Chapter 69

Fanfiction Series 5338

"Hello, Duke Lopez."

"Selamat datang, Countess Hastings." Robert mengalu-alukan kedatangan Larissa dengan sopan. "Marilah masuk ke dalam. Ianya tidak sesuai untuk kita berbual disini.

"Ya, baiklah."

____________

"Oh, jadi itulah yang dibincangkan semasa mesyuarat itu." Larissa yang sedang duduk, merenung seketika kipas tangannya.

"Ya, walaupun begitu. Aku langsung tidak melihat rupa kerisauan daripada Yang Mulia dan putera mahkota. Mungkin aku boleh memahami Yang Mulia kerana dia jarang memberi reaksi tetapi ianya agak menghairankan bagi putera mahkota. Dia seperti tidak kisah dengan perkara yang bakal berlaku."

Larissa dengan tenang mendengar bicara duke itu lalu dia pun menyoal, "Duke Lopez, aku mahu bertanya. Adakah kau mempercayai dia?"

Robert yang berdiri menghadap jendela tadi, berpaling. "Maksud kau, lelaki itu?" Melihat sahaja wanita itu mengangguk, dia terus berfikir-fikir.

"Tidakkah kau berasa pelik, mengapa Teskia ingin menyerang Dukedom kamu?" Larissa bertanya sekali lagi tanpa menunggu jawapan dari Duke tersebut.

"Sudah tentu namun lelaki itu tidak pernah memberitahu jika aku menyoal."

"Itu kerana..."

Secara tiba-tiba wanita itu menghilang dari pandangan Robert.

"...dia tidak rasa kau boleh dipercayai."

Robert tersentak dan segera berpaling ke sebelah kanannya. Walaupun Larissa pernah melakukan perkara sebegini lebih dari sekali, dia masih lagi tidak dapat membiasakan diri. Separuh wajah wanita itu disembunyikan oleh kipas tangannya. Berdasarkan matanya, ianya ketara yang dia sedang tersenyum.

"Jika difikirkan kembali, kau adalah bangsawan yang berada di naungan raja. Dan Lopez adalah salah satu keluarga yang sentiasa kekal dipihak kerabat diraja Eurasia tetapi aku tidak peduli tentang hal itu. Itu masalah kamu, Duke Lopez." Larissa menutup semula kipas tangannya. "Kembali kepada persoalan aku tadi, Dukedom kamu terletak berdekatan dengan negara Adoria. Jadi, tidakkah kau berasa pelik mengapa Teskia ingin menyerang Dukedom kamu?"

*

*

*

"Sudah tentu aku rasakan ianya aneh." Viktor membalas soalan putera itu. "Lagipun Adoria dan Teskia mempunyai hubungan yang baik. Hanya orang yang duduk dibawah tempurung sahaja yang tidak tahu perkara tersebut." Sambungnya, sempat lagi dia menyindir

Louis cuma tersenyum. "Duke Fortin juga pernah memberitahu yang Teskia sengaja kalah dalam perlawanan di sempadan hari itu. Jadi serangan di Dukedom Lopez yang akan datang juga mesti akan berakhir sama seperti sebelum ini."

"Mereka akan sengaja kalah lagi? Apa yang buatkan kau begitu yakin?"

Louis tidak membalas dan jari telunjuknya hanya bermain dengan hujung rambutnya sahaja.

*

*

*

"Semakin aku fikirkan, semakin ia mengelirukan."

Larissa berjalan semula ke arah sofa yang didudukinya tadi. "Tidak perlulah kau berpura-pura Duke Lopez. Kau bukanlah dungu. Aku percaya yang kau juga berasa curiga dan sudah pun cuba menyiasat hal itu." Lalu dia pun duduk diatas sofa tersebut. Dia berkata lagi apabila dia tidak mendengar apa-apa balasan dari lelaki itu. "Aku tahu kau cuma mahu aku memberitahu kau terus apa sebabnya."

Robert kemudian turut duduk disofa berdekatan dengan wanita itu kerana penat berdiri. Dia tidak menidakkan dan tidak juga membenarkan kata-kata wanita itu. Namun jelas sekali pemikiran Countess itu tajam.

"Biarpun begitu, aku akan cuba memberitahu tanpa benar-benar memberitahu kamu. Sila sedia maklum yang aku tidak mahu bertanggungjawab jika ada apa-apa terjadi pada kamu, Duke."

Robert menghela nafas. "Jika itu yang kau mahu, baiklah."

Larissa tersenyum. "Ia sebenarnya mudah. Sangat mudah. Fikirkan kembali kisah lampau. Kadangkala jawapannya sentiasa berada disitu. Kau juga ada pada waktu itu jikalau aku tidak silap."

"Apa kena-mengenanya dengan situasi sekarang?" Robert bertanya hairan setelah mengingati kejadian yang terjadi sebelum tahun kelahiran anak pertamanya.

"Well, mungkin kau tidak faham sekarang tetapi nanti kau akan tahu juga." Larissa menjawab dengan sedikit rasa bosan. "Dan tahukah dikau yang ada sesuatu yang telah hilang dari Empayar Teskia tidak lama dahulu?"

Duke itu mengerutkan keningnya.

"Ianya berharga bagi mereka. Seperti mana magik diraja penting bagi kita, seperti itu jugalah cokmar untuk mereka."

.

.

.

.

.

°°°•°°°

.

.

.

.

.

Pada malam itu, wanita yang mempunyai aura bagaikan pari-pari sedang duduk di kerusi bersebelahan tingkap. Cahaya bulan bersinar padanya, membuatkan dia terlihat lebih cantik berbanding biasa. Sangat, sangat cantik. Lalu dia menunduk merenung lantai dan wajahnya terlihat...sedih. Mengapa?

Entah berapa lama dia berdiam diri, akhirnya mata Diana mula mengeluarkan air mata sebelum ia mengalir jatuh ke atas pipinya. Kedua tangannya menggenggam kain gaun merah jambunya.

Tanpa pengetahuannya, ada bayang-bayang seseorang sedang berdiri di pintu. Namun apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdiri dan memandangnya dari jauh. Selepas itu, dia segera mengangkat kakinya untuk melangkah pergi bagaikan dia tidak mengenali sama sekali wanita yang sedang bersedih itu.

Tetapi kemudian, langkahnya terhenti. Fikirannya bercelaru. Ianya menyesakkan. Tidak lama itu, Charles pun berpaling dan berjalan dengan laju menuju semula ke bilik tadi.

Diana tersentak tatkala Charles mencengkam kedua lengannya dan ditarik untuk mendekati raja itu.

"Saya kalah." Luah Charles. "Rasanya seperti saya telah dipermainkan oleh awak selama ini. Saya akan merayu jika itu yang awak mahu." Dia tidak pernah kedengaran begitu terdesak sebelum ini.

Air mata Diana tidak berhenti dari mengalir. "Kenapa..." Nada suaranya bergetar. "Kenapa tuanku mengatakan perkara semacam itu?"

"Sebab, jika tidak, saya akan kehilangan awak selamanya." Giginya diketap, cengkaman dilengan wanita itu juga semakin ketat. "Ya, saya sedar. Ini tidak bermakna apa-apa selain cuma sekadar permainan dungu dari perasaan. Walaupun begitu, saya hanya berakhir menunjukkan diri saya seperti ini dihadapan awak lagi."

"Yang mulia..."

"Jangan fikir perkara yang lain. Tentukan semua ini dengan hanya memikirkan diri awak sendiri sahaja. Jangan pergi. Pilih saya. Pilih saya..." Desaknya.

Diana bagaikan terkelu dengan pipinya sudah pun basah dengan air mata yang terus bergenang sejak dari tadi.

"Dari anak yang akan mengambil nyawa awak nanti...!" Jerit Charles.

"...ne...!"

"Anne!"

Anastasia terdengar namanya dipanggil sebelum dia membuka matanya. Orang pertama yang dia lihat selepas bangun dari tidur adalah kembarnya yang menggoncangkan tubuhnya sebentar tadi.

Asher mengeluh. "Kenapa kau masih tidur pada waktu-waktu seperti ini?" Matanya dialihkan pula ke arah matahari yang sedang terbenam.

Anastasia perlahan-lahan membangkitkan diri. 'Oh. Rasanya mimpi yang aku alami tadi itu adalah keratan memori papa yang pernah diberikan olehnya dahulu. Aku tahu pun dari Asher. Entah macam manalah dia tahu.'

"Hei, Anne? Anne!" Panggil Asher apabila melihat kembarnya itu tidak mendengar apa yang dikatakannya sebentar tadi malah termenung pula.

Anastasia tersentak dan segera membalas, "Ya?"

"Mari kita pergi makan." Ajaknya.

*

***

*

Larissa menundukkan sedikit kepalanya sebagai tatasusila. "Terima kasih kerana menjamu saya makan malam disini, Duke Lopez." Katanya sambil tersenyum sopan. Ada banyak mata yang memandang mereka sekarang ini.

Robert membalas senyuman yang sama. "Sama-sama, Countess. Sila berhati-hati semasa dalam perjalanan kamu ke rumah."

"Baiklah, selamat tinggal." Lalu Larissa berjalan lurus ke hadapan, arah dimana kereta kudanya sedang menunggu. Kemudian kakinya diangkat untuk masuk ke dalam kereta kuda tersebut tetapi sebelum itu, dia sempat menoleh melihat disebelah kanan atasnya.

Ezekiel segera berundur menjauh dari tingkap. Jantungnya terasa berdebar untuk seketika. Sejak dari tadi lagi dia menonton ayahnya dan wanita itu mengucapkan selamat jalan sesama mereka. Tidak sangka pula Countess itu secara tiba-tiba memandang ke sini. Adakah wanita itu melihat dirinya? Dia sendiri pun tidak pasti.

Ezekiel mengandaikan bahawa Countess itu datang ke istana mereka adalah untuk mengetahui apa yang dibincangkan didalam mesyuarat tadi tengahari.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh abangnya Ethan, ia adalah tentang serangan yang akan diadakan beberapa hari lagi oleh Teskia. Kata abangnya lagi, jeneral mereka sendiri yang memberitahu Duke akan serangan yang bakal dilakukan. Jadi ada kemungkinan besar yang ayah serta abangnya akan pergi bersama membawa tentera untuk menguruskan hal itu dan dia pula akan menjadi orang sementara yang menjaga istana mereka.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

28.9.2021
1205

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience