Chapter 13

Fanfiction Series 5338

"Hmm, abang."

Louis memandang Anastasia. "Ya, Anne?" Balasnya sambil menghirup sedikit air tehnya.

"Abang pergi tak pesta debut itu nanti?" Soal puteri itu.

Entah kenapa Louis rasakan ada sesuatu disebalik soalan adiknya itu. "Ya, mestilah. Kenapa?"

Puteri itu terdiam seketika dan melihat  kembarnya dari sisi mata.

"Kalau macam itu, abang mesti ada pasangan untuk menari ditarian pertama pesta itu, bukan?" Soal Asher.

Louis tertawa sedikit. "Malangnya, tiada. Abang tak pilih lagi."

Anastasia tersentak, tangan didadanya. "Apa?! Bukan ke pesta tarian ini penting untuk remaja seumur abang?"

Asher menggeleng-gelengkan kepalanya. "Untuk perempuan sahaja, abang lelaki. Tak perlu fikir sangat tentang pasangan menari."

Anastasia mengunyah keknya sambil memikirkan sesuatu. Sebenarnya apa yang puteri ini fikirkan adalah jalan cerita novel yang dibacanya dahulu. Berdasarkan novel tersebut, putera mahkota Louis tidak mempunyai pasangan menari dan hanya berbual bersama rakannya. Kemudian apabila rasa bosan, dia mula menari bersama beberapa orang perempuan. Oleh sebab itulah, Anastasia bertekad untuk memujuk abangnya agar mencari pasangan menari, berharap alur cerita berubah. Asher pula fikir, perkara yang Anastasia bakal lakukan adalah mengarut tetapi dia ikutkan sahaja.

"Hurmm, jadi boleh tak Anne dengan Asher tolong pilih?" Pinta puteri tersebut.

Louis menyentuh sedikit bibirnya, memikirkan permintaan adiknya itu. 'Hurmm, bolehlah kut...lagipun ada beberapa surat pertanyaan yang dibawa oleh Theo semalam.'
"Kalau kamu berdua mahu, boleh saja."

"Yeah!" Anastasia tersenyum memandang Asher sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Louis tersenyum sedikit. Gembira melihat adik perempuannya ini ceria begini. Sejak tahun lepas, dia telah pun membuka hatinya untuk menyukai Anastasia sebagai adiknya, salah satu sebabnya ialah puteri itu tidak lagi memalsukan rasa gembira kepadanya lagi. Asher pula, dari awal lagi Louis sudah anggapnya sebagai adik, tambahan pula dengan kejujuran Asher dalam memberi reaksi. Putera mahkota itu fikir ianya menarik dan menghiburkan.

Charles menonton sahaja perbualan ketiga anaknya itu sambil bersandar dikerusi manakala Felix yang berada dibelakangnya, dari tadi tersenyum sahaja melihat mereka bergaul dengan mesra.

***

Theo meletakkan beberapa surat diatas meja dihadapan adik-beradik diraja itu. Anastasia memberi pandangan keliru kepada abangnya.

"Enam sahaja?" Soal puteri tersebut.

Louis mengangguk. "Ya, bulan lepas ada banyak tapi kebanyakkannya sudah kena tolak oleh papa."

Asher mengangkat kedua bahunya dan berkata, "Hmm, tak boleh buat apa-apalah." Dia mengambil sepucuk surat dan membukanya. "Kita periksa sajalah. Mana tahu ada yang menarik perhatian abang."

Anastasia mengambil salah satu pucuk surat yang berada diatas meja. "Anne baca ya?" Louis mengangguk. "Ehem, ehem. Selamat patik ucapkan kepada tuanku, putera mahkota Louis de Reinhold. Nama patik adalah Scarlett Bellgard dari keluarga berpangkat Count. Patik ingin sekali menari dengan tuanku. Sekiranya tuanku belum ada pasangan untuk menari nanti, pilih sajalah patik." Anastasia berhenti membaca dan membuat muka. "Patik tahu, patik tidak setanding seperti gadis-gadis yang lain tetapi tidak salah untuk mencuba, bukan? Andai kata tuanku memilih patik, ianya bagai mimpi menjadi kenyataan untuk patik. Itu sahaja dari patik, tuanku. Patik berharap hari tuanku indah-indah sahaja. Dari rakyat tuanku yang rendah hati, Scarlett."

"Mungkin perempuan itu boleh terus bermimpi sahaja." Kata Asher selepas Anastasia menghabiskan membaca isi surat pertama itu.

Louis melihat sahaja kedua adiknya itu membaca isi kandungan surat tersebut sambil bermain dengan hujung rambutnya serta menyilangkan kakinya. Dia terhibur melihat pelbagai reaksi wajah dari kembar tersebut dan dia juga faham kenapa. Terdapat banyak jenis cara mereka menyoalnya untuk menjadi pasangan mereka. Ada yang terlampau berbunga-bunga, ada yang terlalu wangi, ada juga tulisan yang nampak cantik tetapi sukar dibaca serta ada yang terlalu panjang sehingga tiga helai kertas semata-mata ingin mengajaknya menari sahaja.

"Eh?" Asher bergilir-gilir melihat Louis dan kertas ditangannya itu. "Adik tahu yang abang terkenal dikalangan perempuan tapi, tak tahu pula lelaki pun meminati abang."

Theo yang berada disamping Louis berdehem, tangannya menutup sedikit mulutnya. Terdapat senyuman berada dibibirnya.

Anastasia kelihatan kagum mendengar apa yang telah diberitahu oleh Asher. 'Well, tidaklah mengejutkan sangat. Perkara ini benar seperti apa yang telah diterangkan didalam novel. Wajah abang, lagi-lagi apabila sudah matang, tidak mampu dilupakan walaupun melihat dengan sekali imbas sahaja.'

Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Louis bertanya. "Jadi mana satu?"

Anastasia tersenyum janggal.

"Kalau macam inilah gaya penulisan perempuan-perempuan atau lelaki yang tulis surat kepada abang sebelum ini, memang patut pun ayahanda tolak." Kata Asher.

"Tidaklah, ada je yang normal tapi papa tetap tolak. Sebabnya mungkin pangkat terlalu rendah, papa tak suka keluarga itu ataupun keluarga itu ada niat politik dan lain-lain." Balas Louis.

Asher berfikir seketika. "Tiada satu ke perempuan yang abang rasa suka atau tertarik?" Soalnya.

"Kalau dari segi luaran, semuanya cantik. Berdasarkan apa yang Theo dan pekerja-pekerja istana katakan tapi..."

"Tapi?" Soal kembar itu serentak.

"...tapi abang tak berminat."

Tok! Tok!

"Masuk!" Arah Louis

Seseorang kemudian membuka pintu. Felix berjalan menghampiri mereka berempat.

"Tuan putera dan puteri, ianya masa untuk tuanku berdua ke kelas." Katanya.

"Oh, ya!" Anastasia segera berdiri dan membawa sekali kembarnya menuju kearah abang mereka. Puteri mencium pipi Louis. "Asher, boleh tak buat macam Anne buat tadi?" Pinta Anastasia dengan memberikan pandangan mata dan wajah yang comel serta kasihan.

Asher mengeluh dan teragak-agak mendekati Louis. Dia akhirnya cium juga pipi abangnya.

"Aww, thank you my lovely twin." Kata Louis sambil memeluk mereka berdua.

"Sama-sama." Balas Anastasia dengan teruja manakala Asher kedengaran terpaksa.

Mereka berdua pun keluar bersama Felix dari biliknya setelah dilepaskan dari pelukan abang mereka.

"..."

"..."

Louis menoleh melihat Theo. "Patutkah kita keluar sekarang?" Soalnya.

"Ke capital?"

Putera itu mengangguk.

"Jikalau itu yang tuanku mahu, ya."

"Oh, ya. Beritahu Julien sekali."

"Baik, tuanku."

Selepas sahaja Louis menyarungkan pakaian yang sesuai, mereka bertiga pun teleport disalah satu lorong yang terdapat dicapital.

"Apa yang tuanku mahu lakukan datang ke sini?" Soal Julien sambil berjalan dibelakang Louis dan Theo disebelahnya.

"Hurmm, beta terdengar ada kedai manisan yang baru buka dua bulan lepas. Katanya sedap." Balas Louis, kepalanya menoleh kiri dan kanan melihat suasana dibandar itu.

"Sebenarnya tuanku boleh saja pesan manisan itu dari mereka." Bisik Julien sendiri. "Tapi itu sahajakah tujuan kita disini?"

Louis menggelengkan kepalanya. "Mestilah tidak. Beta nak lawat beberapa kedai lain juga...eh, itu bar ke?" Katanya sambil jarinya ditujukan kearah sebuah kedai.

"Ya, tuanku. Kenapa? Tuanku ingin masuk?" Soal Julien.

Theo mengeluh. "Sir Julien, baginda baru sahaja berumur 14 tahun."

"Well, aku mula minum bir semasa aku berumur 15 tahun dan masa itu aku masih lagi didalam kem latihan satria." Balas Julien tanpa rasa bersalah. Rambutnya berwarna coklat gelab itu ditolak kebelakang. Senyuman berada dibibirnya seolah-olah bangga dengan dirinya.

"Ish, ish, ish. Itu kau bukan baginda." Balas Theo. "Hurmm, nama kedai manisan yang tuanku cari itu Cake N Cookies ke?" Soalnya apabila melihat putera mahkota itu masih lagi melihat sekelilingnya. Louis berpaling dan mengangguk.

Wajah Julien menunjukkan dia teringat sesuatu. "Oh, patik tahu dimana kedai itu berada. Ikut patik."

.

.

"Nak pesan apa ya?" Bisik Louis sendiri sambil melihat buku yang mempunyai senarai hidangan disitu.

"Kau bawa duit ke?" Soal Julien kepada Theo.

"Mestilah, kau merepek apa." Balas butler tersebut. Mereka berdua duduk bersebelahan sementara Louis duduk dihadapan mereka.

Louis melihat sahaja mereka berdua sambil memilih hidangan yang dimakan olehnya. Theo kemudian pergi memesan kepada pelayan apabila putera itu siap memilih. Sebab kenapa bukan Louis yang membawa duit, ianya kerana dia adalah tuan mereka berdua. Setiap kali orang bangsawan keluar membeli-belah, mereka akan membawa seorang maid atau butler untuk menguruskan pembelanjaan dan satria untuk melindungi mereka.

Butler dan pengawal peribadinya itu berbeza hanya satu tahun sahaja dan Julien lebih tua. Satria itu dilantik menjadi pengawalnya semasa Louis berumur 12 tahun. Dia juga diantara yang cemerlang semasa didalam kem latihan. Pertama kali putera itu melihat Julien, dia sudah fangirling dalam diam.

"...orang dari akademi magik mesti berbakat, bukan? Cemburunya." Terdengar suara seorang perempuan berbicara dimeja berhampiran mereka.

"Tak juga. Ada saja yang biasa-biasa." Lelaki dihadapan perempuan itu membalas.

"Hurmm, tahu tak Anak sulung keluarga Ross akan berkahwin." Kata perempuan itu.

"Kenapa? Cemburu juga." Balas lelaki, acuh tak acuh.

"Tch, salah ke?"

Seorang pelayan yang membawa kek dan minuman datang ke meja Louis. Dia kemudian berlalu pergi setelah selesai menghidang pesanan mereka.

"Saya tertanya-tanya siapa yang akan berkahwin dengan Sir Felix nanti." Suara perempuan itu sekali lagi kedengaran oleh mereka bertiga.

"Tak tanya."

"Ish, awak ini buk..."

Louis mengeluh. Nasib baik dia ada belajar cara untuk menapis bunyi. Dia tak kisah pun dengar tapi suara perempuan itu nyaring.

_____________________

"Dalam banyak-banyak kedai yang ada dekat sini, kenapa kita pergi kedai gaun?" Soal Julien selepas memasuki sebuah kedai gaun.

"Kenapa? Tak boleh ke beta ke sini?" Louis menyoal pula.

"Sir Julien, lebih baik kita tidak bertanya perkara yang tuanku lakukan." Theo dengan tenang berkata.

Jari Louis menyentuh sedikit kain gaun-gaun disitu sambil matanya melihat beberapa pelangan wanita memilih gaun. Dari kejauhan dia terlihat seseorang berambut merah jambu sedang bercakap dengan maidnya.

'Belle?' bisik Louis. Dia segera membetulkan kelubung dikepalanya agar wajahnya sukar dilihat dan mendekati mereka berdua.

"Hello, my lady." sapa Louis.

"Oh!" Perempuan itu segera berpaling. Matanya yang hijau itu melihat jejaka yang tidak dikenalinya itu. "Hello, sir. saya kenal awak ke?"

Louis terdiam seketika dan bertanya, "Belle?"

Perempuan itu tersenyum. "Oh, tak. Saya bukan Belle, saya Estelle. Belle itu kembar saya. Awak kawan dia ke?"

"Um, ya. Saya minta maaf. Saya fikirkan awak ialah Belle."

"Tak apa." Estelle berfikir sejenak. "Kenapa awak ada dekat sini. Ini bukankah kedai pakaian perempuan."

Terdengar bunyi berdehem dari belakang Louis. Macam bunyi ketawa pun ada.

"Saya cuma nak datang lihat sahaja." Balas Louis, tenang.

"Hurmm, menarik." Riak wajah Estelle terlihat seperti menghakiminya.

'Aku tahu kau nak cakap pelik.' -Louis.

"Tapi awak ini siapa ya? Saya kenal semua kawan Belle. Jadi boleh tak beritahu nama awak?" Tanya Estelle sambil jari indeksnya diletakkan didagunya.

"Cuba teka." Louis tersenyum.

Estelle merenung lelaki yang berselubung itu. "Sir Viktor?"

"Salah."

"Sir Carl?"

"Salah."

"Sir Leon?"

"Salah."

"Lady Edelene?"

"Saya bukan perempuan."

"Mana tahu betul." Estelle melihat lelaki itu tergelak kecil. "Berdasarkan bibir dan hidung awak, awak mungkin seorang yang mempunyai rupa paras yang rupawan. Ini agak mustahil tapi mungkinkah awak ini...Sir Ethan?"

Louis menggelengkan kepalanya. "Itu memang mustahil. Sir Ethan akan balik ke Eurasia dalam masa dua tahun lagi."

"Jadi siapa sebenarnya awak ini? Tinggal nama putera mahkota saja yang saya belum sebut, tiada lelaki lain lagi yang mempunyai ciri-ciri wajah sama macam awak ini. Kita pun secara tiba-tiba bercakap."

"Hurmm, macam mana kalau tekaan awak yang kali ini betul?"

Estelle diam. Dia merenung sahaja lelaki dihadapannya itu. "Wah, kalau macam itu, ini mengejutkan dan pada masa yang sama tidak." Katanya dengan nada yang rata.

"Jadi, Lady Estelle, awak boleh panggil saya Louis."

"Oh, um...Sir Louis. Nampaknya saya bertuah dapat berbual dengan Sir Louis." Estelle mengalihkan pandangannya.

Untuk seketika mereka berdua berdiam diri. Estelle mahu pergi ke kedai lain tapi maidnya belum siap menempah gaunnya.

Suasana diantara mereka berdua bertukar janggal bukan seperti sebelum ini.

"Cik Estelle, saya sudah selesai urusan disini." Tegur seseorang. Pakaiannya menunjukkan yang dia seorang maid.

"Nampaknya saya perlu pergi sekarang. Selamat tinggal, Sir Louis." Estelle menunduk sedikit dan berlalu pergi.

"Kalau tuanku nak mengurat perempuan, buatlah semasa dipesta tarian nanti." Kata Julien secara tiba-tiba.

Louis tersedak mendengar kata-kata selamba pengawalnya itu.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1828

29.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience