Chapter 60

Fanfiction Series 5338

"Juliana!" Louis memanggil puteri yang sedang berjalan pergi itu. Dia kemudian berpaling kebelakang memandang Charles. "Ayahanda, anakanda akan datang berjumpa dengan ayahanda sekejap lagi. Anakanda ada sesuatu yang perlu dibualkan bersama Juliana."

Charles cuma mengangguk sahaja lalu dia melihat Louis berlari mengejar Juliana.

Untuk seketika wajah Anastasia menunjukkan riak rupa yang terkejut sebelum sebuah tepukan lembut dirasakan olehnya dibahu. Dengan senyuman dan anggukan dari Asher, dia bertenang semula. Ya, dia patut percayakan kekandanya mulai sekarang.

"Juliana!" Louis memanggilnya sekali lagi. Kali ini barulah dia berpaling. Mereka semua baru sahaja habis berkelah sebentar tadi dan kini baru dia teringat serta dapat memikirkan mengapa sepupunya itu langsung tidak berbual dengannya dan cuma mencuri pandang sahaja. Ianya disebabkan ciuman hari itu! Bila mereka sudah berhadapan diantara satu sama lain, dia berkata tatkala dia terperasankan sesuatu dan mengambilnya, "Ah, ada daun diatas rambut awak, Juliana."

"Huh? Uh, terima kasih." Dia membalas dengan banyak maksud disebaliknya.

Louis mengambil keputusan untuk bertanya sahaja. "Awak tak apa-apa?"

"Sudah semestinya." Juliana perlahan-lahan menoleh melihat benda lain sambil menganggukkan kepalanya. Sekiranya boleh dia tidak mahu berjumpa dengan putera itu.

Louis cuma mampu tersenyum pahit sahaja selepas melihat reaksi yang diberikan oleh puteri itu. "Saya cuma berharap yang awak akan terus berasa selesa dengan saya dan tentang malam itu saya..."

"Awak tidak perlulah rasa bersalah, ia hanyalah sekadar ciuman serta...ujian sahaja." Dia bergumam pada ayat yang terakhir. Pipinya terasa hangat bila teringatkan hal itu. "Dan saya dengar yang awak tidak seberapa sihat beberapa hari lepas."

Putera itu menghela nafas lega. Sejujurnya dia sudah agak Juliana akan berkata begitu. Seorang wanita yang matang tapi pada masa yang sama boleh dikatakan naif. "Oh, jadi awak tahu tentang hal itu."

"Ianya benar ke?"

"Malangnya, ya namun ia tidaklah seteruk yang awak sangka malah saya tak rasa perkara itu melemahkan saya."

"Huh?" Juliana memandang Louis. "Jadi adakah ianya perkara yang baik bagi awak?"

Bibirnya menguntumkan senyuman. "Awak boleh anggap yang saya tidak akan melakukan perkara yang sama seperti malam itu." Louis segera menyambung kembali ayatnya tatkala fikirannya mengingati sesuatu. "Saya tahu ini pelik buat awak tetapi jika awak mahu membuatkan kita semua kekal selamat, tolong berhati-hati dengan Puan Hastings dan Hubert."

Juliana terkesima seketika. Amaran yang tiba-tiba dah tiada nada jenaka yang ada pada suaranya. "Kenapa awak katakan begitu?" Soalnya.

"Seperti yang saya katakan, sila berhati-hati. Kita tak akan tahu apa yang boleh berlaku di masa depan nanti. Apapun saya perlu pergi sekarang, ayahanda sedang menunggu saya dan saya minta maaf tentang malam itu. Selamat tinggal, semoga hari awak indah hari ini."

"Ya, awak juga, Louis." Juliana cuma memandang lelaki itu berlalu pergi dengan persoalan bermain di mindanya.

*

*

*

Sebuah meja yang telah diletakkan beberapa jenis makanan dan hanya dua orang sahaja yang menjamu selera disitu.

Louis menelan makanan yang dikunyahnya sebentar tadi dan menoleh. "Ayahanda, ada apa-apa ke diwajah anakanda?" Soalnya disebabkan sedari tadi dia tersedar yang ayahandanya merenung dirinya.

Charles menghela nafas. "Tidak, ayahanda cuma masih belum boleh percaya yang sudah sebelas tahun telah berlalu."

"Oh." Dia mahu berkata lagi tetapi tidak tahu apa yang pelu diucapkan olehnya.

"Kadangkala kamu mengingatkan ayahanda dengan Serena..."

"Dengan bonda?" Melihatkan Charles mengangguk, ia membuatkan Louis teringat kembali semasa dia berjumpa dengan bondanya sebagai Melissa.

"Ada banyak personalitinya yang diturunkan kepada kamu, Louis dan ayahanda rasa anakanda boleh menjadi seorang raja yang bagus suatu hari nanti."

Louis terhenti dari memotong daging dan meletakkan garfunya diatas pinggan. "Kenapa ayahanda berkata begitu?"

"Bukan ke anakanda berumur 19 tahun ini?"

"Ya...tapi kenapa ayahanda bertanya?"

"Tiada apa-apa..." Itu sahaja yang dibalas oleh Charles sebelum menghirup air didalam gelasnya.

Namun Louis hanya berdiam diri disitu memikirkan banyak perkara dan tak lama itu dia pun berdiri. "Maaf, anakanda sudah kenyang. Louis akan balik sekarang."

"Selamat malam, Louis."

"Selamat malam, ayahanda."

Charles cuma duduk sahaja sambil matanya mengekori Louis yang sedang berjalan pergi sehingga hilang dari pandangan. Wajah anaknya kelihatan kesal tadi, perkara apa yang membuatkan dia berkelakuan seperti itu?

Louis mengeluh. Sudah beberapa jam telah berlalu selepas makan malam bersama ayahandanya dan sekarang dia duduk diatas tilam dengan sebuah buku dipegang dikedua tangannya namun kata-kata yang diucapkan oleh ayahandanya tadi terngiang-ngiang didalam fikirannya. "Raja yang bagus? 19 tahun? Adakah ayahanda ingin aku ambil takhtanya tahun ini? Tapi aku tak mahu sekarang. Sebelum ini tidak pun ayahanda berkata hal-hal seperti ini. Mungkinkah ayahanda tahu yang dirinya sedang sakit?" Dia menyoal sendirian lalu dia membaringkan dirinya pula. Sekali lagi keluhan keluar dari mulutnya. "Ada banyak yang perlu difikirkan dan aku tak suka berfikir. Ugh, kenapa aku tak bawa Fluffy tadi." Rungutnya.

Sejak awal kelahirannya, dia sudah ditakdirkan untuk menaiki takhta dan mendapat gelaran putera mahkota. Namun bukankah ianya ironi yang dia disukai oleh ramai orang serta dibesarkan dengan kasih sayang sedangkan Asher dan Anastasia yang terhasil dari rasa cinta Charles dan Diana hidup terbiar didalam Istana Emerald dahulu? Sungguh ianya ironi. Dia hanyalah pewaris takhta itu sahaja serta hubungan Charles dan Serena cuma biasa seperti kawan rapat, rakan sekerja. Tidak membenci, tidak juga mencintai.

Mungkin dia terlebih memikirkannya dan mungkin juga kata-katanya dahulu benar tentang dirinya. Dia sememangnya mati dengan penyesalan.

"Aku rasa aku patut tidur." Gumamnya lalu menyimpan kembali buku itu ke dalam laci.

*

*

*

"Anggap diri kau berdua bertuah, bukan semua orang aku akan ajar." Kata Lucas sambil menyilangkan kedua lengannya.

'Berlagak sungguh.' Fikir Asher sendiri. Sehari sudah berlalu, secara tiba-tiba Lucas datang memberitahu mereka berdua yang dia akan mengajar magik dan sekarang lelaki itu duduk diatas sofa berhadapan mereka berdua.

"Tidak kiralah kamu kerabat diraja atau tidak, aku akan berikan layanan yang sama jadi belajar elok-elok."

Asher memutarkan matanya. "Baiklah, baiklah Sir Lucas Pakar Magik Terhebat, boleh tak kita teruskan sahaja dengan pembelajaran magik itu?!"

"Ya, baiklah. Buat masa ini, mari kita mulakan dengan menyekat magik yang 'bocor' dari kamu berdua."

Anastasia terpaku seketika. "Apa...?"

"Cuba mengawal magik yang secara tidak sedar bocor dari kamu berdua."

"Ia...bocor?" Dia bertanya lagi.

"Tak ada sesiapa yang pernah beritahu kami tentang itu." Asher berkata.

"Hey, hanya seseorang seperti aku saja yang boleh perasan. Sekarang cepat lakukannya." Lucas menggesa.

"Macam mana?"

"Ambil magik itu dan pow! Dan kemudian whoosh! Lepas itu, macam ini..." Lucas berkata dengan tangannya membuat gaya yang nampak serupa seperti sedang bertumbuk. Lalu dia mengeluh apabila terlihat riak wajah mereka berdua terlihat seperti orang dungu. "Aku tak jangkakan pun kamu berdua boleh lakukannya dalam percubaan yang pertama. Aku akan jelaskan sekali lagi, jadi dengar baik-baik."

'Dia buat lawak ke? ' -Anastasia.

Lucas bersandar disofa. "Ambil magik itu dan pow! Dan kemudian whoosh! Lepas itu...apa kamu berdua buat? Cubalah."

Mereka berdua tersentak.

'Tak lama lagi aku yang akan tumbuk dia lepas ini.' fikir Asher lalu dia memandang Anastasia yang sedang mencuba sambil menutup matanya.

"Ma-macam ini ke?" Puteri itu menyoal sambil terngiang-ngiang dimindanya 'pow dan whoosh' itu.

"Hey, ianya berjaya." Kata Lucas.

"Ianya berjaya?!" Soal mereka berdua serentak.

'Ouh, aku mesti ada bakat. Asher, cubalah! ' -Anastasia.

Asher cuma membalas dengan membuat muka kemudian dia menutup mata dan mengikut apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

Lucas mengangguk-anggukkan kepalanya. "Bagus, kamu berdua berjaya. Wow, macam mana aku boleh terangkannya begitu bagus sehingga pemula seperti kamu berdua boleh berjaya dalam sekali percubaan. Macam yang aku fikirkan, orang dimenara itulah masalahnya. Aku dah agak." Katanya apabika teringat kembali yang orang dimenara walaupun berkali-kali telah diterangkan, tidak juga difahami oleh mereka. "Haa, aku memang bijak."

"Jadi boleh ke kami buatkan orang terapung sekarang?" Soal Asher.

"Belum lagi. Mari fokus untuk tidak buatkan duit syiling daripada meletup terlebih dahulu."

"Kenapa? Bukankah kau cakap tadi kami berjaya?" Tanya Anastasia.

"Itu hanyalah perkara asas. Selepas ini ialah magik yang jauh lebih rumit lagi."

"Papa, abang dan kak Juliana melakukannya dengan mudah sahaja..."

"Mereka mesti berlatih bersungguh-sungguh untuk melakukannya." Lucas membalas bosan kata-kata Anastasia.

"Tidak, mereka mesti sudah pandainya dari mula."

"Betulkah?" Soal Asher lalu memikirkan sesuatu.

"Aku rasa ayahanda kamu berdua berusaha dengan bersungguh-sungguh."

"Berusaha bersungguh-sungguh? Wah, susah untuk aku bayangkan." Balas Anastasia sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

"Kadangkala aku tertanya bagaimana kau melihat ayahanda kau, Anne."

"Ya, seingat aku, aku pernah tengok abang belajar magik dahulu dan...anggap sahajalah setiap kali abang gagal abang akan jadi...dramatik." ujar Asher.

"Hurmm, bukankah Puteri Juliana belajar di akademi magik?" Selepas mendapat anggukan dari mereka berdua Lucas menyambung. "Jadi sudah tentulah cara mereka mengikut silibus pembelajaran yang telah ditetapkan dan ianya telah diperbaharui serta boleh dikatakan 'magik moden'. Apapun, selepas sahaja kamu berdua dapat membuat barang besar terapung barulah kita akan mulakan pada hidupan kecil."

"Berapa besar?" Asher menyoal lalu menghirup air tehnya.

Lucas mengangkat jari telunjuknya. Kemudian hampir kesemua barang perabot dan hiasan meja terapung diudara. "Mungkin sebesar ini." Katanya.

"KYAA!!"

"Gah! Anne janganlah menjerit tiba-tiba!" Jerit Asher sambil menutup kedua telinganya. Cawan yang dia pegang tadi terlepas dan turut terapung.

Disebabkan pergerakkan Anastasia yang mengejut itu, sofa yang mereka duduki itu senget ke tepi.

Lucas memetik jarinya lalu sofa tersebut kembali tegak dan teko serta cawan bergerak menghampirinya. "Kamu patut mencontohi aku untuk menjadi bagus dalam perkara ini. Apa kau rasa, hebat kan aku?"

Anastasia yang sedang berpaut pada baju Asher mula pucat. "Hey, kau...kau..."

"Kau gila ke?! Turunkan semua ini balik! Sekarang juga!" Jerit Asher sambil memegang kembarnya lalu dia terlihat Lucas menghirup air. "Dan itu cawan aku kan?!"

"Ya...tapi air ini dah sejuk."

"Uh...ew."

Lucas cuma mengendahkan sahaja pandangan jijik yang diberikan oleh putera itu dan berkata, "Kamu berdua langsung tak menyeronokkan." Dengan senyuman.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Derapan kaki kedengaran di telinga. Asher berjalan melalui koridor dan tidak lama selepas itu dia berhenti dihadapan sebuah pintu.

Knock! Knock! Knock!

"Tuanku?"

Panggilan itu membuatkan dia tersentak. Dia segera menoleh. Terlihat Theo yang sedang membawa kain ditangan melihat dirinya.

"Tuanku mahu berjumpa dengan putera mahkota ke?" Theo menyambung kembali selepas melihat putera itu mengangguk. "Oh, jikalau begitu tunggulah didalam. Putera mahkota sedang bersiar-siar ditaman sekarang."

"Baiklah." Kata Asher perlahan, lalu dia pun membuka pintu dan menutupnya kembali setelah melangkah masuk. "Hmph, aku sudah agak yang aku patutnya minta ajar dengan abang sahaja." Dia bergumam sambil kakinya berjalan menghampiri sofa.

Sebuah buku yang tergeletak diatas meja menarik perhatiannya. "Buku ini tiada tajuk...oh! Bukan ke buku ini yang aku selalu nampak dahulu?" Dia bertanya sendirian. Semasa dia kecil, kadangkala apabila dia melawat kekandanya, mesti ada saja yang sedang ditulis olehnya didalam buku ini. "Jadi ini diari ke? Eh, tak. Kalau ini dari dulu punya mesti ada buruk sikit tapi ini nampak baru..." Mengikut perasaan ingin tahunya, Asher mengambil buku tersebut dan membukanya.

Pada awal dia bacanya, dia sudah berasa hairan. Semakin lama dia baca, semakin pelik rasanya. Lalu dia cuba membuka muka surat yang rawak. 'The Princess Mission To Live'. Satu ayat itu sahaja membuatkan dia terhenti dari membaca. Dia mula fikir yang dia lihat perkara yang tidak sepatutnya dia tahu namun ia tentang jalan cerita itu kalau dia baca...

"Asher?"

Asher terpaku. Pendengarannya benar ke? Atau dia salah dengar sahaja?

"Asher, apa yang adinda lakukan?"

Yup, pendengarannya sememangnya benar... Itu adalah suara kekandanya, Louis.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

3.9.2021
1

826

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience