Chapter 45

Fanfiction Series 5338

Tick!

Tick!

Tick!

Tick!

Hanya bunyi jam berdetik yang kedengaran didalam bilik itu. Pandangan Estelle ditumpukan kepada seorang wanita berambut hitam yang sedang menutup mata sambil memegang sebuah bebola kristal putih dikedua tangannya.

"Estelle Murphy..." Panggil Cassandra.

"Ya?"

"...kamu pasti yang kamu tidak lakukan apa-apa yang boleh melanggar hukum alam sebelum ini?"

"...ya..."

Cassandra membuka matanya. "Bagus." Dia tersenyum, kemudian berdiri mendekati Estelle. Bunga yang berada ditelinganya itu disentuh lembut bagaikan ianya kaca yang akan pecah pada bila-bila masa sahaja. "Mempersonakan, huh?" Sebiji batu bulat biru muncul secara tiba-tiba ditangannya. Dia menunjukkan batu itu kepada perempuan dihadapannya. "Pernah lihat benda ini?"

"Itu nampak macam guli yang jatuh dari poket seseorang masa aku mahu ke sini!" Estelle mengerdipkan matanya. "Peliknya." Dia menggumam. Sebuah pusaran muncul didalam batu itu. Semuanya menjadi kabur kecuali batu tersebut. "Kebetulan...kamu ada benda ini." Tangannya mula bergerak. 'Tunggu, a-apa?'

Sedikit sahaja lagi dia ingin menyentuh batu itu, Cassandra menariknya kembali. Dia menggenggam tangannya dan serta merta batu biru itu hilang menjadi debu. "Itu dinamakan batu pusaran biru." Dia hanya tersenyum sinis melihat riak wajah Estelle. "Benda yang boleh dilakukan olehnya ialah, letakkan sesuatu magik ke dalamnya dan gunakannya untuk faedah kamu."

"Jadi kenapa ia cuba tarik aku mendekatinya?"

"Ia mahu kamu menyentuhnya supaya kandungan didalamnya boleh masuk ke dalam tubuh kamu." Cassandra mengerling Estelle seketika. "Dan sebab mengapa aku tidak terkesan kerana aku bukanlah sasarannya dan juga...itulah kenapa aku tanya kau soalan berkaitan pelanggaran hukum alam tadi." Dia menyilangkan lengannya. "Apapun, ianya tidak penting sekarang lagipun, aku cuma nak tahu, kamu ada terlihat ke makhluk berwarna hitam semasa mahu ke sini?" Soalnya.

Estelle terus mengangguk. "Ya, ada. Apa benda itu?" Rasa teruja dan rasa ingin tahu bersinar diwajahnya.

"Hmm..." Cassandra meletakkan jari telunjuknya diatas pipi sambil menutup mata seperti sedang berfikir. "Sejujurnya aku sendiri pun tak pasti tapi ianya ada kaitan dengan magik gelap. Well, batu tadi itu pun sama juga."

Estelle mengerutkan keningnya dan merenung wajah Cassandra. "Magik gelap...kenapa mereka..."

"Jangan bersedih, Cik Estelle." Pintas Cassandra. "Aku rasa ianya cuma amaran untuk kau tidak lakukan perkara yang boleh menjejaskan rancangan mereka."

"Tapi siapa mereka...?"

"Walaupun sekarang kau rasa semua ini tak masuk akal dan berlaku secara tiba-tiba, suatu hari nanti kau akan tahu. Misteri, rahsia, sebab dan mengapa benda ini berlaku. Well, sebagai ahli sihir masa aku tahu hampir segalanya." Cassandra mengerling Estelle yang memandangnya keliru sebelum tertawa disitu.

***

Hubert berdiri disebuah jalan yang berbatu bata. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dapat dilihat olehnya. Dia membuka penutup botol kaca ditangannya dan menggumamkan sesuatu. Tak lama itu asap-asap hitam berkepul-kepul masuk ke dalam botol tersebut. Selepas menutupnya, dia menoleh melihat permandangan dihadapannya. Tiada apa yang menyenangkan setelah berada dikawasan penduduk yang harmoni dan suasana yang mendamaikan, tapi kisahkah dia? Kemudian, dia segera hilang dari pandangan tanpa disedari oleh orang-orang disitu.

•••

Louis menolak rambut perangnya yang basah kebelakang dan mengeluh lega. Badannya dibiarkan tenang berehat didalam air suam ditab mandi. Pipinya sedikit kemerahan disebabkan suhu air, matanya separuh terbuka merenung siling bilik air itu. Wangian lavender yang berlegar-legar diudara, mendamaikannya.

'Perkara yang sama akan berlaku sekali lagi. Ia sememangnya sukar untuk menang peperangan itu, namun akhirnya kami berjaya juga. Belum pun sampai sebulan aku pulang, Anastasia buat masalah. Menjengkelkan betul, tapi apa yang terjadi dengan aku ya? ' Soalnya sendiri.

Untuk seketika nama seseorang melintas difikirannya. "Melissa, huh?" Gumamnya, tersenyum pahit. 'Dari awal aku terbaca jurnal itu, rasanya seperti jenaka sahaja. Aku tertawa semasa membacanya, lagipun ianya hampir mustahil. Mengapa terjadi? Mengapa...aku? Aku dah memikirkannya dan lihat apa yang berlaku, ternyata ianya berbeza. Berbeza dengan apa yang aku tahu akan terjadi.' Dia mengeluh. 'Bukankah ia agak mustahil untuk roh yang jasadnya sudah mati merantau ke tubuh yang lain? Haha... Well, aku tak kisah pun. Untuk melihat perkara yang berlaku sehingga saat yang menarik, ia mungkin menghiburkan. Bagaimanapun, aku tak boleh duduk diam walaupun aku tahu perkara yang akan berlangsung dimasa depan. Perubahan kecil sahaja boleh memberi impak yang besar kepada yang lain...'

'...tetapi Melissa mati dengan penyesalan, berbeza dengan aku. Sekiranya selepas ayahanda mangkat, dan tiada apa-apa yang mampu menarik perhatian aku, aku pasti akan meninggalkan dunia tanpa ragu-ragu. Tapi, aku nak jumpa dia, wanita berambut perang keemasan. Mungkinkah, Juliana? Bukan...namun hanya dia saja yang...' Louis menggelengkan kepalanya perlahan, menafikan pemikirannya.

"Aah...tapi masih ada sesuatu yang aneh." Tanpa diduga, dia bergumam seolah-olah mengingati sesuatu. Apa yang melintasi pemikirannya adalah kejadian yang berlaku tengah hari tadi. Dimana dia terjumpa seorang wanita. "Estelle Murphy." Bisiknya. 'Kenapa dia diekori? Mengapa dia mahu pergi berjumpa dengan Cassandra? Apa yang mahu dilakukannya? '

Kedai jam Tale Of Time ialah salah satu pintu masuk ke menara milik penyihir masa. Terdapat dua lagi tempat, tapi ianya terletak dinegara lain. Tidak ramai yang tahu tempat sebenar menara itu terletak.

Sejujurnya, Louis tiada niat pun ingin membantu Estelle dari dua orang satria yang tidak beradab itu lagipun, dia kebetulan lalu disitu. Cuma rasa kasihan dan hairan melihat makhluk hitam yang memerhatikannya yang membuatkan dia maju kehadapan.

Akhirnya, Louis perlahan-lahan keluar dari tab mandinya. Baju mandinya diambil dan disarungkan dibadannya. Dia mengerling seketika wajahnya dicermin sebelum keluar dari bilik bersiram itu, tiada apa yang pelik, rupanya sempurna seperti biasa.

"Tuanku, pakaian yang tuanku pinta sudah pun patik sediakan." Maklum Theo.

Louis hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

*
* *

Selepas mendengar laporan dari orang bangsawan, Charles segera memasuki tempat beradu dibelakang singgahsananya dan duduk disitu. Selang beberapa minit kemudian, seseorang datang menegurnya.

"Ayahanda?"

Suara Louis kedengaran di telinga.

"Ayahanda, boleh anakanda masuk?"

"Ya, kamu boleh."

Kemudian terlihat anaknya yang sedang menyendengkan kepala, tersenyum melihat dirinya. Dia duduk ditepi tilam itu. Dapat dilihat olehnya pakaian Louis berbeza dari yang sebelum ini. "Pakaian kamu, kamu selesa dengannya?"

"Ah..." Louis memandang dirinya untuk seketika. Ia adalah pakaian tradisional milik orang dari Askana. Rasanya agak longgar dan terbuka pada masa yang sama. Walaupun begitu, dia telah pun pakai pakaian begini hampir setiap hari selepas perang dahulu. "...ya. Anakanda selesa dengannya lagipun ayahanda sememangnya gemar memakai pakaian sebegini, jadi timbul rasa ingin mencuba dalam diri anakanda."

Charles cuma mengangguk sahaja dengan mata yang mahu tertutup.

Louis mula bergerak menghampiri ayahandanya dan berbaring disebelah. Tangan Charles diambil lantas diletakkan dipipinya. "Ayahanda..." Dia bergumam.

Charles menunduk memandang anaknya. Entah kenapa dia merasakan Louis terlihat 'jinak' sekarang.

"...jika ayahanda berasa letih, tidurlah bersama anakanda disini."

Charles tersenyum. Tangannya perlahan-lahan ditarik dari pegangan Louis dan membelai kepala anaknya. "Kamu penat ke?"

Louis menutup matanya dan mengangguk.

"Jadi, berehatlah."

Sudah berapa lama Charles disitu, anaknya benar-benar tertidur. Ada banyak yang bermain difikirannya sekarang. Asher, Anastasia. Mereka berdua memang sukar untuk dilupakan olehnya dan sakit kepalanya seringkali terjadi...tetapi apabila dia berada berdekatan dengan anak buahnya, ia terus hilang bagaikan ia tidak pernah wujud. Dia akhirnya mengeluh.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ezekiel tak henti-henti melihat tingkapnya. Sudah tiga hari berlalu selepas dia membaca pesanan ringkas yang datang dari kawannya. Siapa agaknya kawannya itu ya? Apapun ia buatkan dia tak senang hati.

Knock! Knock!

Terlihat tangan seseorang mengetuk cermin tingkapnya.

Seperti yang dijanjikan, Anastasia datang bertemu dengan anak kedua keluarga Lopez itu.

Untuk seketika, Ezekiel terpaku melihat orang disebalik tingkap itu.

"Maafkan saya." Anastasia membuka perlahan tingkap tersebut. "Sudah sekian lama, Sir Lopez."

"Tuanku?" Soal Ezekiel terkejut. "Ini memang benar tuan puteri ke?"

"Ya, aku pun ada dekat sini juga."

Satu lagi suara membuatkan lelaki itu terkedu sejenak. "Putera?"

"Yup. Kau mesti terkejut bukan, kami disini. Aku pun." Mereka berdua kemudian masuk ke dalam bilik tersebut sambil dibantu oleh pemilik bilik itu.

"Saya telah cuba mencari tuanku dimana-mana sahaja. Ke mana tuanku pergi selama ini?" Soal Ezekiel.

Anastasia mengeluh. "Pertama sekali, awak tak perlu terlalu formal dengan kami sekarang."

"Kedua, Sir Ghislain benarkan kami tinggal dirumahnya untuk sementara waktu." Sambung Asher.

"Apa? Duke Fortin?"

"Ya." Kembar itu mengangguk.

Ezekiel terdiam.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

3.8.2021
1295

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience