Chapter 21

Fanfiction Series 5338

Kini tarian untuk para gadis yang berumur 14 tahun, dimulakan.

Louis berdiri dihadapan manisan yang berwarna-warni, cuba untuk memilih mana satu yang perlu dimakannya sekarang.

Tap.

Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk oleh seseorang dibelakangnya. Untuk seketika Louis terfikir, 'siapa yang berani menyentuhnya sebegini?' tapi bila menoleh, "Oh, Juliana. Sudah lama kita tidak berjumpa."

"Ya, apa khabar Louis sekarang?" Soal Juliana.

"Saya baik-baik sahaja mungkin ada beberapa masalah tetapi ianya tidak perlu dihiraukan." Louis melihat sekelilingnya. "Dimana Ethan? Saya fikir awak akan datang bersamanya."

Juliana mengeluh. "Tak perlu cakap pasal dia. Lelaki itu degil betul."

Louis terhibur. "Hmm, jadi kamu berdua gaduhlah sekarang ni?" Tekanya.

"Yalah...oh! Sir Viktor tadi mencari kamu, Louis. Ada sesuatu yang mahu dikatakan olehnya. Baik kamu pergi segera. Nampak seperti penting."

"Penting?" Louis berfikir seketika. "Mengenalinya, itu mungkin benda merepek sahaja."

"Kalau pun merepek, dia mungkin ingin berbual dengan kamu."

"Baiklah, saya akan pergi mencarinya sekarang. Juliana mungkin boleh berbual dengan Asher atau ayahanda sekiranya awak tak rasa selesa berbicara orang bangsawan lain." Kata Louis, selepas Juliana mengangguk dia pun berlalu pergi.

Juliana memilih untuk menghampiri pakciknya apabila terlihat Asher sedang berbual bersama beberapa orang lelaki seumurnya.

"Semoga keberkatan sentiasa ada di Eurasia, salam patik ucapkan kepada yang mulia tuanku raja empayar Eurasia." Ucap Juliana sambil menunduk.

"Kamu tak perlu beri salam sepanjang itu." Kata Charles setelah menoleh melihat anak saudaranya.

Juliana tersenyum memandang Charles. "Tidak apa, inikan kali pertama kita berbual setelah berbulan kita tidak berjumpa."

Charles hanya mengangguk sahaja dan bertanya, "Bagaimana urusan kamu disempadan antara empayar kita dan negara itu?"

"Hmm, ianya berjalan dengan lancar sekali, tuanku. Mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang kita berikan kepada mereka."

"Bagus, tapi perhatikan mereka. Mereka cuma negara kecil tapi tidak pandai berdiam diri. Terlalu bercita-cita..."

"Yang mulia." Sapa seseorang.

Charles dan Juliana menoleh.

"Salam dari patik, Robert Lopez yang rendah hati ini. Semoga berkat dan kemuliaan ke atas empayar..."

"Cukup." Arah Charles.

"Cepat betul masa berlalu. Tuan putera dan puteri sudah pun memulakan debut mereka. Mereka masih kecil semasa pertama kali patik melihat mereka. Semua orang berbual mengenai tuanku menari bersama tuan puteri. Sudah semestinya patik pun terkejut sekali."

Charles hanya mengerling sahaja Robert disebelahnya manakala Juliana mendengar setiap kata yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

"Tentu tuanku sangat menyayangi mereka, bukan? Sekiranya ada sesuatu yang terjadi kepada mereka, tuanku sudah pasti akan lakukan apa sahaja..."

"Apa yang kau ingin katakan sebenarnya?" Soal Charles, riak wajahnya langsung tidak berubah sejak dari tadi.

"Tiada apa-apa. Cuma, ibu bapa jenis apa yang tidak menyayangi anaknya, bukan?"

"...kau jenis orang yang gemar bercakap tentang perkara tidak berguna ke?"

"Ianya cuma apa-apa sahaja boleh berlaku di masa depan nanti."

"Jikalau begitu, beta pasti dan orang itu akan menerima nasib yang lima kali lebih teruk berbanding anak beta." Balas Charles, matanya merenung Asher dan Anastasia. Louis pula tidak kelihatan di permandangannya.

"...oh, begitu." Robert tersenyum janggal. Dia berkata lagi apabila dia perasan Juliana ditepi Charles. "Oh, puteri Juliana. Tahniah kerana dapat menyelesaikan tugas diraja pertama tuanku."

"Terima kasih, Duke Lopez. Ini semua kerana bantuan dari baginda, putera mahkota dan Sir Ethan serta beberapa orang yang lain." Balas Juliana seadanya.

Robert tersenyum. "Patik bersyukur yang anak patik juga dapat membantu tuanku." Dia memandang pula Charles. "Yang mulia, bukankah putera mahkota sudah pun berumur 18 tahun? Kebiasaannya keluarga diraja sudah pun memilih bakal isteri yang juga bakal permaisuri empayar ini."

"...kau buat lebih banyak bunyi didalam semua muzik ini. Beta dengar cukup dari kamu. Pergi." Arah Charles.

Robert terdiam dan membalas. "Baik, yang mulia."

______________________

'Aku ada terfikir beberapa kali, adakah aku dapat mengenali Juliana walaupun tiada sesiapa yang beritahu namanya? Sekarang, aku dah tahu jawapannya.' -Anastasia.

Sejak dari tadi lagi, Anastasia mengerling Juliana. Rambutnya perang sama warna dengan ayah dan abangnya, pembawaan yag berkarisma serta aura positif yang berada disekelilingnya, cukup membuatkan dia mengetahui siapakah itu. Sebelum ini, perempuan itu berbual bersama dengan Louis. Mereka berdua terlihat mesra bersama dan kemudian Juliana menyapa pula ayahnya.

Anastasia terlalu berfikir yang bukan-bukan dan membuatkan dia sedikit cemas sehingga dia hilang tempo dalam tariannya.

"Semoga bergembira." Ucapnya kepada gadis-gadis yang dia menari bersamanya tadi.

Clack!

Clack!

Clack!

Clack!

Clack!

Kasut tumit tingginya berbunyi setiap kali dia melangkah. Hentakan kakinya sedikit kuat, mungkin kerana Anastasia melangkah dengan pantas serta ingin berlalu dari situ.

'Ini benar-benar berlaku ke? Dia sudah pun kembali. Apa akan jadi lepas ini? Oh! Aku harap aku tak terserempak dengan kawan perempuan abang.' Anastasia.

"Puteri Anastasia."

Anastasia terhenti dihadapan seorang lelaki. Dia mendongak sedikit untuk melihat lebih jelas rupa lelaki tersebut.

"Ini kali pertama patik dapat peluang memperkenalkan diri patik secara rasmi kepada tuanku." Kata lelaki itu.

-"Tak apa. Lain kali,

"Nama patik Ezekiel lopez. Patik berbesar hati untuk berkenalan."

saya akan pergi berjumpa dengan awak sendiri."-

Kata-kata itu kembali berputar difikiran Anastasia.

*

"Ah, maaf." Ucap Anastasia. Dia sekali lagi terpijak kaki Ezekiel.

"Tak mengapa, puteri."

Pipi puteri itu memerah akibat rasa malu.

"Jangan risau. Langkah tuanku ringan seperti kapas. Patik tidak merasakan apa-apa." Kata Ezekiel, cuba menenangkan puteri itu.

'Aku betul-betul menari dengan Ezekiel ke sekarang.' -Anastasia.

"Kalau awak tak rasa apa-apa, tidakkah awak perlu berpura-pura ianya tidak berlaku?" Soal Anastasia.

"Patik akan, mulai sekarang jika itu yang tuanku mahukan."

Gadis-gadis yang berdekatan melihat kagum mereka berdua menari. Permandangan ini bagaikan scene didalam cerita dongeng.

'Lihat, alangkah baiknya jika kita berpisah dengan indahnya, jadi kaki awak tak akan dipijak...dan kenapa awak usik aku tentang ini?' fikir Anastasia. Ianya salah aku juga sebab jatuh kepada dia, tapi kenapa dia perlu terlihat tampan dan mengkhayalkan?'

"Patik dengar yang baginda sangat menyayangi tuanku. Rasanya ianya benar seperti yang dikatakan." Kata Ezekiel secara tiba-tiba.

"Huh?"

"Belakang patik lebih terasa pedih berbanding kaki yang dipijak oleh tuanku."

Anastasia menoleh sedikit melihat belakang Ezekiel. Terlihat Charles memandang tuan muda Lopez dengan pandangan yang membara.

"Nampaknya baginda tidak terlalu gembira melihat puteri kesayangannya dipegang oleh orang lain."

"Itu mesti disebabkan ayahanda beta rasa tertarik, oleh kerana Duke Robert sentiasa sebut tentang awak dan sir Ethan."

"Patik juga sering mendengar yang tuan puteri dikenali dengan kecantikan dan kebijaksanaan sama seperti kedua putera, jadi patik sangat nantikan pertemuan kita."

"Awak pula seperti yang mereka katakan, beta juga seperti tidak percaya yang beta telah berjumpa dengan salah satu tuan muda keluarga Lopez yang terkenal ini."

Setelah beberapa langkah, akhirnya tarian mereka berakhir. Orang yang menonton menepuk tangan. Kemudian Ezekiel mengambil tangan puteri itu dan mengucupnya.

"Ia adalah satu penghormatan dapat meluangkan masa bersama dipesta penting buat tuanku ini."

'Terlalu banyak orang melihat.' -Anastasia.

"Patik menunggu pertemuan kita yang seterusnya, Lady Angel." Ezekiel tersenyum.

Anastasia tersentak. Itu nama panggilan yang digunakan oleh Ezekiel semasa dia berada dirumah agam mereka semasa kali pertama dia menjejakkan kaki disitu.

***

Selepas menari bersama Felix, Anastasia menghampiri Asher dan mengajaknya untuk balik. Putera itu terus bersetuju. Dia sudah berasa rimas dengan perbualan dan tarian ini.

"Papa!"

Charles menoleh. "Pesta belum tamat lagi, bukan?" Soalnya. Dia mengangkat tangan kepada orang disebelahnya, lelaki itu tunduk dan berlalu pergi.

"Ianya hampir tamat, jadi kami fikir lebih baik kami pergi sekarang." Balas Asher.

"Kamu ternanti-nanti pesta debut ini sejak sekian lama lagi. Kenapa perlu pergi terlalu awal?"

"Huh? Kami, kami cuma..."

Asher memutarkan matanya dan mengeluh. "Anne penat sebab banyak orang nak menari dengan dia tadi."

"Itu sahaja ke? Atau ada orang yang mengganggu kamu berdua?"

"Ya, itu sahaja ayahanda. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan." Balas Asher, serius.

Charles diam seketika dan membalas, "Baguslah tapi dimana abang kamu?"

"Err, sebentar tadi patik terlihat putera mahkota sudah keluar dari tempat ini bersama dengan rakan-rakannya. Mereka nampaknya sedang...berseronok bersama." Balas Felix sedikit ragu-ragu.

"Apa maksud kamu berseronok bersama?" Soal Charles.

"Uh, putera mahkota mungkin mabuk sedikit."

"Tapi abang tak pernah minum, kan?" Soal Asher memandang ayahnya untuk kepastian.

"Cari Louis segera." Arah Charles.

_____________________

"Aku pening..." Keluh Louis, tangannya menyentuh dahinya.

"Haih, kau ini pun, Viktor. Dah kenapa bagi Louis wine yang kuat rasa alkoholnya. Masalah betul." Rungut Edelene sambil memegang tangan kanan Louis.

"Maaf, aku tak tahu. Aku fikir itu yang biasa punya. Warna air itu sama, nak buat macam mana?" Balas Viktor sambil memegang tangan kiri Louis. Mereka berdua bersama membawa putera mahkota itu keluar dari tempat itu untuk menuju ke kereta kuda miliknya.

"Viktor, ikut balik." Arah Louis setelah masuk kedalam kereta kuda itu. Sepupunya itu setuju sahaja.

"Nasib baiklah tak sampai segelas, kalau tak memang dah pengsan dekat situ juga. Dah, geraklah. Jaga diri baik-baik." Kata Edelene.

Kemudian kereta kuda itu pun bergerak.

•••••

Louis membuka jaketnya dan terus menghempaskan dirinya diatas tilam.

"Jadi kau nak aku buat apa sekarang?" Soal Viktor sambil bercekak pinggang.

"Bawakan aku sesuatu yang panas..." Louis berfikir sejenak. "Teh. Hurmm, betullah itu."

Viktor mengerutkan keningnya. Pada pandangannya sekarang, sepupunya ini sudah ingin tidur. Tetiba mahu air teh pula. "Ya, baiklah." Dia pun berlalu pergi dari bilik putera mahkota itu.

Setelah beberapa minit, terasa seperti seseorang berada dibilik itu selain Louis.

"Viktor?" Soal Louis.

"Tak, ianya saya, Lucas." Balas mage itu sambil datang mendekati putera tersebut.

"Oh, hai Lucas~ gembira dapat berjumpa." Louis tersenyum-senyum memandang Lucas walaupun pandangannya agak kabur.

"Err, ya. Perlu ke aku jumpa awak esok saja?" Kata Lucas, berasa agak janggal. "Awak nampak macam... tak sihat."

"Tak!" Louis segera duduk. "Sini, Lucas. Sini!" Nada suaranya kedengaran teruja.

Lucas walaupun rasa ragu-ragu menghampiri katil lelaki itu.

"Dekat lagi. Duduk sini!"

Lucas perlahan duduk.

"Cepat. Dekat lagi."

Sekarang mereka betul-betul berhadapan. Louis tersenyum dan tertawa. Entah apa yang lucunya.

"Err, Louis...eh!"

Secara tiba-tiba Lucas terasa dirinya ditolak. Sedar-sedar sahaja dia sudah berbaring diatas tilam dan Louis berada di atasnya. 'A-apa? Kenapa?' Lucas mula panik. Dia cuba untuk bangkit tetapi kedua pergelangan tangannya dipegang oleh Louis. Louis langsung tidak berkata apa-apa, hanya merenung sahaja wajah Lucas bagaikan dialah perkara yang paling menarik disitu. Sekali lagi Lucas cuba untuk menggerakkan tangannya tapi ianya seperti tidak memberi kesan kepada Louis. Kakinya pun sama juga. Dia tak pasti sekiranya kaki dia perlu digerakkan atau tidak.

"Lucas terlihat nampak tam...cantik, lebih dari biasa malam ini." Kata Louis secara tiba-tiba, mengejutkan Lucas.

Lucas terpaku, dia tidak terfikir apa-apa tentang untuk teleport dari situ. Pemikirannya dipenuhi dengan apa yang sedang berlaku sekarang dan bagaimana jantungnya berdegup dengan laju sekarang.

"Apa yang perlu dilakukan, ya? Aku rasa seperti mahu..." Louis diam.

Lucas tidak membalas dan cuba untuk memandang benda lain.

"Lucas..." Nadanya meleret.

Lucas menoleh. Wajah Louis berada dekat dengan wajahnya. Tanpa sedar dia menahan nafasnya dan pipinya terasa panas. Kemudian secara tiba-tiba terasa sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Apa yang berlaku? Lucas sendiri pun tidak tahu. Tidak, dia tahu. Tapi dia masih tidak mempercayainya. Dia merasakan jantungnya berdegup semakin laju. Rasa teruja dan ketidakpastian. Pipinya mungkin sudah merah dengan semua ini.

Louis kembali mengangkat kepalanya dan melihat wajah Lucas yang sangat terkejut dan merah itu. "Aku-" dia terjatuh disebelah Lucas.

'Eh?!' Rasa kekeliruan muncul difikiran Lucas. Dia segera menoleh disebelahnya. Nampaknya putera itu sudah pun tertidur. 'Jadi dia...mabuk ke?' Jarinya menyentuh bibirnya. Adakah tadi kami ber...' Lucas meraup wajahnya sambil terbaring disitu melayan perasaannya sementara Louis beradu disebelahnya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1849
11.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience