Chapter 51

Fanfiction Series 5338

"Putera dan puteri telah pulang!"

"Ke mana mereka pergi selama ini?"

"Mereka tidak tercedera, kan?"

"Syukurlah, mereka kembali."

Berita tentang kepulangan Putera kedua dan Puteri pertama sampai ke pengetahuan rakyat serta berita kemenangan Duke Fortin disambut baik oleh para penduduk.

Pada waktu ini, Anastasia boleh dilihat sedang duduk termenung memikirkan perkara yang berlaku beberapa hari lepas sedangkan Asher hanya tenang berbaring disofa.

"Asher, Anne."

Suara seorang wanita mengejutkan mereka berdua.

"Kak Juliana."

Asher segera bangkit dan duduk dengan sopan.

"Uncle sudah tertidur. Nampaknya yang mulia tak dapat tidur yang cukup juga malam semalam." Keluh Juliana sambil berjalan mendekati sepupunya. "Kata mereka, yang mulia akan berasa lebih baik jika baginda berehat lagi seperti ini."

"Begitu..." Balas Anastasia. 'Kami baru sahaja tahu yang papa hanya akan tidur sekiranya Juliana ada berdekatan. Apa yang perlu aku ucapkan? Terima kasih?'

"Kamu berdua nak minum teh?" Soal Juliana.

"Ya, boleh juga." Asher menjawap.

'Hanya kerana papa suruh kekal disini tak bermakna ingatan papa sudah kembali dan belum lagi aku sebut yang kekanda, entah bagaimana menjadi Louis yang didalam novel tapi...' Puteri itu teringat kembali kata-kata Charles semalam. 'Nampak gayanya papa macam seperti merisaukan kami. Aku harap Lucas cepat-cepat balik dan pulihkan papa...'

"Kenapa serius sangat itu?"

Anastasia tersentak tatkala terdengar suara seorang remaja lelaki secara tiba-tiba. Dia terus memalingkan kepalanya.

Asher tercengang. Lelaki itu masih sama cuma dia tidak memakai pakaian yang selalu dipakainya dahulu dan rambutnya juga lebih panjang dari sebelum ini.

Untuk seketika suasana menjadi sunyi sebelum Anastasia...

"Lucas!!!"

"Ow, janganlah jerit-jerit." Rungut Lucas.

"Lucas, ikut aku!" Anastasia segera memegang pergelangan tangan Lucas dan menariknya keluar dari ruang tamu itu.

Asher berdiri. "Kak Juliana, tolong tunggu disini sebentar." Pintanya dan melangkah mengikuti kembarnya. "Anne, bawa bertenang boleh tak?"

"Ya, betul itu. Aku faham kau gembira tengok aku dah balik tapi..."

"Apa yang buatkan kau lama sangat?!" Soal Anastasia. "Kau tahu tak betapa lamanya kami menunggu?!"

"Anne, perlahankan sikit suara kau itu." Tegur Asher.

Anastasia menoleh seketika kearah putera itu sebelum mengeluh.

"Well, untuk menjawap persoalan kau itu... Aku tak tau pun hari ini hari apa dan...apa jadi?"

"Pulihkan ayahanda kami!"

"Hmm? Ayah kau?" Lucas mengerutkan keningnya. "Bukan ke aku dah cakap, tak ada apa yang perlu dirisaukan tentang raja itu."

"Ya, kami tahu." Balas Anastasia. "Tapi masa kau tak ada, ayahanda datang dan cuba bunuh kami..."

"Apa...?"

"Ya, lepas itu kami teleport pergi dan merayau-rayau entah kemana..." Asher menyambung.

"Merayau-rayau?"

"Jadi, tak lama itu Sir Ghislain datang bantu kami..."

"Tunggu, sabar, sabar." Lucas cuba memproses apa yang baru sahaja didengarinya tadi.

Anastasia yang seperti ingin menangis itu, ditenangkan oleh Asher.

Lucas hanya menunduk memandang kebawah dengan rasa kehairanan dan amarah. 'Huh? Ianya disebabkan raja itu sahaja? Mereka tak sedar ke ada perkara lain yang sedang terjadi sekarang?' Mata merahnya mula bersinar. "Perlu ke aku 'ajar' sahaja raja itu?"

"Apa maksud kau ajar?!" Jerit Anastasia lalu memukul Lucas. "Jangan kau berani buat apa-apa dengan ayahanda kami."

Asher mengeluh. "Lucas, aku tahu kau cakap ianya tak perlu dirisaukan tapi sekadar kepastian boleh tak kau tengok dulu keadaannya?"

Lucas yang sedang merungut kesakitan itu mengerling putera tersebut. Pandangannya yang penuh kerisauan itu membuatkan dia berfikir-fikir. "Hmm, ya baiklah." Jarinya dipetik.

Snap.

______________________

Terlihat Charles sedang beradu diatas sofa dengan damainya.

Lucas menundukkan kepalanya untuk memerhatikan Charles tanpa kisah rambutnya yang panjang itu menyentuh sedikit wajah raja itu.

Anastasia segera menarik rambut Lucas. "Jangan bangunkan papa! Dia baru saja tidur." Katanya, kesal.

"Oww! Hei! Berani kau buat aku begini?" Lucas tersentak dan memegang rambutnya. "Lepaskan aku."

Asher hanya mengeluh kebosanan.

Puteri itu membetulkan sedikit rambut lelaki itu dan bertanya, "Jadi, apa pendapat kau? Boleh tak kau pulihkan papa sekarang?"

Selepas seminit merenung dan memerhatikan magik milik Charles Lucas akhirnya cuma mengeluh. Jari telunjuknya kemudian diletakkan berdekatan dahi raja itu dan muncul cahaya keungguan.

Charles mengerutkan keningnya seketika sebelum kembali tenang.

'Hurmm, ayahanda nampak lebih bagus sekarang.' Fikir Asher.

"Aku dah betulkan magiknya yang bersepah itu tapi memorinya aku tak boleh pulihkan."

"Kenapa? Malah engkau sendiri pun tak dapat lakukan." Soal Anastasia.

"Aku dah cakap dahulu, hal ini tak perlu dirisaukan sangat." Lucas sekali lagi mengeluh. "Lagipun untuk menjelaskan perkara ini, ayah kau gunakan magik cahaya dahulu." Dia menyambung lagi selepas terlihat kedua rakannya itu tercengang. "Aku selalu fikirkan yang magik kamu berdua unik, kamu berdua mempunyai jenis magik yang membolehkan masa ayah kamu ke masa lampau dan lagi magik cahaya sekiranya digunakan kepada orang yang tidak sakit, akan cedera."

Asher meletakkan jari indeksnya ke dagu dan berkata, "Jadi secara kesimpulannya, ayahanda gunakan magik cahaya tanpa apa-apa sebab dan disebabkan sifat magik kami, memori ayahanda balik semasa kami belum lagi berjumpanya, begitu?"

"Aku tak fikir yang ayah kau gunakannya tanpa sebab, kalau tidak kesannya akan terjadi pada waktu dia letakkan pada dirinya lagi."

"Tapi kenapa papa kata setiap kali dia melihat kami, papa rasa sakit kepala?"

"Oh, itu disebabkan ada magik gelab yang ada disini...tunggu." Lucas teringatkan sesuatu. "Orang yang patut kamu berdua bimbangkan sekarang adalah Louis bukannya ayah kau berdua..."

Anastasia terpaku. "Ya, kau benar..." Nama abangnya membuatkan dia tersedar.

"Tunggu, kenapa pula?" Asher bertanya.

'Asher, nanti aku beritahu.' Kata Anastasia dalam fikirannya. "Lucas, pergi jumpa abang. Cepat."

"Mestilah, itu tujuan aku pada mulanya." Dengan satu petikan jari, Lucas terus menghilang.

______________________

Lucas muncul secara tiba-tiba dibilik putera mahkota. Pandangannya dialihkan ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa disini, dimana...

"Lucas?"

Suara seorang lelaki yang datang dari belakang, mengejutkannya.

"Itu kamu ke?"

Dia segera berpaling. Louis yang sedang berpakaian seperti orang Askana memenuhi pemandangannya. Matanya berkedip-kedip berulang kali sambil melihat lelaki itu berjalan mendekatinya. "Louis...?"

"Oh, Lucas. Selamat pulang." Tangannya menyentuh lembut pipi Lucas. "Saya tertunggu-tunggu kepulangan awak."

Lucas terdiam, tak tahu mahu berkata apa. Pipinya terasa hangat. Lagipun Louislah orang pertama yang menyambut kepulangannya. Jadi, dia agak terharu.

"Awak nampak berbeza Lucas. Nampak lebih mu..." Kemudian dia teringat kembali apa yang ditulis didalam jurnal. "Rambut awak. Awak nampak lebih...rupawan begini." Louis tersenyum untuk menyembunyikan rasa janggalnya.

"Betulkah?" Lucas bergumam sendiri. "Mestilah." Katanya lagi dengan bangga. Dia membiarkan sahaja putera itu bermain dengan rambutnya. 'Hurmm, aku dah agak. Magik gelab yang ada pada dia, aku tahu milik siapa.' fikirnya. "Louis, mari kita duduk."

Louis mengikuti sahaja kata mage itu tanpa mempersoalkan apa-apa. Katanya lagi, lebih baik dia duduk dikatilnya.

Lucas mengenggam tangannya dan membukanya kembali. Secara tiba-tiba muncul sebatang dahan pohon berwarna putih keperakan.

Mata Louis terbuka luas. Cahaya yang dikeluarkan oleh dahan tersebut membuatkan biliknya bersinar seketika. "L-Lucas, ini..."

"Dahan dari pohon kehidupan." Balas Lucas, datar. "Ingat lagi tentang magik gelap yang mengikuti awak? Benda ini boleh tolong pulihkannya."

Louis diam tidak membalas. Walaupun sekarang, ada juga seseorang yang ingin buatkannya jatuh.

"Tapi saya tak rasa dahan ini sesuai." Lucas menghilangkan kembali dahan pohon itu dan dia menarik keluar sebuah bakul makanan kecil dari magik teleportnya. "Buah ini, awak perlu makannya." Katanya sambil menghulurkan sebuah buah kecil yang nampak seperti epal tetapi berwarna putih.

Louis teragak-agak mahu mengambil buah tersebut. Wajahnya menunjukkan sedikit rasa jijik sebelum tenang semula. Dia memandang sahaja buah itu apabila ia sudah berada ditangan. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan menggigitnya.

"Awak kena makannya sehingga habis." Kata Lucas.

"Kamu tahu..." Louis berkata setelah beberapa minit berdiam diri. "...aku dah mula rasa..." Pandangannya seperti berputar-putar sebelum segala-galanya menjadi gelap.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Seorang wanita duduk bersandar disebatang pokok. Daun hijau yang merimbun dipokok tersebut terbentuk dengan cantiknya. Matanya tenang memandang berjuta-juta jenis bunga yang tumbuh disitu. Terasa angin bertiup lembut kearahnya. Rambut hitamnya yang menganggu pemandangannya itu diselitkan ke belakang telinga. Dia akhirnya berdiri. Gaunnya yang berwarna putih itu beralun perlahan. Ada satu pertanyaan yang bermain difikirannya.

'Aku tertanya, siapa aku?'

~~~~ °°°•°°° ~~~~

15.8.2021
1270

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience