Chapter 78

Fanfiction Series 5338

"Dimana Viktor sekarang?"

Sebaik sahaja dia tiba di ruang menunggu, Louis terus bertanya tentang keberadaan Viktor. Ada sesuatu yang lelaki itu perlu beritahu kepadanya.

"Tuan Viktor sedang bersiar-siar sekarang." Jawab seorang pekerja disitu. "Mahukah tuanku jika patik memanggilnya?"

Louis mengangguk lalu berjalan menghampiri sofa dan duduk.

Yoona yang mengikutinya, menyoal, "Tuanku nampak terlalu serius, tuanku tertekan ke?"

"Apa maksud kamu?" Louis menoleh. Walaupun pertanyaan maid itu kedengaran seperti dia sedang merisaukan dirinya, Yoona mempunyai lagak yang hampir serupa dengan butlernya, Theodore.

"Patik fikir tuanku akan lebih gembira jika berbual dengan Lady Estelle."

Louis pun mengeluh. "Tiada apa-apa, aku cuma sedang berfikir sahaja." Balasnya.

Yoona hanya mengangguk sahaja selepas mendengar balasan puteranya. Jika mahu diceritakan bagaimana boleh dia menjadi pengintip dibawah arahan Viktor Gregorios, sebenarnya terdapat pergaduhan kecil diantara putera mahkota dan tuan muda itu pada waktu dia diarahkan berbuat demikian. Pada mulanya, dia tidak mahu bersetuju tetapi dia dipaksa oleh lelaki itu, jadi akhirnya dia pun menerima. Walaupun begitu, Yoona tetap memberitahu hal tersebut kepada putera mahkota serta Theodore. Oleh itu, maklumat yang diterima oleh Viktor ialah apa yang diberitahu oleh Putera Louis sendiri.

'Tolonglah gaji aku sebagai maid putera mahkota lagi tinggi kalau nak dibandingkan dengan duit yang diberi olehnya.' Fikir Yoona. Kemudian matanya mula mengerling wajah puteranya itu. 'Dan lagi, aku tak rasa apa yang difikirkannya sekarang ini ialah perkara yang mudah. Malahan, aku tak fikir ianya berkaitan dengan kertas kerja yang dihantar. Hal itu bukanlah perkara yang sukar baginya yang sudah lakukan sejak dari kecil lagi.'

Knock, knock.

Seorang pekerja mengetuk pintu dan melangkah masuk. "Tuanku, tuan Viktor sudah pun tiba." Maklumnya.

Louis mengalihkan pandangannya dan berkata, "Biarkan dia masuk."

Tanpa membuang masa, pekerja tersebut memberikan laluan kepada Viktor untuk memasuki bilik itu.

"Kamu berdua, sila keluar. Pastikan tiada sesiapa yang berada dikawasan ini selagi aku tak panggil." Arah Louis kepada Yoona dan pekerja itu.

"Baik, tuanku."

Selepas kedua-dua mereka melangkah keluar dari bilik tersebut, Viktor hanya merenung Louis yang hanya duduk sambil menopang dagu. Bagaikan tenggelam didalam kesunyian, tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Malah Louis sendiri pun berdiam diri sambil menutup matanya seolah-olah sedang tertidur tetapi Viktor tahu yang putera itu sedang menunggu dirinya untuk berkata. Akhirnya, dia pun menghela nafas dan bergerak menghampiri sofa dihadapan putera itu lalu duduk.

"Kau mesti berseronok dengan subang itu, bukan?"

Viktor mengalihkan kembali perhatiannya terhadap Louis. Tidak pula dia perasan yang putera itu telah pun menyilangkan sebelah kakinya. "Well, sudah tentu. Kau nak aku bagi balik ke?"

"Tak perlu. Nanti-nanti sajalah. Lagipun... apa pendapat kau?" Soal Louis.

"Tentang tempat itu?" Selepas persoalannya dibalas dengan anggukan, Viktor menyambung, "Ianya tak seberapa mengejutkan bagi aku tentang terdapat perkara ini terjadi didalam empayar, namun ianya pelik bagi aku kerana ia terjadi didalam kasino yang berada dibawah kekuasaan putera mahkota."

Louis tersenyum dan hampir tergelak selepas mendengar ucapan sepupunya itu. "Dengar macam teruk sangat, apa yang kau lihat?" Lalu senyumannya memudar. "Dan siapa yang berada disitu?"

Viktor mengambil masa untuk menjawab pertanyaan tersebut. "...aku ada soalan, itupun jikalau kau izinkanlah. Mengapa tidak kau bertanya saja pada pemilik kasino itu siapa yang pergi ke sana? Aku pasti pemilik dan pekerja disitu boleh mengenali orang yang pergi ke kasino itu."

"Mengapa perlu aku bertanya pada orang yang aku tidak percaya?" Louis mengembalikan semula persoalan tersebut.

Viktor mengangguk-anggukkan kepalanya dengan senyuman. Riak rupa serius pada wajah putera itu membuktikan bahawa Louis tidak bermain-main.

"Lagipun pemilik kasino itu hanyalah seorang baron..." Sambung Louis dengan nada acuh tak acuh. "...sudah tentu banyak benda boleh berlaku apabila memikirkan ada lebih ramai orang bangsawan yang lagi tinggi pangkat darinya."

"Hurmm, dan aku mengagak yang baron itu sendiri yang berikan kau jemputan itu ke sana, bukan?" Soal Viktor lagi.

"Ya...baron itu agak bersemangat orangnya."

Viktor serta merta memahami apa yang dimaksudkan oleh sepupunya itu. Sejak dari kasino itu dibuka lagi baron tersebut selalu menghantar laporan tentang keadaan ekonomi, peristiwa dan lain-lain kepada Louis. Disebabkan kasino yang sebelum ini telah diberhentikan dan pemilik dihukum mati, jadi Louis iaitu salah seorang yang menyertai kes penyiasatan itu dipilih untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan pada bangunan kasino tersebut. Selepas beberapa tahun berlalu, Putera Mahkota Louis memilih untuk membuka semula kasino itu lalu diberikan kepada seorang lelaki iaitu salah satu pelajar yang ditaja oleh keluarga diraja. Tidak lama itu, dia diberikan pula pangkat baron atas usaha dan kekayaan yang dimilikinya.

"Sekarang, sila jawab soalan aku pula." Kata Louis.

"Ah, ya. Maaf." Viktor berdehem. "Disebabkan mereka semua memakai topeng muka, jadi agak sukar untuk aku mengecam wajah mereka. Namun ada beberapa orang yang aku dapat kenal dari segi dia bercakap dan cara dia membawa diri. Serta kebanyakan mereka datang dari golongan keluarga bangsawan yang tinggi. Mereka adalah Yeager, Maxwell, Lopez, Hastings, ...."

Jari telunjuk Louis hanya bermain dengan hujung rambutnya sahaja sepanjang mendengar nama keluarga yang disebut oleh Viktor itu. Jika mahu diingatkan kembali pada kehidupan pertamanya, pemilik kasino itu ditangkap kerana menjual manusia kepada orang sebagai seorang hamba dan lain-lain. Akibatnya, dia sebagai putera mahkota yang menjadi orang atasan baron itu terkena tempiasnya. Oleh itu, ramai orang bangsawan cuba menggunakan peluang ini untuk mengurangkan kekuasaan kerabat diraja didalam hal politik. Ianya dapat diselesaikan walaupun terdapat kesannya yang tersendiri dan sekarang dia cuba halangnya lebih awal. Tambahan lagi bila dia mengetahui Countess Larissa Hastings dan Hubert mempunyai hubungan yang agak rapat.

*

*

*

*

*

Tap.

Tap.

Tap.

Bunyi jarinya mengetuk meja kayu kedengaran hampir diseluruh biliknya. Asher menongkat dagu sambil merenung barang-barang diatas meja. Keningnya berkerut dengan apa yang difikirkannya sekarang. Lalu dia menghela nafas berat.

'Apa maksud dia yang aku tidak akan sama lagi? Aku rasa aku tahu lebih banyak dari dia.' Fikir Asher seperti memerli tuan muda Gregorios itu. Lagipun, ianya menghairankan dia yang bagaimana lelaki itu boleh menjawab persoalannya tanpa mendengarnya pun.

'Itu mesti ada kena-mengena dengan magik.'

Asher sangat pasti tentang perkara tersebut. Dan lagi, soalan yang ingin diajukan olehnya berbunyi seperti ini...;

"Baru-baru ini beta ada pergi ke perpustakaan negara, ada... sesuatu yang ingin beta ambil tahu. Ianya tentang sejarah empayar ini serta maklumat berkaitan dengan beberapa negara yang lain. Tidakkah kamu fikir perkara yang tertulis tidak ditulis dengan sepenuhnya?"

Itulah apa yang dia mahu soal, namun dia tidak seberapa faham tentang 'sesuatu mungkin berlaku disebalik tabir'.

'Ah... Macam sebuah cerita didalam buku! Kita tidak akan pernah tahu apa yang orang lain lakukan jika tidak ditulis oleh penulis serta kehidupan watak sampingan akan ditunjukkan jika watak utama berada berdekatan atau mahu mengetahui tentang mereka.' Asher mengangguk-anggukkan kepalanya kerana dapat memahami lalu dia berpaling dan membunyikan loceng.

Kemudian, pintu segera dibuka, wajah John yang penuh dengan tanda tanya muncul. "Ya, tuanku. Tuanku mahu apa-apa ke?"

Asher terdiam sesaat oleh disebabkan betapa cepatnya butler itu membalas. Mungkin dia berada berdekatan agaknya. "Sila katakan pada ketua satria yang beta tidak akan menyertai latihan mereka esok kerana esok beta akan pergi keluar istana." Beritahunya.

"Oh, jikalau begitu baiklah tuanku." Sebelum sempat tangannya mahu menutup pintu bilik puteranya, John membukanya kembali untuk bertanyakan sesuatu. "Err, tuanku mahu pergi dengan kereta kuda ke esok?"

"Hurm..." Jari indeksnya dibawa ke dagu. "...ya." Rasanya itu lebih bagus dan lebih normal daripada menggunakan teleport.

"Baiklah."

Klik.

Selepas terdengar bunyi pintu ditutup, Asher kemudian membangkitkan diri lalu berjalan ke arah katil dan menghempaskan tubuhnya diatas tilam yang empuk itu. Helaan nafas diluahkan dari mulutnya. "Well, aku akan buat apa sahaja yang aku mahu. Lagipun akulah Putera Asher."

*

*

*

*

*

Kakinya melangkah tenang sambil matanya tidak lepas dari memandang lukisan-lukisan potret keluarga diraja yang digantung diatas dinding sepanjang koridor itu. Walaupun cahaya disitu agak suram namun ia cukup baginya untuk melihat kecantikan orang-orang yang sudah digambarkan oleh pelukis.

Jika diikutkan ada lebih banyak potret yang telah dilukis tetapi oleh kerana ruang di dinding tersebut hampir penuh, lukisan yang lama disimpan ditempat yang sepatutnya. Laluan koridor ini juga terletak di tengah-tengah Istana Topaz, oleh sebab itu tidak ada tingkap yang berada disini.

Langkah Louis akhirnya berhenti. Salah satu lukisan yang telah ditutup dengan kain hitam nipis direnungnya. Tidak lama itu, tangannya perlahan-lahan membuka kain yang menyembunyikan keindahan lukisan tersebut.

Rambut lurus yang berwarna ungu serta mata ungu yang diserlahkan lagi dengan bulu mata hitam tebal. Wajahnya yang kecil dan warna kulit yang agak pucat, dialah Serena de Reinhold, Ratu Eurasia, isteri yang sah kepada Charles iaitu Raja Eurasia pada waktu ini. Serena mengenakan gaun mewah berwarna gelap dengan sarung tangan merah berserta perhiasan yang indah didalam lukisan itu.

Memori Louis tentang bondanya semasa di kehidupan pertama, hampir tiada tetapi tidak pada kali ini. Walaupun memorinya hampir kabur namun dia masih lagi boleh mengingati masa yang diluangkan bersama wanita itu. Serena adalah seorang yang dingin namun penyayang kepadanya. Tidak ada perasaan rindu yang bertapak didalam hatinya...mungkin sedikit tetapi ia tidak perlulah dipedulikan.

"Aku tertanya mengapa ia terjadi?" Louis bertanya sendirian dengan nada yang mendatar. 'Mengapa semua orang bagaikan terlupa apa yang terjadi pada masa yang lampau? Kenapa ramalan dari penyihir cahaya tiba-tiba muncul sedangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini? Apa tujuan sebenar Hubert? Aku tak rasa dia mahu mengambil alih empayar ini semata-mata. Ianya dungu. Sungguh... dengan cara apa yang mahu digunakan olehnya? Dengan membuatkan majoriti orang bangsawan berpaling tadah terhadap kerabat diraja? Tidak, aku tak patut pandang rendah dengan dia. Dan lagi siapa sebenarnya diri dia? Aku ada beberapa teori tetapi ianya agak rapuh.'

Bagaikan menuruni sebuah tangga yang tidak berpenghujung, semakin dia tertanya-tanya, semakin membuak rasa ingin tahunya tentang semua itu.

'Namun, ada satu perkara yang mengganggu minda aku, iaitu apa yang diucapkan oleh bonda didalam mimpi(?) masa itu. Masa lampau sentiasa cuba mengejar.' Tangan Louis dimajukan kehadapan untuk menurunkan semula kain itu ke bawah. Menutup semula lukisan yang berharga itu. 'What if... apa yang mahu dilakukan oleh Hubert... berkaitan dengan apa yang berlaku dahulu? '

.

.

.

°°°•°°°
.

.

.

Sinar matahari yang berwarna kuning keemasan masuk melalui jendela yang baru sahaja dibuka langsir oleh pekerja itu. Selepas itu, dia pun berpaling dan berjalan mendekati seseorang yang sedang berbungkus didalam selimutnya.

"Patik tahu tuanku sudah bangun." Ucap pekerja tersebut.

Orang itu tersentak sedikit didalam selimut.

"Tolong bangun. Mengabaikan kerja tuanku tidak akan membuatkannya hilang." Katanya lagi. "Tidakkah tuanku sudah cukup rehat? Bangunlah dan bersiap...atau orang-orang yang berkerja diistana ini mula mempersoalkan diri tuanku."

"Oh, tolonglah..." Perlahan-lahan selimutnya ditolak ketepi dan menggunakan tangannya untuk membantu dirinya bangkit dari pembaringan. "... berhentilah dari membebel tentang kertas kerja itu..."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

21.10.2021
1723

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience