apa kau lakukan itu?" Robert seperti teragak-agak mahu bertanya.

"Untuk buatkan Duke Fortin terganggu."

Balasan yang ringkas daripada Hubert menambahkan lagi rasa tidak percayanya malah kini dia mula berasa sedikit takut dengan lelaki tersebut. Perkara itu tidak mustahil berlaku kepadanya, semuanya semata-mata Hubert mahu membuatkan Empayar ini diperintah oleh orang muda yang belum lagi cukup ilmu.

"Jadi kenapa...kau tak lakukan saja itu... pada awal-awal dulu...?" Robert menyoal lagi.

Hubert tersenyum kepada Duke itu seperti sedang mencemuh lelaki tersebut. "Kerana pada waktu itu, aku tidak ada niat mahu membunuh dia."

'Tidak ada niat? ' Robert mengerutkan keningnya. "Apa maksud kau...?" Dia menggelengkan pula kepalanya. 'Tidak, itu bukanlah hal yang penting sekarang ini. Lagipun, jika Duke Ghislain mengalami masalah, maka orang lain juga akan terkena tempiasnya kalau Ghislain tidak melakukan tugasnya dengan bagus. Namun, aku tidak rasa ada apa-apa yang berlaku jikalau pun terdapat perubahan...'

Hubert memandang sahaja duke yang sedang termenung itu sebelum bertanya, "Nampaknya kau langsung tidak bertanyakan apa-apa tentang Teskia yang mengambil keputusan untuk mengundur diri dari peperangan."

"Bukankah kau sendiri yang kata aku tidak perlu fikirkan sangat tentang hal itu?"

"Ya, memang benar tapi aku sangka kau akan bertanyakan lebih lagi." Hubert mula bangkit dari tempat duduknya. "Jadi, kau ada apa-apa persoalan sebelum aku pergi?"

Robert menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Baiklah, aku akan berangkat pergi sekarang. Jadi, sila beritahu kepada Putera Mahkota yang aku menantikan kejatuhannya." Hubert tersenyum gembira sambil mengatakan hal tersebut sebelum dia menghilang dihadapan mata Duke Lopez.

"Mustahil aku akan beritahu padanya." Gumam Robert sendiri.

.

.

.

.

.

Langit mula bertukar menjadi biru gelap seiring matahari sedang terbenam ke arah ufuk. Didalam biliknya, lampu candelier terlihat indah bercahaya untuk menerangi bilik tersebut serta terdapat beberapa keping kertas yang baru disiapkan olehnya sudah disusun rapi.

"Ah, begitu rupanya." Sekeping kertas yang bertulis diletakkan ke tepi. "Baiklah." Louis berasa terhibur sedikit. "Countess Hastings benar-benar menyerlah sekarang. Aku tertanya mengapa?" Soalnya sendiri walaupun dia sudah dapat mengagak apa jawapannya.

'Dan Hubert...adalah Viscount huh? Kalau aku tak nampak kelibat dia malam ini, maka ia bermakna teori aku benar sama sekali.' Fikirnya lalu sehelai kertas yang bersih tanpa coretan ink pen diambilnya dan tangannya digerakkan untuk menulis sesuatu.

"Hantarkan surat ini kepada Duke Fortin dan sila pastikan dia datang ke pesta jamuan malam ini." Arah Louis sambil memberikan surat tersebut pada orang yang mengutuskan surat Ghislain kepadanya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1.11.2021
1486

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience