Chapter 56

Fanfiction Series 5338

Pada tahun 1457, Eurasia dan Teskia telah menandatangani perjanjian keamanan serta jalinan persahabatan diantara kedua negara. Ahli Sihir Masa, Ketua Mage Menara Magik, Pemegang Utama Magik Cahaya dan Gelap juga terlibat dalam perjanjian tersebut.

Beberapa tahun kemudian, kedua-dua negara itu menjajah daerah-daerah berdekatan mereka dan membuatkan negara mereka berkembang menjadi sebuah Empayar. Disebabkan itu, Raja Eurasia menitahkan agar ketiga-tiga orang yang setia berjuang bersamanya diberikan pangkat Duke.

Lelaki bijaksana dengan sihir putih, Duke Lopez yang bermaksud, serigala. Lambang kesetiaan, kerjasama dan perlindungan.

Kesatria yang gagah perkasa dengan kemenangan yang gemilang sepanjang masa, Duke Gregorios. Dengan lambang kegemilangan serta amaran kepada musuh.

Lelaki yang memegang nama panggilan, 'The Feared Blade of Eurasia' dalam kalangan tentera kerana semua jasanya dalam ketenteraan, Duke Fortin yang bermaksud kekuatan serta melambangkan pertahanan Eurasia.

Dan orang paling berkuasa di Empayar itu, Raja Eurasia de Reinhold, dengan magik yang dipanggil sebagai bintang keemasan, ketua yang akan menunjukkan jalan ke arah kejayaan. Dengan kemurahan hatinya, baginda telah pun menganugerahkan kuasa magik atau keistimewaan kepada pengikut-pengikutnya dan menjadikan mereka orang bangsawan.

Raja juga memberikan tanah kepada ketiga-tiga Duke itu untuk menjaga dan memerintah serta menjadi pembantunya dalam memajukan Empayar Eurasia...

_______

Asher meletakkan kembali buku tebal itu diatas meja lalu mengurut-ngurut dahinya.

"Kenapa kau tiba-tiba baca buku sejarah itu?" Anastasia menyoal sambil mengeluarkan seekor burung biru dari sangkar.

"Aku ada terdengar pada masa akan datang, akan ada peperangan diantara empayar kita dan Teskia. Jadi sekarang, aku cuba mencari maklumat yang berkaitan dengan peperangan itu. Ianya agak membimbangkan buat aku walaupun ada kemungkinan besar kita tidak akan terlibat sama sekali dalam perang saudara ini. Tambahan lagi, kita langsung tidak menceburi bidang politik dan ini menjadikan kuasa kita didalam empayar ini berada dibawah pangkat Duke, jika tidak disokong oleh ayahanda atau kekanda."

"Hurmm, ya. Kau benar." Anastasia melihat kaki burung itu bertenggek diatas jarinya.

"Tuanku maafkan saya tapi bagi saya ianya lebih baik tuanku berdua tidak terlibat dalam peperangan yang akan datang. Ini untuk keselamatan tuanku juga." Kata Lydia, selepas sejak dari tadi hanya mendengar sahaja huraian dari puteranya itu.

Tap!

Tap!

Tap!

"Puteri!"

Suara jeritan seorang wanita dan bunyi orang sedang berlari, mengalihkan perhatian mereka.

"Puteri!" Maid Hannah memasuki ruang tamu peribadi kembar diraja itu. "Tuan muda kedua dari keluarga Lopez telah datang untuk berjumpa dengan tuanku!"

"Kenapa secara tiba-tiba dia meminta untuk berjumpa dengan tuan puteri? Dia langsung tidak memberikan notis kedatangannya kepada kita terlebih dahulu." Jawab Lydia.

"Kami telah beritahunya yang dia buatkan keadaan semakin janggal tetapi katanya dia mesti bercakap dengan tuan puteri." Hannah membalas. "Patutkah patik menolak saja?"

'Ah...Ezekiel.' Anastasia teringat kembali mahkota bunga yang dibuat oleh lelaki itu pada sepuluh hari yang lepas. Dia mengeluh untuk seketika. Jika dia tahu sebarang mantera magik yang dapat mengekalkan kecantikan bunga tersebut, sudah lama dia lakukan lalu dia menoleh melihat Hannah yang memandangnya dengan penuh harapan. "Tidak, beta akan memberikan dia kebenaran untuk bertemu dengan beta. Beritahu dia, beta akan tiba sebentar lagi." Katanya sambil memasukkan kembali burung biru itu ke dalam sangkarnya.

"Kyaa! Oh, my!" Hannah menjerit keterujaan. "Jadi patik akan panggil semua gadis dan beritahu mereka untuk bawakan persalinan baru..."

"Tak apalah, Hannah. Gaun yang Anne pakai sekarang pun buatkan dia nampak jelita. Haha." Kata Asher dengan ketawa yang janggal sambil tangannya menolak lembut bahu Anastasia.

"Kalau begitu, apa kata patik letakkan ini~"

______________________

"Terima kasih kerana sudi bertemu dengan saya." Ucap Ezekiel dengan tangannya diletakkan didada. "Tuanku sihat?"

"Ya. Sudah sekian lama tidak berjumpa, Sir Ezekiel." Sapa Anastasia. Kedua tangannya mengangkat sedikit kain gaun untuk menunjukkan tatasusilanya. "Kenapa kamu datang tanpa memberikan kami notis?"

"Saya datang ke istana bersama dengan ayah saya tadi dan tertanya sekiranya saya dapat ke berjumpa dengan tuanku... Jadi saya hantar pesanan kepada maid sahaja."

Disebalik pintu...

"Semua orang, pergi." Arah Lydia tatkala melihat beberapa orang maid sedang mencuri dengar perbualan puteri dan tuan muda Lopez.

Mereka semua merungut sendiri sambil berlalu pergi dari situ, turut diikuti oleh Lydia.

Lalu Asher mengambil peluang ini untuk mengintip mereka berdua.

"...saya fikir mendapat kebenaran dari istana Topaz agak sukar dan Putera Mahkota pula sedang berbual dengan seseorang ketika ini, jadi..."

'Ah...' Anastasia mengangguk faham. Jika Ezekiel meminta kebenaran dari istana Topaz, sudah semestinya raja akan tahu dan ada kemungkinan besar permintaannya itu akan ditolak. Tak lama itu, dia berkata lagi selepas duduk dikerusi, "Terima kasih kepada kamu, hari itu menjadi hari yang berharga buat beta." Pipinya terus memerah apabila dia tersedar makna disebalik kata-katanya itu.

"I-ianya tidak menjadi masalah." Ezekiel berdehem sedikit untuk menyembunyikan malunya. "Saya gembira yang tuanku baik-baik sahaja."

"Ya, kamu pula? Semua urusan berjalan lancar ke dengan kamu?"

"Of course."

Anastasia tersenyum melihat Ezekiel yang seperti bersinar-sinar itu. 'Aku mungkin berlebihan, tapi dia nampak kacak seperti biasa.' Fikirnya. 'Aku tak dapat lihat wajahnya dengan teliti pada hari itu, jadi aku tak perasan...' Selain dari Ezekiel sedang tersenyum, bunga-bunga putih bagaikan mengelilingi dirinya. '...dia nampak lebih dewasa sekarang.'

"Saya dengar baginda raja belum pulih sepenuhnya, ia mesti sangat merungsingkan minda tuanku bertiga." Ujar Ezekiel. "Saya harap saya dapat membantu puteri, walaupun hanya sedikit."

'Dia sangat bertimbang rasa.' Fikir Anastasia. "Terima kasih, kamu sungguh baik." Dia memberikan senyuman. 'Aku bersyukur yang dia peduli tentang keadaan aku.'

"Ia tak apa-apa. Saya rasa saya tahu mengapa abang saya cakap yang Puteri Juliana sangat menyukai tuanku."

Anastasia tertawa kecil bila dia teringat kembali masa-masa dia habiskan bersama dengan Juliana. Dia juga sangat menyukai wanita itu, seperti seorang kakak. Juliana sememangnya sungguh cantik, baik dan sopan. Belum lagi disebut yang dia salah satu pelajar yang cemerlang dengan kemahirannya berpedang. "Betulkah?" Dia menyoal.

"Ya, malah cik muda Gregorios dan Maxwell juga mengatakan yang tuanku ini baik orangnya." Pandangan Ezekiel ditundukkan dan mengambil cawan teh diatas meja. "Tuan puteri, tuanku tak perlu bersusah hati lagi, saya sentiasa ada disisi tuanku." Lalu dia memandang kembali puteri dihadapannya.

Anastasia terpaku. Untuk beberapa detik, mereka berdua merenung diantara satu sama lain. Cawan tehnya dibawa ke bibir. Dia tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan lelaki itu. "Sekarang beta fikirkan kembali, kamu juga sangat baik dengan pekerja ditempat kamu. Ia meninggalkan kesan yang besar kepada beta."

"Sudah tentulah saya perlu melayan mereka dengan bagus."

"Dan walaupun beta secara tiba-tiba 'menceroboh' masuk ke kediaman kamu, kamu langsung tidak meminta beta pergi malah dengan sukarelanya membuatkan mahkota bunga untuk beta..."

Clack. Ezekiel meletakkan kembali cawannya diatas meja.

"Ah, tapi sudah tentulah kamu akan lakukannya terhadap orang lain juga meskipun ianya bukan beta."

"...tak. Saya bukan seperti itu terhadap orang lain."

Melihatkan wajah serius yang dipamerkan oleh Ezekiel, Anastasia tersedar.

"Tapi, sudah semestinyalah ia adalah tindakan yang betul untuk menggembirakan hati seseorang." Dia segera berkata sambil menundukkan pandangannya.

'Aku tak pasti, namun...' Pipinya mula merona. 'Ezekiel menyukai aku ke? Sekarang aku fikirkan balik, terdapat banyak bukti.' Semasa Ezekiel mengucup tangannya, semasa Ezekiel menyelitkan rambutnya, semasa Ezekiel menyarungkan kembali kasutnya dan semasa Ezekiel meletakkan mahkota bunga diatas kepalanya. 'Aku tak percaya, dia buatkannya sangat jelas.' Fikirnya. "Ah... Um..." Tiada kata-kata yang dapat dikatakan olehnya. 'A-apa perlu aku buat? ' Mata Ezekiel yang memandang tepat ke arahnya membuatkan dia berasa ragu-ragu. Tapi dia kena cakap juga, cakap yang sekarang ini bukanlah masa yang sesuai. "Beta...beta sukakan kamu."

"Huh?"

"Huh?"

Disebalik pintu...

"Aku tak sangka yang dia seberani itu. Hurmm, aku perlu belajar dari dia." Lucas mengangguk-anggukkan kepalanya.

Asher yang terkejut dengan suara lelaki dibelakangnya itu segera menoleh. "Eh, sejak bila kau ada dekat sini?!" Soalnya sambil menjerit dalam bisikan.

"Sejak dari tadi." Lucas selamba membalas. "Tapi tengoklah itu, jelas sekali mereka berdua suka sama suka. Terutama sekali kembar kau itu. Kata lelaki itu baiklah, bijaklah, itulah, inilah. Boleh muak aku. Kalau nak kahwin itu kahwin jelah."

"Betul itu betul." Asher mengangguk setuju.

"Kau pula tak nak buat langkah ke dengan perempuan itu?"

"Langkah? Perempuan? Siapa?"

Lucas mengeluh. "Kau tak mahu jumpa perempuan bernama...err, hurmm...siapa ya nama dia? Yea...yeagar?"

"Carla Yeager?"

"Ya, dia. Anne pernah cakap kau orang berdua nampak comel bersama."

"Kau jumpa dia pun tak pernah inikan lagi ada girlfriend, tiber je nak pasang-pasangkan orang." Asher menjeling mage itu.

"Siapa cakap aku nak girlfriend?"

.

.

.

.

.

Ezekiel tertawa kecil bila terlihat puterinya mula kelihatan gelisah. "Ia tak apa-apa tuanku. Sekiranya tuanku mahu, saya boleh saja pura-pura tidak mendengarnya."

"Be-beta...ya..." Anastasia menundukkan pandangannya. Bibirnya digigit lembut. Pipinya terasa hangat. Kalau boleh dia mahu lari sahaja dari situ.

"Tuanku sangat berani...saya pujinya." Tanpa sedar Ezekiel tersenyum. "Saya cuma berharap tuanku berasa lebih selesa bersama saya."

"Be-saya..." Anastasia cuba mengingati kembali jalan cerita asal di novel The Flower Of The Beast. Ezekiel Lopez cumalah watak sampingan sahaja, turut sama juga dia. Abang dia, Ethan Lopez lah yang menjadi watak utama, hero didalam cerita tersebut. 'Disebabkan didalam novel keluarga Lopez bermusuh dengan putera mahkota, mereka langsung tidak menghadiri majlis tari-menari yang diadakan diistana kecuali Ethan. Dan pada waktu sebelum Anastasia ke tali gantung, lelaki itulah yang tampil kehadapan untuk memberitahu yang Anastasia langsung tidak bersalah sama sekali dan cuba merayu pada Charles tapi siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan seorang raja.' Dia menghela nafas untuk menenangkan diri sebelum tersenyum. "Ezekiel, terima kasih."

Mungkin...

~~~~ °°°•°°° ~~~~

27.8.2021
1523

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience