Chapter 20

Fanfiction Series 5338

Louis berjalan ke Istana Amethyst bersama pengawalnya, Julien sambil tangannya memegang dua kotak balutan hadiah.

"Salam kepada tuan putera mahkota Eurasia." Ucap maid yang kebetulan berada disitu.

Louis mengangguk dan mengarahkan maid itu untuk membawanya ke tempat adindanya berada sekarang. Apabila tiba sahaja dihadapan pintu, dia mengucapkan terima kasih kemudian maid itu pun membalas dan berlalu pergi dengan pipi yang memerah.

Knock!

Knock!

Knock!

Dia mengetuk. Tak lama itu pintu pun terbuka. Lydia segera mengalu-alukan kedatangan mereka berdua.

"Selamat hari jadi Asher, Anne!" Ucap Louis, gembira.

"Terima kasih, abang." Balas Anastasia, pipinya terasa panas seketika dan mengambil kotak hadiah yang dihulurkan oleh Louis untuknya.

Asher turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya sebelum membuka bungkusan kotak tersebut. Isi didalam kotak itu adalah sebilah pedang kecil yang bertakhtakan sebuah batu pertama merah serta dihiasi dengan beberapa jalur emas. Dia mengangkatnya untuk melihat dengan lebih teliti. Hadiah untuk Anastasia pula adalah seutas rantai yang mempunyai batu permata berwarna biru.

Louis melihat sahaja reaksi kedua adiknya. 'Selama ini setiap kali hari jadi mereka berdua, ayahanda tidak pernah melawat mereka. Masuk akallah, Diana meninggal semasa melahirkan mereka. Sejujurnya aku tak sedih sangat masa Diana pergi tapi aku cuma risaukan ayahanda saja. Bukan salah aku, kalau aku tak suka Diana. Apapun selepas sahaja pesta debut mereka berdua, banyak benda yang akan berlaku tapi penyihir yang sepatutnya yang buatkan ayahanda hilang ingatan mungkin sudah tiada. Ugh, so tak ada dramalah ini. Hurmm, tapi bagus juga kami boleh fokus dengan masalah empayar akan datang.'

.

.

.

.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

.

.

.

Akhirnya, hari pesta debut sudah pun tiba.

"Tuan putera, sila bangun sekarang, kita tiada masa, hari ini hari yang penting." Maid secara tiba-tiba mengejutkan Asher. Perkara yang sama berlaku dengan Anastasia.

"Tolong tutup mata, tuanku."

"Perlu ke kita letak wangian?"

"Guna wangian rose!"

"Kita letak sekali bunga-bungaan!"

"Tunggu, kenapa korang semua mandikan tuan putera seperti puteri?"

Asher melihat sahaja perkara yang berlaku dihadapannya. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. Selepas sahaja dia mandi, dia disuruh pula untuk berehat dan tidur sekejap.

"Beta belum makan." Kata Asher kepada John yang sedang mengeringkan rambutnya.

"Tunggu sekejap sahaja lagi, tuanku."

"Lydia tanya sekiranya tuan putera dan putera sudah siap?!"

"Ah! Belum lagi!"

"Dimana sikat?!"

"Pakaian sudah disediakan ke?!"

"Bawakan sekali barang kemas!"

'Asher! Kita mesti ambil perkara debut ini dengan mudah!' -Anastasia.

'Haha, kita yang nak debut dia orang yang panik.' Asher membalas, dia sendiri pun panik sebenarnya.

.

.

.

"Apa yang kamu semua fikir?"

"Tuanku nampak sangat kacak..." John membalas.

"Ya, betul itu." Felix bersetuju.

Asher tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mantel dibelakangnya agak menganggu. Rambutnya juga telah disikat ke tepi.

"Tuanku nampaknya tuan puteri belum siap lagi. Tuanku boleh pergi kepada baginda raja sekarang sekiranya tuanku mahu." Kata Felix sambil membawa Asher keluar dari biliknya. "Patik pula akan jemputnya."

Asher tidak membalas apa-apa dan berlalu pergi selepas Felix tunduk. Dia berjalan ke hadapan pintu istananya. Katanya Charles menunggu mereka disitu. Dia segera berjalan kearah ayahnya apabila terlihat raja itu sedang melihatnya dari jauh.

Untuk beberapa saat mereka berdua langsung tidak berkata apa-apa. Asher berdehem. "Selamat petang, ayahanda."

Charles mengangguk.

"Anakanda tak pernah lihat ayahanda berpakaian seperti ini." Kata Asher, memang benar katanya, Charles tidak pernah berpakaian seperti raja dihadapannya.

Charles merenung Asher seketika dan membalas. "Ayahanda boleh katakan perkara yang sama kepada kamu."

Mereka berdua menunggu Anastasia sambil berbual tentang beberapa perkara.

'Hurmm, bila difikirkan balik. Aku jarang berbual sendirian dengan Charles macam ini. Sejujurnya aku takut dengan dia. Dia hukum bunuh Anastasia sebab kononnya Anne racun Juliana tanpa  langsung tak siasat dan terus bagi arahan untuk hukum Anastasia. Kalau aku terjebak dengan perkara politik sebegini dan aku dimonopoli, memang habislah aku. Aku tak tahu siapa yang perlu aku salahkan. Kalau nak salahkan Louis, yang jadikan dia begitu adalah Charles. Charles pula sebab dia terlalu sayangkan anak dia.'  Fikir Asher.

Charles menoleh ke kiri apabila terdengar bunyi seseorang menghampirinya. Untuk seketika dia terlihat seorang wanita yang lama dia tidak jumpa tersenyum memandangnya. Dia mengelipkan matanya, wanita itu hilang tapi wajah Anastasia yang sedang memandangnya dengan rasa kagum memenuhi pemandangannya.

'Wah, aku tak pernah nampak Charles berpakaian macam ini. Dia mungkin berpakaian macam ini sekali atau dua kali dalam setahun. Charles, anda pasti yang anda lelaki yang mempunyai tiga orang anak?' -Anastasia.

Asher melihat kembarnya itu. Penampilan dan gaunnya sama seperti yang dinyatakan didalam buku. Rambut yang beralun, tiara dikepalanya dan gaun merah jambu berbunga serta reben besar di pinggangnya.

"Kamu nampak seperti akan berasa sejuk." Kata-kata pertama Charles kepada Anastasia.

Anastasia yang tidak terkejut dengan reaksi ayahnya hanya tersenyum. "Dan papa nampak kacak hari ini!" Balasnya.

Charles merenung kedua anaknya itu tanpa sebarang reaksi.

"Anne, kau...nampak cantik hari ini." Puji Asher sambil menghulurkan tangannya.

"Terima kasih. Asher pun nampak kacak hari ini." Anastasia mengambil tangan kembarnya itu.

"Mari kita pergi. Ayahanda pasti Louis sedang menunggu kita." Kata Charles.

______________________

Lampu chandelier kristal tergantung indah disiling, pelbagai juadah manisan disediakan diatas meja, wine juga berada disitu untuk minuman orang dewasa. Orang bangsawan yang telah tiba bercerita diantara satu sama lain sementara menunggu acara utama dilangsungkan.

Tak lama itu bunyi suara juruhebah membuatkan mereka terkejut dan berhenti berbicara.

"BERI LALUAN KEPADA YANG MULIA TUANKU RAJA CHARLES DE REINHOLD, TUANKU PUTERA MAHKOTA LOUIS DE REINHOLD SERTA TUAN PUTERA ASHER DAN PUTERI ANASTASIA DE REINHOLD."

Saat mereka melangkah masuk ke bilik tarian, Asher dan Anastasia tersentak, banyak mata yang memandang mereka berempat. Mereka berdua menggenggam tangan sesama sendiri.

Charles dan Louis yang perasan segera bertanya, "Apa masalahnya?"

Mereka tidak membalas. Charles mengalihkan kepalanya kearah orang bangsawan dibawah dan merenung tajam kearah mereka semua.

Diam...

Suasana disitu sunyi. Tiada sesiapa pun yang bersuara. Kemudian satu persatu mereka semua menunduk.

"Ayahanda boleh buat mereka semua menunduk seperti sekarang sehingga majlis ini selesai kalau adinda mahu." Kata Louis, tersenyum untuk menenangkan rasa gementar mereka.

"T, tak..." Anastasia membalas dengan wajah yang risau.

"Kami tak apa-apa ayahanda." Kata Asher, walaupun dia berasa tidak selesa. Mereka kemudian bergerak menuruni tangga.

"Ya, betul itu. Sebab kami ada papa dan abang disisi kami." Kata Anastasia.

"Ayahanda tidak tahu yang kamu akan berasa gugup dengan perkara remeh seperti ini." Kata Charles.

'Remeh?! Ini perkara yang besarlah ?!' -Anastasia.

"Jika dibandingkan menarik rambut dan memukul dahulu, menari dikhalayak ramai bukannya perkara yang perlu dirisaukan."

"Oh, ya. Kam..."

Anastasia menggenggam kuat tangan Asher untuk memberhentikan dia dari bercakap. "Tak, tak mungkin. Kami tak ingat kami buat perkara macam itu. Papa buat lawak pula..."

"Kamu tidak sopan pada masa itu."

Louis tersenyum sahaja mendengar perbualan mereka. Rasa lega dihatinya apabila scene ini hampir sama seperti didalam novel.

Apabila tiba dibawah, Anastasia dan Charles bergerak menuju ke tengah bilik tarian sementara Louis dan Asher berdiri bersama orang bangsawan yang lain. Kebanyakan mereka merenung kedua-dua putera itu, disebabkan mereka berada dekat dengan putera-putera tersebut.

Adik perempuan dan ayah mereka mula tunduk diantara satu sama lain. Charles menghulurkan tangannya. Apabila muzik bermula mereka berdua pun mula menari.

Asher mendongak memandang Louis yang sedang tersenyum melihat mereka berdua. 'Anne cakap majlis ini akan ada perkara yang tak menyenangkan terjadi kepada Asher dan Anastasia didalam buku. Mereka dipulaukan dan salah satu kawan perempuan abang tuang wine atas kepala Anne. Abang pula masa itu hanya tertawa sahaja. Tiada sesiapa peduli dengan original Asher dan Anastasia, hanya mengumpat je lebih. Tapi aku pasti sangat-sangat benda itu tak akan terjadi berdasarkan novel yang satu lagi. Oh, Juliana baru tiba di capital beberapa hari lepas dan dia mungkin berada didalam kalangan orang ramai sekarang ini.'

Louis menahan ketawanya apabila terlihat Anastasia terpijak kaki Charles. Ini salah satu scene yang dia tunggu-tunggukan selama ini. Adik perempuannya sebelum ini membangga-banggakan tariannya disebabkan dia telah berlatih berkali-kali dan sekarang tengoklah. Dia hampir saja jatuh kalau bukan Charles yang mengangkatnya keatas dan berpusing dengan elegan. Kemudian matanya menangkap seorang lelaki berambut hitam yang sedang merenungnya. Dia memberi senyuman kepadanya dan lelaki itu pun membalas kembali senyuman putera itu.

.

.

.

Semua orang menepukkan tangan mereka setelah tarian mereka sudah sampai ke penghujung. Mereka berjalan ke arah dua orang putera itu setelah berbicara seketika.

Louis berdehem, menghulurkan tangannya. "Puteri Anastasia, sudikah puteri menari dengan saya ditarian kedua?" Soalnya dan senyum dengan menawan.

Anastasia tersenyum malu. "Mestilah, kekanda!"

Tak lama itu pun tarian kedua dimulakan. Asher menari bersama dengan gadis yang dicadangkan oleh Louis, Cik Carla Yeager sementara Charles berdiri ditepi melihat anak-anaknya menari.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1379
8.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience