Chapter 31

Fanfiction Series 5338

Juliana memerhatikan semua tetamunya itu, nampaknya semua baik-baik sahaja dengan semua lelaki kecuali Carl berkumpul dan berbual bersama putera mahkota dan gadis-gadis sedang makan kek yang telah disediakan. Dia berharap tidak ada lagi 'gangguan' seperti sebelum ini.

Leonard meletakkan cawannya dan bertanya apabila dia teringatkan sesuatu. "Hei, Louis...maksud patik, tuanku. Adakah betul khabar angin tentang empayar kita dan Teskia akan berpera- Uhm!"

Ethan segera menyumbat sekeping biskut ke dalam mulut Leonard.

"Kau dungu." Kata Ghislain, melihat lelaki berambut hitam itu dari sisi matanya.

"Kalau kau nak bertanyakan tentang hal itu, katakan saja selepas teh parti ini." Viktor berkata sambil menghirup sedikit winenya.

"Sekarang kau katakannya..." Ghislain mengalihkan pandangannya ke arah Louis. "Tuanku, mungkin kita patut berbincang pasal ini selepas sahaja teh parti ini berakhir." Cadangnya.

Louis termenung seketika. 'Nampak macam dia orang berdua tahu tentang perang itu, tapi mestilah ayah mereka beritahu mereka disebabkan Viktor dan Ghislain adalah bakal duke yang seterusnya sama juga dengan Ethan.' Fikirnya. "Ya, kita akan bincangkan perkara ini lebih lagi diistana beta." Balasnya, tenang.

"Apa yang..." Leonard yang sudah selesai mengunyah biskut tadi, kehairanan. Dia sangat jelas tidak tahu apa-apa.

"Jika kau tidak berkelakuan biadap, mungkin kau juga akan faham." Perli Ghislain.

"Hei, apa kaitannya adab dengan perkara itu?!"

"Sir Leon, tolong perlahankan suara. Kau mengganggu yang lain." Nasihat Ethan.

Untuk seketika mereka semua berdiam diri dan hanya menikmati sahaja makanan serta minuman dihadapan mereka.

"Tuanku..." Ezekiel memulakan perbualan. "Saya cuma tertanya-tanya..."

Louis mengalihkan perhatiannya kepada Ezekiel yang nampak seperti ragu-ragu ingin bercakap. "Ya?"

"...tuan puteri suka ke burung biru yang saya beri beberapa hari lepas?"

"Beta tidak tahu pula. Puteri Anastasia tidak pula katakan apa-apa sama ada dia suka atau tidak."

"Sir Ezekiel..." Viktor menegur. "Kau serius ke bagi burung kepada puteri pertama?"

Ethan menahan ketawanya.

"Pendapat saya, mungkin burung itu boleh dijadikan sebagai pengutus surat..."

Klink!

"Perhatian semua, Puteri Juliana ada sesuatu ingin dikatakan." Kata Marionette sambil mengetuk sedikit botol wine menggunakan sudu.

Kemudian semua orang mengalihkan perhatian mereka ke arah puteri secara bersamaan. Juliana melihat setiap satu wajah mereka dengan Belle disampingnya.

"Beta telah menyediakan air teh yang istimewa hanya untuk hari ini bersama Cik Belle sebentar tadi." Beritahu puteri tersebut. "Jadi silalah nikmati teh ini."

Marionette dengan cekapnya menuang air teh dari teko ke cawan sambil dibantu oleh Belle.

"Huh?" Leonard berdiri. "Cik Belle dan tuanku sendiri yang sediakan sendiri air teh ini? Wah, saya akan pastikan saya rasanya dengan seluruh badan saya!" Katanya, gembira.

Belle tertawa kecil.

"My~, kejutan yang menarik." Kata Louis.

Ghislain merenung air teh itu dan berkata, "Saya telah cukup minum teh satu hari ini."

"Ini adalah teh bunga yang benar-benar unik. Ianya cuma mekar sekali dalam lima belas tahun." Balas Juliana. "Itulah kenapa beta ingin kamu semua menikmati teh ini."

"Atau...mungkin kamu tidak mempunyai ruang lagi didalam perut kamu, Sir Ghislain." Kata Violette. Bunyinya seperti dia mencabar lelaki itu walaupun Violette tidak berniat apa-apa.

"Hei, minum sahajalah secawan. Cik Belle dan tuan puteri sediakan teh yang jarang sekali dibuat kepada kita. Tuan puteri sudah berbaik hati untuk berkongsi dengan kita." Bebel Leonard disebelah Ghislain.

Ghislain menjeling. "Teh adalah sama, tak kiralah siapa yang buatnya dan dari mana asalnya."

"Hargai sahajalah kemurahan hatinya...!"

"Sir Leon, lebih baik kamu tidak panjang-panjangkan perkara ini. Beta faham yang kamu ingin bersikap baik dihadapan puteri dan sudah semestinya Cik Belle, tetapi jika kamu buat masalah lagi ia cuma akan merosakkan keadaan." Kata Louis, tenang.

"Saya tahu itu tapi..."

"Sir Ghislain, jangan berkelakuan seperti ini." Tegur Ethan. "Jika kamu ada sesuatu ingin diperkatakan, sila katakan dengan cara yang sopan."

"Huh." Ghislain langsung tidak mempedulikannya.

Violette segera berkata, "Sir Ghislain, saya pasti tuan puteri tidak akan memaksa tapi..."

"Baiklah, kalau kamu mahu sangat saya meminumnya jadi saya akan minum." Kata Ghislain, menyerah kalah. "Tapi lebih baik ianya sesedap seperti rupanya."

"Ya, sudah semestinya." Balas Juliana, memberi jaminan.

"Kenapa dia tak setuju sahaja dari awal." Rungut Leonard dari belakang Ethan dan Ghislain.

"Dia adalah lelaki yang rumit untuk difahami. Bukan semua orang semudah seperti kamu." Balas Louis yang sudah berada disebelah Leonard.

Ghislain mengerling mereka berdua sambil berkerut. "Maafkan saya, saya boleh mendengarnya, tuanku tahu."

Ethan segera menolak sedikit Ghislain dan berkata, "Saya baru sahaja beritahu kau untuk tidak memulakan masalah."

Marionette dan beberapa maid meletakkan cawan-cawan yang berisi air teh itu diatas meja tetamu. Mereka semua pun duduk semula dikerusi mereka.

"Sekiranya tuanku tidak kisah, izinkan saya beritahu mereka, tuan puteri." Pinta Alice.

Juliana tertawa kecil dan membalas, "Ya, kamu boleh."

Alice berdehem. "Putera mahkota dan tuan-tuan pasti sudah tahu yang teh bunga ini berasal dari tumbuhan yang hanya mekar selama lima belas tahun, bukan?"

Separuh dari mereka mengangguk.

"Jadi sudah semestinya kamu semua sudah tahu dari mana ia berasal. Ahli sihir masa sendiri yang memberikan bunga dari pokok kehidupan ini kepada tuan puteri kerana berjaya mengalahkan naga didalam pertandingan yang akademi magik anjurkan."

Mereka semua terkejut.

"Wah, ianya sepenting itu?!" Kata Leonard dengan teruja.

"Seperti yang diharapkan dari keturunan Gregorios. Tuan puteri sememangnya layak menerima hadiah tersebut." Puji Viktor sambil menghirup teh tersebut. "Rasanya juga sedap dan nyaman."

"Jadi ianya bunga dari pokok kehidupan ya..." Gumam Louis. 'Aku dah terlupa tentang kewujudan pokok itu. Oh, ya. Sepatutnya Lucas sudah pun pergi ke pokok itu untuk tambahkan balik magiknya berdasarkan novel tapi aku masih belum dengar lagi dari sesiapa yang Lucas akan pergi. Hurmm...' Fikirnya dan menghirup teh itu. "Wah, ini rasa yang paling mewah pernah beta rasakan selama ini."

"Ya, benar tuanku." Kata Ezekiel. "Saya juga ada terbaca yang bunga ini dapat menyembuhkan banyak penyakit walaupun ianya dari magik gelab."

"Oh, itulah sebabnya mengapa teh ini tersangat unik." Kata Ghislain. Dia dengan tenangnya melihat orang lain minum air teh tersebut.

Edelene melihat kelopak-kelopak bunga yang ada didalam teko. "Hmm, ini kali pertama saya lihat bunga pokok kehidupan. Ia sememangnya mempunyai warna yang menarik." Katanya.

Estelle tertawa janggal mendengar kata-kata perempuan itu. Berdasarkan warna bunga yang dilihatnya tadi, kata-kata Edelene juga boleh membawa maksud membosankan. "Cik Edelene, warna putih juga boleh mewakili tanda kesucian, kebaikan hati dan permulaan baharu."

"Hurmm, tadi warna bunga itu berwarna merah jambu. Mungkin warnanya sudah pudar sesudah selesai buat teh tadi." Beritahu Belle, mendekati mereka berdua.

Keadaan kembali bising dengan semua orang bercakap disana sini tapi ianya tidaklah mengganggu malah ia terasa menenangkan bagi Juliana disebabkan semua tetamunya nampak sedang menikmati teh partinya itu.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Terima kasih tuan puteri kerana menjemput kami hari ini." Ucap semua perempuan bangsawan kepada Juliana.

Juliana tersenyum. "Ianya hari yang indah, terima kasih juga kerana datang."

Viktor segera berkata kepada Violette apabila dia terlihat adiknya sudah berada disebelahnya. "Violette, kamu boleh pulang dahulu ke rumah. Abang akan bermalam disini, begitu juga yang lain. Katakan kepada Cik Alice dan Cik Helena pasal perkara ini."

"Hmm, baiklah." Violette mengangguk dan berjalan pergi.

"Tunggu."

Violette berpaling. "Ya, boleh saya bantu Sir Ghislain."

Lelaki itu diam seketika seperti sedang menyusun kata-katanya. Kemudian terdengar bunyi seseorang sedang menahan ketawanya.

Violette kehairanan melihat Leonard sedang tertawa dari jauh.

"Hei, apa yang awak sedang lihat? Awak nak dengar apa yang saya cakap atau tidak." Kata Ghislain.

"Ah, maafkan saya. Apa masalahnya?"

"Well... kebiasaannya saya tak kisah dengan acara seperti ini..."

"Saya faham."

"...namun, saya tidaklah begitu kebudak-budakan untuk menolak undangan puteri dengan alasan seperti itu." Sambungnya. "Ini juga merupakan peluang saya untuk melihat sisi baru awak."

"Apa? Ghislain..."

"Lagipun...saya gembira awak datang."

?

Violette terlihat pipi lelaki itu sedikit kemerahan sambil memandang tempat lain.

Ghislain kembali tenang. "Itu sahaja yang saya ingin katakan. Awak boleh pergi." Dia kemudian berjalan menghampiri Leonard dan yang lain berada.

Leonard yang masih lagi ketawa berkata, "Akhirnya kau katakan juga."

"Diamlah, sebelum aku tumbuk muka kau."

Untuk seketika Violette terpaku ditempat dia berdiri itu tetapi kemudian dia terdengar rakan-rakannya memanggil namanya. Dia pun segera menyahut dan berlalu pergi bersama mereka.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1303
26.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience