Chapter 17

Fanfiction Series 5338

Juliana membuka tingkap kereta kuda yang sedang dia naiki itu. Matanya bersinar keungguan apabila melihat Istana Topaz yang kelihatan dari jauh. Keningnya terangkat dan mulutnya terbuka sedikit. Perasaan kagum memenuhi dirinya. Permandangan luar istana amat menakjubkan. Ianya bagaikan bercahaya, mungkin disebabkan bintang-bintang yang berkelipan diatas istana tersebut.

"Juliana.." terdengar suara seorang wanita memanggilnya disebelah.

Juliana menoleh dan menjawab, "Ya, ada apa puan pengetua?"

"Shh..." Jari telunjuk wanita itu diletakkan dibibir Juliana. "Awak tak perlu panggil saya puan pengetua, kita bukan berada diakademi, lagipun awak sudah pun tamat pengajian. Panggil saja saya Puan Hastings, isteri kepada Baron Hastings."

"Oh, baiklah Puan Hastings." Balas Juliana.

"Kita akan sampai tidak lama lagi, Juliana. Nak saya ikatkan tali topeng ini?" Soal Puan Hastings sambil menunjukkan kearah sebuah topeng masquerade berwarna putih ditangan Juliana.

"Uh, huh, mestilah boleh!" Juliana menyerahkan topeng itu kepada Puan Hastings. "Terima kasih." Katanya perlahan.

"Sama-sama." Puan Hastings meletakkan topeng tersebut dibahagian mata Juliana dan mengikatnya. Senyuman yang puas hati muncul dibibirnya.

----------------------------------

"Anak kepada Raja George, ya?"

Orang bangsawan yang mendengar perkara itu segera berbisik diantara satu sama lain.

Juliana kemudian cuba untuk mendongak sedikit wajahnya untuk melihat raja dan putera mahkota yang sedang duduk ditakhta mereka dihadapannya.

Terlihat pandangan dan wajah yang langsung tidak menunjukkan sebarang emosi melihat kearah dirinya sedangkan putera disebelahnya kelihatan sangat keliru dan terkejut.

Juliana segera kembali menundukkan kepalanya. Tapi dia ingin juga melihat lebih lanjut dan dia kembali tundukkan kepalanya. Dia mendongak dan menunduk lagi.

"...menarik." Charles terhibur. "Beta akan dengar lebih lanjut dibilik menghadap." Dia bangkit dari kerusi takhtanya, diikuti oleh Louis walaupun pergerakannya agak ragu-ragu sambil matanya memandang Juliana. Mereka berdua pun berlalu pergi.

"Tegakkan badan kamu, tak kira apa yang mereka katakan, hari ini adalah hari awak, Puteri Juliana." Kata Puan Hastings disebelahnya.

"Puteri..." bisik Juliana, dia menyebut kembali nama pangkat barunya itu.

"Mari kita pergi, tuan puteri." Kata Puan Hastings.

"Seorang puteri baru. Ini mungkin menarik."

"Aku tertanya-tanya apa yang akan terjadi nanti?"

"Dia akan jadi puteri yang bagus berdasarkan sekolah yang dia pergi."

Banyak pujian dan kata-kata yang dilontarkan oleh orang bangsawan yang hadir ke pesta itu untuk Juliana. Disebabkan itu dia tidak pasti perlu tersenyum atau berasa gementar.

Juliana kemudian berjalan melalui karpet merah ke 'takdir yang telah diciptakan untuknya'.

~The Flower Of The Beast~
~Chapter 1~

~~~~ °°°•°°° ~~~~

Clap! Clap!

"Dan pusing..."

Mereka berdua segera berpusing.

"...sekarang habiskan!"

Tap...

Asher dan Anastasia tunduk sebagai penamat.

"Benar-benar tiada satu pun kesilapan dalam tarian tuanku berdua. Tuanku adalah seperti contoh yang keluar dari buku teks." Puji wanita itu. "Bagaimana mungkin tuanku boleh semahir dan seanggun begini!" Cikgu menari mereka, Puan Pompidou berkata dengan terujanya.

'Itu sebab kita ada darah penari mengalir ditubuh kita. Tahulah kan, genetik.' -Anastasia.

'Kisah pula aku.' -Asher.

"Patik rasa disebabkan ibu tuanku adalah seorang penari, ianya membantu tuanku didalam perkara sebegini." Sambung wanita itu.

"..." Asher diam. 'Again? Ugh!'

"...kami cuma lakukan apa yang puan ajarkan sahaja." Anastasia membalas.

______________________

"Papa! I missed you!" Jerit Anastasia sambil berlari kearah ayahnya dan memberikan ciuman dipipi Charles.

"Ayahanda sudah suruh jangan lari." Kata Charles tapi Anastasia hanya tertawa sahaja.

"Selamat tengah hari, ayahanda." Ucap Asher.

Charles mengangguk dan membalas, "Ya, selamat tengahari."

Mereka bertiga kemudian pergi dan duduk dikerusi untuk makan tengahari.

"...jadi Anne suka dengan kelas etika baru-baru ini dan setiap kali Anne dengan Asher menari, Puan Pompidou selalu sebut pasal..."

'...mama!' -Anastasia.

"...yang kami ini macam pari-pari." Kata Anastasia, ceria.

Charles tidak memberi reaksi manakala disebelah puteri itu, Asher membuat muka bila terdengar yang dia disamakan dengan makhluk itu.

"Abaikan dia. Puan Pompidou terkenal dengan bercakap benda yang bukan-bukan." Kata Charles.

'Apa? jadi kau cakap yang ianya mengarut yang kami serupa dengan pari-pari.' -Anastasia.

"Ah, anakanda setuju dengan itu." Asher berkata pula. "Oh, ya. Abang masih lagi sibuk ke?" Soalnya.

"Hmm, ya. Kes berkaitan dengan Marquess Lopez masih tak diselesai lagi." Balas Charles. "Nampaknya hari jadi kamu berdua akan tiba tak lama lagi." Dia menukar perbualan.

Kedua-dua pergerakan mereka terhenti. Asher dan Anastasia melihat antara satu sama lain.

'Hari kelahiran kita, hari kematian mama.' -Asher & Anastasia.

Setiap kali hari jadi mereka, itulah perkara pertama yang mereka ingati dahulu. Sejak umur mereka berdua tujuh tahun dari situlah Charles mula memberikan hadiah kepada mereka. Permulaan perkara buruk mereka bermula semasa umur mereka sembilan tahun, tapi tidak lama lagi mereka akan berumur 14 tahun. Jadi, ucapkanlah tahnish kepada mereka.

"Kamu berdua boleh beritahu ayahanda kalau mahu inginkan sesuatu atau sesuatu yang mahu kamu berdua ayahanda lakukan." Tatapan mata Charles melembut melihat mereka berdua.

Sekali lagi mereka memandang antara satu sama lain. "Apa yang kau nak?" Soal Asher.

Anastasia mengangkat bahunya. "Kau pula? Apa kau nak?" Soalnya pula.

"Tak tahulah."

Disebabkan Charles telah memanjakan mereka berdua seperti yang dia lakukan kepada Louis, semua perkara yang dimahukan oleh mereka, akan mereka dapati. Jadi mereka langsung tidak tahu apa yang perlu diminta oleh mereka.

"...tidak ada apa-apa yang kamu berdua mahukan?" Soal Charles, memastikan. Mereka berdua segera menggelengkan kepala, puas hati dengan hidup mereka.

"Sejujurnya berada dengan papa, Asher dan abang, sudah cukup untuk Anne." Kata Anastasia, tersenyum. Asher menggangguk setuju.

Charles terdiam. "...habiskan saja makanan kamu."

'Apa???'

***

"Bukankah baginda raja bertanya tentang hadiah hari jadi tuanku berdua?" Soal Felix dengan senyuman yang mekar di wajahnya. Mereka bertiga sekarang sedang berjalan ke istana Amethyst.

"Ya, ada." Asher membalas.

"Kami cuma beritahu ayahanda yang kami akan terima apa saja hadiah yang diberikan." Balas Anastasia pula. "Aku tak pasti nak minta apa sebab aku ada barang kemas yang aku dah tak tahu nak buat apa dan banyak kunci harta karun. Perpustakaan peribadi pun ada. Empat taman bunga ros, gaun, perhiasan...hng. Aku tak tahu. Kau pula, Asher?" Soalnya.

"Aku ada empat bilik almari pakaian lebih dari apa yang aku boleh pakai dalam masa setahun, perpustakaan peribadi, koleksi pedang, bilik kerja sendiri, barang kemas...err." kata Asher lalu berhenti memandang kembarnya. "Aku pun tak tahulah." Dia berputus asa untuk berfikir.

"A-ahem, pesta debut tuanku akan tiba tidak lama lagi. Boleh saya tanya apa yang tuanku berdua rancangkan untuk tarian pertama?" Soal Felix.

"Tidak boleh ke kami menari bersama?" Tanya Anastasia.

Asher mengangguk. "Ya, aku setuju saja."

"Betul, tapi..."

"Atau mungkin aku boleh menari dengan Felix?" Soal Anastasia.

Pernyataan itu segera membuatkan Felix tersedak. "Pa-patik?!" Riak mukanya menunjukkan dia terkejut dan ragu-ragu.

"Err, kalau Felix tak nak..."

"Patik rasa berbesar hati semestinya!" Felix segera memotong agar puteri itu tidak salah faham.

"Hurmm, keturunan duke, pengawal diraja, belum berkahwin, handsome...ianya pilihan yang bagus sebenarnya." Kata Asher, mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Tak, ya, tapi bagaimana boleh patik berani, maksud patik..." Felix terus berusaha mencari ayat yang betul. "...mesti ada pasangan yang lebih baik untuk tuan puteri!" Katanya dengan terdesak.

Asher dan Anastasia merenung kebingungan kearah pengawal mereka.

"Kalau macam itu, biar aku sajalah jadi pasangan Anne." Kata Asher, tapi kemudian scene dimana Charles dan Anastasia menari bersama didalam novel terlintas difikirannya. Dia tersedar sekiranya dia yang menjadi pasangan kembarnya, ada kemungkinan hubungan ayahnya dan Anne akan berbeza berbanding yang sepatutnya. "Tunggu!" Asher menarik tangan Anastasia. "Apa kata kau menari dengan ayahanda nanti?"

Felix tersenyum gembira mendengar cadangan putera itu.

Anastasia mengerutkan kening. "Mestilah ayahanda tak akan setuju."

Asher mengangguk-anggukkan kepalanya, memikirkan sesuatu. "Kalau macam itu tanyalah ayahanda, bukan susah pun. Aku akan cari pasangan yang lain." Katanya, kemudian segera berlalu pergi. Tidak mahu berdebat pasal perkara itu.

______________________

"Kau bodoh ke? Jelas sekali semua orang nak kau menari dengan ayah kau." Kata Lucas sambil membuat muka menyampah. Rambutnya tidak lagi panjang seperti dulu, salah satu sebabnya dia memotong rambut, Asher selalu mengatakan yang dia terlihat seperti seorang perempuan.

"Huh? Aku tak fikir kau tahu apa yang kau tengah cakap. Kami tak sepatunya menari dengan ayah kami dipesta debut." Balas Anastasia.

"Ianya boleh berlaku dimasa yang tertentu."

"Lagipun kalau Asher tak nak, aku boleh saja menari dengan abang."

"Aku pasti abang kau akan setuju dengan aku."

"Aku dengar orang tak buat sebab ianya nampak macam memalukan."

"Kau dan ayah kau macam itu kadang-kadang. Bukan ke ayah kau akan suka buat perkara macam itu dengan kau orang bertiga."

"Huh?" Anastasia terpaku

"Apa guna kau belajar kalau kau cuma jadi book-smart?"

'Huh??!! Betul ke?'

Anastasia mula mendiamkan diri memikirkan kembali kata-kata Lucas.

"Tengok, kan aku dah cakap. Ayah kau sayang kau lebih dari apa yang kau fikirkan."

'Menari dengan Charles dipesta debut, ya? Tapi Asher, louis pun ada juga. Hurmmm.'

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1395
4.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience